DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, January 28, 2011

Saya petik satu tulisan dalam Milosuam.blogspot.com yang menyebut MiLo SuaM ada menyiarkan sebuah laporan portal berita terkenal antarabangsa, CNN yang mendedahkan bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak yang sebelum ini mendakwa Anwar Ibrahim sebagai agen Yahudi, membuat satu pusingan U (U Turn) apabila menggambarkan Anwar Ibrahim sebagai agen Arab Saudi pula.


Najib membuat aduan tidak puas hati kepada Arab Saudi kerana kerabat diraja berkenaan memberikan dana kepada Anwar Ibrahimm untuk Pilihanraya Umum akan datang rujuk link ini [
Najib gambarkan Anwar agen Arab Saudi].


Menteri Dalam Negeri Hishammuddin walaupun mengaku belum lagi membaca laporan itu, dengan pantas menafikan bahawa Najib terlibat membuat aduan tersebut! Sebaliknya telah mengeluarkan arahan kepada pihak Polis agar menyiasat sejauh mana Anwar terlibat dengan rangkaian pengganas. [
Malaysiakini] Berikut laporan dari Malaysiakini, sila klik untuk membesarkan imej.




Inilah yang dikatakan Menteri yang "bercakap asalkan mulut berbunyi", dia sendiri mengaku tak baca lagi laporan, siasat pun tidak tapi dah keluarkan kenyataan Najib tak terlibat! Kalau portal berita terkenal CNN memfitnah Najib, apa lagi samanlah!


Buktikan kepada rakyat bahawa Najib benar-benar tidak mengadu kepada Arab Saudi dengan mendakwa putera raja negara tersebut ada memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk membantu Anwar Ibrahim pada pilihanraya akan datang! Lakukan siasatan dan saman portal CNN yang memfitnah Najib! Ini belum apa-apa lagi, penulis CNN tak sempat bangun dari tempat duduknya Hishammuddin dah menafikannya.


Tapi tambah melucukan, dia sendiri tak baca lagi laporan, terus suruh pihak polis siasat apabila terdengarkan nama Anwar Ibrahim. Pantang dengar nama Anwar Ibrahim, terus suruh Polis siasat! Mahu tak mahu terpaksa ReJaM panggil menteri dalam negeri ini sebagai bodoh.


“NYAHKAN UMNO, RAKYAT SEJAHTERA”

No comments: