DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, November 4, 2007

DAJAL UMNO MUNCUL LAGI

Oleh: Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt,

Utusan Malaysia online 3.11.2007 telah melaporkan bahawa Menteri Besar Kelantan akan didakwa Seksyen 17, Akta Pencegahan Rasuah 1997. Nik Aziz akan dituduh dibawah seksyen subseksyen (1) dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997 berkenaan [http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm]

Petikan penuh kenyataan akhbar Dajal UMNO di Badan Pro Rasuah [BPR]:
Tawaran rasuah: Nik Aziz diminta lapor BPR


KUALA LUMPUR 2 Nov. – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa pernah ditawarkan rasuah bernilai jutaan ringgit dinasihatkan supaya segera melaporkannya kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).


Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan [Dajal Baru UMNO] berkata, jika Nik Aziz gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap beliau mengikut Seksyen 17, Akta Pencegahan Rasuah 1997.


Di bawah seksyen itu, mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.


Justeru, Nik Aziz perlu melaporkan perkara itu kepada pihaknya seperti mana diperuntukan di bawah akta tersebut.


“Saya akan bertanyakan perkara itu kepada Pengarah BPR Negeri Kelantan sama ada Nik Aziz telah membuat aduan terhadap dakwaannya itu,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Seminar Perkongsian Awam-Swasta Dalam Membanteras Rasuah dan Memelihara Integriti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.


Ahmad Said mengulas perkara itu berikutan kenyataan Nik Aziz kepada Bernama baru-baru ini yang menyebut: “Saya pun orang hendak beri berjuta-juta tapi ingat ke neraka buat apa. Duit banyak, masuk neraka di mana cerdiknya kita.”


Beliau menambah, ada kemungkinan yang Nik Aziz tidak menyedari bahawa tawaran rasuah jutaan ringgit seperti yang dinyatakannya itu perlu dilaporkan.


“Sekiranya perkara itu tidak dilaporkan kepada BPR, bagaimana hendak membanteras rasuah di negara ini,” jelasnya


Ulasan Roslan SMS : http://n32.blogspot.com/
031107


BPR ugut mahu dakwa Nik Aziz


Banyak perkara yang berada ditangan mereka yang masih belum selesai (dan ada yang pengap begitu sahaja) sehingga kini. Ada laporan yang telah dibuat bertahun-tahun lamanya namun tiada tindakan susulan. Ada dakwaan terhadap seorang Menteri Pusat yamg masih berkhidmat, namun tiada tindakan. Kini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Ramli Yusof mendakwa bahawa BPR sengaja membocorkan beberapa maklumat rahsia untuk mengkambing hitamkan beliau. Sebelum itu Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Datuk Shahrir Samad mendakwa yang BPR hanya mendakwa ikan-ikan bilis (yang jerung terlepas atau dilepaskan). Kes straight forward video VK Lingam pun tak mampu diambil tindakan (Datuk Seri Anwar pula mahu ditangkap dan didakwa).


Tiba-tiba Ketua Pengarah BPR, yang sepatutunya sibuk dengan isu-isu yang lebih besar ini dengan angkuh mahu bertindak terhadap MB Kelantan Tok Guru Nik Abd Aziz pula. Menurut laporan Utusan Malaysia hari ini:Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa pernah ditawarkan rasuah bernilai jutaan ringgit dinasihatkan supaya segera melaporkannya kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR). Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, jika Nik Aziz gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap beliau mengikut Seksyen 17, Akta Pencegahan Rasuah 1997.


Di bawah seksyen itu, mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.


Beginikah seorang Ketua Pengarah berurusan dengan seorang yang bertaraf MB? Saya percaya jika Tok Guru adalah MB dari BN pasti Ketua Pengarah BPR itu tidak akan berani membuat sebarang kenyataan seumpama ini. Dan lebih penting lagi inikah sikap seorang Ketua Pengarah yang sepatutnya profesional dan tidak melenting dan mencuri publisiti murahan. Saya bukan bermaksud mahu mengajar Ahmad Said yang mungkin kini menyangka dirinya sudah begitu popular (tanpa mengambil kira dakwaan Datuk Ramli terhadap beliau) tetapi jika benar beliau prihatin terhadap kenyataan Nik Aziz, bukankah lebih berakhlak jika dihantar pegawainya bertemu dengan MB Kelantan itu di pejabat dan tidak membuat kenyataan dalam akhbar sebegini.


Dalam ramai-ramai MB dan KM di Malaysia saya yakin dan percaya Nik Aziz adalah orang yang terkahir mahu melanggar undang-undang dan peraturan negara. Jika saya prejudis, saya cabar, tanyalah sesiapa sahaja rakyat Malaysia di luar sana.


Jangan Ahmad Said mahu menjadi popular dengan bermain politik, untuk dipuji dan mendapat tempat dihati orang politik. Kalau betul Nik Aziz telah melakukan kesalahan, sila ambil tindakan tetapi jangan pula menyepi dan mendiamkan diri pada kesalahan-kesalahan yang lebih besar dan jelas yang dilakukan oleh orang-orang atasan yang lebih busuk dan bergelumang najis itu!Seret dan dakwalah Nik Aziz di bawah Seksyen 17 Akta Pencegahan Rasuah yang kononnya beliau telah langgar itu, dan mari kita semua lihat bagaimana diputuskan kes itu nanti di mahkamah.


Ulasan saya akan menyusul nanti. InsyaAllah


Mari sama-sama kita berjihad menentang UMNO dalam PRU ke-12 nanti. Tunjukkan jalan secara sopan supaya UMNO lepaskan kuasa secara terhormat. Sesiap yang memberi undi kepada UMNO/BN bermakna orang itu mengali kuburnya sendiri. Ingat pesanan ini

"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA"
"PROTES SEHINGGA TURUN"

Sekian.Wassalam.


No comments: