DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, June 2, 2010

SCORPENE: POLIS PERANCIS SERBU PEJABAT DCNS

Sumber : Malaysiakini.com


Polis Perancis menyerbu pejabat pengeluar senjata DCNS dan kumpulan industri Thales berhubung siasatan terhadap penjualan kapal selam kepada Malaysia, demikian menurut sumber kehakiman semalam.

Dokumen-dokumen dirampas dalam serbuan tersebut minggu lalu, tambah sumber itu.Thales enggan mengulas perkara itu, manakala DCNS memberitahu AFP bahawa ia "tidak mengesah atau menafikan maklumat tersebut."

"Satu siasatan sedang dijalankan dan kami tidak boleh memberi sebarang komen."Mac lalu, Pejabat pendakwaraya Paris memulakan siasatan terhadap penjualan kapal selam tersebut pada tahun 2002 ekoran aduan yang dibuat oleh badan hak asasi manusia dari Malaysia, Suaram.

Suaram mendakwa Armaris - anak syarikat Thales dan DCN - telah membayar komisyen sebanyak 114 juta euro kepada syarikat Malaysia Perimekar, yang dikaitkan dengan individu yang rapat dengan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak .

Najib merupakan merupakan menteri pertahanan pada tahun 2002 dan bertanggungjawab dalam rundingan kontrak tersebut.Sejak tahun 2000, bayaran komisyen bagi kontrak yang berkaitan dengan pemimpin asing merupakan satu rasuah di bawah undang-undang Perancis.

Pada 2002, The DCN menyertai Thales dan kumpulan pembinaan Navantia dalam kontrak untuk menjual tiga kapal selam kepada Malaysia pada sekitar harga satu bilion euro.

Lewat April lalu, seorang jurucakap Pejabat Perdana Menteri menegaskan bahawa "tiada kes" untuk dijawab.Menurutnya, urusniaga tersebut bebas daripada rasuah dan tidak benar Perimekar mendapat manfaat secara tidak betul daripada urusniaga tersebut..


KOMEN :

Marilah kita sama-sama berdoa semoga perjuangan suci yang dibawa oleh Suaram ini mendapat kejayaan. Orang yang zalim sewajarnyalah dinyahkan dari muka bumi Allah swt ini supaya semangat keadilan, kejujuran, keikhlasan dan kebenaran dapat dipupuk semula dikalangan masyarakat.


Kita tidak boleh lagi mengharapkan
system keadilan di Negara ini berfungsi pada landasan yang benar kerana ia banyak dipengaruhi oleh permainan politik kotor oleh UMNO.


Isu ini
tetap relevan dan akan hidup dalam jarak waktu panjang selagi penjenayah sebenar tidak dihukum dan boleh lepas-bebas. Walaupun bagaimana pun kita percaya orang sebenar yang terlibat tentunya tidak senang hidup kerana kes ini sering diputarkan.


Malangnya kita, kita terpaksa meminta bantuan pihak luar untuk membersihkan sampah sarap yang berlaku dalam Negara kita ini.


“UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA”
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”

No comments: