Oleh: Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,
Assalamu’alaikum wm.wrt,
Sumpah Melayu [SM] Ke-6, berjanji memperjuangkan iktisad dan pelajaran bangsa Melayu. UMNO sekali lagi membelakangkan kepentingan orang Melayu. Perlaksanaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran matematik dan sains menghancurkan anak-anak Melayu di luar bandar. Dr.Hassan Ahmad,mantan Ketua Pengarah DBP menyalahkan UMNO yang membunuh Bahasa Melayu . UMNO adalah pengkianat terhadap bahasanya sendiri. Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris [PPSMI] membunuh terus bahasa itu dalam sistem Pendidikan Negara.
UMNO telah hilang sensitivitinya terhadap tokoh-tokoh pejuang bahasa yang berjaya mendaulatkan Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Tertubuhnya UKM menjadi bukti bahawa Bahasa Melayu boleh dinaikkan taraf sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dan mampu menjadi bahasa perniagaan. Sedangkan bangsa lain dalam negara ini berjuang untuk memertabatkan bahasa ibuda masing-masing, sebaliknya UMNO berjuang bermatian-matian membunuh bahasa sendiri.
Lebih malang lagi, keputusan PMR yang diumumkan minggu lepas telah menghakiskan keyakinan orang ramai terhadap perlaksanaan PPSMI. Pendapat awam mempercayai bahawa terdapat konspirasi di peringkat Kementerian Pelajaran merendahkan gred kelulusan bagi mata pelajaran matematik, sains dan Bahasa Inggeris. Oleh sebab itu, seramai 26,378 pelajar atau 5.96 peratus mendapat gred A dalam semua subjek yang diambil, meningkat 0.83 peratus berbanding purata keputusan PMR dari 2005 hingga 2007. Gred A bagi ketiga-tiga mata pelajaran tersebut telah meningkat di antara 1.00-3.5 perataus bagi tempoh 2003 hingga 2007. Angka-angka ini dikeluarkan bagi tujuan mengelirukan orang ramai dan bagi membuktikan dasar PPSMI tidak menjejaskan pencapaian pelajar dalam kedua-dua subjek berkenaan.
Sebelum itu dalam bulan Disember 1995 hingga Januari 1996, Parlimen telah meluluskan 4 akta baru berkenaan dengan pendidikan iaitu Akta Pendidikan 1995, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti yang dibuat pada bulan Disember 1995 dan dikenali sebagai Akta Universiti dan Kolej Universiti 1995. Keempat-empat akta pendidikan ini memberi kesan terhadap penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan di universiti-universiti.
Fasal 17 dalam Akta Pendidikan 1995 dan Fasal 41 dalam Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 memberi ruang yang luas kepada universiti dan kolej swasta menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pengajian masing-masing. Kebanyakan IPTS ini mempunyai program berkembar dengan universiti-universiti luar negeri seperti di Amerika Syarikat, Britain dan Australia. Berapa ramaikah orang Melayu dan bumiputra yang mampu menuntut di ITPS-ITPS ini.
Mengikut statistik tahun 2000 [MM, 2.6.2002, ms: 6], bilangan pelajar bukan-bumiputra yang melanjutkan pelajaran ke luar Negara dianggarkan berjumlah 112,000 orang berbanding dengan pelajar bumiputra yang ditaja hanya berjumlah 5,800 orang sahaja. Begitu juga bilangan mereka di kolej-kolej swasta bilangan mereka menjangkau 170,000 orang dan lebih 22,000 di universiti swasta. Statistik terkini sukar diperolehi, namun ia lebih menyakinkan lagi bilangan ini bertambah berkali ganda memandangkan beberapa faktor sekeliling seperti menambahan kuata pengambilan pelajar bukan bumiputra ke IPTA , meritrokasi dan penubuhan institusi-institusi pendidikan baru yang tumbuhan bagaikan cendawan selepas hujan.
Di samping institusi yang sedia ada seperti Kolej Tunku Abdul Rahman [dan kini sudah dinaikkan taraf sebagai universiti] bilangan pelajar bukan-bumiputra menghampiri 15,000 orang, manakala di peringkat ijazah di universiti awam pula mereka mencecah 80,000 orang. Jika angka-angka ini dicampur, bilangan pelajar bukan-bumiputra yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi ialah seramai 399,000 orang berbanding jumlah keseluruhan enrolmen pelajar ke institusi pengajian tinggi seramai 753,000 orang.
Amat jelas bilangan pelajar bukan-bumiputra lebih tinggi berbanding pelajar bumiputra, walaupun jumlah penduduk bumiputra pada tahun 2000 ialah 65.1% berbanding Cina 26.0% dan India 7.7%. MCA umpamanya sangat mengambil berat betapa pentingnya pelajaran di kalangan masyarakat Cina. Mantan Presiden MCA, Dr. Ling Liong Sik pernah melafazkan: “Pendidikan adalah masa depan kita dan ia adalah segala-segalanya“. Beliau berucap demikian dalam satu majlis menyerahkan derma untuk sebuah kolej swasta bernama New Era College. MCA terlibat khusus dalam mewujudkan beberapa institusi pengajian seperti New Era College, Southern College, Kolej Jayadiri, KTAR dan Projek Langkawi.
Kolej Tunku Abdul Rahman [kini bertaraf universiti] yang ditubuhkan pada tahun 1969 mengeluarkan beribu-ribu professional dalam pelbagai bidang. KTAR telah mengembangkan lagi beberapa buah kampus cawangannya di Kampar, Pulau Pinang, Segamat dan Perak. Betapa seriusnya MCA terhadap pendidikan boleh dilihat melalui sumbangan yang diterima daripada anggota-anggotanya. Pada tahun 1997, Perhubungan MCA Pahang berjaya mengumpul RM10,888,888.88 hanya dalam satu majlis makan malam. Untuk membiayai pembinaan kampus cawangan yang keempat di Kampar, seorang YB bernama Hew See Tong telah menderma RM5 juta di samping menderma sebuah tapak di Bandar Baru Kampar seluas 20 hektar.
Kalau dikaji senarai mereka yang menerima faedah daripada projek-projek kerajaan, pembahagian saham, lesen, permit dan sebagainya yang lebih 90 peratusnya ialah Melayu dan pastinya 99 peratus adalah pemimpin-pemimpin UMNO. Sewajarnya kita memiliki lebih daripada MCA miliki, tetapi UMNO yang diwakili oleh para pemimpin yang bodoh dan banggang menjadikan semua benda yang wujud di Malaysia [termasuk institusi pendidikan] adalah hak UMNO dan mempunyai fikiran kontot apabila mereka menyemaikan benih kufarat dalam benak rakyat menyatakan UMNO itu kerajaan dan kerajaan itu UMNO. Oleh sebab itu, setiap projek pembangunan dinaikkan papan tanda yang berbunyi:“Satu lagi Projek BN”.
Begitulah betapa bodohnya para pemimpin UMNO seolah-olah duit projek-projek itu datangnya dari poket UMNO, bukannya datang dari hasil kutipan berbagai jenis cukai dari poket seluar rakyat jelata tanpa mengira fahaman politik. Apabila kalah berhujah, mulalah menggunakan pasukan polis haprak membuat honar di majlis-majlis anjuran pembangkang seperti yang berlaku terhadap Dr Hasan Mohd Ali, EXCO kerajaan Selangor selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat dan Infrastruktur Awam. Seramai 70 anggota polis dari balai polis Kajang mengepung pentas ceramah dan menghalau orang ramai keluar serta menghalang Dr.Hasan berceramah di padang awam Batu 14, Ulu Langat [Rujuk : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18596&Itemid=1]
Bangsa Melayu dari keturunan UMNO tidak pernah merasa malu melihat MIC sebuah parti yang lebih kecil mempunyai sayap pendidikan yang dinamakan Maju Institute of Education Development yang telah pun mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk membantu kaum India yang mempunyai masalah kewangan untuk ke universiti dan kini telah menubuhkan beberapa buah universiti dan kolej. Mereka merasa kewujudan IPTA-IPTA sudah dikira sebagai agenda UMNO dan dianggap telah selesai dalam mengharungi era ICT. Agenda itu dianggap sebagai agenda kerajaan. Amat malang, apa yang disebut tadi UMNO tidak tahu membezakan atau memisahkan apakah itu kerajaan dan apakah itu UMNO.
Mulai tahun 2002, kemasukan ke ITPA adalah berdasarkan kepada sistem kuota dan meritokrasi dan mulai tahun 2003 juga ruang 10% telah diberikan kepada bukan-bumiputra untuk memasuki MRSM dan program matrikulasi, Dalam pada itu, ketika PAS memerintah Terangganu, akibat perbezaan politik, dua MRSM di Terengganu telah ditutup. Kuota pengambilan pelajar bukan-bumiputera di lima buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mulai bulan Februari 2004 telah dinaikkan daripada 10 kepada 30 peratus. Menteri Pembangunan Usahawan ketika itu, Mohamed Nazri Aziz berkata, lima MRSM yang terbabit dalam pengambilan pelajar bukan-bumiputera itu ialah di Pontian, Muar, Kuala Kubu Baru, Kulim dan Kuala Lipis. Menurut beliau, tindakan menambah kuota 30 peratus pelajar bukan bumiputera di lima daripada 17 buah MRSM di negara ini berikutan kebimbangan ibu bapa kaum terbabit jika bilangannya hanya 10 peratus sahaja. "Dan pengambilan pelajar bukan bumiputera di MRSM ini tidak hanya kepada lulusan daripada aliran sekolah kebangsaan tetapi juga murid daripada aliran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina,'' [BH, 6.1 2004].
Sebagai kesimpulannya, saya telah menulis dengan panjang lebar sebanyak 6 siri untuk ditujukan khas kepada pengundi-pengundi di P36-Parlimen Kuala Terangganu. Tulisan ini berdasarkan Sumpah Melayu yang diikrarkan dihadapan pengasas UMNO pada 10 Febuari 1946. Keseluruhan butir-butir yang terkandung dalam sumpah itu telah dikianati oleh UMNO. Orang-orang yang berfikiran waras, rasional, berakal, berakhlak mulia, bermoral, bermaruah, berpendidikan dan berilmu akan bertindak menolak UMNO untuk selama-lamanya. Hanya golongan seperti berikut yang akan memilih UMNO untuk selama-lamanya:
1.Golongan oportunist yang mencari ruang dan peluang untuk mendapatkan lesen merompak harta rakyat bagi memperkayakan diri sendiri, keluarga dan kroni.
2.Golongan kaya dan hartawan yang mahu bermegah-megah dengan kuasa dan kedudukannya di kaca mata masyarakat.
3. Golongan yang hidupnya hanya mencari harta dunia semata-mata, bukan hidupnya mencari keredhaan Allah swt. Dalam UMNO tidak ada tempat untuk mencari keredhaan Allah swt.
4. Golongan miskin yang tidak berilmu yang boleh diperlembukan oleh UMNO dengan mudah.
5. Golongan yang buta huruf dan kekurangan maklumat atau maklumat sebenar tidak sampai kepada golongan ini.
6. Golongan yang berada dalam zon selesa dan tidak memperdulikan apa yang berlaku disekelilingnya. Golongan ini hidup seperti haiwan-mencari makan [berkerja dengan kerajaan atau swasta atau sendiri], makan, berak, buat anak dan tidur. Itu sahaja rutin kehidupan hariannya.
7. Golongan yang hidup di ulu-ulu dan kampung-kampung yang terpencil yang tidak ada sebarang kemudahan pengangkutan, perhubungan, telekomunikasi dan sebagainya seperti wujud di kebanyakan kawasan di Serawak dan Sabah.
8. Golongan yang pegangan agamanya rapoh dan tidak mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan sehariannya, malah golongan ini sangat benci kepada orang yang mahu memperdalammkan ilmu agamanya
Tulisan ini juga ditujukan kepada NGO yang bernama PEWARIS. Para pemimpin PEWARIS ini sanggop menjadi pencacai UMNO yang telah mengkianati perjuangan orang-orang Melayu tulin seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Kenali, Zaaba, Pak Sako, Dr.Burhanuddin Al-Helmi, Onn Jaafar, Bustamam dan ramai lagi pejuang-pejuang sejati seangkatan dengan nama-nama yang saya sebutkan itu. Renunglah para pemimpin PEWARIS sampai bila orang Melayu sanggup dikianati oleh UMNO laknatullah itu.
Sekian.Tamat.
Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan di blog saya satu lagi: http://demang.blogmas.com/
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
No comments:
Post a Comment