DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, November 20, 2010

IMEJ PASUKAN POLIS TERCEMAR LAGI

Oleh : Tun Telanai


Keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur
membebaskan 15 orang, termasuk Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Mohamad Sabu, Ahli Jawatakuasa Pusat PAS atas dakwaan terlibat dalam perhimpunan awam yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (BERSIH) pada 10 November 2007 lalu, pada pandangan saya, ia menambah mencemarkan lagi imej pasukan polis yang terpalit dengan berbagai tuduhan liar daripada pihak awam.


Saya amat sedih dengan keputusan itu kerana ia terbukti benar sebagaimana persepsi orang ramai selama ini bahawa pasukan polis yang kita hormat dan sanjung yang menjaga keamanan dan keselamatan rakyat telah benar-benar menjadi ‘kuda tunggangan dan alat’ UMNO. Sama seperti SPRM, SPR termasuk system kehakiman. Persepsi sebegini sukar untuk dihapuskan dibenak sebahagian besar rakyat terutama golongan muda, melainkan institusi-institusi ya
ng saya sebut itu dapat menunjukkan bukti yang menyakinkan rakyat yang ia memainkan peranan seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Negara. Setakat ini peranan mereka gagal menyakinkan rakyat. Krisis keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi terbabit masih berterusan.


Berdasarkan kes ini, ia menimbulkan berbagai tafsiran, kenapa pihak Peguam Negara dan pasukan polis amat lambat mengambil tindakan. Selepas tiga bulan peristewa tersebut berlaku baharulah tindakan diambil menangkap dan mendakwa orang yang disyaki terlibat. Ia seolah-olah ada ‘sesuatu’ yang berlaku di belakang tabir.
Amat memalukan apabila Hakim Jagjit Singh menyatakan dalam keputusannya bahawa pihak pendakwa gagal mengwujudkan prima facie terhadap kes ini dan menyatakan: "Masjid negara adalah tempat beribadat, dan tiada sesiapa mempunyai kuasa untuk menyuraikan hadirin, atas apa alasan pun orang ramai mempunyai hak berhimpun di masjid ". Hakim ini lebih bijak tentang kebebasan beragama berbanding pemimpin UMNO yang menguasai pasukan polis yang berakal bebal.


Perhimpunan Bersih 2007 diadakan bagi
tujuan menyedarkan betapa perlunya mereformasikan system pilihan raya di Negara ini supaya ia berjalan secara adil dan saksama kepada semua parti yang masuk bertanding dalam pilihan raya, tetapi pasukan polis bertindak lebih kuah dari sudu sehinggakan peristewa tersebut tersebar seluruh dunia dan mencemarkan imej Negara. Sampai kini, SPR gagal melaksanakan tugasnya secara adil dan saksama seperti yang dituntut oleh BERSIH. Ia wujud dalam banyak aspek pengurusan pilihan raya terutama SPR membiarkan UMNO menyalahgunaan jentera kerajaan untuk berkempen, mendiamkan diri apabila UMNO meluluskan projek-projek ‘mee segera’ bernilai jutaan bagi memancing undi dan membenarkan UMNO penggunakan media secara melampau dan tidak beretika.


Saya amat bimbang kerana kesabaran rakyat ada hadnya. Rakyat mana yang boleh menahan sabar apabila UMNO melakukan penipuan secara terang-terangan di hadapan rakyat seperti di Galas baru-baru ini (mengguna kemudahan dan jentera kerajaan meraih undi orang asli). Rakyat yang tidak puas hati akan bangkit menentang UMNO seperti yang berlaku pada
Suharto dan Marcos yang melakukan penipuan besar-besaran dalam pilihan raya. Mereka menang besar setiap kali pilihan raya diadakan dan akhirnya mereka digulingkan oleh rakyat melalui jalan raya. Nampaknya UMNO tidak mahu mengambil pengajaran dari kejatuhan mereka berdua. UMNO memulakan langkah menipu dan memanipulasikan pengurusan pilihan raya demi mempertahankan kuasa.


Amaran untuk UMNO. Awas rakyat sekarang bukan bodoh. Mereka boleh mengakses berbagai maklumat dari berbagai saluran bukan lagi bergantung semata-mata dari media-media berwajah ‘syaitan’ laknatullah. Institusi-institusi yang terbabit perlu ingat dan berwaspada jangan biarkan UMNO berterusan melakukan penipuan, nanti buruk padahnya kepada Negara ini. Rakyat yang tertindas akan membangun bangit menentang pemerintah yang rakus dan zalim.


Mari kita imbas kembali dan lihat gambar-gambar ini sebagai
kenangan yang berlaku pada 10 November 2007 lalu.


Dalam pada itu, Mohamad Sabu masih ada
satu kes lagi yang sedang dalam perbicaraan. Beliau dituduh menghalang anggota polis berpangkat Superitenden Mohd Nasir Salleh daripada menyerahkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret, Jalan Duta, Kuala Lumpur terhadap Mohamad Sabu pada petang 9 Disember 2007. Kes ini sudah beberapa kali ditangguhkan dan hakim silih berganti untuk mengadili kes ini. Ia akan dibicarakan semula pada 29 dan 30 hb ini. Apa persepsi rakyat terhadap peristewa penangkapan Mohamad Sabu di Plaza Tol Bukit Tambun, Lebuh Raya Utara-Selatan. Mohamad Sabu diperlakukan seperti penjenayah amat merbahaya seolah-olah setanding dengan Botak Chin, Batongkali, Kalimuthu, Ismail Kerbau atau adakah Mohamad Sabu ini dari Kumpulan Mafia yang patut diperlakukan seperti itu.


Cara penangkapannya tidak sepadan dengan tuduhan yang beliau hadapi iaitu menghalang tugas Superitenden Mohd Nasir Salleh. Mohamad Sabu bukan penjenayah. Beliau tidak pernah merompak harta rakyat seperti yang dilakukan oleh ramai para pemimpin UMNO. Beliau tidak pernah mengsonglap duit Negara. Beliau juga tidak merogol dan merampas isteri orang. Apatah untuk membunuh, meletup dan membakar manusia lain yang tidak berdosa. Beliau adalah seorang penjuang, pernah menjadi wakil rakyat, memperjuangkan nasib rakyat, agama, bangsa dan Negara.


Kesalahan Mohamad Sabu kerana perjuangan beliau disalurkan melalui PAS yang merupakan sebuah parti pembangkang yang sah (berdaftar) yang kuat menentang dasar-dasar UMNO, bukan melalui saluran UMNO yang sudah tentu tidak menjadi kesalahan. Kritikan Mohamad Sabu bukan untuk memusnahkan Negara ini. Cuma untuk UMNO supaya UMNO dapat membuat muhasabah diri, memperbaiki kelemahan yang ada dan memperbetulkan perjuangan dan membela kepentingan rakyat bukan untuk kepentingan golongan pemimpin dan kroni-kroninya. Tujuannya sama, tetapi pendekatan yang diambilnya berbeza dengan UMNO. Salahkah?


Kita lihat pula dua kes ini. Sila pembaca buat perbandingkan. Satu kes melibatkan 31 orang penyokong HINDRAF yang ditangkap ketika merusuh di Batu Caves, Selangor dituduh dengan cubaan untuk membunuh, melakukan khianat dan berhimpun secara haram. Tetapi kemudian, Abdul Ghani Patail
menarik balik kes dan mengugur kes tersebut tersebut. Apa ini, tuduhan dan dakwaan boleh dimain-mainkan. Ikut suka hati. Rakyat kata pendakwaan terpilih , pandai marah pula. Siapa yang arah kes tersebut digugurkan. Ketika itu PM ialah Abdullah Ahmad Badawi.


Kes kedua pula melibatkan insiden Batu Buruk yang berlaku pada malam 8 September 2007. Sangat menghairankan apabila tindakan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu yang enggan memberikan ikat jamin kepada dua orang ahli PAS, iaitu Suwandi Ab Ghani, 38, dan Muhammad Azman Aziz, 21 yang dituduh dengan pelbagai tuduhan termasuk cubaan membunuh (cubaan mencederakan) seorang pegawai polis, sedangkan pegawai polis itu yang melepaskan tembakan dan mencederakan mereka berdua. Keenganan memberikan ikat jamin kepada kedua-dua ahli PAS ini sangat luar biasa sedangkan semua kes yang dituduh terhadap mereka dibenarkan untuk diikat jamin.


Menurut rekod kedua-dua mereka adalah mangsa yang ditembak dengan peluru hidup dalam kejadian tersebut. Pegawai yang melepaskan tembakan itu tidak dikenakan sebarang tindakan, malah ia diagung-agungkan sebagai pahlawan. Dalam kes ini, Peguam Negara yang (Abdul Ghani Patail) sendiri bertindak sebagai pendakwa dalam kes yang disebut di di peringkat Mahkamah Sesyen ini. Beliau sanggup menjatuhkan darjatnya sebaga Peguam Negara demi memuaskan hati sebilangan para pemimpin UMNO yang kurop.


Banyak lagi peristewa-peristewa yang dilakukan oleh institusi-institusi yang disebutkan itu melakukan kerja-kerja yang menampakkan ciri-ciri ketidakadilan berlaku, ianya lebih kepada menjaga kepentingan UMNO dari kepentingan menegakkan konsep keadilan itu sendiri seperti yang diajar oleh Islam. Peristewa-peristewa yang disebutkan di atas adalah sekadar contoh sahaja, terdapat beribu lagi peristewa atau kes-kes seperti itu telah, sedang dan akan berlaku yang pada persepsi rakyat menunjukkan bahawa tiada ada harapan rakyat untuk mendapat keadilan sewajarnya, sekira ianya melibatkan kepentingan politik UMNO, tambah-tambah lagi ketika ini yang mana UMNO sedang berusaha keras untuk menang besar (seperti Galas dan Batu Sapi) dan menumpaskan Pakatan Rakyat dalam gelanggang yang senget dalam PRU ke-13 nanti.


Kesimpulannya, tanpa UMNO pentadbiran Negara ini dapat diperbaiki dan keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik dapat ditegakkan. Semua fungsi institusi-institusi disebut itu dapat dipulihkan kembali dan berperanan mengikut peraturan yang ditetapkan dalam Perlembagaan. Sekiranya UMNO masih terus berkuasa, rakyat dan Negara menuju ke lembah kehancuran.


“TIADA UMNO, RAKYAT PASTI SEJAHTERA”

No comments: