DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, January 8, 2010

SERUAN KEPADA PERTUBUHAN, PERSATUAN DAN NGO ISLAM

dan

SUMBER DARI ARKIB BERNAMA.COM LIM GOH TONG, TAUKEI JUDI ADALAH KAWAN BAIK NAJIBNAJIB SURUH CONTOHI DAN IKUTI LIM GOH TONGJOM MAI BUKAK KASINO, PUSAT URUT, SATU MALAYSIA


GENTING HIGHLANDS, 28 Okt (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberikan penghormatan kepada pengasas Genting Berhad Tan Sri Lim Goh Tong, yang meninggal dunia akibat sakit tua pada Selasa, sebagai seorang yang berpegang pada janji dan terhormat.

Beliau berkata Goh Tong adalah seorang yang amat istimewa yang berani melakukan perkara yang dianggap mustahil dan berjaya mencapainya."Mendiang merupakan contoh unggul bagi seseorang yang datang ke sini tanpa apa-apa tetapi menerusi azam yang kuat dan prinsip dan nilai yang teguh, beliau mampu mencipta kejayaan besar dan menjadi satu warisan.

"Bukan sahaja membangunkan perusahaan yang akhirnya menjadi konglomerat terkemuka antarabangsa, tetapi mendiang telah mewajudkan satu warisan di sini di Genting (Highlands)," katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada hartawan itu di kediamannya di Gohtong Villa.

Timbalan Perdana Menteri [sekarang PM] turut mengucapkan takziah kepada balu Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua, dan anak mendiang Tan Sri Lim Kok Thay.

Najib diiringi adiknya Datuk Mohamed Nazim.Goh Tong, 90, yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya pada 23 Oktober 200 lalu meninggalkan enam orang anak dan 19 cucu. Mayat mendiang akan disemadikan esok."Banyak perkara yang kita boleh kagumi dan belajar (daripada beliau).
Saya berharap generasi muda akan membuat kajian mengenai mendiang Tan Sri, khususnya ciri-ciri Tan Sri dan kualiti yang ada pada dirinya yang dapat diteladani oleh orang lain," kata Najib.

Timbalan Perdana Menteri berkata Goh Tong amat rapat dengan allahyarham datuknya Datuk Hussein Mohammad Taib yang banyak menghabiskan masa bersama.Najib berkata semasa beliau menjadi Menteri Besar Pahang pada 1980-an, beliau juga selalu berhubungan dengan Goh Tong dan hubungan Goh Tong dengan keluarganya sudah lama terjalin dan berterusan sehingga sekarang dan
juga di masa depan.
Renung : Gambar ini


PENDAPAT PENULIS:

Saranan Najib supaya seluruh rakyat Malaysia mencontohi
LIM GOH TONG [TOKEH JUDI] sewajarnya mendapat respon daripada petubuhan, persatuan dan NGO Islam yang kini teramat sibuk memperjuangkan kalimah Allah agar tidak diterbitkan dalam akhbar katholik The Herald seperti yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Seruan saya kepada NGO-NGO ini, disamping melalak siang malam meminta orang Islam dan Melayu bersatu dan bangkit menentang dalam isu Nama Allah yang tidak jelas haram atau harusnya. Saya menyeru kepada kamu semua untuk bangkit dan menentang Najib Tun Razak dalam isu judi yang jelas haram.


Saya bimbang, nanti anda jangan jadi bahan marahan rakyat. Nanti anda digelar golongan celaka memperalatkan Islam demi kepentingan politik UMNO laknattullah.


Rujuk juga kes ini::
2.3 billion Dari Hasil Judi di Malaysia dan ramai-ramai mari Kita sama-sama Berdemonstrasi.

UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT”


"SELAMATKAN RAKYAT, SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

1 comment:

Cili Padi said...

Surat Terbuka Untuk TGNA
Firman Allah bermaksud “ Dijadikan kepada manusia perhiasan,,cintakan nafsu syahwat daripada perempuan2 dan anak-anak….hingga akhir ayat “

Bersyukur ke Hadrat Allah swt kerana Rakyat Kelantan dikurniakan seorang Pemimpin yang beriman sebagai Mursyidul Am dan Menteri Besar untuk memimpin kami ke jalan yang diredhai dunia dan akhirat.

Alhamdulillah berkat usaha dakwah TGNA selama ini kami yakin bahawa Islam itu selayaknya memerintah Dunia agar kita semua tidak alpa dalam kesesatan.

Sebagai manusia sudah tentunya kita tidak dapat lari dari kesalahan dan kesilapan.Justeru TGNA mengajar kami agar sentiasa bermuhasabah dengan apa yang kita lakukan setiap hari supaya rahmat Allah sentiasa melingkungi kehidupan kita seharian.

TGNA yang dirahmati Allah,

TGNA mengajar kita tentang beberapa kisah zaman Nabi terdahulu untuk renungan bersama agar kita dapat mengambil pengajaran yang baik sebagai bekal ke akhirat.Jauhilah apa yang telah diuji terhadap Syeikh Barshisha dan Syeikh Bal Am yang tewas dengan pujuk rayu syaitan laknatullah.

Kerana kasih sayang berlebihan terhadap anak isteri menyebabkan syaitan punyai ruang untuk menyesatkan hamba Allah yang tidak tertanding amalannya seperti kedua-dua Syeikh di atas.

Saya mohon maaf dunia akhirat andainya tutur kata ini mengguris hati TGNA.Biar apapun anggapan TGNA terhadap saya,sebagai rakyat kecil saya rasa terpanggil untuk menyuarakan apa yang terbuku di hati rakyat Kelantan.Biarpun begitu saya prinsip wala’ kepada pemimpin tetap menjadi pegangan saya.

Andai Sayyidina Ali menerima teguran seorang kanak-kanak,apa salahnya saya sebagai rakyat Kelantan menegur untuk kebaikan.”BERILAH PERINGATAN,SESUNGGUHNYA PERINGATAN ITU MEMBERI MENAFAAT KEPADA ORANG YANG BERIMAN”

TGNA yang dikasihi Allah,

Merenung sejenak saat-saat manis PAS Berjaya memerintah Negeri Kelantan pada tahun 1990,sungguh manis kejayaan yang dicapai pejuang agama setelah berjuang penuh onak duri.Bersama kemenangan kita semua menerima ujian pertama pada tahun 1993 iaitu berkenaan pampasan Empangan Pergau.

Setelah beberapa kali rundingan,Kerajaan Pusat masih mendera PAS Kelantan,pelbagai alas n untuk melengah-lengahkan pembayaran,nilai yang semakin mengecil dll.

TGNA menyeru rakyat Kelantan untuk solat hajat beramai-ramai di Kem Kijang PCB.Kami membulatkan hati menyokong usaha itu dan ribuan rakyat Kelantan bermunajat memohon pertolongan Allah…

Alhamdulillah Kerajaan Pusat segera membayar lebih dari yang diminta oleh TGNA.Bila rakyat dizalimi,Percayalah “PERTOLONGAN DARI ALLAH ITU DEKAT

bersambung di cilipadi007.blogspot