DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, May 7, 2008

PELUANG TERBAIK BUAT PAKATAN RAKYAT

Para pembaca budiman : Baca petikan tulisan Tarabulsi dulu dan lihat ulasan saya selanjutnya:
,br>
NEGARA LAIN DAH TAK HORMAT KERAJAAN PAK LAH
Oleh
Tarabulsi_2008 DiPetik daripada : Tranung kite.nethttp://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=9750&mode=thread&order=0&thold=0


Perkembangan politik di Malaysia kini mendapat tumpuan khas negara-negara asing terutamanya negara-negara ASEAN ekoran dari wujudnya kekecohan dalam parti-parti Barisan Nasional yang hampir kalah pada PRU Malaysia ke-12. Negara-negara luar memantau dengan rapi krisis kepimpinan yang wujud dalam UMNO yang menerajui kerajaan Barisan Nasional. Mereka membuat rumusan bahawa Abdullah Badawi adalah 'lame duck Prime Minister' yang sedang ditekan untuk letak jawatan bukan saja oleh pembangkang tetapi oleh orang-orang UMNO dan beberapa anggota kabinetnya sendiri. Negara-negara asing membuat ramalan tempoh Pak Lah sebagai Perdana Menteri boleh berakhir pada bila-bila masa sahaja, tak semestinya pada Perhimpunan Agong UMNO yang dijadualkan Disember ini.


Dengan tanggapan (perception) negatif sedemikian, maka negara-negara lain terutamanya negara-negara ASEAN tidak begitu mengindahkan atau menghormati Abdullah Badawi dan kerajaannya. Kerana kedudukkan kerajaan Abdullah Badawi dikira amat rapuh sekali, maka sebarang apa perundingan secara dua hala (bilateral) dengan Malaysia cuba ditangguhkan seboleh mungkin. Jelas bahawa sikap Abdullah Badawi berdegil dan tidak mahu letak jawatan punyai implikasi dan kesan yang negatif kepada hubungan antara Malaysia dan negara-negara lain. Situasi sedemikian membimbangkan dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin tidak stabil yang memerlukan kerjasama negara-negara serantau untuk menanganinya.


Menteri-Menteri Malaysia yang membuat lawatan rasmi ke negara-negara jiran baru-baru ini dikatakan tidak sangat dilayan seperti dulu. Layanan diberi oleh tuan rumah secara acuh tak acuh kerana dikira Menteri-Menteri Malaysia itu tidak lama lagi mungkin akan digugurkan oleh perdana menteri yang bakal menggantikan Abdullah Badawi. Dengan erti kata yang lain anggota kabinet Abdullah Badawi tidak lagi berkesan dalam mewakili negara di luar negeri.


Ada terdengar cerita mengenai Menteri-Menteri Malaysia yang melawat negara-negara jiran diperlekehkan dengan cara pertemuan-pertemuan dengan beberapa pemimpin negara tuan rumah dibatalkan setiba mereka di negara jiran yang berkenaan. Bermakna tuan rumah memberi mereka 'cold shoulder treatment'.

Satu lagi kesan negatif kerana Pak Lah berdegil adalah pelabur-pelabur asing semakin berhati-hati untuk masuk menanam model waktu ini. Mereka ingin tunggu dan lihat keadaan. Kalau ada pun yang berani masuk waktu ini mereka akan menangguk di air yang keroh. Mereka akan mengambil kesempatan dari keadaan kerajaan Pak Lah yang lemah dan bernyawa-nyawa ikan itu untuk menekankan bermacam-macam syarat yang favorable kepada mereka. Maka lagi lama Abdullah Badawi bertahun, selama itulah tiada keyakinan di kalangan negara-negara dan pelabur-pelabur asing untuk mengadakan hubungan konkrit dengan Malaysia. Yang ditakuti sekali adalah kerajaan baru yang akan mengambil alih tidak akan meghormati komitmen yang telah dibuat oleh kerajaan Abdullah Badawi. Maka mereka akan lebih kepada dasar "wait and see' - iaitu tunggu dan lihat.


Media-media asing kini sering menulis berkenaan kemungkinan akan ada 'coup' atau rampasan kuasa dalam parti UMNO untuk menumbangkan Abdullah Badawi pada bila-bila masa sahaja. Media asing turut mengatakan mengenai kemungkinan parti-parti pembangkang boleh mengambil alih kuasa memerintah Malaysia dalam masa terdekat ini dan perlu dipihak kerajaan-kerajaan negara lain awal-awal ini lagi 'cultivate' tokoh-tokoh pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Dato Seri Hj Abd. Hadi Awang yang dilihat bakal memimpin Malaysia jika sekiranya kerajaan BN tumbang.


Dan UMNO perlu fikirkan juga tentang Najib. Cerita kemungkinan Najib dan isteri terlibat dalam pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya sudah tersebar luas ke seluruh dunia melalui BBC dsbnya ekoran dari RPK dihadapkan ke mahkamah kerana menyiarkan artikel dalam blognya 'Malaysia Today' yang mengaitkan Najib suami isteri dalam pembunuhan tersebut. Sebelum ini sudah ada cerita-cerita adanya "cover up" oleh kerajaan Malaysia tentang kes Altantuya untuk menyelamatkan seorang yang penting dalam kerajaan Malaysia. Saya takut kalau Najib jadi PM nanti akan ada Ketua-Ketua Kerajaan negara lain yang kurang senang untuk berjabat salam dengan "the hand of a murderer." Kalau UMNO sayangkan negara dan sayangkan rakyat maka bertegaslah dengan memaksa Abdullah Badawi yang sudah tidak diterima di dalam dan di luar negeri itu untuk letak jawatan Disember ini. Kalau boleh awal lagi.


ULASAN :


Kalau benarlah apa yang ditulis oleh saudara tarabulsi_2008 ini, tiga kemungkinan besar akan berlaku dalam hala tuju negara pada masa depan. Pertama, Tengku Razaleigh Hamzah hampir pasti akan mengambilalih jawatan Presiden UMNO daripada Abdullah Ahmad Badawi yang pasti akan meletakkan jawatan dalam tempoh terdekat ini. Beliau tidak sempat menunggu perhimpunan agung yang dijadualkan diadakan pada Disember 2008 nanti.


Kemungkinan kedua ialah Najib Tun Razak tidak akan berjaya mengambilalih kuasa daripada Abdullah. Kalau berjaya pun, Najib akan menjadi Pemangku Presiden dan Perdana Menteri yang paling singkat dalam sejarah Malaysia. Adalah dengan mudah untuk Tengku Razaleigh menewaskan Najib dalam pertandingan merebut jawatan Presiden pada bulan Disember nanti.


Perlu diingat Tengku Razaleigh masih lagi ramai penyokongnya dalam UMNO. Lagi pun Tengku seorang yang licik dan bijak berpolitik dan mempunyai strategi politik yang cemerlang. Budi pekertinya mulia, tutur katanya lemah lembut boleh memikat sesiapa yang mendekatinya. Saya sendiri pernah satu masa dulu sekejab bersama Tengku. Tengku Razaleingh telah merasai berbagai pahit maung, masam-manis dan liku-liku dalam era perjuangan politiknya selama ini, tetapi nasib dan takdir Illahi yang tidak menyebelahinya.


Sepanjang Tengku terlibat dalam arena politik, beliau bersih daripada sebarang skandal apatah lagi untuk mengamalkan rasuah dan menyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadai kerana Tengku berasal daripda keluarga diraja Kelantan yang hidup sudah pun kaya raya.


Berbanding Najib, tubuh badannya penuh dengan panau, kurap dan kudis buta. Berbau busuk hapak dan hanyir. Kehuduhan dan segala kepencangannya itu hanya dapat ditutup dengan adanya sedikit kuasa yang dikurniaan Allah dan diizinkan [digalakan dan dibudayakan] oleh pemerintah durjana. Kehidupan politiknya penuh dengan kemanisan dan kesedapan sepanjang masa, beliau belum pernah merasai dunia politik yang busuk dan hanyir seperti bau tubuh badannya itu.


Kenaikannya dalam heiraki politik bukan kerana kepintarannya berpolitik, tetapi kerana politik naungan yang dinikmatinya selama ini. Ditambah dengan kes Raja Petra Kamarudin, imej politiknya jaduh merudum bak nangka masak jatuh ke tanah. Berdebab bunyinya, sangat kuat. Baunya mereba ke seluruh dunia. Najib mendapat sorang isteri yang queen control. Tidak sesuai langsung untuk dijadikan Wanita Nombor 1 Malaysia. Malaysia di bawah Najib akan hancur berkecai. Tidak percaya tunggulah masanya akan tiba, jika Najib diberi peluang menerajui Malaysia dalam tempoh yang panjang.


Kemungkinan ketiga, Anwar Ibrahim akan dinobatkan sebagai PM ke-6. Kemungkinan ini tetap ada kerana pada waktu ini UMNO sedang diserang oleh berbagai virus berjangkit yang sukar diubati lagi. UMNO penuh dengan ulat-ulat yang merobek setiap isi yang ada. Tunggu masa yang suai akan dihancurkan oleh ulat-ulat tersebut.


Untuk menjadikan kemungkinan ketiga ini menjadi suatu realiti, maka Anwar bersama-sama dengan para pemimpin Pakatan Rakyat harus memperlipatgandakan usaha dengan menggunakan berbagai saluran yang ada untuk memujuk, merayu dan menawarkan pangkat dan kedudukan yang lebih baik di pelbagai GCL yang sedia ada, yang kini diisi oleh para pemimpin dan penyokong UMNO. Kita hanya memerlukan hanya 30 kerusi sahaja lagi, yang boleh kita mengambilalih kuasa Kerajaan Persekutuan daripada tangan UMNO.


Untuk tujuan tersebut, seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat perlu menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat. Elakkan perbalahan pendapat yang tidak membawa keuntungan mana-mana pihak. Kerajaan-kerajaan negeri yang terajui oleh Pakatan Rakyat wajib berwaspada setiap langkah yang hendak diambil. Biar cermat dan berhati-hati supaya tidak timbul sebarang kontroversi atau konflik sesama sendiri dan dengan pihak luar daripada organisasi kita. Setakat alasan yang diberikan ‘mengikut peraturan’ tidak memadai kerana ia amat sukar untuk memahamkan rakyat yang begitu lama dibelenggu mental dan fizikalnya oleh UMNO. Apa itu peraturan atau apa itu undang-undang., rakyat tidak faham. Ingat, sedikit kesilapan yang berlaku, ia akan dimanipulasikan oleh UMNO sepuas-puasnya.


Tugas kita sekarang ialah untuk mengasak UMNO disegenap penjuru alam yang ada. UMNO tengah tercungap-cungap sekarang menghadapi kemelut dalaman dan luaran yang tidak pernah dia alami sebelum ini. Pada ketika inilah masa yang terbaik untuk kita merancang strategi menjatuhkan UMNO dari tahta kekuasaan yang dipegang lebih daripada 50 tahun. Dalam pada itu, menjadi kewajipan kepada semua pihak dalam Pakatan Rakyat menunjukkan komitment yang terbaik untuk membela semua golongan lapisan rakyat. Ini penting untuk memberi mereka satu keyakinan bahawa kita boleh melakukan yang terbaik demi kebajikan mereka. Kita Boleh.


Ramai yang ada dalam Pakatan Rakyat dan golongan rakyat yang ada kesedaran [bukan daripada golongan haprak yang hadir di Kongres Permuafakatan Melayu] hendak menyaksikan kejatuhan UMNO daripada tampok kekuasaan yang dipegangnya selama ini. Biarlah, walaupun ia berlaku dalam masa seminit. Dalam tempoh seminit itulah kita akan mempergunakan masa yang ada itu untuk membaikpulih [overhaul] seluruh sistem yang sudah rusak seperti pasukan polis yang senantiasa menjadi budak suruhan UMNO, Jabatan Peguam Negara yang mengamalkan prosedur pendakwaan terpilih dan dalam sistem kehakiman yang curang.


Jangan mengambil masa terlalu panjang untuk bertindak mengambil kesempatan yang ada ini. Bukan senang keadaan seperti ini akan wujud lagi buat masa hadapan. Belum tentu, PRU ke-13 nanti keputuan pilihan raya akan menyebelahi kita lagi. Contoh sudah ada apa yang berlaku pada pada PRU ke-11 tahun 2004 lalu, kita kalah teruk berbanding tahun 1999 dalam PRU ke-10, kita menang besar. Yang pastinya UMNO tidak akan berdiam diri. UMNO ada strateginya tersendiri dan akan menggunakan segala saki-baki kuasa yang ada padanya untuk bangkit semula pada PRU ke-13 nanti.


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian.Wassalam.

3 comments:

Anonymous said...

Adakah masih relevan untuk membuatkan rakyat lebih ditumpui .... nampak UMNO sendiri kena perbetul dulu organisasi mereka ...

Bebaskan Raja Petra …. Saksikan pictures pada malam semalam yang sempat aku snap di Penjara Sungai Buloh dalam blog aku….. Disebalik perjuanganmu tersirat keikhlasanmu ……. Ya Allah Kaula Maha Besar, Selamatkanlah Raja Petra dari segala ketidakdilan dan kekejaman ini, Berikanlah Raja Petra keteguhan dan kesebaran iman beliau dalam ujianMu ini Amin ….
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …

Naza_europe said...

no komen

boleh lawat web ni

http://nazrul-osman.blogspot.com/

Anonymous said...

janganlah jadi pengkhianat bangsa melayu. jangan kerana marahkan umno maka seluruh bangsa melayu diruntuhkan dengan kerjasama Dap pulak tu ... insaf lah saudara ! umno telah merosakan dan menjahanamkan melayu dan ada lah segelintir melayu yang tidak tahu diri turut sama menghancurkan bangsanya. Allah selamatkan bangsa Melayu