Tengku Razaleigh Hamzah pernah diwawancara oleh Malaysiakini.Com (http://www.malaysiakini.com/news/55191) pada bulan Ogos tahun 2006 oleh wartawan Beh lih Yi. Dalam wawancara itu, Ku Li ditanya mengenai harapan Anwar Ibrahim untuk menjadi PM Malaysia. Di samping beliau ditanya mengenai masa depan beliau dalam arus perdana politik Malaysia depan.
Ikuti wawancara itu :
Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mempunyai dua pilihan jika beliau masih bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri – sama ada menyertai semula Umno atau memimpin PAS.
Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mempunyai dua pilihan jika beliau masih bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri – sama ada menyertai semula Umno atau memimpin PAS.
Inilah nasihat daripada Tengku Razaleigh Hamzah – pemimpin Umno yang hampir-hampir menewaskan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan Presiden Umno dua dekad yang lalu.
Menurut Tengku Razaleigh, Anwar “tidak mempunyai tempat dalam arus politik perdana” sekiranya bekas Timbalan Perdana Menteri itu memilih untuk meneruskan perjuangan politiknya melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR). “Beliau pernah menemui saya, dan saya menasihatkan, jika beliau mahu kembali ke arus politik perdana, atau menjadi Perdana Menteri, beliau mesti kembali semula kepada Umno. Bagaimana?
Beliau perlu mencari jalannya. “Jika beliau mahu bersama politik pembangkang, maka beliau perlu menjadi Presiden PAS dan menukar PAS,” kata Tengku Razaleigh dalam wawancara dengan malaysiakini di kediamannnya.
“Sehinggalah PAS bertukar wajah dan caranya, ia tidak dapat menarik sokongan orang muda. Dan orang bukan Islam pula tidak akan menyokongnya jika ia bersikap konservatif (seperti sekarang).
Jadi saya kata: “Anda sertai PAS dan jadi presidennya, serta tukar PAS.
“Sepertimana orang ini (Perdana Menteri Tayyip Edrogan) di Turki, (partinya) merupakan parti lama Islam yang dipimpin oleh orang berjubah dan beliau mengubahnya menjadi sebuah parti Islam yang progresif,” katanya.
Menurut Tengku Razaleigh, Anwar “berdiam diri tetapi bersetuju” dengan nasihatnya itu.
Masa depan Anwar
Anwar, yang dipecat daripada Umno dan kerajaan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kini merupakan penasihat PKR, sebuah parti pelbagai kaum pimpinan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Ditanya mengenai masa depanAnwar dalam PKR, Tengku Razaleigh berkata:
“PKR adalah sebagai parti di Kuala Lumpur sahaja dan bukannya sebuah parti orang Melayu, ianya tidak kena, bersama dengan kumpulan sosialis – Parti Rakyat Malaysia yang telah ditolak oleh rakyat.”
Beliau merujuk kepada penggabungan PRM dengan Keadilan tiga tahun lalu.
Masa depan politik Ku Li
Mengenai masa depan politiknya, Tengku Razaleigh, 69, berkata beliau menyerahkannya kepada parti untuk memutuskan sama ada beliau akan bertanding lagi dalam pilihanraya umum akan datang. Beliau adalah Ahli Parlimen Gua Musang di Kelantan.
Ditanya sama beliau akan mencuba lagi bertanding jawatan Presiden Umno – untuk kali ketiga dalam karier politiknya – dalam pemilihan parti yang akan datang, Tengku Razaleigh menjawab:
“Ia berserah kepada ahli-ahli Umno, bukankah begitu?”
Bagaimanapun, Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak mempunyai perancangan seumpama itu sambil menegaskan, beliau mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pemilihan yang lalu bagi membuktikan demokrasi masih hidup dalam parti.
Beliau menawarkan dirinya bertanding jawatan Presiden Umno pada 2004 selepas parti itu memutuskan tiada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi Umno. Beliau bagaimanapun gagal mendapatkan jumlah kouta pencalonan sebanyak 30 peratus daripada umno bahagian.
Maka tidak hairanlah jika beliau mahukan sistem kuota tersebut dihapuskan – di mana calon yang hendak bertanding jawatan tertinggi parti perlu mendapat jumlah pencalonan yang ditetapkan – 5 peratus (Majlis Tertinggi), 10 peratus (Naib Presiden), 20 peratus (Timbalan Presiden). “Tidak perlu semua itu. Anda bercakap mengenai membuang tongkat, tetapi anda sendiri dilindungi oleh kuota. Anda tidak memerlukannya,” katanya.
KOMEN :
Mesyuarat agung tahunan dan pemilihan pemimpin dalaman parti UMNO ditangguhkan pada satu masa yang ditetapkan kemudian, dalam erti sebenarnya selepas PRU ke-13 berlangsung. Penangguhan ini bukan luar biasa. Presiden-presiden yang lalu (Mahathir dan Pak Lah) juga berbuat sedemikian dengan alasan yang sama dengan Najib.
Adalah dijangkakan pemilihan kepimpinan dalam UMNO sekiranya UMNO kalah teruk dalam PRU ke-13 akan menghadapi persaingan yang amat sengit. Najib bakal menuruti jejak langkah Pak Lah (tidak mungkin Mahyuddin Yassin tiada agenda politik dalam keadaan tersebut). Najib akan didesak meletakkan jawatan dan melepaskan jawatan Presiden UMNO. Tetapi, jika Najib menang besar seperti Pak Lah menang besar pada tahun 2004, maka beliau akan merasa lebih sombong dan angkoh.
Banyak pemimpin UMNO yang tidak sebulu dengannya akan dicantas. Kepimpinan UMNO peringkat tertinggi ketika itu akan dipenuhi dengan orang-orang dia. Orang-orang Pak Lah akan dipancung terus (mungkin tidak dicalongkan dalam PRU) dan orang-orang Mahathir adalah sekerat-dua.
No comments:
Post a Comment