DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, December 28, 2010

MENILAI RIZAB MELAYU DAN PAMPASAN

Panjang kisah sampingan. Berikut ini merupakan sebuah penulisan kesimpulan dari beberapa waris yang terlibat.


Sebagai yang umum mengetahui bahawa apabila ujud sesuatu pembangunan, terutama membina jalan raya, maka biasanya tanah Simpanan Melayu sering terlibat. Tanah Simpanan Melayu berbentuk dalam berbagai jenis tanah dan tanaman. Terdapat di sana perumahan “kampung” termasuk “kampung menumpang” atau disebut setinggan.


Tanah orang Melayu, menurut Helmi Hussain, bekas pegawai kerajaan, berpengalaman luas dalam bidang tanah, dalam bukunya “RIZAB MELAYU: Indah Khabar Dari Rupa” memetik sebutan dalam kertas Seminar tahun 1999 bahawa 207,489 ekar tanah istimewa orang Melayu telah banyak diambil oleh pihak berkuasa. Atas nama pembangunan, maka jumlah tanah orang Melayu kian mencerut ke pinggir. Tanah Rizab Melayu jadi milik umum dan “mereka” mengaut keuntungan di atas tanah dan segala hasil yang berkaitan selama.


PEMBANGUNAN UNTUK SIAPA?


Dalam hubungan pembangunan berkenaan maka cuba tinjau kembali apa yang telah ditulis oleh Tengku Razaleigh bin Hamzah, “Pembanguna Untuk Siapa ?” yang sedikit sekali faedah untuk pertumbuhan dan perkembangan ekonomi orang Melayu. Pembangunan dikuasai oleh syarikat gergasi yang dibentuk oleh kepentingan dalam kleptocracy. Razaleigh menonjolkan istilah kelptocarcy sebagai “menjaga kepentingan mereka yang berkuasa”. Jadi kita boleh lihat akibat yang menimpa kelangsungan rizab Melayu yang dibuat macam mana pun sukar untuk hidup segar. Keadaan orang Melayu di kampung yang bergantung pada tanah sama dengan “rumput di tepi jalan: hidup segan, mati tidak mahu”. Struktur ekonomi pertanian dan pemasaran dimonopoli oleh beberapa gergasi.ternakan haiwan, sayuran, ubian, buah-buahan, ikan, pasar super, kedai, saluran proses penjualan dan jalan raya semua dibolot oleh “gergasi” yang bersifat ‘samurai’. Sedikit-sedikit nasi dan lauk tumpah itulah yang boleh mereka cari makan dengan tumpang-tumpang buka gerai dan jual lambak di kaki lima sebagai “agen” sisa barangan!


Menginsafi nasib dan keadaan tanah Melayu yang terpisah sekitar empat ekar, bagi keluarga tertentu di kampung atau di pinggir bandar, maka suatu Badan Penyelamat hendaklah di bentuk dengan ikhlas dan sungguh-sungguh di atas landasan “kolektif” di seluruh negara. Dengan demikian taraf hasil meningkat dan harga tanah tidaklah semurah yang diberikan oleh penilai kerajaan. Sebab tanah orang Melayu diawasi oleh pertanian atau ternakan atau perumahan yang bersifat kolektif. Semua sudut ekonomi terutama pasaran dan pengurusan dibentuk sedemikian rupa untuk orang Melayu bergerak atau digerakkan oleh badan yang bertanggungjawab. Mungkin Prof Diraja Ungku Abdul Aziz boleh memberi pendapat dan nasihat.


SAHAM SYARIKAT


Pengambilan tanah memang tidak dapat dielakkan demi pembangun negara. Meskipun secara segera tuan-tanah dapat pampasan yang agak lumayan tetapi dari segi jangka panjang mereka patut diberi faedah yang kekal seperti yang dinikmati oleh syarikat gergasi yang menguasai tanah mereka. Tuan tanah hendaklah diberikan juga sebahagian saham syarikat dengan harga asas kerana mereka putus mata pencarian atau tempat. Dengan wang pampasan berkenaan bukan mudah hendak mencari ganti dan sentimen sosial budaya sesama penduduk. Jadi dengan demikian pembolotan ekonomi dapat dikurangi seperti yang disebut di atas terutama apa yang ditulis oleh pakar ekonomi dan pemimpin negara, Tengku Razaleigh bin Hamzah..


PENGAMBILAN TANAH


Dalam pengambilan tanah ada dua akibat: Pertama, memberi keuntungan segera kepada tuan punya: manakala akibat kedua, menjadikan kerugian kepada tuan punya dan waris dalam masa yang panjang. Untuk mencari ganti tanah yang sesuai juga bukan perkara mudah.


PEROLEHAN TANAH DAN NILAI


Tanah diperoleh oleh penduduk terutama Melayu bukan semudah mata memandang seperti “makanan segera”. Berbagai berbagai cara: pertama, tanah kurnia iaitu yang diberikan oleh kerajaan kerana “jasa”; kedua, atas permohonan sebagai peneroka; ketiga, kerana rancangan kerajaan atau berkelompok; dan keempat, melalui jual–beli melalui iklan atau berbagai ikatan sentimen keluarga atau anak buah. dan jasa kawan. Harga tidak patut dipersoalkan dan jadi ukuran tertentu oleh penilai. Malahan, ada penjual dapat pula membeli tanah lain yang lebih baik dan berharga kemudian.


Tanah yang diperoleh bukan semudah yang dilihat. Meskipun jika dibeli pun kelihatan murah ; tetapi berbagai faktor lain, termasuk nilai faktor budaya tradisi untuk mewariskan secebis tanah kepada anak cucu harus diambil kira, bukan mengambil balik tanah dengan harga yang murah. Tambahan pula syarikat berkenaan akan mendapat untung besar dengan berterusan masa.


NILAI RIZAB MELAYU:


Dalam hal ini tanah yang “murah” biasanya ialah tanah orang Melayu kerana kedudukan yang terpencil dari bandar dan kurang pembangunan di sekelilingnya. Jadi pembayaran pun biasanya diasaskan pada persekitaran yang dekat sahaja. Ertinya, walaupun ia otomatis bernilai sebagai “tanah antara bangsa”, tetapi nilai masih dikaitkan dalam suasana “kampung Melayu” yang terpecah-pecah. Ini berlainan dengan kedudukan dan suasana tanah bukan Melayu. Di samping itu pula terdengar keluhan kerana dalam pertemuan ramai tuan-punya tanah dikejutkan dengan anggapan bahawa tanah orang Melayu adalah hutan dan penilai kerajaan berkenaan mahu tahu pula harga asal. Mungkin untuk perbandingan.


1) Bila beli ?
2) Berapa harganya ?


Apakah “keuntungan” besar atas modal yang “sedikit” dijadikan ukuran ? Apakah mereka tidak melihat bahawa ada ramai juga “orang tertentu” mendapat tanah “percuma” berkaitan dengan pembangunan tertentu, dan kemudian jadi kaya raya? PERTANYAAN: APAKAH INI SATU CARA UNTUK MERENDAHKAN HARGA TANAH YANG DITUNTUT OLEH TUAN-TANAH? Jadi beberapa faktor yang ditekankan oleh penilai kepada tuan-tanah maka kita merasakan bahawa penilai pampasan seolah-olah bersikap seperti “SYARIKAT INSURANS” mencari kesalahan dan kelemahan tanah Rizab Melayu untuk mengurangi bayaran.


Merujuk kepada kerugian orang Melayu mengenai tanah yang diambil kembali dan penggunaan wang yang diterima setakat ini nampaknya tidak begitu berkembang kerana untuk mencari tanah atau harta yang lain agak sukar untuk “warisan”. Bagi kebanyakan orang China mereka lebih menumpukan rumah kedai di bandar manakala itulah harta warisan yang boleh mereka bergantung “harapan” walaupun tidak tebal. Maaf memberi pandangan berbeza.


WARIS PEMILIK TANAH YANG TERLIBAT.


- Al-Qaf - 27.11.2002 (suntingan M@RHAEN)

No comments: