DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, January 26, 2011

MARILAH SAMA-SAMA KITA MELAKUKAN PERUBAHAN

Rencana yang ditulis oleh Pak Subky Latif dan disiarkan oleh Harakahdaily sangat menarik untuk difikir oleh seluruh rakyat Malaysia yang akan berhadapan dengan PRU ke-13 bila-bila masa dari sekarang. Buat permulaan kita merayu seluruh pengundi di DUN Tenang memulakan langkah melakukan perubahan dengan tidak mengundi UMNO pada 30 hb nanti.
Yang menarik dalam tulisnan ini, Pak Subky melontar satu pertanyaan apa lagi yang dimahukan oleh rakyat (pengundi-pengundai di DUN Tenang)?


Katanya dari laporan media arus perdana (terutama UM) mengambarkan semua telah ada di Tenang. Segala yang dinamakan pembangunan telah memenuhi semua penjuru DUN Tenang dan Parlimen Labis. Tidak lagi yang tidak maju di kawasan-kawasan Felda di situ. Apabila semua telah ada, apa lagi yang pengundi Tenang mahu? Jika Cikgu Mala menang tidak banyak lagi kekurangan hingga PRU 13 nanti. Jika Azhar bekas ADO kaki kelentong dan pembohong menang, tidak banyak lagi yang hendak ditambah menjelang PRU 13 nanti kerana semuanya telah ada.


Kita ada semua tetapi kita mahukan perubahan supaya kita ada maruah dan kedaulatan. Perubahan itu perlu dituntut oleh semua seperti menuntut kemerdekaan dulu. Ia bukan dituntut oleh orang Melayu saja. Ia ikut dituntut bersama oleh Cina dan India. Perubahan tidak berlaku kalau sekadar dituntut oleh Cina dan Melayu. Penyertaan India perlu seperti yang ditunjukkan tahun 2008 dulu.


Perubahan ynag kita perlukan ialah mendapatkan kehidupan yang lebih baik melalui pemerintahan yang adil, memecahkan kebuntuan perkauman yang membelenggu penduduk, memerangi rasuah dan membasmikan penyelewengan, menyekat amalan boros dan pembaziran; meletakkan polis, SPR, kehakiman termasuk Jabatan Peguam Negara di landasan yang betul. Dalam PRU 12, Mac 8, 2008 dulu hampir separuh pengundi yang mengundi mahukan perubahan. Kebanyakan yang tidak mengundi dipercayai mahukan perubahan. Pengundi Cina amat positif dengan perubahan. Yang tidak jadi pengundi tentu berkongsi pendirian dengan pengundi Cina itu.


Yang tidak mahu perubahan ialah Melayu dalam UMNO dan Melayu yang hidup ‘buta mata hati’ yang tidak tahu menilai yang mana intan dan yang mana kaca. Melayu jenis ini sepatutnya dibuang ke dalam laut Cina Selatan agar ‘bangkai’nya disambar oleh jerung. Hidup Melayu jenis ini memusnahkan bangsa, agama dan Negara.


“NYAHKAN UMNO, RAKYAT SEJAHTERA”

No comments: