DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, December 31, 2010

BILA PM KE PULAU PINANG

Sunday, September 08 @ 08:58:42 MYT
(Harakahdaily.net)
Analisa Berita
Oleh Mohd Sabri Said



Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad bergegas turun ke Pulau Pinang petang Sabtu lepas bukan sahaja ingin merasmikan program '30 tahun kilang-kilang di Pulau Pinang' di Hotel Equtorial, Bukit Jambul tetapi sebaliknya mempunyai agenda lain yang lebih besar.Agenda tersebut tidak lain tidak bukan ialah isu pinggirnya masyarakat Melayu di pulau yang dianggap mutiara bagi golongan korporat serta mereka yang terlibat dalam sektor industri.


Kenyataan Ketua Umno Bahagian Jelutong, Dato' Ahmad Ibni Hajar yang kecewa dengan dasar Kerajaan Negeri yang tidak memberikan ruang untuk golongan Bumiputra berniaga dan sebagainya dirasai bagaikan duri dalam daging yang perlu ditangkis segera jika mahu menyelamatkan Umno.


Jika tidak, pastinya kenyataan sedemikian akan memakan diri dan mengurangkan pengaruh Umno di serata tempat yang sememangnya sudah kehilangan bisa.


Hari ini (Sabtu) keluar pula kenyataan daripada Ketua Umno Bahagian Bagan, Dato' Abdul Latif Mirasa yang mempertikaikan kepimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon yang hanya mementingkan kaumnya.


Ini menandakan api perkauman mula ditiup semata-mata untuk melihat orang Melayu bersatu semula di bawah satu payung iaitu Umno bukan parti lain.


Atau adakah isu ini sekadar untuk mewujudkan sentimen 'acah-acah' untuk menimbulkan kekacauan dengan tujuan mengheret golongan pembangkang yang tiada kena mengena ke dalam perangkap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


Namun begitu, kedatangan Perdana Menteri dianggap untuk menyejukkan keadaan supaya Umno dan kerajaan dapat diselamatkan di Pulau Pinang.


Pertembungan antara tokoh MCA yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Jermal, Dato' Dr. Sak Cheng Lum dengan tokoh Gerakan yang memimpin kerajaan, Tan Sri Koh Tsu Koon belum reda tiba-tiba muncul pula kenyataan yang berbau sentimen daripada kepimpinan Umno di dua bahagian.


Kenyataan Ahmad Ibni Hajar jelas membelakangkan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri yang sudah tentunya ingin menyembunyikan keadaan kerana khuatir jika terdedah bermakna memberikan 'makan' kepada pembangkang khususnya PAS dan KeAdiLan.


Dalam kenyataan tersebut, beliau juga kesal kerana hasrat bekas Perdana Menteri ke dua, Allahyarham Tun Abdul Razak tidak kesampaian apabila (Komtar) yang pada mulanya mahu menempatkan seberapa ramai peniaga Melayu akhirnya layu di tengah jalan.


Sekarang ini, nasib peniaga Melayu hanya layak di tepi jalan dan longkang sedangkan peniaga bukan Melayu mendapat tempat yang agak istimewa di ruang yang disediakan.


KOMEN :


Kisah yang saya petik itu berlaku di zaman UMNO/BN memerintah. Kenapa pembesar UMNO ketika itu mendiamkan diri. Tidak berani bangkit menentang dasar GERAKAN yang memerintahan. Kenapa segan hendak mengadakan demontrasi? Sedangkan rakyat seluruh Negara (apatah lagi pemimpin yang yang mengakui yang ia pemimpin Melayu) tahu bahawa kedudukan orang Melayu di Pulau Pinang tercicir dalam semua sector. Hak milik hartanah orang Melayu terus merosot kerana pemimpin Melayu di Pulau Pinang asyik berebut-berebut mengorek kekayaan peribadi.


Kenapa sekarang berani?


JAWAPANNYA MUDAH :


Kerana UMNO hendak KUASA. UMNO dan para pemimpinnya tahu dengan KUASA mereka boleh terus mengcungkil kekayaan yang masih berbaki. Sekarang mereka telah hilang segala-galanya. Bukan untuk Melayu Pulau Pinang. Kalau untuk Melayu Pulau Pinang, dari dulu lagi mereka boleh bertindak ketika mereka ada kuasa.

Ramai kajian dan tulisan-tulisan oleh professor-professor dan pejuang Melayu tulin (tetapi mereka tidak ada kuasa) diterbitkan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin UMNO tentang bahaya yang menanti di hadapan survival bangsa, tetapi mereka tidak peduli. Mereka asyik merebut “3 TA”.


Sekarang nasi sudah menjadi bubur.


"TOLAK UMNO, RAKYAT PASTI SEJAHTERA"

No comments: