DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, August 13, 2008

MUNGKINKAH HARGA PETROL DITURUNKAN 1 SEPTEMBER INI?

Oleh : Tun Telanai
Assamu’alaikum wm.wrt,

Harga minyak mentah di pasaran dunia sekarang ini turun pada kadar di antara AS$98-AS$112 setong, berbanding ketika kerajaan mengumumkan kenaikan harga runcit petrol dan disel pada 4 Jun lalu, ketika itu ia berada diparas di antara AS$125-AS$138 setong.

Tanpa memperdulikan kedudukan nasib rakyat, kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi menaikkan harga petrol dari RM1.92 kepada RM2.90 [kenaikan RM0.78 atau 40%] dan disel dari RM1.58 kepada RM2.58 [kenaikan RM1.00]. Kenaikan harga petrol dan disel ini oleh kerajaan Abdullah kononnya untuk menjimatkan RM13.7 billion dalam bentuk subsidi yang boleh disalurkan kepada projek-projek pembangunan lainnya.

Persoalannya, ke mana duit sebanyak itu akan dibelanjakan?. Hasil penjimatan tahun 2006 sebanyak RM400 juta ekuran kenaikan harga petrol sebanyak RM0.50 pun kerajaan tidak berupaya dibelanjakannya dan masih berbaki, kini pula sebanyak RM13.7 billion dijangka diperolehi hasil penjimatan tersebut. Pastinya, kerajaan Abdullah tidak berkemampuan untuk menggunakan sepenuhnya peruntukan tersebut. Ini merupakan satu pembaziran sumber.

Jadi, kita sebagai rakyat biasa dapat membuat rumusan bahawa memang benar kerajaan Abdullah mahu memiskinkan rakyatnya sendiri. Peningkatan mendadak harga petrol dan diesel telah menaikkan indeks harga pengguna [IHP] sebanyak 7.7 peratus. Sebahagian besar harga barangan dan perkhidmatan meningkat, menjadi bertambah mahal. Abdullah memang suka melihat rakyatnya berada dalam kedudukan miskin dan papa kedana.

Kedudukan sebegini akan memberi advantage kepada politik jangka pendik UMNO. Rakyat yang miskin dan buta huruf ini sangat setia kepada UMNO. UMNO menang di kebanyakan kawasan yang mundur yang dihuni oleh pengundi-pengundi yang miskin dan buta huruf. Berbanding di kawasan bandar yang pengundi-pengundinya terdiri daripada orang-orang yang berpelajaran dan mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh, UMNO sukar untuk mengembangkan pengaruhnya di sini.

Harga minyak dunia jatuh keparas antara yang terendah tahun ini seperti yang disebutkan di atas dan apakah impak penurunan drastik ini kepada kita selaku pengguna?Kemungkinan besar tidak ada, walaupun apabila harga melonjak dahulu terus sahaja kerajaan menaikkan harga petrol kepada RM0.78 sen seliter yang sehingga hari ini terus menghantui penghidupan rakyat Malaysia kerana akibatnya satu demi satu harga barangan dan perkhidmatan [termasuk tambang pengangkutan awam] terus naik sehingga ke hari ini.


Amat membimbangkan kerana kerajaan yang ada ini adalah sebuah kerajaan yang tidak berkonsepkan kebajikan. Apabila harga petrol dunia terus turun, rakyat akan terus menjadi mangsa ketidakprihatinan kerajaan ini. Mungkin kerajaan akan memberi alasan bahawa Petronas merupakan satu-satunya hasil pendapatan utama kerajaan akan semakin susut keuntungannya jika harga runcit petrol diturunkan. Maka untuk mengelak perkara itu daripada berlaku, harga runcit petrol tidak akan dikaji semula bagi menyelaraskan penurunan harga petrol di pasaran dunia.

Bila keuntungan Petronas susut, maka susutlah juga kantung kerajaan, lalu mangsanya siapa lagi jika bukan rakyat jelata. Sebagai contoh, keuntungan sebelum cukai Kumpulan Petronas untuk tahun kewangan 2008 ialah RM95.5 billion dan keuntungan bersih selepas cukai ialah RM61.0 billion. Royalti yang telah dibayar oleh pihak petronas kepada kerajaan ialah RM67.6 Billion. Nilai ini termasuk segala cukai yang telah dibayar oleh Petronas kepada kerajaan. Dari RM67.6 billion itu telah mewakili 63.1% dari keuntungan petronas disumbangkan kepada kerajaan. Kerajaan memperolehi pendapat yang sangat besar dari urus niaga Petronas.

Kesimpulannya, kita rakyat Malaysia yang dididik agar berbangga dengan industri petroleum kita yang berkemampuan beroperasi ke seluruh dunia, walaupun kita negara pengeluar minyak, namun bila harga minyak dunia naik, harga minyak pengguna juga naik, bila harga turun, kemungkinan harga minyak pengguna akan naik juga. Jadi, nasib kita samalah dengan nasib yang menimpa Pak Pandir dan Mak Andeh [TQ].


Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi: http://demang.blogmas.com/


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian, terima kasih.
Wallahu'alam

2 comments:

Anonymous said...

Minyak nak turun susah rasanya.
tapi kita tengokla nnt.

Cucu Tok Selampit said...

Pak Pandir & Mak Andeh, bukan Mak Uteh