DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, February 26, 2010

MEDIA: KUASA POLITIK BARU PRU 13

Lim Hong Siang
Sumber: MerdekaReviews



Rakyat mungkin tidak asing dengan teori 3M, iaitu Money (wang), Machinery (jentera kerajaan) and Media yang memenangkan Barisan Nasional dalam semua pilihan raya umum (PRU) yang lalu. Bagaimanapun, teori 3M ini hampir gagal, apabila internet menembusi gelanggang media pada PRU
ke-12, membawa impak "tsunami" kepada politik tanahair Malaysia.


Bekas Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi akhirnya terpaksa mengakur, bahawa media internet merupakan punca kekalahan BN yang dipimpininya dalam PRU ke-12. Jelas, perang siber pada PRU ke-12 memihak kepada PKR, PAS dan DAP yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat. Persoalannya, apakah kecenderungan ini akan berlanjutan sehingga PRU ke-13, menyaksikan kemenangan PR secara besar-besaran; ataupun PR bakal termakan dengan senjata ini?


Zulkifli Sulong, Ketua Pengarang Harakah Daily membuat ramalan bahawa prestasi PR bakal menurun, seandainya PRU ke-13 diadakan pada hari esok, ketika berucap dalam forum berjudul "Media: Kuasa politik baru PRU ke-13", anjuran bersama oleh Gerakan Muslimah Sejagat (GEMS) dan Free Public Forum di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.


Selain Zulkifli Sulong, ahli panelnya termasuk Abu Hassan Hasbullah, pensyarah kajian media Universiti Malaya dan Fathi Aris Omar, Ketua Pengarang Malaysiakini. Forum ini dipengerusikan oleh Nurul Suhadah, menarik kehadiran kira-kira 50 orang.


Harakah menangkis propaganda "Tengkolok"


Zulkifli Sulong, yang juga bekas Ketua Pengarang Harakah, berkongsi pandangan sejauh manakah kepentingan lidah parti, khususnya terhadap parti pembangkang dalam konteks Malaysia, yang mana media arus perdana dikuasai sepenuhnya oleh parti pemerintah.


Menurut Zulkifli Sulong, Harakah, lidah parti PAS yang mula diterbitkan pada tahun 1987, telah memenangkan PAS di Kelantan, menyapu bersih kerusi yang dipertandingkan di Kelantan bersama Semangat 46 dalam Angkatan Perpaduan Ummah pada PRU tahun 1990.


Ketika itu, UMNO Baru di bawah pimpinan Mahathir Mohamad berada dalam keadaan yang terdesak, sehingga terpaksa memainkan isu "tengkolok Tengku Razaleigh" untuk menumpaskan musuh politik sebelum hari pengundian. Walau bagaimanapun, Zulkifli Sulong mendakwa Kelantan "terselamat" daripada serangan propaganda tersebut, kerana Harakah sempat membalasnya dengan menyiarkan gambar Mahathir yang pernah memakai tengkolok yang sama ketika melawat ke Malaysia Timur.


Dalam PRU ke-10 pula, PAS berjaya menyapu 27 kerusi parlimen, di samping menguasai dua kerajaan negeri, iaitu Kelantan dan Terengganu. Lantaran daripada pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998, yang mencetuskan gelombang "Reformasi", pengedaran Harakah mencecah kemuncaknya, iaitu 380,000 naskah untuk satu keluarannya.


Persempadanan semula kawasan pengundian


Walau bagaimanapun, melihat kepada kecenderungan jatuh-naiknya prestasi PAS, Zulkifli Sulong menjangkakan prestasi parti tersebut akan menurun pada PRU ke-13, seandainya diadakan dalam masa terdekat ini. Malah, beliau mengingatkan bahawa persempadanan semula kawasan pengundian akan dilakukan untuk mengurangkan kerusi PR.


Beliau mengambil contoh PRU tahun 1999, yang menyaksikan sokongan Melayu-Islam kepada Barisan Alternatif. Maka, persempadanan kawasan pengundian dibuat sebelum PRU tahun 2004, untuk memasukkan pengundi bukan Melayu ke dalam kawasan pengundian, sebagai taktik menambah undi kepada BN. Antaranya, dua orang pemimpin PAS, Mohamad Sabu yang bertanding di Kuala Kedah, dan Mahfuz Omar yang bertanding di Pokok Sena telah menjadi mangsa kepada taktik tersebut, dakwa Zulkifli Sulong.


Justeru itu, Zulkifli Sulong mendakwa bahawa UMNO kini cuba mendapatkan kerusi daripada PKR dan PAS, dengan mendendangkan retorik "perpaduan Melayu", agar mereka memperolehi semula majoriti dua pertiga dalam parlimen, lantas memberi laluan kepada persempadanan semula kawasan pengundian. Beliau berharap agar PAS tidak terperangkap oleh UMNO dalam permainan ini.


Baca seterusnya di link ini:


http://merdekareview.com/bm/news.php?n=10625


KOMEN :


Saya boleh bersetuju den
gan 3 orang panelis di atas bahawa media baru [internet] dan media primitive [cetak dan elektronik] berupaya mempengaruhi pemikiran rakyat untuk memilih Pakatan Rakyat atau UMNO [BN]. Tetapi, ia bukan satu kuasa yang dominen untuk menarik rakyat untuk menyokong UMNO [BN]. UMNO kekal berkuasa sampai sekarang kerana 2M, iaitu Money (wang), Machinery (jentera kerajaan), bukan 1M lagi, iaitu Media. Oleh sebab itu, berbillion ringgit dihabiskan untuk menang setiap kali pilihan raya diadakan. Selama ini mana ada UMNO ketepikan wang dalam setiap pilihan raya. Rasuah politik bermaharalela dalam masyarakat kerana adanya UMNO celaka ini. Bagi UMNO dan para pemimpinya, duit dan _ _ rit bagaikan irama dan lagu. Tidak boleh dipisahkan.


Wang dan jentera kerajaan masih menjadi penentu bagi kejayaan UMNO selama ini. Wang bagi UMNO adalah tuhan nombor 2. Tidak wang, UMNO macam orang buta kehilangan tongkat. Dengan wang UMNO boleh beli setiap pengundi terutama orang Melayu. 60% kuasa politik di Negara ini ditentukan oleh orang Melayu. Melayu mudah dibeli. Nilainya hanya sekadar harga sebatang rokok atau secawan kopi. Nilai seekur lembu lebih mahal daripada nilai seorang manusia Melayu. Banyak lagi manusia Melayu masih hidup dalam suasana kehidupan ‘jakun’. Haprak. Tidak berguna untuk membangunkan ‘insan kamil’


Oleh sebab itu manusia Melayu masih berfikiran sempit, tidak berpanjangan jauh, tidak dapat memikir dan tidak dapat membuat pertimbangan yang waras. Berubah hanya pada kulit tidak pada isinya YaNg berubah hanya tata cara kehidupan sahaja. Sekiranya mereka waras, nescaya mereka tidak akan memilih para pemimpin dan kerajaan yang bobrok. Orang ynag waras akan memilih dan membuat perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan. Orang gila sahaja yang suka kepada perkara-perkara buruk dan mendatangkan bahaya kepada dirinya sendiri.


Begitu juga dengan jentera kerajaan. UMNO mana tidak menggunakan kemudahan yang disediakan oleh rakyat [duit rakyat hasil kutipan berbagai jenis cukai] seperti dewan orang ramai, sekolah-sekolah, padang awam dan sebagainya. UMNO barua ini menganggap bahawa semuanya itu adalah harta makbapaknya. PDRM, SPRM, SPR, KEMAS, RTM, Kehakiman dan lain-lain institusi kerajaan dipersundalkan oleh UMNO haprak ini.



“UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA”
"SELAMATKAN RAKYAT DAN NEGARA DARI UMNO CELAKA”

No comments: