DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, June 22, 2011

KEMASKINI : APA KESUDAHAN DUA KES INI

PENGHUJAHAN KES RASUAH KHIR TOYO - 13 JULAI

Pihak pendakwaan hari ini mengakhiri kes terhadap bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang didakwa melakukan rasuah berhubung pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam empat tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamed memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Mohtaruddin Baki selepas saksi ke-25 pendakwaan, pemangku penguasa kanan Chang Ching daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai memberi keterangan.

Selepas perbicaraan bermula 6 Jun lalu, hakim Mohtaruddin kemudian menetapkan 13 Julai ini untuk mendengar hujah pembelaan dan pendakwaan.

Mohamad Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Mohamad Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di Shah Alam pada 29 Mei 2007.

Sumber : Malaysiakini.com

VIDEO SEKS: TRIO 'DATUK T' AKAN DIDAKWA JUMAAT INI

Semua tiga anggota kumpulan trio 'Datuk T' akan didakwa di sebuah mahkamah di Kuala Lumpur Jumaat ini.

Dalam kiriman SMSnya, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah
(kiri) berkata dia diminta hadir di mahkamah tersebut pada jam 8 pagi Jumaat.

SMS itu berbunyi: Datuk 'T' akan di Charge di Mahkamah Jalan Duta pada jam 8 pagi, 24 June 2011. Harap maklum

Dua lagi anggota trio 'Datuk T' - bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Mereka telah mengaku menayangkan satu video seks kepada para editor dan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac.

Video itu, yang dirakam di tempat yang tidak dikenalpasti, didakwa menunjukan aksi seks individu mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua pembangkang itu menafikan perkara itu dan membuat laporan polis.

Sumber : Malaysiakini.com

Ulasan :

Dua kes ini, kalau ikut kronologi sejarah perbicaraan mahkamah di Malaysia sejak zaman Mahathir memerintah sampai ke hari ini terutama Ghani Patail masih AG dan Zaki Azmi masih di kerusi CJ, maka rakyat Malaysia pada umumnya dapat menjangkakan apakah keputusan bakal dikeluarkan di akhir perbicaraan nanti.

Ia hanya formality saja bagi tujuan pembersihan. Banyak kes-kes yang berprofail tinggi yang berkaitan dengan UMNO berakhir dengan pembebasan orang yang didakwa. Contoh kes pembunuhan Altantuya Shaaribu, Razak Baginda dibebaskan, begitu juga dengan kes Johari Baharom, Adnan Yaakob, Khalil Yaakob, Rafidah Aziz, Rahim Tamby Chik, Mohamad Mohd taib, Osu Sukam, Eric Chia dan ramai lagi. Kes Dr. Ling Leong Sik juga akan turut masuk ke dalam senarai orang yang bakal dibebaskan.

Berlainan dengan kes-kes yang melibatkan para pemimpin pembangkang seperti kes Anwar Ibrahim,Lim Guan Eng, Tian Chua dan ramai lagi akan dicari jalan bagi menyabitkan didapati bersalah seperti dakwaan yang dibuat. Kes Tian Chua paling melucukan. Anggota polis sendiri yang membuat laporan yang mengatakan Tian Chua mengigit telinganya dan mahkamah mendapati Tian bersalah.

Cerita terbaru Askay jumpa Najib apa muslihatnya?

Saya dah kata 3 datuk ini akan selamat kerana mereka jalankan kerja-kerja untuk Najib Baruah. Ikuti tulisan MiloSuam. Kenapa mereka pakat-pakat berjumpa Najib ini. Kita tahu dan kita akan ikut perkembangan.

No comments: