DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, January 18, 2009

KEBIJAKSANAAN PENGUNDI P.36: MENOLAK KEBATHILAN DAN MENDAKAP YANG HAQ

Oleh: Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt
,


Pertama sekali saya bersama-sama dengan berjuta rakyat Malaysia lainnya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahinah dan terima kasih kerana keberanian saudara-saudari pengundi-pengundi di P.36-Kuala Terengganu membuat perubahan minda memilih PAS yang bergabung dalam Pakatan Rakyat untuk dijadikan jurucakap bagi pihak mereka di Parlimen.


Calon PAS yang juga ADUN Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut memperolehi 32,883 undi dengan mengalahkan calon UMNO Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang memperolehi undi sebanyak 30,252 undi dan bebas 193 undi. Peratusan yang keluar mengundi ialah 79.73 peratus iaitu 63,967 daripada 80,229 pengundi yang berdaftar. Majoriti dalam pilihan raya kecil ini telah meningkat berbanding dalam PRU ke-12 lalu daripada 628 undi menjadi 2,631 undi.


Peningkatan sebanyak 400 peratus ini amat membanggakan dalam keadaan UMNO menurunkan segala bala tenteranya daripada darat, udara dan laut dan dibantu oleh kedudukan kewangan yang mewah ditaburkan di sana-sini, peruntukan besar kerajaan ditaburkan di Kuala Terengganu [di tempat lain ternganga], media massa dipersundalkan untuk menaikkan imej para pemimpin UMNO dan melakukan memanipulasikan berita bagi memburuk-burukkan kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat. UMNO dengan kuasa yang ada telah menggunakan kemudahan awam dengan sewenang-wenangnya dan memperalatkan jabatan dan agensi kerajaan, tetapi semuanya itu gagal membantu UMNO untuk memenangi pilihan raya kecil tersebut.


Banyak faktor yang menyebabkan UMNO tersungkur rebah. Bagi saya cara UMNO berkempen masih tidak berubah merupakan satu faktor UMNO kalah. Masih ditakok lama, walaupun masa dan zaman sudah berubah. Fikiran UMNO masih jumud dan beku. Menggunakan kaedah kuno yang sudah ketinggalan zaman. Zaman sekarang, rakyat Malaysian khususnya di Semenanjung, sebahagian besarnya adalah golongan muda [di bawah umur 50-an], yang rata-rata mereka ini berpendidikan sekurang-kurangnya berpendidikan menengah dan berkehidupan moden, manakala golongan tua yang buta huruf, tidak berpendidikan dan terpinggir-miskin seperti yang masih banyak wujud di Sabah dan Serawak sudah semakin hampir pupus. Umpan yang ditabur tetap dimakan, tetapi mata kail tidak mengena.


Propaganda murahan yang sering dimainkan oleh media massa terutama radio dan tv milik UMNO membuatkan golongan ini benci dan meluat tengok para pemimpin UMNO dan kaum kerabatnya yang tersangat mengada-gada. Kempen bertemakan ‘pembangunan’ yang sering dialunkan oleh pembesar-pembesar UMNO dalam setiap kali pilihan raya sudah tidak menarik minat rakyat lagi. Ia hanya sesuai di zaman selepas merdeka iaitu di zaman 50-an sehinggalah ke tahun-tahun 70-an, selepas itu ia tidak sesuai lagi diulang-tayang. Jadi, pada umumnya UMNO kena insaf bahawa di zaman ini rakyat tidak boleh diperlembukan dan diperbodoh-bodohkan serta dipermain-mainkan sesuka hati pemimpin. Ramai rakyat sudah sedar tentang taktik dan strategi UMNO dalam pilihan raya. Cukuplah setakat di Kuala Terengganu sahaja.


Faktor kedua ialah PAS dan Pakatan Rakyat sudah cukup mahir dan berpengalaman luas dalam soal UMNO ini. Bagi setiap kali adanya pilihan raya sama ada umum atau kecil, UMNO akan menggunakan dengan pelbagai cara untuk menang. Lazimnya UMNO akan menggunakan sepenuhnya media massa untuk memburukan pembangkang, UMNO juga akan melakukan berbagai kaedah penipuan dan penyelewengan serta menyalahgunakan kuasa menggunakan jentera dan agensi kerajaan. Rasuah politik [termasuk peruntukan-peruntukan pembangunan segera] dihulurkan ke sana-sini, masalah pengundi hantu yang diimpot dari luar dan provokasi. Inilah benda-benda yang UMNO sering lakukan. Rutin dan menjadi darah daging UMNO.


Taktik dan strategi inilah yang UMNO gunakan dari dulu dan sampai kini. Jadi, bagi pihak PAS dan Pakatan Rakyat cukup mudah untuk mengenalpasti dan membuat persiapan awal memantau dan membuat gerak kerja bagi mengatasi perkara-perkara yang dirancang dan yang bakal dilakukan oleh UMNO. Sebagai contoh dalam di pilihan raya Kuala Terengganu, dari awal lagi Pakatan Rakyat sudah dapat mengesan hampir 35,729 pengundi tanpa alamat lengkap yang terdapat dalam daftar pemilih, 8,388 pengundi rumah tidak bernombor dan 90 pengundi dalam sebuah rumah. Jadi, ini memudahkan PAS dan Pakatan Rakyat untuk bertindak bagi mengekang dari timbulnya pengundi hantu [pengundi luar yang diberi kad pengenalan palsu] sehingga Pengerusi SPR sendiri dalam pilihan raya kecil itu berkata tiada timbul pengundi hantu. Begitu juga bagi menghadapi serangan dan fitnah media massa khususnya tv, awal-awal lagi PAS dan Pakatan Rakyat telah mempersiapkan poster, risalah dan sebagainya untuk disebarkan kepada umum di samping ceramah-ceramah yang diadakan bagi menjawab fitnah-fitnah yang ditaburkan oleh medai massa di bawah kawalan UMNO. Caunter-attack ini sangat berkesan sehingga menjadikan UMNO kaku dan amat tertekan.


Faktor ketiga yang penting ialah pengunduran Datuk Bandar Kuala Terengganu sebagai Pengurus Pilihan raya sehari sebelum hari pembuangan undi memberi advantage yang amat besar terhadap PAS. Mat Razali Kassim secara kurang ajar dan biadap telah didakwa berkempen untuk UMNO dan laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada 15 Januari lalu. Mat Razali dikatakan mengugut kakitangan MBKT dan kakitangan di Wisma Darul Iman yang beliau akan memecatkan mereka sekiranya mereka tidak mengundi calon UMNO. Tindakan ini memberi gambaran buruk terhadap UMNO seolah-olah UMNO tidak bertamadun memaksa orang membuat pilihan yang tidak ada pilihan di hati masing-masing. Ini sudah tentu bertentangan dengan konsep demokrasi yang menekan kebebasan memilih seperti yang dilaung-laungkan oleh UMNO selama ini. Jadi, pengundi-pengundi meluat dan marah kepada UMNO.


Dengan kekalahan ini, orang yang paling malu di muka bumi Malaysia ada tiga orang:

Pertama, Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri. Beliau adalah pengarah pilihan raya UMNO. Najib sudah dua kali kecundang. Pertama, di Permatang Pauh dan kedua, di Kuala Terengganu. Bercakap berdegar-dengar, sombong, angkuh dan takbur. Muka Najib bersalutkan lumpur.

Malu amat memalukan. Remuk jiwa dan raga. Cuba lihat beberapa petikan ini :


KT, Permatang Pauh berbeza
[
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm]

Terengganu bakal terima RM400 juta
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam%5FNegeri&pg=dn_01.htm

Kempen Pilihan Raya Kuala Terengganu berbeza


Menilai sikap pembangkang


KT: Apa kata pemimpin Umno




Orang Kedua yang malu atau muka tidak malu kerana ‘terpaksa menjilat ludah sendiri’ atas dasar cari makan dan hendak hidup mewah dan glamour. Sumpah sana, sumpah sini, cabar sini, cabar sini akhirnya masuk balik ke dalam tong najis yang pernah dikeji, dicerca dan dihina. Orang yang tidak pernah ada prinsip dalam hidup. Memburu nama, pangkat dan kedudukan. Dua kali kecundang juga. Sedikit hari lagi akan jadi kupang tembaga dalam UMNO. Orang lidah biawak. Bercabang dua. Orang yang dimaksudkan ialah Ezam Mohd Noor.

Orang ketiga yang merasa malu ialah Khairy Jamaludin Abu Bakar, menantu Abdullah Ahmad Badawi, Ahli Parlimen Rembau. Khairy telah menghina dan memperlecehkan PAS dengan berkata PAS tidak ada pendirian [maksudnya PAS Pak Turut dan tidak berani mempertahankan dasar]. Lihat http://www.malaysiakini.com/news/96176 kata-kata Khairy sangat memedihkan, tetapi Allah swt membalasnya dengan setimpal dengan apa yang beliau perkatakannya itu .


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

1 comment:

sabarnusa said...

ini 3 olang bukan saja malu busat ma, malah faktor busat yg menyebabkan kekalahan BeEnd, kalu lagi manyak cakap aa.. itu olang lagi majoliti lebih busat pada PAS ooo....
olang yg keempat mikin BeEnd kasi dekat itu kubur aa..media (rtm sama tv3 suku, paper laloq perdana)