Oleh : Allahyarham YB Dato’ Haji Fadzil Noor
RANTAU PANJANG, 4 Mac - Sejarah dunia membuktikan terdapat hanya tiga golongan yang sanggup menentang dan membunuh ulama iaitu Yahudi, Komunis dan parti yang memerintah Malaysia.
RANTAU PANJANG, 4 Mac - Sejarah dunia membuktikan terdapat hanya tiga golongan yang sanggup menentang dan membunuh ulama iaitu Yahudi, Komunis dan parti yang memerintah Malaysia.
Presiden PAS, Dato' Haji Fadzil Mohd Noor berkata, golongan terbabit sanggup membunuh ulama bagi mempertahankan survival politik mereka.Katanya, Yahudi bertindak ganas membunuh ulama di Palestin, manakala Komunis menganiayai ulama di negara bekas jajahan Soviet Union."
Ketika saya berkunjung ke negara bekas Soviet Union suatu ketika dahulu, ulama yang mahu menyebarkan syiar Islam terpaksa melakukan dengan senyap-senyap kerana khuatir dibunuh pemerintah Komunis," katanya pada ceramah di Pusat Tarbiyah Rantau Panjang di sini, malam 2 Mac lalu.
Hadir sama di majlis itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh, Ketua Penerangan, Haji Zulkefli Mamat dan Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Ustaz Hussin Ibrahim.
Dato' Haji Fadzil yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen berkata, parti yang memerintah Malaysia iaitu Umno juga pernah melakukan perbuatan serupa seperti orang Yahudi dan Komunis.
Katanya, Umno terlibat membunuh ulama di Memali pada 1985 sehingga menyebabkan ramai menjadi korban.Menurut beliau, sepatutnya tragedi seperti itu tidak berlaku sekiranya pasukan keselamatan menggunakan pendekatan lebih profesional."
Ustaz Ibrahim bukan menyerang pasukan polis, cuma mereka mempertahankan diri bagi mengelakkan ditangkap untuk dihumban ke dalam tahanan ISA."Sebelum peristiwa itu berlaku saya berjumpa dengan Ketua Polis Kedah ketika itu, bagi meminta jasa baik pegawai polis berkenaan supaya mencadangkan kepada Menteri Dalam Negeri membatalkan hasrat untuk menangkap Ustaz Ibrahim menggunakan ISA."
Sedangkan sebelum peristiwa itu berlaku Ustaz Ibrahim sudah berbulan-bulan tidak boleh keluar ke mana-mana kerana dikawal ketat polis," katanya.Beliau juga menceritakan, semasa Ustaz Ibrahim ditembak di perut, isteri, ibu dan ayahnya datang memangku.
Bagaimanapun malangnya pihak polis bertindak ganas dengan menarik isteri, ayah dan ibu Ustaz Ibrahim dan membiarkan dia mati keseorangan.Menurutnya, selepas kejadian itu berlaku, beliau sempat menatap jenazah Ustaz Ibrahim di Bilik Mayat Hospital Alor Setar dan melihat kesan-kesan tembakan di badannya.
"Apakah tindakan yang dilakukan anggota-anggota polis itu tidak dinamakan suatu kezaliman dan tindakan tidak berperikemanusiaan," katanya.Beliau juga mempertikaikan kenyataan Menteri Penerangan, Dato' Khalil Yaakob kononnya penayangan klip video Memali melalui RTM untuk menjelaskan perkara sebenar.Menurut Presiden PAS, penanyangan itu adalah strategi Umno untuk memburukkan PAS dengan menghina ulama yang sudah meninggal dunia.
"Apa yang dilakukan itu sebenarnya bercanggah dengan saranan Nabi Muhamad saw yang meminta umatnya mengingatkan orang yang sudah mati dengan segala kebaikannya," katanya.
Dato' Haji Fadzil juga berkata, agenda klip video terbaru yang dimainkan RTM mengenai Amanat Haji Hadi juga tidak akan menguntungkan Umno kerana mesej itu akan memperjelaskan perkara sebenar, iaitu agama dan politik tidak boleh diasingkan.
“UMNO TIADA,RAKYAT SEJAHTERA’
“UMNO TIADA,RAKYAT SEJAHTERA’
No comments:
Post a Comment