DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, December 31, 2010

KENANGAN MANIS DR MAHATHIR

Dr Mahathir mempunyai banyak kenangan paling manis ketika berada di bawah pemerintahan Pak Lah terutama beliau tidak dibenarkan bertemu dan berucap di hadapan public, apatah lagi untuk muncul di kaca tv dan media arus perdana yang dikawal oleh Pak Lah.


Mulai saat itulah Dr.Mahathir mula berjinak-jinak dengan internet sehingga beliau menubuhkan
blognya sendiri untuk mengeluarkan pandangan dan kritikan terhadap dasar-dasar pemerintahan Pak Lah yang dirasakan oleh beliau tidak memenuhi cita rasa beliau. Beliau yang pernah satu masa, ketika beliau berkuasa, beliau sangat anti blogger dan tulisan-tulisan yang disiarkan dalam internet. Beliau menganggap internet adalah musuh beliau dan Negara serta mengancam keselamatan Negara.


Kebencian beliau semakin membara ketika UMNO/BN di bawah kepimpinan beliau mengalami kekalahan teruk, tidak mendapat sokongan majority orang Melayu pada PRU ke-10 tahun 1999. Internet dipersalahkan. Macam-macam kata-kata nista terbit dari mulut beliau mengencam para penulis internet.


Di sini saya petikan beberapa peristewa yang pernah berlaku terhadap beliau sebagai bekas pemimpin Negara. Bagi kita, mengenang kembali sejarah itu agar kepimpinan Negara pada masa kini memberi sedikit ruang kepada kebebasan menulis, mengeluarkan pendapat dan mengkritik dasar-dasar dan parti yang memerintah mengikut lunas undang-undang yang diamalkan, walaupun ia pedih kepada orang yang kena kritik itu.


Peristewa 1


UMNO PJ UTARA TIDAK RESTUI KEDATANGAN DR M ESOK
Berlaku pada 11 Ogos 2006


Umno bahagian Petaling Jaya Utara tidak merestui tindakan pergerakam Pemudanya menjemput bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad datang berucap di majlis 'jasamu dikenang' sebelum mesyuarat perwakilan pergerakan itu esok. Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Datuk Ikhwan Salim Sujak berkata, pergerakan itu tidak merujuk kepada pihak bahagian terlebih dahulu untuk mendapatkan kebenaran menjemput bekas Presiden Umno itu. Malah, kata beliau, tindakan pergerakan Pemuda tersebut boleh memecahbelahkan Umno bahagian.


Majlis bersama Dr Mahathir itu akan diadakan di Tropicana Golf & Country Club di Petaling Jaya.


Ikhwan berkata, beliau akan merasmikan mesyuarat Pemuda Bahagian Petaling Jaya Utara jam 9 pagi esok. Berikutan itu, beliau mempersoalkan tujuan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara menjemput kedatangan bekas Presiden Umno itu. “Tidak ada rasional kita memanggil Tun Dr Mahathir yang sudah tidak mempunyai kuasa pemerintahan. Ia umpama menoleh ke belakang.


(Rujuk :
http://www.malaysiakini.com/news/55254)


Peristewa 2


CERAMAH DR M: IKM TARIK BALIK KEBENARAN GUNA DEWAN
Belaku pada 10 Ogos 2006


Institut Kemahiran Mara (IKM) Beseri telah menarik balik kebenaran awalnya membenarkan dewan utamanya digunakan untuk ceramah perdana bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran Umno Bahagian Padang Besar, yang dijadualkan pada 26 Ogos depan.

Ketua Umno bahagian berkenaan, Datuk Zahidi Zainul Abidin mendakwa IKM Beseri telah diarahkan oleh ‘orang atasan’ untuk menarik balik kebenaran tersebut kerana mereka bimbang Dr Mahathir akan terus mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Bagaimanapun, katanya, ceramah perdana oleh bekas Presiden Umno itu akan diteruskan di tapak bangunan Umno Padang Besar.


Katanya, IKM juga tidak membenarkan dewan utamanya digunakan untuk mengadakan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Padang Besar yang dijadualkan pada 27 Ogos, sehari selepas ceramah perdana Dr Mahathir. Berikutan itu, katanya, Umno bahagian terpaksa menangguhkan mesyuarat perwakilannya sehinggalah mendapat tempat mesyuarat yang baru.

Cari tempat baru


“Tarikh baru mesyuarat tersebut tidak dapat dipastikan kerana kami menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tempat baru,” katanya. Sebelum ini, pihak pentadbiran IKM bersetuju membenarkan dewan utamanya digunakan untuk mesyuarat


(Rujukan :
http://www.malaysiakini.com/news/55177)


Peristeewa 3


Anak beliau juga kena tempias akibat perkelahian Dr Mahathir dengan Pak Lah


PEMUDA BAHAGIAN BATAL JEMPUTAN PADA MUKHRIZ
Berlaku pada 10 Ogos 2006


Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir menerima nasib yang sama seperti bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beberapa Pemuda Umno bahagian telah membatalkan jemputan kepadanya untuk merasmikan mesyuarat perwakilan masing-masing. Menurut sumber, setakat ini tiga Pemuda bahagian disahkan telah membatalkan jemputan mereka walaupun Mukhriz telah memberi komitmen akan menghadirinya.


“Pemuda bahagian berkenaan tidak memberikan sebab-sebab pembatalan tersebut. Apabila ditanya, Ketua Pemuda bahagian berkenaan hanya memberitahu ia terpaksa dibatalkan oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,” kata sumber itu lagi. Beliau bagaimanapun, enggan memberitahu nama bahagian berkenaan bagi mengelakkan timbul salahfaham atau tindakan yang tidak diingini terhadap pemipin Pemuda bahagian tersebut. Bagaimanapun katanya sekurang-kurangnya tujuh lagi Pemuda bahagian tetap menjemput Mukhriz merasmikan mesyuarat mereka. Sabtu lalu, Mukhriz telah merasmikan mesyuarat Pemuda bahagian Masjid Tanah, Melaka.


(Rujukan :
http://www.malaysiakini.com/news/55196)


Peristewa 4


Majlis bersama Dr M di Baling dibatalkan
Berlaku pada 2 November 2006



Majlis bersama Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengutip derma bagi membantu anak-anak yatim di daerah Baling yang dijadualkan diadakan esok, terpaksa dibatalkan selepas masjid pekan Baling menarik balik kebenaran untuk menggunakan dewannya bagi tujuan tersebut.

Berikutan itu, Timbalan Pengerusi penganjur ‘Majlis Jasa Mu Dikenang” itu, Bashah Ibrahim berkata, pihaknya tidak mempunyai tempat lain untuk mengadakan majlis tersebut. “Saya tidak tahu mengapa kebenaran itu ditarik balik. Sebelum ini kami dibenarkan menggunakan dewan untuk mengadakan majlis tersebut. “Ketiadaan tempat yang sesuai menyebabkan kami terpaksa membatalkan majlis itu walaupun persiapan telah dibuat,” katanya.

Komen Dr.Mahathir : “Beliau dilaporkan berkata: "Hari ini sepatutnya saya menghadiri satu majlis anjuran Perkida (Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah SeMalaysia) di Johor, manakala pada 3 November ini menghadiri majlis anjuran pertubuhan bukan kerajaan di Baling. Tetapi kedua-dua majlis itu telah dibatalkan dan itu menunjukkan saya semakin tidak popular."


(Rujukan :
http://www.malaysiakini.com/news/)


KENYATAAN MEDIA DR MAHATHIR PADA 3 NOVEMBER 2006 :


Tuan-tuan dan puan-puan,


Saya tidak lagi dapat bercakap dengan secara langsung.


Hari ini saya diberitahu majlis NGO di Baling pada 3 hb November 2006 sudah dibatalkan. Polis memanggil penganjur dan mengarah supaya majlis dibatalkan.
Perkida Johor juga diarah supaya batalkan jemputan kepada saya pada 1 hb November 2006.


Dengan ini sudah 14 jemputan kepada saya dibatalkan atas arahan Kerajaan Pak Lah melalui Johari Baharom, Timbalan Menteri Dalam Negeri.


Di masa yang sama semua media aliran perdana membuat laporan yang tidak berasas untuk memburukkan diri saya. Saya tidak boleh jawab, tidak boleh nafi walaupun laporan telah diputar.


Inikah yang dikatakan kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar zaman Pak Lah. Segala saluran untuk seseiapa mengkritik kerajaan ditutup.


Jawapan Pak Lah dan konco-konconya tidak tertumpu kepada kritikan yang dibuat. Sebaliknya semua marah kerana saya membuat kritikan.


Jangan kritik.
Kalau nak kritik keluar dari parti.
Semua mesti akuar kepada Pak Lah.
Jika tidak buang jawatan.


Apakah pernah perkara seperti ini berlaku di zaman Dato Onn, Tunku, Tun Razak, Tun Hussein dan saya sendiri?


Tunku dan Tun Hussein bebas mengkritik saya. Tidak ada sekatan. Polis tidak menganggu sesiapa yang ingin dengar kritikan mereka. Tidak ada ugutan untuk bertindak terhadap Tunku dan Tun Hussein.


Percayalah apabila pemimpin tidak boleh ditegur dia akan salahguna kuasa. Dia akan utamakan kepentingan diri, keluarga dan kroni. Kepentingan negara, kepentingan rakyat akan diabaikan. Akhirnya negara akan rosak dan rakyat akan menderita.


Pak Lah dan keluarganya takut membenarkan saya bercakap kerana kebenaran apa yang saya akan perkatakan. Jika apa yang saya perkatakan tidak benar, tentu mudah untuk membuktikan apa yang saya kata adalah tidak benar.
Berani kerana benar.


Takut kerana salah.
Takutnya Pak Lah jika rakyat dengar saya ialah kerana dia dan konco-konconya bersalah.

Saya guna saluran ini kerana tidak ada saluran lain bagi saya. Sama-samalah kita renung perkara ini.

(Rujukan:http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=5052&Itemid=1)


Berikut ialah 14 Majlis Tun Dr. Mahathir yang telah dibatalkan dari 28 Jun 2006 hingga November 2006:

1. Ceramah bertajuk Memupuk Satu Bangsa Malaysia Menjelang 2020, anjuran GERAKAN. (28 Jun 2006).

2. Kunjungan Hormat Ahli-ahli Jawatankuasa Kelab Veteran UMNO Titiwangsa, Kelab Veteran UMNO Titiwangsa, KL. (24 Julai 2006)

3. Syarahan Mengenai Cabaran Yang Menghadapi Negara Malaysia Kini dan Dunia Seluruhnya Dengan Suatu Rujukan Khas Kepada Umat Islam, anjuran MUBARAK Kelantan, (27 Julai 2006).

4. Program Jasamu Dikeanang, "Sejalur Bakti-Sekalung Budi" sempena Ulang Tahun Pertubuhan Pemuda UMNO, anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor. (24 Ogos 2006).

5. Upacara Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, anjuran UMNO Bahagian Padang Besar. (26 Ogos 2006).

6. Majlis Bersama Dalam Wacana Patriotisme Bersama Pelajar UUM, anjuran Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir, UUM (6 Sept 2006).

7. Menyampaikan Ceramah di Diplomatic Training PTD Officer, anjuran IDFR (6 Sept 2006)

8. Undangan Khas ke Kursus Pengembangan Minda II di Langkawi Lagoon Resort, anjuran Dewan Perniagaan Melayu negeri Perlis. (8 September 2006)

9. National Students Global Discourse, anjuran Kelab Ma'aruf, UIA (23 Sep 2006)

10. Menyampaikan Ceramah Kemerdekaan "Bicara Bersama Tokoh", anjuran Persatuan Ibubapa dan Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan Selayang (tarikh yang diminta sebelum penarikan undangan ialah antara 29 Ogos - 16 Sept 2006).

11. Majlis Mengenang Jasa Tun Dr. Mahathir Mohamad, anjuran Pekida Negeri Johor. (3 Nov 2006).

12. Majlis Malam Jasamu Dikenang, anjuran Badan Amal dan Kebajikan Masyarakat Prihatin dan NGO Baling, Kedah. (3 Nov 2006).

13. Jemputan Sebagai Panel bagi Forum "Sejenak Bersama Pemimpin," anjuran Biro Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Pergerakan pemuda UMNO Malaysia. (11 Nov 2006 - ditangguhkan kerana dekat dengan Perhimpunan)

14. Program Forum Sejenak Bersama Pemimpin, anjuran Biro Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Pergerakan pemuda UMNO Malaysia. (20 Nov 2006)


(Rujukan : http://www.beritakmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=5522)


Kesimpulannya, kini Najib memberi kebebasan sepenuhnya Dr.Mahathir untuk bercakap apa sahaja yang dia mahu cakapkan.Najib takut nasibnya sama dengan nasib Pak Lah.

Dalam masa yang sama, Najib menekan kebebasan menulis, mengeluarkan pendapat dan menutup akhbar dan kartun yang tidak menyokong pentadbirannya.

Peringatan pada Najib ubahlah minda. Rakyat sekarang bukan rakyat zaman bapa kamu menjadi ketua dulu. Sekarang dunia jauh berubah termasuk minda rakyat turut berubah. Minda rakyat tidak boleh dikawal dan dikongkongkan lagi.Kelak makan diri.


"TOLAK UMNO, PASTI RAKYAT SEJAHTERA"