DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, May 27, 2009

SATU RENUNGAN BAGI SETIAP MUSLIM [BUKAN MUSLIM DALAM UMNO YANG MUNAFIK]

Selamat Hari Ibu, Altantuya
Tulisan: Fahri Abdullah al-Masri
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20920&Itemid=1

Dalam ajaran Islam, memang terdapat begitu banyak khazanah nas dan dalil yang memperihalkan betapa anak-anak itu perlu menghormati kedua-dua ibu bapa mereka.


Di dalam sepotong hadis misalnya, ketika baginda Rasulullah s.a.w ditanya, siapakah yang lebih wajar dihormati, baginda menjawab ibu sebanyak tiga kali, dan kemudiannya barulah dihormati kaum bapa.


Hadis lain yang biasa kita dengar ialah syurga berada di bawah telapak kaki ibu.
Atas sebab inilah maka kita lihat Islam tidak sunyi meriwayatkan kisah-kisah orang yang soleh dengan ibu mereka.


Antaranya, Imam Abu Hanifah, yang bersusah payah mendapatkan fatwa daripada ulama lain gara-gara ibunya enggan mengambil fatwanya. Akhirnya, terpaksa pengasas mazhab Hanafi itu mencari ulamak yang menjadi muridnya sendiri bagi mendapatkan fatwa.


Lantaran terlalu gembira


Diriwayatkan bahawa Imam Muhammad bin Idris, lantaran terlalu gembira menemui ibu, maka dia mengetuk pintu rumah dengan kuat. Ibunya marah lantaran sikap itu masih lagi menunjukkan bahawa anaknya tidak beradab.
Atas arahan ibunya yang meminta dia pergi merantau lagi mencari ilmu mendidik akhlak, maka pengasas Mazhab Asy-Syafie itu terus akur terhadap perintah ibunya.


Sementara itu, Syeikh Abdul Qadir al-Jailani telah melonjak kerohaniannya kerana sosok yang kental spiritual itu mengikut pesanan ibunya agar jangan sesekali menipu.


Al-Jailani tetap tidak menipu walaupun ditahan bersama segerombolan kafilah penyamun dalam perjalanannya mahu belajar agama.


Sang perompak yang asalnya tidak menemui sebarang duit pada tubuh al-Jailani akhirnya bertanya berhubung sikap anak muda itu yang telah berkata benar.


"Aku telah berjanji dengan ibuku untuk menyatakan yang benar pada setiap masa," itulah yang Al-Jailani lafazkan. Ternyata, kata-kata itu akhirnya meninggalkan kesan yang amat mendalam, lalu menyebabkan ketua perompak itu segera bertaubat.


Latihan kerohanian yang diterimanya, termasuk keberkatan doa ibu dan hormatnya anak muda ini terhadap ibunya, maka melonjaklah kerohaniannya sebagai Sultan Awliya'.


Pengaruh mazhab tarekat sufi Qadiriyyah ini akhirnya melebarkan pengaruhnya ke mana-mana termasuk ke rantau Nusantara ini.


Daripada kisah-kisah ringkas mereka ini, kita mendapat pengetahuan bahawa pengasas mazhab Shafie, Hanafi dan Qadiriah ini adalah imam-imam yang terbangun intelektual dan kerohanian mereka dengan sebab keberkatan doa dan restu ibu.


Maka tepatlah kata orang bahawa tangan yang menggoncang buaian itu menggoncangkan dunia. Ringkasnya, dunia Islam memang sarat dengan kisah ketaatan ke atas ibu bapa ini. Hari Ibu yang disambut di serata dunia dengan tajaan Barat masih lagi belum mempertali kisah kasih sayang ibu dengan jihad dan perjuangan.


Menggembirakan ibu bapa lebih baik daripada jihad?


Ada kisah di mana seorang anak muda yang ingin berjihad, tetapi akhirnya diperintahkan pulang ke rumah untuk menggembirakan kedua ibu bapanya yang kesepian.


"Hamba ingin syahid tapi, ibu bapaku menahan pemergianku sejak tadi dengan teresak-esak sedangkan hambalah satu-satunya anak mereka," kata anak muda tersebut.


"Sekarang dengar baik-baik perkataanku wahai anak muda," kata baginda, "Atas perintah Rasulullah, kembalilah ke rumah dan gembirakan kedua ibu bapamu."


Anak muda tadi bingung. Jihad adalah kewajipan. Tapi, perintah khusus Rasulullah s.a.w itu juga wajib ditaati. Maka, beliau akhirnya menuruti perintah baginda. Tibanya beliau ke rumah, maka gembiralah hati kedua ibu bapanya.


Ada hadis lain menunjukkan bahawa baginda hampir-hampir ingin mewajibkan anak itu sujud kepada kaki orang tuanya. Tetapi, hal itu tidaklah diizinkan.


Bagaimanapun, kalam itu hanyalah sebagai suatu perlambangan bahawa betapa berbakti kepada orang tua amat mulia tingginya di sisi agama.


Kisah ketaatan kepada ibu dalam Alam Melayu


Ibu bapa sebenarnya jambatan kerohanian paling mudah dan paling tinggi jika seseorang itu mahu mencapai keredhaan Allah s.w.t.


Mereka yang ingin bermujahadah, melakukan ritual, latihan kerohanian seperti berpuasa dan sebagainya akan tersekat kerohaniannya jika menderhaka ibu bapa. Penderhakaan itu boleh berlaku walaupun dengan kata-kata kecil sekali pun.


Dan, hal inilah yang paling sukar sekali. Agak mustahil ada seorang anak pada zaman ini, yang tidak melakukan kesilapan terhadap ibu bapanya. Paling kurang, dia mesti terlanjur juga melalui kata-katanya. Dan, hal inilah yang perlu diawasi.


Sekurang-kurangnya, dalam Alam Melayu, ada dua cerita masyhur yang membawa tema ketaatan kepada ibu ini. Pertama, kisah Si Tanggang atau lebih dikenali sebagai Nakhoda Malim Kundang. Kedua, kisah Batu Belah Batu Bertangkup.


Daripada satu segi, kita boleh membuat rumusan bahawa kisah-kisah sastera lisan sebagai pengajaran akhlak aini memang diriwayatkan bertujuan mendidik anak-anak Melayu agar berbakti kepada orang tuanya, khasnya ibu yang melahirkan mereka.


Dalam kisah Si Tanggang, ibu mempunyai kerohanian yang tinggi sehingga sumpahnya mengundang kecelakaan terhadap anaknya yang ingkar mengakui ibunya sendiri.


Benar sabda Rasulullah s.a.w, "Keredhaan Allah itu terletak di atas redha ibu bapa."


Dalam sebuah filem Wali Songo, ada diriwayatkan suatu babak di mana Sunan Kalijaga yang kerap membaca al-Quran itu telah diusir oleh ibunya kerana difitnah memperkosa seorang wanita, padahal tindakan itu tidak dilakukannya.


"Jangan kembali ke sini sehinggalah ayat al-Quran yang selalu kaubaca itu akan gegarkan dinding-dinding rumah ini," kata ibunya. Mereka sekeluarga berasa malu kerana pemuda yang disangkakan soleh itu rupa-rupanya telah melumurkan arang ke wajah mereka.


Hasil latihan kerohanian yang diterimanya, Raden Mas Said telah diangkat sebagai salah seorang anggota majlis Wali Sembilan dengan gelar Sunan Kalijaga.


Setelah mencapai pencerahan jiwa, sunan yang satu-satunya anak tempatan itu berhasrat pulang mendapat restu ibunya. Suatu malam, sunan itu membaca al-Quran dari jarak jauh lalu bergegarlah dinding rumahnya di desanya.


Si ibu, ketika melihatkan kejadian itu, barulah mengerti dan mengetahui kedudukan anak lelaki kesayangannya itu. Anak lelakinya tak bersalah malah difitnah. Restu ibu telah pun berjaya diraih semula. Demikianlah kisah para wali Melayu.


Mutakhir ini masih ada lagi kisah yang sangat menyayatkan hati apabila membaca cerita seorang anak yang sanggup tidak bernikah hanya kerana menjaga ibunya yang menderita sakit lumpuh. Laporan akhbar itu menyebutkan pekerjaannya sebagai posmen.


Lelaki itu akhirnya didapati meninggal dunia di pangkuan ibunya selama dua atau ke tiga hari. Ketika jiran-jiran menemuinya, didapati ibu masih mengusap tubuh dan kepala anaknya, seolah-olah berharap cara itu dapat merawat anaknya yang telah mati.


Sukar digambarkan kesedihan ibu tua yang terpaksa berputih mata melihat tubuh anaknya yang sudah tidak bergerak itu. Dia wanita tua yang lemah, lumpuh tidak berdaya bersuara meminta pertolongan jiran, tak mampu berjalan melainkan terpaksa melihat saja anaknya terbaring di pangkuannya selama dua hari.


Diulangi-lelaki itu terbaring di depan mata ibunya yang lumpuh selama dua hari! Semoga rohnya dikirim ke syurga dan kita pula dapat berjiran dengannya. Ameen..


Rupa-rupanya, kisah anak yang sanggup berbakti kepada orang tuanya masih wujud pada zaman kita ini. Kiamat belum tiba lantaran wujudnya kelompok manusia seperti ini..


Jangan serah ibu bapa ke rumah kebajikan!


Namun, hari ini sudah menjadi sikap orang zaman sekarang agaknya, mengirim orang tua ke rumah kebajikan. Tekanan hidup dan bebanan kerja menyebabkan agihan masa kepada orang tua dan anak-anak semakin berkurangan.


Apakah ada cara untuk mengatasi hal ini? Kita tak boleh tinggal merungut saja dan tidak berusaha mencari jalan penyelesaian. Sesetengah orang mengirim anaknya ke desa untuk menjaga nenek mereka. Kaedah ini boleh juga digunakan.


Tapi, harus kita tanyakan juga. Apakah kita suka jika anak-anak kita melakukan hal yang sama kelak; mengirim cucu untuk menjaga segala keperluan kita?


Maka, sebaik-baiknya, jika kita benar-benar rungsingkan hal ehwal akhirat kita, maka ibu bapa itulah satu-satunya jalan terakhir untuk kita dapatkan keredhaan Allah. Kita perlulah kembali kepada hadis, "Keredhaan Tuhan ada pada keredhaan kedua ibu bapa."


Tetapi, bagaimanakah kita mahu menjaga ibu bapa dalam keadaan kita bekerja?
Ada suatu jalan keluar dalam hal ini. Andaikan kita mempunyai enam orang saudara dan gaji bulanan kita RM2,000, maka kita perlu bermesyuarat keluarga untuk putuskan yang salah seorang daripada kita perlu berhenti kerja untuk menjaga kebajikan orang tua.


Jadi, bagaimana mahu mendapatkan semula RM2,000 sebulan yang telah hilang itu? Di sinilah letaknya salng mengorbankan kepentingan masing-masing. Hendaklah, lima orang saudara kita itu bersedia serahkan RM400 seorang sebulan dengan tujuan menggenapkan jumlah gaji yang biasa kita terima pada setiap bulan itu.


Kalau boleh biarlah kita lihat tiada lagi orang-orang Melayu apatah lagi mereka beragama Islam mengirim orang tua ke rumah kebajikan. Kalau bukan Muslim yang melakukannya, maka hal itu boleh diterima kerana akhirat tak wujud dalam kepercayaan mereka.


Apalah ertinya kita menyambut Hari Ibu, tetapi hakikatnya dalam masa yang sama masih ada lagi ibu-ibu yang terlantar kesepian di rumah-rumah orang tua.
Banyak yang boleh kita lakukan untuk membahagiakan orang tua. Dengan tidak menjadi sebagai perompak, penyamun, penagih, hal itu sudah membahagiakan mereka.


Dengan selalu membacakan Al-Fatihah lalu menyedekahkan surah itu kepada roh mereka itu pun sudah dikira beramal bakti kepada mereka. Sedekah Al-Fatihah tidak semestinya dilakukan ketika mereka sudah tiada. Ketika mereka masih ada, hal itu boleh dibuat.


Islam mengangkat darjat wanita. Apatah lagi ketika mereka bergelar ibu, darjatnya makin tinggi. Umar r.a pernah meminta kaum wanita merendahkan maharnya. Tapi akhirnya dia akur apabila kaum wanita berkata bahawa mahar itu hak mereka.


Altantuya juga seorang ibu


Umar mengalah, tidak takbur, tawadhuk dan beliau lemah-lembut terhadap kaum wanita. Itu baru kes hal mahar. Ada seorang kaum wanita Mongolia yang cuma meminta sedikit komisen daripada urusan pembelian kapal selam, tapi dia dibunuh bersama janinnya.


Altantuya bukan hanya seorang model, tetapi dia juga adalah seorang ibu. Diriwayatkan bahawa dia sedang hamil, maka bom C4 digunakan untuk lenyapkan bukti, termasuklah anak yang dikandungnya.


Al-Quran menyebutkan bahawa jikalau kita membunuh seorang manusia, bermaksud kita membunuh seluruhnya. Tetapi, dalam kes Altantuya, dua orang terbunuh; ibu malang itu termasuk anak yang mungkin ada dalam kandungannya.
Dua orang lagi yang bakal terbunuh ialah Azilah Hadri dan Sirul Azhar. Yang terselamat tetaplah Najib, Razak Baginda dan Rosmah Mansur.


Altantuya menyambut kelahirannya pada 6 Mei lalu. Dia bukanlah cuma jurucakap antara Malaysia dan Perancis dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene, tapi Najib perlulah juga melihat Altantuya sebagai seorang ibu juga ketika menyambut Hari Ibu ini.


Janganlah Najib cuma pandai menulis lewat blog One Malaysia menjelang Hari Ibu baru-baru ini. Tidak semua ibu-ibu di dunia ini bernasib baik. Contohnya, Altantuya; seorang ibu muda daripada Mongolia.


Di Kalimantan, jikalau Najib suka membuat kajian dan penyelidikan, nescaya beliau akan bertembung fakta mengkagumkan bahawa Banjar, Dayak sebenarnya tercantum darahnya dengan Mongolia juga. Alang-alang ke Brunei, Borneo, singgahlah Kalimantan sama.


Kepada ibu-ibu di Malaysia dan di seluruh dunia ... Selamat Hari Ibu ... _

UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA

No comments: