OLEH: ABDUL ZARIN MOHD YASIN
@SangKelambai : http://sangkelembai2006.blogspot.com/
DiPetik Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,
Amat malang bagi Malaysia kerana dapat seorang "bungkor" (dalam bahasa Negeri Sembilan memberi maksud bodoh kerana tidak berfikir) sebagai seorang Perdana Menteri yang membuat ulasan macam budak tidak sekolah. Kalau itu taraf ulasannya maka rakyat langsung tidak faham dengan UMNO yang masih memberikan sokongan kepadanya.
Ketika diminta mengulas sama ada tindakan pemimpin pembangkang itu adalah cubaan mengheret institusi raja ke dalam politik, Abdullah berkata: "Tentu sekalil. Apabila mereka bertindak begitu, mereka cuba mengheret raja dan Yang Di Pertuan Agong atau memerangkap (Yang di-Pertuan) Agong dalam kancah politik mereka", dan itu adalah perkataan yang keluar dari seorang Perdana Menteri dan ini dilapur dalam semua akbar tempatan.
Faham ke dia (Abdullah Hj Ahmad) bahawa yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia ialah untuk tidak membenarkan Raja-Raja Melayu termasuk Yang Di Pertuan Agong terlibat secara aktif dan berpihak kepada mana-mana parti politik dalam isu-isu pertikaian mereka. Kebiasaan yang demikian Yang Di Pertuan Agong akan menyerahkan keadilan kepada hakim yang dilantik olehnya atas cadangan Perdana Menteri atau kehendaknya. Itu sebab hanya gambar-gambar Yang Di Petuan Agung sahaja yang boleh berada di dalam kamar Hakim atau bilik Bicara. Tetapi ada juga yang tak faham, terdapat juga di Mahkamah tertentu gambar Abdullah Hj Ahmad dipamerkan di dalam Mahkamah.
Maka perlulah rakyat bertanya, adakah keputusan persidangan Raja-Raja Melayu yang menolak permintaan Perdana Menteri untuk menyambung KHN-Ketua Hakim Negara , kalau tidak boleh enam bulan cukup sekadar dua bulan hanya sekadar nak menjaga air muka dia sebagai Perdana Menteri setelah media Internet menyiarkan lebih awal akan keputusan penolakan Raja-Raja Melayu yang disampaikan kepada wakilnya yang bernama Yang Di Pertuan Agong, untuk tidak perkenan menyambung tempoh kecederaan selama enam bulan yang pada keselaluannya diperoleh secara automatik oleh bekas-bekas Ketua Hakim Negara yang tamat tempoh persaraan wajibnya, bagi memberi masa menyelesaikan dan menyudahi kerja-kerja tertangguh beliau yang memerlukan keputusan penghakimannya, bukan satu keputusan politik Majlis Raja-Raja?
Bukankah politik itu "kuasa" , dari itu tidak ada percanggahan hendak menyeret Raja dalam politik jika politik itu memberi maksud kuasa yang ada kepada Raja yang bernama Yang Di Pertuan Agong. Dan isu yang dibawa kepada Raja itu ialah isu yang ada sangkut paut dengan Raja berdasarkan Perlembagaan Malaysia.Kerana Malaysia diuruskan secara Kerajaan Nujum Pak Belalang, yang bapaknya seorang pemalas dan hanya tidur sahaja di mana makan minum diurus oleh anaknya, maka begitulah Abdullah Hj Ahmad yang suka tidur dan malas membaca, tanpa dia ketahui bahawa Perkara 114 Perlembagaan Malaysia dengan jelas menyatakan bahawa SPR- Suruhanjaya Pilihan raya dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja dan yang terpenting ialah Perkara 114 (2) yang berbunyi."Pada melantik ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan raya, Yang Di Pertuan Agung hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihan raya yang mendapat kepercayaan awam.
Selama ini Parti Pembangkang sudah menyuarakan pendapatnya sama ada di Parlimen yang mereka ada wakilnya dan juga secara menghantar memo atau surat kepada Suruhanjaya Pilihan raya tetapi tidak ada satu respons yang meyakinkan diterima oleh mereka, kecuali dijawab oleh Suruhanjaya Pilihan raya mengikut rentak politik Kerajaan dan UMNO yang menyeret secara terang SPR ke dalam kehendak politiknya dengan cara mudah ia itu mengekalkan pegawai-pegawai yang pernah bekerja dengan SPR selaku Pegawai Kerajaan bertukar menjadi Ahli Suruhanjaya atas nama Pengerusi atau ahli dalam SPR.
Maka anggota SPR masih kekal dengan fikiran yang pernah diarah oleh Kerajaan yang memerintah, itu sebabnya sebarang permintaan Parti Pembangkang dalam isu Pilihan raya yang bersih dan adil dinafikan kerana ahli SPR terpaksa mengikut telunjuk Parti Kerajaan yang memerintah.Sebenarnya ini sumbangkan kejayaan terbesar setelah 50 tahun Malaysia Merdeka bagi menghadapi tahun-tahun yang ke hadapan termasuk lima puluh tahun lagi.
Di mana SPR perlu ada rombakan sikap dan hala tujunya. Persempadanan kawasan pilihan raya mengikut cita rasa perkauman dan berdasarkan keputusan pilihan raya yang tidak berpihak kepada parti pemerintah sewajarnya diberhentikan. Persempadanan mestilah bersesuaian bukan sahaja dengan bersempadan Pejabat Daerah tetapi juga PBT- Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan. Sehingga terdapat seorang ahli Parlimen terpaksa berurus dengan tiga Pejabat Daerah dan dua PBT dalam kawasan pilihan raya.
Setelah 50 tahun, kawasan Parlimen dan Dewan Negeri diwujudkan persempadanan semula kerana kehendak Parti Politik yang memerintah, sehingga undang-undang OSA tidak terpakai, bila mana draf bersempadan telah ditunjukkan dahulu oleh SPR kepada Parti Politik yang memerintah. Bolehkah SPR menafikan bahawa sekian kali persempadanan semula kawasan Parlimen diperbuat adalah untuk kepentingan UMNO dan Barisan Nasional. Dan rakyat terbanyak tidak menyedari bahawa beberapa kawasan Parlimen dan Dewan Negeri direka oleh SPR untuk membolehkan kuota Parti-Parti Barisan Nasional di penuhi untuk bertanding dalam PRU seterusnya.
Malah yang paling aneh dalam SPR ialah persempadanan Peti Undi, di mana banyak terdapat nama-nama yang sudah tidak wujud lagi dalam kawasan lokaliti tersebut. Malah lokaliti ini digunakan dengan nama yang tidak diketahui mana datangnya. Khabarnya SPR berurus dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan sebilangan besar rakyat telah menggunakan My Kad.
Jika mereka menggunakan My Kad telah tiba masanya lokaliti bukan sahaja mesti nama jalan tetapi yang penting sudah tiba masanya nombor poskod di masukan sekali di dalam senarai nama daftar pengundi yang berkenaan.Inilah cara bagi nak menyelesaikan pengundi hantu dan mati.
Sekiranya dalam daftar pemilih tersenarai nama seorang pemilih yang beralamat lain, dia tetap layak untuk mengundi tetapi jika poskod dia berbeza dengan yang disenaraikan di hujung namanya seperti 520502055351, ABD ZARIN BIN MOHD YASIN beralamat di kad pengenalannya poskod 54200 Kuala Lumpur tetapi dia berdaftar Parlimen Bandar Tun Razak, di Peti Undi Seri Kota yang poskod bernombor 56000 dan lokaliti Bandar Seri Permaisuri di hujung nama daftarnya akan bertulis 520502055351 ABD ZARIN BIN MOHD YASIN 54200, Ini memberi pengertian ABD ZARIN BIN MOHD YASIN mempunyai alamat lain dari lokaliti nya.
Maka dengan cara ini sejauh mana canggih penipuan pun, sekiranya petugas Parti yang bertanding berwaspada akan dapat mengesan sekiranya terdapat pengundi hantu dan mati, kerana pengundi itu sudah dikira sebagai pengundi import dan mereka yang mempunyai poskod lain dari kawasan lokaliti yang hendak diberi saluran lain peti buang undinya dan konsep peti undi berdasarkan usia mestilah dihentikan, supaya pengecaman boleh dilakukan atau juga memudahkan parti politik membuat penyemakan daftar pemilih.
Kesimpulan isu yang dikemukakan oleh NGO yang disokong oleh Parti Politik yang menghantar memorandum itu bukanlah memberi maksud mereka hendak menyeret Raja kepada isu-isu politik sebaliknya itulah sebahagian tugas Yang Di Pertuan Agong bagi menilai adakah SPR yang ditubuhkan di bawah bidang kuasanya 100% sudah tercemar di tangan parti politik bernama UMNO yang memerintah.
Inilah sejarah selepas tuntutan Melayu menentang Malayan Union, berhimpunnya rakyat meminta Raja menggunakan kuasanya. Bagi mereka yang buta huruf Perlembagaan Malaysia seperti Abdullah Hj Ahmad sudah pasti akan berkata bahawa parti pembangkang cuba menyeret Raja dalam Politik tetapi sebaliknya apa yang dilakukan oleh 100 ribu perhimpunan itu ialah sebagai tanda sokongan kepada Raja jika hendak membuat perubahan dan jangan tunduk dengan Harold Mac Macheal yang sudah berubah bernama Melayu, Abdullah Hj Ahmad.
Sang Kelembai: Apa hendak dihairankan dengan Perdana Menteri yang ada, Menteri Penerangan asal jual cendol, sepatutnya dia nasihatkan supaya jangan menyeret Pakistan, Myanmar dan Thailand dalam perhimpunan 100 ribu itu kerana ini boleh membuktikan bahawa Malaysia sudah mengesahkan negara-negara tersebut tidak demokratik. Jom kita nak tengok Duta-Duta Pakistan, Thailand dan Myanmar buat bantahan tak atas kebodohan Zam Mamak itu atau memang benar Pakistan, Thailand dan Myamar tidak demokratik
“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian, terima kasih. Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb.
Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.
DEMI RAKYAT :
GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13
Tuesday, November 13, 2007
RAJA DAN POLITIK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment