DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, June 10, 2010

UMNO : JUDI DAN ISRAEL-SIRI 1

Oleh : Tun Telanai

Nampaknya UMNO semakin bercelaru. Sekejab ada, sekejab tiada. Cakapnya berbelit-belit macam ular kenal palu. UMNO putar alam. UMNO kini berada dalam keadaan amat letih dalam menghadapi kemelut yang melandanya. Krisis yang melanda rakan kongsinya MIC. MCA, Gerakan dan dalam UMNO sendiri ada kumpulan anti-Najib (sepertimana kumpulan yang wujud semasa Pak Lah berkuasa dulu) senantisa mengintai peluang merebut kuasa. Sebab itu dalam rombakan karbinet baru-baru ini, Najib mendapati ahli parlimen UMNO-BN tidak layak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri. Karbinet Najib dipenuhi dengan senator yang dilantik melalui pintu belakang bukan mencerminkan
‘karbinet rakyat’.


Tidak pernah dalam sejarah ahli parlimen UMNO yang memegang jawatan ketua pemuda tidak dilantik ke jawatan kerajaan, tetapi
Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ahli Parlimen Rembau diketepikan dalam sebarang perlantikan ke jawatan tertentu dalam kerajaan Najib menimbukan kemarahan di kalangan pemuda. Sebaliknya, Mohd Ezam MOhd Noor yang sebelum ini sebagai penderhaka kepada UMNO dilantik sebagai senator. Apa yang Ezam tidak kata pada UMNO. Beliau memaki hamun UMNO dan merendahkan darjat UMNO sehina-hinanya setaraf anjing kurap ditepi jalan. Beliau menjadikan UMNO sepria-prianya. Orang yang taat dan setia pada perjuangan UMNO tidak mendapat tempat dan dihargai oleh Najib, orang macam Ezam mendapat tempat di hati Najib.


UMNO bukan sebuah parti politik yang cemerlang dalam usia 52 tahun ia memerintah. Ia banyak mendatang masalah daripada menyelesaikan masalah. Banyak contoh-contoh yang kita dapat kutip daripada pelbagai sumber yang menunjukan bahawa bangsa Melayu-Islam semenjak merdeka masih lemah dalam berbagai sector, tidak banyak kemajuan yang dicapai. Majoriti Melayu-Islam berada dalam kedudukan di bawah garis kemiskinan. Yang kaya raya ialah kelompok yang mengelilingi elit politik yang berkuasa. Orang Melayu-Islam semakin renggang dan rapuh daripada amalan Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad saw. Ini adalah kesan daripada kebobrokan kerajaan pimpinan UMNO yang memerintah berprinsipkan bersultan di mata dan beraja di hati.


Untuk tulisan ini saya tidak membicarakan pengkianatan UMNO terhadap bangsa Melayu dan Islam, yang saya hendak sentuh ialah berkaitan isu judi dan serangan Israel terhadap misi bantuan ke Gaza. Tindakan UMNO menghalalkan judi bola sepak menimbulan tentangan terbuka oleh seluruh rakyat Malaysia, tidak kira ianya Islam dan bukan Islam. Semuanya bersatu bangkit menentang judi tersebut. Ia akan beroperasi sebaik sahaja bermulanya kejohanan bola sepak piala dunia 2010 di Afrika Selatan pada 11 Jun ini.


Seluruh rakyat yang sedar [kecuali golongan haprak dalam UMNO dan golongan yang sejenis dengannya] yang judi itu tidak banyak mendatangkan munafaat, sebaliknya lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan terhadap kehidupan masyarakat. Oleh sebab itu, Allah swt mengharamkan sebarang bentuk perjudian, tetapi UMNO yang menjadi kerajaan dan terdapat juga ahli-ahli, penyokong, beberapa
pemimpin dan menteri serta agamawan di kalangan UMNO menyokong perjudian ini dilaksanakan (tidak memberi sebarang respon) terhadap bantahan rakyat.


Mereka dengan penuh kebanggaan, penuh kemegahan dan keegoan mencabar dan menentang perintah Allah swt. Kita sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah dan RasulNya terasa amat kesal dengan ‘jenayah agama’ yang mereka lakukan itu. Kita juga kesal terhadap golongan Islam sendiri yang sering menghina, memperleceh dan menderhaka kepada Allah swt melalui lisan, tulisan dan tindakan serta pihak yang tidak bertanggungjawab mengalakkan berbagai aktiviti maksiat yang bercanggah dengan Islam. Ia juga termasuk pihak yang terlibat dalam mengubal dan meminda berbagai peraturan dan undang-undang dengan membawa masuk unsur-unsur yang membolehkan umat Islam menjauhi diri daripada Allah dan RasulNya. Melihat suasana ini, negara ini masih jauh untuk mendapat hidayah dan keberkatan dari Allah swt. Selamanya kita akan diselubungi oleh berbagai masalah social yang tidak kunjung padam. Satu mala petaka kepada rakyat Malaysia selagi kita gagal untuk menghapuskan UMNO dari tampuk kuasa.


Berdasarkan keadaan semasa dan curak hidup rakyat kita tidak secekal dan segagah rakyat Thailand, Filipina, Indonesia dan Iran, adalah amat sukar untuk menjatuhkan UMNO. UMNO mencengkam kuasa begitu kuat untuk mempergunakan segala institusi dalam Negara. Walau pun begitu, kita masih ada senjata iaitu ‘DOA’. Ini sahaja jalan yang ada bagi umat Islam di negara ini pada masa kini. Doa merupakan satu keistemewaan yang tidak ada pada umat yang lain. Dalam peperangan BADAR, Nabi Muhammad saw berdoa kepada Allah swt supaya beliau dan pengikut serta Islam diselamatkan. Abu Jahal juga berdoa kepada tuhan semoga Nabi dan pengikutnya serta Islam dihancurkan. Akhirnya, permohanan Nabi diperkenankan oleh Allah swt dan Abu Jahal serta kumpulannya dihancurkan oleh Allah. Oleh itu, umat Islam digalakkan berdoa dan menyerah kepada Allah swt untuk menentukannya. Allah ada kaedahnya tersendiri untuk menghapuskan UMNO. Tanda-tanda kehancuran UMNO sudah ada seperti tanda-tanda dunia hendak kiamat. Bila masanya hanya dalam ilmu Allah swt, tidak siapa yang tahu.


Meluluskan judi bola sepak kepada
Berjaya Group dan Vincent Tan berikrar akan memberi sumbangan sebanyak RM525 juta untuk badan-badan kebajikan dan NGO-NGO seolah-oleh UMNO mempersendakan hukum Allah terhadap judi secara terang-terangan. Penentangan ini bererti mereka tidak secara langsung turut menentang Allah swt sendiri yang menjadikan alam ini dan segala isi kandungannya. Jelaslah, mereka sebenarnya adalah pengikut Firaun laknatullah bukan pengikut Nabi Muhammad saw dengan menghalalkan judi melalui kaedah pengeluaran lesen perniagaan supaya ia dapat beroperasi secara sah sepertimana aktiviti-aktiviti perniagaan lainnya. Penentangan judi bola sepak ini satu perkara, tetapi yang lebih menakutkan dan apa yang kita khuatirkannya ialah UMNO akan terus mengeluarkan lesen judi sukan kerana dalam negara kita ini ada berbagai jenis sukan sepanjang tahun telah ditakwimkan, di samping itu ada kejohanan bola sepak luar Negara seperti Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-juara Eropah (UEFA Champions).


Disebabkan penentangan rakyat dari seluruh rakyat dan rakyat bukan Islam pun turut bersama dalam gerakan anti judi ini, maka UMNO menjadi
kecut perut. UMNO tidak sangup menanggung risiko, maka ia pun mula berlakon, buat macam orang bodoh. Bila ia terantuk baru ia mengatakan judi bola sepak masih dalam pertimbangan kerajaan dan belum dikeluarkan lagi. Sebenarnya Najib sudah pun meluluskankannya, tetapi disebabkan penentangan terlalu kuat, maka ia tarik balik pemberian lesen kepada Berjaya Group. Satu kejayaan untuk rakyat yang bencikan judi.


Bersambung siri ke-2/- Insya Allah


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”

No comments: