DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, December 8, 2009

PRESTASI SPRM PENENTU PEMANSUHAN CUKAI

Oleh : Tan Keng Liang, Ketua Pemuda Gerakan Kedah
http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10479


Saya merujuk kepada kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim Mohamed bahawa beliau akan menyediakan beberapa perancangan bagi mengembalikan integriti suruhanjaya itu sebaik mengambil alih kepimpinan SPRM berkuatkuasa 1 Januari 2010.

Saya setuju bahawa ia bukan suatu tugas mudah untuk mengembalikan kredibiliti dan kepercayaan orang awam terhadap SPRM dalam masa yang singkat. Tetapi, rakyat Malaysia secara umum mungkin tidak akan lagi memberi lanjutan masa bagi SPRM untuk membawa tindakan undang-undang terhadap orang yang disyaki terlibat dalam kes rasuah.

Oleh yang demikian, masa merupakan suatu faktor penting dalam mengembalikan integriti dan kepercayaan orang awam terhadap SPRM. Tidak dinafikan, kebanyakan orang awam melihat gejala rasuah sebagai faktor utama yang menyebabkan pembaziran dana kerajaan, peningkatan perbelanjaan kerajaan dan mengakibatkan kenaikan defisit bajet. Saya mempercayai bahawa gejala rasuah merupakan antara punca secara tidak langsung pengenalan pelbagai cukai untuk menambah pendapatan kerajaan, termasuk pengenalan semula 5% Cukai Keuntungan Hasil Tanah (yang kini juga terpakai bagi hartanah yang diperolehi lebih dari 5 tahun), cukai perkhidmatan RM50 ke atas tiap-tiap kad kredit dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dibentangkan tidak lama lagi (yang dilihat sebagai membebankan rakyat miskin).


Hakikatnya, gejala rasuah sememangnya membebankan rakyat Malaysia. Oleh itu, kejayaan SRPM untuk menurunkan kadar gejala rasuah adalah penting bagi rakyat Malaysia dan mungkin boleh menyebabkan kerajaan menimbang dan menarik balik mana-mana cukai yang tidak diperlukan terhadap rakyat Malaysia pada masa hadapan. Justeru, saya ingin mencadang kepada Abu Kasim Mohammed untuk menimbang perkara-perkara berikut selepas mengambil alih jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya SPRM pada 1 Januari 2010,


1. SPRM secara automatik menyiasat semua penyelewengan atau penyalahgunaan dana kerajaan yang dibangkitkan di dalam laporan tahunan Ketua Audit Negara (samada di dalam kerajaan BN atau PR di peringkat persekutuan ataupun negeri).


SPRM perlu menyiarkan suatu laporan tahunan berkenaan tindakan yang telah diambil oleh SPRM ke atas laporan tahunan Ketua Audit Negara. Sehingga kini, terdapat banyak kegiatan penyelewengan yang disyaki berlaku telah dibangkitkan di dalam laporan tahunan Ketua Audit Negara (sejak penubuhan SPRM) tetapi tiada apa-apa tindakan yang diambil untuk mendakwa pihak terbabit dan kerajaan telah gagal mengambil balik dana yang disalahgunakan.

2. SPRM menyiarkan di dalam laporan tahunannya berapa kes yang telah dilapor kepadanya setahun dan apakah tindakn yang telah diambil. Bagi kes-kes yang SPRM mengambil keputusan untuk tidak mengenakan apa-apa tindakan ataupun tiada tindakan yang diambil selepas enam (6) bulan selepas laporan diterima daripada orang awam, SPRM harus menyenaraikan sebab-sebab bagi kegagalan atau keengkaran mengambil tindakan.


Akhir sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Abu Kasim Mohammed yang akan mengambil alih jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya SPRM pada 1hb Januari 2010 dan semoga beliau akan berjaya menurunkan gejala rasuah di Malaysia


“UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

No comments: