DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, November 3, 2009

KETUA HAKIM NEGARA TIDAK ADA INTERGRITI?

PUNCA PENINGKATAN KOSPROJEK LANDASAN BERKEMBAR
Oleh: Neo Chee Hua
Sumber : MerdekaReview


Walaupun Zaki Azmi kini menyandang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara, malah mungkin telah memutuskan hubungannya dengan Emrail Sdn Bhd, namun seandainya dilihat dari tempoh proses pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh, Zaki Azmi bagaimanapun tidak boleh mengelakkan diri daripada memikul tanggungjawab tertentu.


Menurut Laporan Kewangan Kumpulan Fima Berhad tahun 2006, Zaki Azmi dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Emrail Sdn Bhd pada 22 Ogos 2002 (Zaki Azmi adalah Pengerusi Kumpulan Fima Berhad pada tahun 2006). Tempoh ini kebetulan dalam proses pembangunan Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh (Julai 2000 hingga Jun 2003). Emrail adalah salah satu kontraktor yang bertanggungjawab dalam projek pembinaan landasan keretapi.


Latar belakang Emrail


Syarikat Emrail Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1973, menumpukan kepada pembinaan landasan untuk Keretapi Tanah Melayu Berhad. Sebelumnya ditukar nama kepada Emrail Sdn Bhd, syarikat ini bergelar Time Salam Engineering, iaitu anak syarikat kepada UEM Engineering Bhd.


UEM Engineering Bhd ialah syarikat GLC (Government Linked Company) yang berhubungan rapat dengan UMNO. UEM Engineering Bhd namanya Renong Group sebelum ini. Semasa krisis ekonomi tahun 1997, Perdana Menteri ketika itu Mahathir Mohamad mengerah sumber negara untuk bail out syarikat yang hutangnya menggunung, tetapi dilihat sebagai lambang maruah orang Melayu ini.

Menurut laporan New Straits Times pada 26 Mei 2000, Emrail telah menjalankan satu penstrukturan semula yang penting pada Mei 2000, iaitu membeli syarikat Noblemax Resources Sdn Bhd. Melalui pembelian ini, Pengerusi Noblemax Resources, Hari Narayanan menjadi pemegang saham terbesar merangkap Naib Pengerusi Emrail, sementara Ahmad Kamil Jaafar pula menjawat Pengerusi Eksekutif.


Kemudian, Zaki Azmi (gambar kiri) secara rasminya menyertai Emrail, menggantikan Ahmad Kamil Jaafar sebagai Pengerusi, dan menguasai syarikat ini bersama Hari Narayanan.


Jika dilihat dari sudut tempoh, pembelian syarikat ini oleh Zaki Azmi, selain membolehkan dirinya menikmati "durian yang runtuh", memperolehi Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh ini tanpa perlu melakukan apa-apa, malah beliau juga menyedari hubungan Emrail dengan Keretapi Tanah Melayu Bhd, dan kelebihan Emrail untuk mendapatkan projek Landasan Berkembar Elektrik Utara-Selatan.


Baca seterus dilink ini:http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10416


PAC BAKAL SOAL-SIASAT KETUA HAKIM?


Menurut satu projek "Rawang-Ipoh Double Tracking recovery work" yang disediakan oleh syarikat Australia, MVM Rail Pty Ltd untuk DRB-Hicom Sdn Bhd, Emrail Sdn Bhd akan berganding dengan MVM Rail Pty Ltd dan Leighton Internati Onal sebagai konglomerat untuk menjalankan projek pemulihan ini antara Januari 2004 hingga Januari 2007.


Projek ini merangkumi kerja pemulihan, charge eletrik dan mempertingkatkan taraf landasan. Kedudukan dominan Emrail Sdn Bhd terserlah memandangkan syarikat ini memiliki 55% saham, selain 15% dimiliki MVM Rail dan 30% dimiliki Leighton Internati Onal dalam konglomarat ini.


Asasnya, bukti-bukti tersebut dengan jelas menyatakan hubungan antara Zaki Azmi dengan Emrail Sdn Bhd, dan peranan Zaki Azmi dalam isu peningkatan kos Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh. Dari tahun 2002 hingga 2007, pada ketika kos projek ini melonjak, Zaki Azmi ialah peneraju Emrail Sdn Bhd.


Ketua Hakim Negara yang kontroversial


Zaki Azmi dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan pada September 2007, sebelum menjadi Presiden Mahkamah Rayuan pada Disember 2007. Beliau "mencipta sejarah" apabila dinaikkan pangkat menjadi Ketua Hakim Negara pada Oktober 2008, dalam tempoh setahun.


Namun demikian, adalah tidak adil sekiranya dikatakan bahawa Zaki Azmi tidak perlu bertanggungjawab ke atas peningkatan kos sejumlah RM1.43 bilion ini.


Pada hakikatnya, Zaki Azmi (gambar kiri) merupakan seorang yang kontroversial, dengan hubungannya yang rapat dengan UMNO. Sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada September 2007, Zaki Azmi pernah menjawat Pengerusi Lembaga Disiplin (Teknikal) UMNO, Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan UMNO, dan seterusnya Panel Rayuan Disiplin UMNO.


Selain hubungannya yang rapat dengan UMNO, Zaki Azmi juga aktif dalam bidang perniagaan. Antaranya, nama Zaki Azmi muncul di senarai Lembaga Pengarah dalam Laporan Kewangan Tahunan 2000 Berjaya Land. Berjaya Land adalah syarikat di bawah Berjaya Group yang dimiliki Vincent Tan Chee Yioun.


Vincent Tan, Pengerusi merangkap CEO Berjaya Group ini pula terbabit dalam skandal "Lingam Tape", dituduh terlibat bersama peguamnya, VK Lingam untuk melobi Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad untuk melantik Ahmad Fairuz sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.


Di samping itu, Zaki Azmi pernah menjawat non-executive director syarikat tersenarai, Bina Darulaman Berhad di bawah Kedah State Economic Development Corporation. Antara tahun 2004 hingga 2007, beliau ialah Pengerusi Kumpulan Fima Berhad. Pada masa yang sama, beliau ialah Pengarah untuk banyak syarikat, termasuk HLG Capital, Petronas, Panasonic, Narra Industries Berhad dan sebagainya


Baca dilink ini lagi: http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10418


“UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”