Josh Hong_MerdekaReview
Biarpun ditawarkan dengan RM 5 juta, pengundi Sibu tetap membalas dengan tamparan sengit kepada Perdana Menteri Najib Razak, apabila memberikan kemenangan kepada DAP-Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.
PRK Sibu telah melabuh tirai. Tetapi kes rasuah "You help me, I help you" baru sahaja dibuka tirainya. Ucapan ini bukan sahaja berbau rasuah, malah memperlihatkan keangkuhan pemimpin ini.
Dari ucapannya, jelas Najib (gambar kanan) langsung tidak berniat untuk menjejak Sibu. "Saya langsung tak perlu datang ke sini... Ini bukan tempatnya PM harus datang." Sekiranya kandungan ini bukan bermakna "memperlekehkan", maka kita perlu menyunting kamus yang baru.
Paling menjijikan, apabila Najib menarik undi dengan satu nada yang tidak serius, selaku seorang PM. Apabila beliau menyebut, "Let's make a deal", dan "you help me, I help you", ia seolah-olah nada ketika seorang bos bercakap dengan orang bawahannya.
Semasa menambahkan peruntukan dari RM3 juta hingga RM5 juta, Najib berlagak seakan-akan wang cukai rakyat boleh digunakan bagai wang kertas dalam permainan jutawan. Perutukan dana ditabur begitu sahaja, tanpa sedikit rasa hemah, malah tiada kajian terhadap angka ini, sama ada projek ini benar bernilai sedemikian.
Tindakan menyogok pengundi secara terbuka dengan RM 5 juta, membuktikan bahawa darah yang mengalir dalam tubuh badan Najib masih berbau feudalisme. Beliau sedikit pun tidak menganggap bahawa rakyatnya bermaruah. Untuk Najib, undi hanyalah pulangan amalan politik patronage, dan beliau melihat pengundi sebagai modalnya.
Tetapi ada benarnya apabila Najib berkata kempen BN kurang kreatif berbanding Pakatan Rakyat. Undi Cina agak sukar dipikat, maka berjuta dan berpuluh juta wang ringgit disogokkan. Sebaliknya, undi bumiputera yang dilihat sebagai "undi besi", disogok dengan harga yang lebih rendah. Setiap orang hanya mendapat RM600, malah RM10 ribu atau RM20 ribu diberikan kepada tuai rumah untuk membereskan puak kaumnya.
Malah, sesetengah orang tempatan diperalatkan untuk menghalang pembangkang daripada memasuki kawasannya. Inilah strategi BN dari dulu hingga sekarang. Satu-satu bezanya, pengundi Cina tidak termakan umpan kali ini.
Baca seterusnya rencana ini amat menarik untuk menunjukan betapa jijiknya perangai UMNO khususnya Najib Tun Razak menabur rasuah (money politik) secara terang-terangan.
KOMEN :
Laporan polis dan kepada SPRM sudah dibuat, tetapi dua agensi ini mendiamkan diri. SPR (Suruhanjaya Penipu Rakyat) lagi teruk. SPR kata itu bukan rasuah kerana ia janji-janji pilihan raya. Lagi tambah SPR, Najib bukan calon, Jadi, Najib tidak bersalah,.Beliau hanya tukang kempen sahaja.
Sekarang ada usaha dari media milik UMNO dan orang-orang tertentu cuba menegakkan benang basah bahawa perbuatan Najib itu sah dan dibenarkan oleh undang-undang Negara dan perlembagaan serta tidak sedikit pun melanggar mana-mana akta kesalahan pilihan raya.
Apa boleh buat. UMNO berkuasa dan mampu menguasai seluruh badan berkuasa di Negara ini. Dia boleh buat apa dia suka, tetapi ingat kuasa rakyat, kuasa keramat. Ramai rakyat khususnya golongan muda 40an ke bawah telah sedar akan kebejatan moral para pemimpin UMNO serta penciptaan pembohongan demi pembohongan, kecuali orang Melayu berusia 50 tahun ke atas yang buta mata hati.
Kita harap generasi muda akan berbuat sesuatu pada satu hari nanti. Tentanglah UMNO sampai akhir hayat kerana UMNO membawa ajaran amat sesat, menyesatkan rakyat seluruhnya.

“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”
”SELAMATKAN RAKYAT, SELAMATKAN NEGARA DARIPADA UMNO CELAKA”

No comments:
Post a Comment