Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,
Saya merasa amat dukacaita apabila ADUN Pakatan Rakyat Perak seramai 28 orang akan menghadiri persidangan DUN pada 28 Oktober ini. Kenyataan ini dibuat oleh ADUN Pasir Panjang, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Muhammad Nizar Jamaluddin dalam satu sidang media di parlimen.
Apa pun alasan yang diberikan oleh Nizar, kebanyakan rakyat tidak redha akan kehadiran 28 ADUN Pakatan Rakyat ke persidangan yang dijadualkan itu. Kehadiran ADUN Pakatan Rakyat bererti :
Assalamu’alaikum wm.wrt,
Saya merasa amat dukacaita apabila ADUN Pakatan Rakyat Perak seramai 28 orang akan menghadiri persidangan DUN pada 28 Oktober ini. Kenyataan ini dibuat oleh ADUN Pasir Panjang, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Muhammad Nizar Jamaluddin dalam satu sidang media di parlimen.
Apa pun alasan yang diberikan oleh Nizar, kebanyakan rakyat tidak redha akan kehadiran 28 ADUN Pakatan Rakyat ke persidangan yang dijadualkan itu. Kehadiran ADUN Pakatan Rakyat bererti :
1. Pakatan Rakyat mengiktiraf secara tidak langsung kerajaan haram pimpinan Zamry Abdul Kadir.
2. Pakatan Rakyat mengesahkan dan menerima kaedah yang diperlakukan oleh Najib Tun Razak untuk merampas kuasa di Perak bukan melalui demokrasi, tetapi melalui kaedah ‘binatang’, iaitu: Siapa kuat, dialah menjadi Raja.
3. Pakatan Rakyat menghalalkan Najib memperkudakan institusi-institusi kerajaan untuk membentuk sebuah kerajaan yang korup.
4. Pakatan Rakyat rela dan memberi laluan yang amat molek kepada Najib [baca : UMNO] untuk meneruskan kaedah ala samseng di Bagan Pinang untuk merampas negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
5. Secara tidak langsung juga Pakatan Rakyat mengiktiraf peranan Sultan dan Raja dalam politik.
Oleh itu, persoalan yang dikemukakan oleh Raja Petra Kamarudin ‘Patutkah Sultan Perak Dihormati dalam artikel beliau yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu yang bertajuk : “MENGAPA PAKATAN RAKYAT PERAK DIJATUHKAN” molek rasanya untuk dijadikan renungan bersama.
Raja Petra mendakwa, kejatuhan kerajaan Pakatan di Perak turut melibatkan Sultan Perak yang memainkan peranan yang penting dibelakang tabir untuk mengembalikan UMNO berkuasa di negeri itu.
Kaedah yang sama digunakan di Selangor, tetapi gagal kerana kerakusan dan keganasan melampau yang ditunjukkan oleh dajal-dajal UMNO di SPRM menyebabkan kematian Teo Beng Hock yang menimbulkan masalah baru kepada UMNO.
Sila baca artikel ini sepenuhnya :
http://perakexpress.com/www/2009/10/19/mengapa-pakatan-rakyat-perak-dijatuhkan/
Sebagai kesimpulannya, kes di Perak, apa jua tindakan yang diambil oleh Pakatan untuk kembali berkuasa akan menemui kegagalan. UMNO akan mempersetankan segala undang-undang dan perlembagaan. UMNO akan menggunakan segala kaedah [kerana ia berkuasa] yang ada untuk mempertahankan pemerintahan UMNO di Perak sepertimana ia gunakan untuk memenangi PRK di Bagan Pinang. Halal-haram tolak tepi, yang penting kuasa dan rasuah.
“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
1 comment:
Aku rasa, ada dua perkara berlainan disini. Pertama, penghormatan kepada Sultan Perak. Kedua, pengiktirafan kepada rejim Zambry.
Tentang Sultan Perak, tak payah cakap la. Aku rasa rakyat dah buat keputusan.
Tentang kehadiran ADUN PR ke Sidang DUN,kedua-dua speaker mengeluarkan notis untuk mengadakan sidang. ADUN PR akan hadir kerana menerima surat dari Sivakumar.Speaker yang dianggap sah.
Kita tengok nanti, siapa yang yang akan mengendalikan mesyuarat. Aku rasa, akan kelam kabut lagi...sebab siapa Speaker yang sah masih lagi belum diputuskan oleh mahkamah.
Post a Comment