DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, January 14, 2010

LAKONAN TERBAIK UMNO DIAWAL TAHUN 2010



Sehari sebelum demontrasi NGO Umno bagi membantah penggunaan nama Allah di Masjid Negara 8 Januari lepas, Menteri dari "Parti Pembela Bangsa & Agama", UMNO di Wilayah Persekutuan, Nong Chik Zainal Abidin telah meluluskan rayuan memperbaharui lesen 5 kelab malam. Sebelum ini lesen-lesen kelab berkenaan telah dibatalkan kerana bunyi bising melebihi hadNampaknya, pemimpin UMNO juga tidak lupa untuk mempertahankan pusat-pusat pesta arak dan gejala sosial ini. Baguslah tu, siang berdemo bela nama Allah, malam pi pulak layan demo kat kelab malam... bila PPIM dan NGO nak pi berdemo kat Kelab Malam..?


Lima buah kelab malam terkemuka di Jalan P. Ramlee di sini yang sebelum ini lesen hiburannya dibatalkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana menghasilkan bunyi bising melebihi had kini dibenarkan untuk memperbaharui lesen berkenaan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, beliau membuat keputusan itu setelah pengusaha-pengusaha kelab itu merayu dan berjanji untuk mengawal paras bunyi berkenaan.

“Setelah berbincang dengan pengusaha-pengusaha kelab ini, saya dah buat keputusan untuk memberi laluan kepada pengusaha-pengusaha kelab ini memperbaharui lesen mereka.

“Mereka telah menulis surat rayuan, di mana mereka telah merayu dan mohon maaf kepada Datuk Bandar dan juga DBKL atas tindakan lalu iaitu berkenaan dengan pengawalan paras bunyi dan mereka berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya selepas ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kelab malam yang terlibat ialah Rum Junggle, Bar & Restaurant, Beach Club Cafe, Thai Club & Bistro, Passion atau Padi House serta Aloha. Beliau berkata, kelima-lima pengusaha kelab berkenaan memberi jaminan kepadanya bahawa tidak akan wujud paras bunyi yang lebih daripada had ditetapkan.Menurutnya, standard bunyi pada waktu siang tidak melebihi 55 desibel dan pada waktu malam tidak melebihi 65 desibel.

Sementara itu, di Petaling Jaya, Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen berkata, beliau menemui Raja Nong Chik meminta agar DBKL menimbangkan tindakan mereka.Ng berkata, penutupan premis hiburan tidak sepatutnya berlaku kerana sepanjang Jalan P.Ramlee dikenali sebagai kawasan hiburan di waktu malam.Beliau berkata, Raja Nong Chik juga mempunyai pandangan sama dan bersetuju mengkaji semula garis panduan dan peraturan mengenai gangguan ketenteraman awam disebabkan bunyi daripada premis hiburan.


Ulasan :


Seluruh dunia tahu [walaupun dinafikan berkali-kali oleh Najib dan regimnya] termasuk pihak berkuasa, bahawa UMNO yang menjadi dalang dalam isu penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan The Herald. UMNO bertindak pantas tanpa menunggu rayuan yang dikemukakan oleh KDN kepada Mahkamah Rayuan untuk mencabar keputusan yang dibuat oleh Hakim Lau Bee Lan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember lalu.

Tujuan UMNO ialah untuk mempolitikan isu ini supaya umat Islam di negara ini yang masih dalam kegelapan di siang hari bangun menyokong UMNO yang kononnya UMNO adalah 'Juara Rakyat'. Hakikat sebenarnya ialah 'UMNO : Pengkianat Rakyat".

Seluruh pencacai, barua-barua dan dajal-dajal UMNO menggunakan berbagai organisasi bertopengkan Melayu-Islam bangun tunjuk taring masing-masing dengan mengadakan demontrasi di sana-sini yang dulunya mereka keji dengan kata 'Demontrasi Bukan Budaya Kita'.

Sekarang mereka guna kaedah demontrasi yang mereka kutuk dulu untuk menyampaikan mesej kepada umum. Dasar UMNO muka tempok bersalut dengan kulit babi, muka tidak malu. Menjilat ludah balik. UMNO mesti berlakon bagi menunjukkan kononnya merekalah pembela Islam nombor wahid dalam negera ini, tetapi sebenarnya merekalah pengkianat terhadap kesucian dan martabat Islam sehinggakan agama Islam boleh dihina dan diperlecehkan oleh sesiapa sahaja yang berhajat berbuat sedemikian.

52 tahun UMNO memerintah, Islam tetap diperintah bukan Islam yang memerintah. Semakin hari, semakin ramai umat Islam meninggalkan ajaran Islam dalam amalan kehidupan hariannya. Islam terpinggir dan dipinggirkan.

Sebelum isu ini muncul, golongan celaka ini tidak pernah bangkit untuk mempertahankan Islam yang sering dihina secara tidak langsung atau tanpa disedari dalam berbagai sektor masyarakat di negara ini.

Nasib baik, ramai rakyat semakin sedar akan hakikat sebenar tindakan UMNO menghangatkan suasana adalah untuk kepentingan politiknya, bukan kerana Islam.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”

No comments: