DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, August 12, 2008

PERMATANG PAUH : ANWAR IBRAHIM MENANG TANPA BERTANDING

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,

Satu sumber belum dapat disahkan lagi kebenarannya bahawa UMNO tidak akan meletakan calon menentang Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini. Jadi, kemungkinan besar Anwar tidak akan dicabar pada hari penamaan calon 16 Ogos, hari Sabtu depan.

Anwar dijangka menang tanpa bertanding. Jika ini berlaku, maka tercipta satu lagi sejarah yang mana pembangkang pertama kali menang tanpa bertanding dalam pilihan raya kecil di negara ini. Perkara ini merupakan satu petanda yang amat baik bagi masa depan pembangkang [baca : Pakatan Rakyat] yang akan sama-sama kita menyambut hari kemerdekaan yang ke-51 tahun ini.

Tanda-tanda ke arah tersebut kelihatan semakin jelas apabila pemimpin-pemimpin politik UMNO/BN di Pulau Pinang tidak bergitu mengambil perhatian serious mengenai pilihan raya kecil itu. Masing-masing mengambil sikap tunggu dan lihat, disamping menunggu arahan pimpinan atasan untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, stesyen radio Pulau Pinang kerap kali menyiarkan iklan pendik mengajak orang ramai datang ke Wisma UMNO di Kepada Batas untuk menyaksikan pelbagai acara hiburan yang diadakan di situ pada hari yang sama, hari penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

Perbuatan ini dilihat sebagai usaha UMNO untuk memsebotaj hari penamaan calon tersebut. Ini bermakna UMNO tidak mahu orang ramai khususya ahli-ahli UMNO berkumpul di tempat penamaan calon berlangsung. Kalau boleh UMNO mahu menyekat orang ramai datang ke situ, hanya para pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat yang perlu ada di tempat itu. Ini sekali gus menguatkan hujah sumber tersebut bahawa UMNO tidak akan menyertai pilihan raya kecil tersebut.

Walau bagaimana pun mengikut sumber itu lagi, kemungkinan Anwar akan dicabar oleh calon bebas yang merupakan proksi kepada UMNO bagi mengelak Anwar menang tanpa bertanding. Para pemimpin UMNO akan turun berkempen bagi membantu calon bebas yang bertanding menentang Anwar sepertimana PAS, PKR dan DAP berkempen membantu calon bebas di pilihan raya kecil di Batu Talam, Pahang pada tahun 2006 lalu.

Sekurang-kurang terdapat 4 faktor yang mempengaruhi UMNO tidak bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut. Pertama, Parlimen Permatang Pauh adalah kubu kuat Anwar Ibrahim. Selama 17 tahun Anwar menjadi wakil rakyat di kawasan ini dan disambung pula oleh isteri beliau, Wan Azizah Wan Ismail. Wan Azizah tiga penggal berturut-turut mengekalkan kemenangan, walaupun PKR ketika itu tidaklah sehebat sekarang. Perkara ini diakui sendiri oleh Najib Tun Razak dan ramai pemimpin UMNO yang lain sependapat dengan Najib termasuk Annuar Musa mengatakan ia membazirkan masa, wang dan tenaga dan merayu UMNO memboikot pilihan raya kecil tersebut.

Kedua, faktor dalaman kepimpinan UMNO Permatang Pauh sendiri yang ketiadaan calon yang berwibawa untuk menentang Anwar. UMNO Permatang Pauh sekarang ini berada dalam keadaan seolah-olah ‘perang saudara’ kerana berebut jawatan dalam UMNO bahagian.

Ketiga, faktor kewangan. UMNO sekarang mempunyai masalah tidak kecukupan wang. UMNO memerlukan wang yang amat banyak untuk membiayai setiap orang yang turun berkempen untuk UMNO. UMNO dulu, kini dan selama-lamanya memerlukan pembiayaan yang besar untuk mengerakkan jentera pilihan rayanya. Semua yang turun berkempen untuk UMNO perlu diupah,kalau tidak kerja-kerja pilihan raya tidak akan bergerak. Sikap begini tidak berlaku kepada ahli-ahli dan penyokong parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Mereka turun membantu berkempen secara sukarela dan menggunakan perbelanjaan sendiri.

Sebagai contoh, dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir, di Kelantan pada Disember 2005, UMNO mengeluarkan pembiayaan melebihi RM3 juta untuk menawan sebuah kerusi DUN, apatah lagi bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, pembiayaannya tentu melebihi 3 kali ganda kerana dalam Parlimen ini mengandungi 3 kerusi DUN. Dimana UMNO hendak mendapat duit sebanyak itu kerana UMNO baharu sahaja menghabiskan duit berbillion ringgit dalam PRU lalu? Tentu tidak ada taukeh-taukeh yang sudi memberi sumbangan lagi kerana masa depan politik negara ini tidak ada hala tuju yang jelas untuk mereka membuat pelaburan.

Keempat, faktor dalaman UMNO itu sendiri yang tidak menentu. Persaingan untuk merebut jawatan dalam UMNO di berbagai peringkat menyebabkan UMNO itu sendiri bergoncang. Rasuah politik berlaku di sana-sini. Ditakuti rasuah politik akan berluasa dan sukar untuk dikawal ketika semua para pemimpin pelbagai peringkat daripada seluruh negara akan berkampung di Permatang Pauh kononnya untuk berkempen untuk UMNO menentang Anwar, tetapi sebaliknya berkempen untuk diri sendiri dan untuk golongan lain yang berkepentingan.

Jadi, ikut sumber itu lagi, lebih baik UMNO tidak menyertai pilihan raya tersebut kerana sekarang ini UMNO seluruh negara sangat sibuk mengadakan mesyuarat agung masing-masing. Adalah lebih baik UMNO menumpukan perhatian memulihkan keyakinan rakyat terhadap UMNO kembali dan seterusnya menjaga survival UMNO supaya terus kekal berkuasa.

Kesimpulannya, Anwar Ibrahim sangat bijak mencaturkan agenda politiknya dan pandai mengambil kesempatan daripada masalah yang melanda UMNO pada hari ini. Semuanya diadunkan mengikut acuannya dalam usaha merangka jalan ke Putra Jaya. Walaupun bagaimana pun, Anwar dan pakar-pakar strategis dalam Pakatan Rakyat perlu berhati-hati dalam permainan politik UMNO yang licik ini. PKR dan Pakatan Rakyat mesti mengerakkan jentera pilihan rayanya mulai sekarang sehingga pengumuman keputusan pilihan raya diumumkan. Setiap detik pun jentera pilihan raya Pakatan Rakyat tidak boleh leka dan lalai dengan mainan politik UMNO. Ingat UMNO berupaya menyerang di saat-saat akhir kerana UMNO memiliki kuasa yang tidak ada pada kita.


Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi: http://demang.blogmas.com/


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian, terima kasih
Wallahu'alam.

3 comments:

Hijat Panjang... said...

Salam...Tidak mustahil akan berlaku kemenangan PERCUMA bagi pihak DS Anwar Ibrahim di Permatang Pauh..!!! DS Najib pada awal-awal lagi selepas kosongnya kerusi Parlimen tersebut berkata, "BN sukar menang dan gugat Parlimen P.Pauh.." dan yg terbaru kelmarin ni, UMNO di perintah bayar rm218juta kepada satu kompeni oleh Mahkamah..

rmj said...

Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa kami dirikan,
Kalau sungguh bagai dikata,
Sujud syukur kami pada Tuhan.

Buah cempedak di luar pagar.,
Ambil galah tolong jolokkan
Biar sahih berita yg.didengar,
Jangan esok jadi bahan ejekan.

Pisang Emas dibaya belayar
Masak sebiji diatas peti,
Dalam perjuangan kena banyak bersabar,
Kejayaan kemenagan Allah yang bagi/beri.

Folk Doll said...

Ingat je Hari Ni 916 !