DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, March 21, 2008

MUHAMMAD MUHD TAIB :DARI SKANDAL, KE RASUAH DAN KEMBALI KE KABINET

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,

Dato’ seri Abdullah Ahmad Badawi telah membentuk kabinet barunya yang dipenuhi dengan warna-warni perpecahan dalaman UMNO yang serious akibat kekalahan besar [pertama kali dalam sejarah tidak dapat majoriti 2/3 di parlimen], lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihan raya lalu. Dalam barisan kabinet baru yang diumumkan itu, enam menteri digugurkan termasuk Datuk Seri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor [kemudian dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO yang baru]masing-masing memegang portfolio Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan Pelancongan. Dua tokoh dari Perlis, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad [Hal Ehwal Dalam Negeri] dan Datuk Azmi Khalid [Sumber Asli dan Alam Sekitar] turut digugurkan. Datuk Jamaluddin Jarjis [Sains, Teknologi dan Inovasi] dan Datuk Fong Chan Onn [Sumber Manusia] juga digugurkan.


Rasa tidak puas hati dikalangan pemimpin UMNO yang menang dalam pilihan raya lepas telah digugurkan atau tidak dilantik ke dalam kabinet baru itu, sebaliknya Abdullah mengambil mereka yang tidak bertanding melalui jalan belakang ‘perlantikan Senator’ sebagai Menteri dan Timbalan Menteri. Ketidakpuasan hati ini ditunjukan secara terang-terangan oleh Wanita UMNO, Ahli Parlimen Kuala Kangsar Dato’ Seri Rafidah Aziz [pada mulanya bercadang untuk meletakkan Ketua Wanita, tetapi tidak jadi], Ahli Parlimen Kangar Datuk Radhi Sheikh Ahmad, Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman, masing-masing menolak pelantikan sebagai timbalan m
enteri yang diumumkan oleh Abdullah. Tengku Azlan, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar dan Anifah, Timbalan Menteri Pengangkutan dengan alasan mereka sepatutnya dilantik sebagai Menteri penuh. Sebaliknya, Abdullah melantik tiga orang Senator baru Datuk Zaid Ibrahim dan Datuk Amirsham A. Aziz sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, bekas Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Kedudukan Abdullah kini seperti duduk di bara api yang sangat panas. Beliau diasak bertubi-tubi dari segenap sudut supaya berundur. Beliau tidak dihormati oleh Sultan dan Raja-raja [isu perlantikan MB di Perlis dan Terangganu contohnya], apatah lagi dikalangan para pemimpin dan ahli-ahli UMNO serta kerabatnya dalam BN sendiri. Tahun ini, UMNO akan melalui proses pemilihan sekali lagi. Perebutan jawatan dalam UMNO akan mengucar-kacirkan perpaduan dan kita berdoa semoga UMNO menjadi bertambah lemah. Tengku Razaleingh Hamzah [Ku Li] telah menulis surat kepada semua 193 Ketua Bahagian UMNO di seluruh negara untuk memanggil satu mesyuarat khas bagi membincangkan kedudukan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO dan kedudukan politik UMNO masa kini. Ku Li awal-awal lagi [tidak seperti selalunya yang melewat-lewatkan pengumuman pertandingan jawatan dalam UMNO] menawarkan diri untuk merebut kerusi Presiden daripada tangan Abdullah. Adalah dijangkakan [amalan biasa UMNO] perebutan jawatan No 1 dan 2 dicadangkan oleh para perwakilan supaya tidak dipertandingkan.


Apa yang menarik minat saya ialah jawapan Abdullah terhadap persoalan yang dibangkitkan oleh para wartawan. Abdullah menjelaskan bahawa semua barisan kabinetnya bebas daripada tuduhan mengamalkan rasuah dan menyalahgunaan kuasa. Katanya, beliau telah mendapatkan maklumat terkini daripada Badan Pencegah Rasuah [BPR] mengenai latar belakang semua anggota Kabinet yang diumumkannya itu. Bertambah geli hati lagi apabila Abdullah merayu semua barisan kabinetnya senantiasa menjaga nilai-nilai moral dan akhlak supaya ia dipandang mulia oleh rakyat.


Nampaknya, Abdullah masih lagi tidur dan tidak peka seperti masa-masa yang lalu. Kabinet baru itu juga menyaksikan Ketua Penerangan UMNO, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dilantik menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Seluruh rakyat sudah tahu dan sering memperkatakan mengenai peribadi yang dimiliki oleh Muhammad sangat buruk. Media termasuk akhbar-akhbar arus perdana ketika hendak menjatuhkan beliau daripada jawatan MB Selangaor dan Naib Presiden UMNO 11 tahun lalu telah melaporkan perangai buruk Muhammad ini secara meluas] dan ketika kita diambang PRU ke-12 lepas sekali lagi peribadi buruknya diulang tayang oleh media terutamanya media internet telah mendedahkan lebih detail dan secara lebih meluas lagi. Muhammad masih lagi berbau kebusukkannya. Kebusukkan Muhammad masih belum hilang lagi. Skandal, rasuah dan perolehan harta yang melebihi dari kadar sepatutnya masih dibahu Muhammad Muhd Taib dan kerendahan moralnya sepatutnya MENIDAKKAN BELIAU DARI LAYAK MENJAWAT MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH.


Untuk ulang-tayang, sila ke link-link berikut :

http://marhaen.ngepeng.com/mar_b_radenjowo37.html
http://marhaen.ngepeng.com/mar_a_tag2351.html
http://marhaen.ngepeng.com/mar_b_tun_telanai59.html
http://marhaen.ngepeng.com/mar_a_tun_telanai006.html
http://malaysia-today.net/blog2006/guests.php?itemid=6723
http://malaysia-today.net/blog2006/index.php?itemid=6763
http://marhaen.ngepeng.com/mar_b_radenjowo37.html
http://malaysia-today.net/blog2006/index.php?itemid=6776
http://malaysia-today.net/blog2006/reports.php?itemid=6824
http://malaysia-today.net/blog2006/index.php?itemid=6910
http://malaysia-today.net/blog2006/corridors.php?itemid=6901

HARTA YANG MELAMPAU


Tidak dapat dinafikan bahawa harta beliau yang melampau bukan perolehan beliau dari gaji dan elaun sebagai Menteri Besar. Dari kes beliau PP vs Tan Sri Muhammad Muhd Taid (Criminal Trial 45-28-98) yang diadili oleh Hakim Abdul Wahab Patail [abang kepada Abdul Ghani Patail-Peguam Negara sekarang]menyebut :


“BAHAWA NILAIAN HARTA YANG DIISTIHAR OLEH MUHAMMAD MUHD TAIB ADALAH RM 30,831,306.15”.


Ini adalah harta yang dimaklumkan dalam kenyataan bersumpah beliau. Harta pegangan beliau melebihi 74,500,000.00 juta ringgit tidak termasuk tanah dan pegangan saham beliau. Tidak syak lagi kekayaan beliau bukan datang dari harta turun menurun keluarga tetapi lebih dari harta turun dari perlakuan rasuah dan pengunaan kedudukkan beliau. Permainan beliau di Selangor amat ketara sekali sehinggakan orang kanan beliau ketika itu DATUK AINI TAIB tersungkur bersama-sama beliau.


Merujuk kepada penangkapan beliau di Australia kerana gagal mengistiharkan pegangan tunai melebihi 1,000,000.00 wang campuran mata wang asing. Skandal itu ada hubungkait dengan penerimaan wang bayaran saguhati untuk cadangan pembangunan tahah di salah satu mukim dalam Selangor. Peranan beliau dan Datuk Aini dengan METRO KAJANG terlibat dalam pengambilalihan Tanah Pejabat Pentadbiran Dearah
untuk dibangunkan. Kebusukkan Muhammad tidak melayakkan beliau untuk dilantik sebagai Menteri.


Apakah orang sebegini mahu di lantik menjadi Menteri. Apakah UMNO ketandusan pemimpin sehingga yang busuk dan yang serong pun hendak dilantik semula. Beliau amat bijak bertutur dan pandai memanipulasi keadaan.


Kita harus punyai Menteri yang berjiwa rakyat bukan pelahap harta rakyat. Muhammad berjaya membersihkan namanya dengan kes rasuah. “Selective Persecution” dan impak politik menyelamatkan beliau dari didapati bersalah. Muhammad Muhd Taib tidak harus diberi lesen merompak harta rakyak kali kedua.


Muhammad Muhd Taib masih berselindung dengan kononnya Mahkamah mendapati beliau tidak bersalah, tetapi hakikatnya tidak boleh disembunyikan. Muhammad Muhd Taib tidak jujur bukan sahaja pada rakyat negara ini malah biar pada keluarganya sendiri. Ini bukan sikap pemimpin malah orang seperti Muhammad Muhd Taib harus dipimpin. Keburukkan perangai beliau, skandal dan berfoya-foya serta amalan rasuah beliau harus dibenteras dan beliau TIDAK LAYAK MEMEGANG JAWATAN MENTERI.

Saya dengan ini menyeru kepada seluruh wakil-wakil rakyat yang mewakili BA atau Barisan Rakyat sama ada di Parlimen atau di DUN membangkitkan kecurangan-kecurangan yang telah dilakukan oleh Muhammad Muhd.Taib ketika beliau berkuasa dahulu kepada seluruh rakyat di mana sahaja mereka berada sama ada di kampung-kampung, di tanah-tanah rancangan Felda dan Felcra dan di bandar-bandar kecil dan besar agar mereka faham dan mengenali wajah MUHAMMAD MUHD TAIB yang sebenar sama ada beliau pembela rakyat atau merembat harta rakyat.

Selepas ini [dengan jawatan yang beliau sandang] beliau akan bergerak ke seluruh negara, masuk kampung keluar kampung menjaja IMPIAN kosong untuk membangunkan penduduk luar bandar yang majoritinya adalah orang Melayu. Ingatlah, dihadapan Allahmarhum Sultan Selangor pun beliau boleh berbohong [kencing] apatah lagi rakyat marhaen. Patahkan hujah-hujahnya dengan mengemukan fakta-fakta yang disebutkan di atas sepertimana pihak PAS Kelantan mematahkan hujah-hujah yang dibangkitkan oleh Annuar Musa yang terlibat dengan skandal rasuah membabitkan program PPRT sebanyak RM40 juta. Sebarkan poster, risalah atau apa sahaja yang ada di setiap majlis yang beliau hadiri. Ini sahajalah senjata yang kita ada untuk mengelak beliau sekali lagi mengunakan peruntukan dan kemudahan yang ada untuk kepentingan peribadi, sanak-saudara dan kenalannya.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“BERAMANAH, ADIL DAN BERSIH”

Sekian, terima kasih.

2 comments:

Anonymous said...

ikut lumrah alam, orang yang bangang mengatakan orang yang bangang itu baik, tapi tak sedar diri sendiri yang bangang, lebih bangang dari orang yang bangang.
begitu juga bila hal pilih orang yang bangang oleh orang yang bangang.

Salar said...

See here or here