DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, October 31, 2009

MALAYSIA DARUL BOLEH

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt


Banyak kelemahan yang wujud dalam pengurusan kewangan Negara. Setiap tahun laporan audit dikeluarkan, ada-ada sahaja penyelewengan dan menyalahgunaan kedudukan di Jabatan/agensi kerajaan membelanjakan wang [baca: wang rakyat] untuk kepentingan peribadi didedahkan.

Sungguh pun begitu, tidak ada tindakan keras diambil terhadap mereka yang terlibat. Hanya setakat menyiasat dan mengenalpasti siapa yang terlibat, tidak didakwa dan dihukum dengan sepatutnya atau pun setakat disebut di mahkamah bagi menunjukkan kepada umum bahawa kerajaan sangat prihatin untuk membenteras gejala ini dari terus merebak yang boleh merosakkan system pentadbiran negaraa.

Punca segala masalah penyelewengan ini berlaku kerana, pertama, rasuah telah diangkat sebagai budaya baru masyarakat di Negara ini. Rasuah tidak dianggap sebagai satu amalan yang buruk dan keji, malah masyarakat sudah menganggap bahawa amalan rasuah itu tidak berdosa disisi hukum agama. Ia telah menjadi menjadi amalan biasa sama ada dalam dunia politik, perniagaan dan sebagainya, malah amalan rasuah di Malaysia telah diterima umum. Banyak pemimpin politik khususnya daripada parti UMNO, pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang dekat dengan pemimpin UMNO yang berkuasa terlepas atau sengaja dilepaskan demi kepentingan bersama.

Kedua, kerana agensi-agensi yang terlibat dalam usaha membenteras rasuah ini tidak memainkan perananya seperti yang diperuntukan oleh undang-undang. Agensi-agensi ini dipengaruhi oleh kuasa politik UMNO untuk melindungi mereka bagi memudahkan mereka memfaraidkan khazanah Negara bagi menambah koleksi kemewahan peribadi masing-masing di kalangan sesama mereka.


Selagi mereka memegang kuasa, mereka boleh mempergunakan SPRM, PDRM dan Jabatan Peguam Negara menjadi benteng mempertahankan dan menjaga survival mereka sepanjang masa dan memudahkan mereka membolot khazanah Negara semahu-mahu dengan pelbagai strategi dan taktik. Dalam masa yang sama, agensi-agensi yang disebutkan itu dipergunakan untuk memusnahkan musuh-musuh politiknya dengan mencari pelbagai helah dan kaedah untuk mengenakan musuh, sebaliknya mereka selamat.

Tulisan Neo Chee Hua dalam Merdekareview mengaitkan Ketua Hakim Negera, Zaki Azmi terlibat dalam Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh yang melibatkan peningkatan kos berlipat kali ganda tidak memeranjat kerana Zaki bukanlah manusia yang ada akhlak [merujuk kes penipuan pe
rkahwinan dengan seorang wanita Perlis yang dibicarakan di mahkamah syariah Perlis] dan kes saman Karpal Singh terhadap beliau yang ia mengaku yang beliau amalkan rasuah ketika beliau menjadi hakim.

Sebenar beliau tidak layak duduk di kerusi Ketua Hakim, tetapi dia ahli dan penyokong UMNO tulin, maka dia diberikan kerusi itu untuk menjaga kepentingan UMNO apabila timbul isu melibatkan kepentinagn UMNO di mahkamah dan dia telah menunjukkan belangnya dalam isu rampasan kuasa oleh UMNO di Perak. Kebanyakan keputusan mahkamah menyebelahi kerajaan haram UMNO di Perak.


Baca tulisan Neo Chee Hua sepenuhnya :

PENINGKATAN KOS RM1.43 BILIONKETUA HAKIM NEGARA TERLIBAT


Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh yang mengalami peningkatan kos pembinaan sebanyak RM1.43 bilion, seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009, bakal disiasat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) pada minggu depan. Apa yang mengejutkan, salah seorang watak utama dalam projek ini ialah Ketua Hakim Negara, Zaki Azmi.


Pengerusi PAC, Azmi Khalid (gambar kanan) memaklumkan kepada media pada 29 Oktober, bahawa Ketua Pengarah Audit Negara telah memberi penjelasan ringkas mengenai laporan audit tersebut. PAC akan bermesyuarat pada minggu depan, dan menyiasat kes mengikut keutamaan.


Menurut Azmi Khalid, kes terbesar ialah Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh yang mengalami peningkatan kos sebanyak RM1.43 bilion. Sebagaimana yang diketahui, PAC bakal memanggil kementerian (Pengangkutan) dan semua kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut untuk disoal siasat.


Sekali imbas, peningkatan kos projek kerajaan adalah sesuatu yang lumrah menurut Laporan Ketua Audit Negara. Fokus sememangnya ditumpukan kepada penyelewengan dan angka peningkatan kos/kerugian. Tetapi, apa yang lebih penting, siapa yang terlibat dalam projek tersebut?


Dalam skandal sedemikian, tidak kurang ahli politik dan pegawai awam kanan yang terlibat, dengan menggunakan status diri yang istimewa, dan kelebihan hubungan berkepentingan untuk memanipulasi maklumat dan sumber, lantas mengaut keuntungan diri tanpa disedari rakyat. Mereka yang seharusnya "memimpin melalui teladan" ini, sebaliknya menyabit kesalahan walaupun bertauliah, lebih menjejaskan negara berbanding dengan kerugian dari segi kewangan.


Antara watak utama dalam Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh ini ialah Ketua Hakim Negara, Zaki Azmi (gambar kiri) yang memegang tampuk kuasa kehakiman. Zaki Azmi dikaitkan dalam projek ini kerana salah satu kontraktor yang terlibat dalam projek ini ialah Emrail Sdn Bhd. Zaki Azmi ialah pemegang saham terbesar dengan 58% dalam syarikat ini, malah menyandang jawatan Pengerusi, ketika projek ini dalam proses pembinaan.


Projek bernilai RM4.3 bilion


Menurut perkiraan asal Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh, nilai projek ini berjumlah RM4.34 bilion, terbahagi kepada Pakej Infrastruktur dan Pakej Sistem, dipertanggungjawabkan kepada dua kontraktor yang berlainan.


Antaranya, DRB-Hicom Berhad memperolehi Pakej Infrastruktur. Mengikut rancangan asal, projek ini bermula pada Julai 2000, dan perlu berakhir pada Jun 2003. Selain itu, Pakej Sistem diberikan kepada Mitsui-MTS, tempoh yang diberikan ialah antara Januari 2001 hingga Oktober 2004.


Di bawah Pakej Infrastruktur yang dikendalikan DRB-Hicom Berhad, terdapat empat sub-kontraktor. Antaranya, Emrail Sdn Bhd mendapat kontrak projek Lay Track. Maklumat menunjukkan bahawa Emrail Sdn Bhd telah mendapat kontrak yang jumlahnya bernilai RM700 juta (nilai pada tahun 2007) dalam projek Landasan Berkembar Elektrik ini.


Tiga sub-kontraktor yang lain ialah Perspec Prime (M) Sdn Bhd (kejuruteraan awam), UEM Bhd (pembinaan jambatan) dan IJM Bhd (pembinaan bangunan).


Namun, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2009, kelewatan projek disiapkan, peralatan dibeli melebihi keperluan, perolehan tren tidak diselaraskan dengan pembangunan infrastruktur dan lain-lain masalah, telah mengakibatkan projek ini berakhir dengan menelan RM5.77 bilion, dengan peningkatan kos sejumlah RM1.43 bilion.


Menurut kontrak asal, projek ini perlu disiapkan dalam tempoh 35 bulan, iaitu antara Julai 2000 hingga Jun 2003. Kemudiannya, untuk menyelaraskan had tempoh antara DRB-Hicom Berhad dengan Mitsui-MTS, DRB-Hicom Berhad telah mendapat lebihan 177 hari, iaitu dari 16 Jun hingga 10 Disember 2003.


Emrail paling lewat siapkan projek


Namun demikian, Laporan Ketua Audit Negara 2009 menunjukkan Pakej Infrastruktur yang dipertanggungjawabkan kepada DRB-Hicom Berhad hanya menyiapkan 76.8% daripada projek tersebut, pada hari terakhir had tempoh, iaitu 10 Disember 2003. Laporan syarikat perunding yang dilantik Kementerian Pengangkutan, KS-Opus menunjukkan masalah penangguhan dalam projek Pakej Infrastruktur semakin serius antara November 2002 hingga Oktober 2003.


Antaranya, Emrail Sdn Bhd hanya menyiapkan 56.9% daripada projeknya pada 10 Disember 2003, merupakan syarikat yang paling serius dalam masalah lewat siap. Tiga kontraktor yang lain masing-masing mencatat antara 71.4% hingga 76.7% daripada projek. Sebagaimana yang diketahui, Kementerian Pengangkutan telah menamatkan kontrak DRB-Hicom Berhad pada 5 Ogos 2005, setelah diluluskan Kementerian Kewangan.


Menurut Laporan Ketua Audit Negara, penyelewengan di atas bukan sahaja mengakibatkan kelewatan projek ini disiapkan, malah kemudahan infrastruktur gagal digunakan sepenuhnya kerana tidak dapat diselaraskan. Dari segi kos, sehingga 10 Disember 2008, kerajaan perlu membayar RM5.77 bilion untuk projek ini, RM1.43 bilion lebih tinggi dari kos asal.


Lebih penting, kerajaan perlu menanggung kos bernilai RM1.14 bilion, kerana menurut perjanjian antara kerajaan dengan DRB-Hicom Berhad, pampasan maksima yang boleh dituntut oleh kerajaan daripada kontraktor ialah RM 257.99 juta.


Sumber : Merdekareview [
http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10415]

Kesimpulannya:

PAC hanya main silap mata dan mensandiwarakan watak-watak yang terlibat bagi menaikkan imej UMNO di mata rakyat yang ia sangat benci dan kuat menentang dan membenteras rasuah.

SPRM tidak berminat dengan kes ini kerana ia tidak melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat, lagi pun ia membuang masa dan tenaga kerana segala kertas siasatan akan dibakulsampahkan oleh Najib Tun Razak kerana ia melibatkan ‘penjaga keselamatan UMNO’.

Peguam Negara sedang mendraf surat untuk membuat kenyaaan yang berbunyi begini lebih kurang : Kita kekurangan bukti untuk membuat pendakwaan, oleh itu kes ini ditutup.

Isu ini akan dibiarkan bergantung tanpa bertali sampailah pula laporan audit untuk tahun 2009.

“UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

No comments: