Tuduhan terbaru yang dilemparkan ke atas muka Anwar Ibrahim ialah beliau terlibat dengan penganas seperti yang dilaporkan oleh CNN. Dalam tempoh kempen yang berbaki dua hari lagi di DUN Tenang, dipercayai isu ini akan dimanipulasi sepenuh oleh media saluran iblis untuk bercakap akan menuduh dan mengheboh bukan sahaja di Tenang malah ke seluruh Negara sepertimana puak-puak iblis ini mempromosikan isu liwat Anwar yang dibocorkan oleh WikiLeak, yang dikatakannya benar, tidak yang benar, melainkan benar-benar belaka.
Tetapi atas sifatnya sebagai ‘syaitan’ dan ‘dajal’ bermata satu, maka isu Najib yang turut didedahkan oleh WikiLeaks yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya Shariibuu, seorang pemimpin yang lemah yang tidak layak mentadbir,dan menyifatkan Najib sebagai pemimpin oportunis tidak didedahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian.
Tetapi atas sifatnya sebagai ‘syaitan’ dan ‘dajal’ bermata satu, maka isu Najib yang turut didedahkan oleh WikiLeaks yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya Shariibuu, seorang pemimpin yang lemah yang tidak layak mentadbir,dan menyifatkan Najib sebagai pemimpin oportunis tidak didedahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian.
Berikutan tuduhan terbaru itu,Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein mengarahkan pasukan polis melakukan siasatan segera tehadap Anwar. Dengan kuasa yang ada ditangan, Hishammuddin membersihkan sepupunya dengan menyatakan ia tidak kena mengena dengan Najib. Ia hanya laporan CNN yang mengaitkan Anwar dengan sebuah pertubuhan pengganas.
Dijangkakan pihak polis akan melakukan siasatan segera ke atas Anwar. Bersiap sedialah engkau Anwar. Pada pandangan saya, Anwar Ibrahim bukan seorang penakut. Beliau adalah seorang pahlawan dan wira rakyat di abad ini. Kalau beliau seorang penakut dan dayus, sebaik sahaja beliau dibebaskan dari penjara pada tahun 2004 dulu, beliau akan menyokong puak-puak iblis dan dajal ini, buat apa beliau mencari susah seperti yang beliau hadapi sekarang ini. Anwar akan menjadi kaya-raya dan hidup senang, tetapi beliau memilih jalan yang berliku-liku dan penuh dengan duri.
Ikut ceritanya, tahun lalu, Najib Razak memohon Arab Saudi menjalankan penyiasatan berhubung dakwaan bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ada menerima dana dari negara teluk itu untuk kempen pada PRU ke-13 yang akan datang. Kemudian, menurut stesen berita antarabangsa, CNN yang telah pun melihat laporan rahsia dari siasatan Arab Saudi itu menunjukkan tiada bukti menunjukkan adanya tokoh-tokoh negara teluk membiayai Anwar.
Sebelum itu pun, Anwar telah dituduh dan dilebel macam-macam. Anwar pernah dituduh sebagai pengkianat bangsa, Anwar merupakan "alat" CIA dan macam-macam tuduhan dilakukan oleh puak-puak ini, yang mereka tidak perlakukan ialah menghala muncung pistol ke atas kepala Anwar. Jadi, Hishammuddin menggunakan isu pengganas bagi mengacau Anwar dari terus berkempen (selepas di Tenang, di Merlimau, Melaka pula) mendedahkan kerja-kerja jahat puak-puak syaitan dan dajal ini lakukan selama ini yang menjahanamkan system pentadbiran ini.
Berbillion duit Negara ini dibawa keluar negeri tidak gila untuk menyiasat, asyik-asyik mencari kesalahan orang, kesalahan diri sendiri salah mengurus tadbir kehidupan rakyat dan Negara tidak dipedulikan. Sombong dan angkoh. Sedikit teguran dibuat, guna polis untuk menakut-nakutkan rakyat. Pihak polis pun saya rasa mulai meluat melihat perangai puak-puak ini,tetapi apa buat, mereka kerja makan gaji, kena ikut perintahlah.
Mari kita tenguk pula kes ini. Pada 20 Januari lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Malaysia tersenarai antara negara yang merekodkan jumlah aliran wang haram tertinggi dalam tempoh sembilan tahun dalam dekad lalu, menurut laporan sebuah pemerhati kewangan Global Financial Integrity (GFI).Laporan itu menyebut, aliran wang keluar dari negara ini meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 2000 hingga 2008.Aliran wang keluar dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion. Lapan tahun kemudian, jumlah ini bertambah sehingga RM208 bilion.Laporan itu turut menyatakan amaran bahawa peningkatan pelarian modal mendadak ini berlaku pada tahap yang jarang diperhatikan di negara Asia. Aliran wang haram dianggarkan berjumlah RM889 bilion dalam tempoh antara 2000 hingga 2008.
Oh, dengan sepintas kilat Mukhriz Mahathir bertindak menjadi hakim, pendakwaraya dan peguambela kerajaan tidak akan menyiasat dakwaan kerana Bank Negara dapat mengurusnya dengan baik dan bijaksana. Dengan angkoh dan sombong beliau berkata melalui Bank Negara kita tahu berapa jumlah aliran sebenarnya, jadi sukar mempertimbangkan angka (dari GFI) sebagai fakta. Tetapi, kalau orang lain yang melakukannya akan terjadi sebaliknya. Keluarlah hujah kita mesti siasat, ini hak rakyat, rakyat mesti dibela dan sebagainya ayat-ayat yang menyedapkan telinga yang mendengar, tetapi dalam hati mendidih. Kita tidak rasuah, kita tidak makan komisyen dan kita tidak,kita tidak dan selalunya “tidak”.
Lihat kes sahabat baik Mansor Mohamad, Mohd Nasir Ahmad membuat laporan polis supaya pihak polis menyiasat Mohd Azahar Ibrahim berhubung kes melelong tanah Mansor sewaktu Azahar menjawat Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat. Adakah polis bertindak? Sampai sekarang polis mendiamkan diri. Apa fasal sebab ia melibatkan kepentingan UMNO.
Oleh itu, padanlah apabila Mursyidul Am PAS Tok Guru Haji Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang tidak mengundi PAS sebagai orang jahiliah . Bukan setakat ‘jahiliah’, jahiliah itu masih lagi merupakan bentuk sebagai seorang manusia, tetapi bagi saya mereka adalah ‘lembu’ pawahan, yang tahu makan, berak dan buat anak sahaja. Tidak otak. Otak yang dianugerah Allah tidak digunakan, sebaliknya menggunakan kepala lutut untuk berfikir. Oleh sebab itu, UMNO bermaharalela memerintah. Bersultan di mata, beraja di hati. Rakyat bertambah susah, pemimpin bertambah kaya raya sehinggakan isteri boleh melancung ke luar Negara ambil alih tugas menteri berbelanja sakan. Dia ingat harta rakyat, harta makbapak dia. Dia boleh boleh ikut suka hati dia.
Orang-orang macam ini, kalau buka kitab lama tidaklah tahulah apa hukumnya………Allah yang maha mengetahui.
“NYALAH UMNO, RAKYAT PASTI SEJAHTERA”
No comments:
Post a Comment