DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, July 11, 2007

SIAPA LEBIH KURANG AJAR : KHAIRY ATAU TIAN CHUA


Oleh : Tun Telanai

Assalamu’alaikum wm.wrt,

Perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu telah masuk hari ke-17 hari ini. Sepanjang perbicaraan berlangsung, ianya berjaya menarik minat seluruh dunia apabila nama Najib Tun Razak disebut di mahkamah oleh Burmaa Oyunchimeg sepupu Altantuya, yang juga dikenali sebagai Amy. Amy memberitahu mahkamah bahawa sekembalinya Altantuya daripada lawatan ke Perancis, Altantuya telah menunjukkan kepadanya sekeping gambar menunjukan beliau bersama-sama dengan Najib dan Razak sedang menjamu selera di sebuah restoran ternama di Perancis.

Ekoran dari kisah itu, Tian Chua, Ketua Penerangan PKR telah mengunakan imajinasinya melukiskan gambaran tersebut dan disiarkan dalam blognya. Isu ini telah memanaskan suasana politik Negara dan antarabangsa, lebih-lebih lagi ketika ini UMNO sedang rancak mengadakan mesyuarat agung tahunannya di peringkat kawasan dan bahahagian di seluruh Negara. Sekolah dan dewan orang ramai telah djadikan harta mak-bapa UMNO. UMNO telah menggunakan segala kemudahan disitu untuk mengadakan mesyuaratnya. Oleh itu, banyaklah hulubang dan panglima yang bangkit untuk mempertahankan maruah Najib selaku Timbalan Presiden UMNO, merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.

Pada hari Selasa lalu, 10 Julai 2007, Pergerakan Pemuda Umno telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia [SKMM] terhadap Ketua Penerangan PKR, Tian Chua kerana didakwa menyiarkan gambar palsu [superimpose] dalam blognya yang menunjukkan Najib Tun Razak sedang makan bersama Abdul Razak Baginda dan Altantuya Shaariibuu.

Khairy Jamaluddin menantu Abdullah Ahmad Badawi, suami kepada Nori anak kesayangan Abdullah telah membuat aduan tersebut. Turut sama ialah Ahli Parlimen Tangga Batu, Idris Harun dan pengerusi Putera Umno, Abdul Azeez Abd Rahim.[Sila rujuk berita yang disiarkan oleh: http://www.malaysiakini.com/news/69759]
&pg=po_02.htm]

Tian Chua, kata Khairy akan disiasat kerana telah melanggar Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang melarang penyiaran artikel, gambar atau bahan lucah, palsu dengan niat menyinggung orang dan boleh didenda RM50,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali. Itulah hebatnya Pemuda pimpinan Khairy Ketua Samseng Jalanan dan Abdul Azeez Ketua Pembohong mewakili Putra UMNO dan wakil Ketua Beruk Sarkis di Parlimen.

Apa yang menariknya ialah apabila diajukan satu soalan kepada Khairy pada tahun 2005 dulu, Laman Web Pergerakan Pemuda UMNO http://www.pemuda.com.my/ pada tarikh 1.9.2005 telah cuba membabitkan pimpinan PAS, Keadilan dan DAP dalam polemik BANGGANG DAN BODOH Pemuda UMNO berkaitan sebuah artikel yang bertajuk : “The real fighters for MERDEKA atau “Perjuangan Yang Sebenar Kemerdekaan” yang ditulis oleh Ronnie Liu Tian Khiew, ketika itu Ronnei sebagai Ketua Biro Antarabangsa dan Hal Ehwal Pertubuhan Bukan Kerajaan DAP dan disiarkan dalam Laman DAP.
[Rujuk :
http://www.dapmalaysia.org/english/2005/Aug05
/bul/bul2803.htm].

Menurut Ronnei : “Bertentangan dengan apakah yang dipelajari dari buku teks, pemimpin UMNO [sekarang lebih dikenali sebagai UNITED MONKEYS NATIONAL ORGANISATION] bukan pejuang kemerdekaan yang sebenar”. Ronnie menamakan Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin al-Helmi, Ishak Haji Mohammad [Pak Sako], Arshad Ashaari, Dahari Ali, Baharuddin Tahir, Khadijah Ali, Ibrahim Karim, Kamarulzaman Teh [Pak Zaman], Abdul Rahman Rahim dan ramai lagi pemimpin Partai Kebangsaan Melayu Malaya [PKMM] sebagai pejuang kemerdekaan sebenar termasuklah PKM yang sama-sama turut berjuang untuk kemerdekaan mengusir British keluar daripada Malaya.

Oleh itu, Ronnie mendakwa bahawa pemimpin UMNO bukan merupakan pejuang kemerdekaan sebenar dan mereka semuanya merupakan pegawai yang pernah berkhidmat dengan British termasuk Tunku Abdul Rahman Putra dan Dato’ Onn Jaafar. Ramai yang sedar bahawa pemimpin UMNO memang kebanyakannya bekerja dengan British, adakah kita mahu menafikan perkara itu? Bila akhbar The Times di London menulis, “Malayan nationalism had not been born out of conflict and there was not a single Malayan Minister who had ever spent a day in prison for sedition. (The Times, August 31, 1957.), Ini fakta, bagaimana kita kita hendak sembunyikan perkara yang benar? Walaupun begitu, Ronnei dan lain-lain rakyat Malaysia amnya tidak pernah menafikan peranan yang telah dimainkan oleh Tunku dan Onn Jaafar dalam memperjuangkan kemerdekaan Negara.

Berbekalkan perangai dengan semangat “UNITED MONKEYS NATIONAL ORGANISATION”, UMNO dulu, kini dan selama-lama membawa perangai IBLIS-SYAITAN menafikan peranan orang lain atau golongan yang tidak sehaluan dengannya. Bagaimana perangai IBLIS-SYAITAN begitu jugalah dengan UMNO. Tidak pernah senang hati apabila ada kelompok atau golongan lain dirasakan lebih daripadanya. Maka, UMNO akan berbuat apa untuk menjahanamkan golongan atau kelompok berkenaan. Hanya menonjolkan peranan UMNO dan golongan yang sehaluan dengannya sahaja diangkat dan sanjung, seolah-olah kalau tidak ada UMNO, maka tidak adalah negara yang dinamakan Malaysia yang didiami oleh tiga kaum terbesar Melayu, Cina dan India.

Kenyataan Ronnei ini telah mencetuskan bantahan kuat dari pimpinan Pemuda UMNO sehingga mereka menjeritkan kata-kata biadap seolah-olah diserang hysteria..Semua Pemuda UMNO termasuk ketua dan timbalannya, Hishamuddin Hussein dan Khairy sendiri tunjuk lagak lebih daripada anak jantan yang kononnya merekalah ‘pembela’ Melayu tulin. Merekalah pejuang kemerdekaan yang berani bangkit menentang isu kontroversi yang kononnya telah dicetuskan oleh Ronnie Liu dari DAP itu.

Khairy dengan muka hapraknya berkata : “Aduan itu adalah satu langkah penting kerana dalam sistem politik demokrasi, kita mesti ada batasan dan tidak boleh menyalahgunakan kebebasan Internet dan bersuara,” katanya kepada pemberita selepas membuat aduan dan mengadakan perbincangan bersama SKMM kira-kira satu jam.
Dan apabila ditanya Pemuda UMNO juga pernah membuat gambar gambar komposisi digital yang disiarkan dalam Laman Web Pemuda Umno pada tahun 2005 yang dibantah oleh DAP. Khairy enggan mengulas apabila ditanya mengenai perkara tersebut. Secara kurang ajar babi ini berkata :“Ia tidak ada kaitan dengan laporan kita hari ini. [Mereka] tidak buat laporan," katanya.

Kenyataan yang dikeluarkan daripada mulut Khairy itu satu pembohongan yang nyata dan layaklah beliau memegang peranan pengganas dan samseng jalanan. Khairy tidak mempunyai watak kepimpinan yang sebenar. Sekiranya Abdullah hanyut [minta-minta begitulah], politik Khairy juga akan turut mampus. Laporan telah dibuat oleh ADUN DAP Setiawan, tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil. Semacam kes rasuah Johari Baharom, sudah pun dibebaskan [BPR diarah tutup fail-memang dari dahulu lagi dijangkakan perkara ini akan berlaku] dan menanti dibebaskan pula ialah bekas Ketua Pengarah BRP, Zulkifli Mat Noor. Saya ada menulis tentang isu yang menjadi kontroversi ini dan disiarkan oleh Laman Marhaen : http://marhaen.kelatedaily.net/mar_a_sribunian35.html

Laman web Pergerakan Pemuda Umno di http://www.pemuda.com.my/ pada 1.9.2005 ada membuat pindaan secara digital terhadap kulit buku alias Ching Peng : My side of history. Jika kita berkunjung ke Laman berkenaan pada tarikh yang saya sebut itu, maka kita dapat melihat gambar kulit buku karangan Chin Peng [bekas Setiausaha Agung PKM] yang bertajuk:
Alias Chin Peng: My side of history
Akan tetapi apa yang dipaparkan di laman tersebut bukanlah kulit asal buku itu kecuali telah dipinda dengan jahat dengan memuatkan gambar para pemimpin pembangkang termasuklah Dato’ Tuan Guru Nik Abd Aziz, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang Dato Seri Anwar Ibrahim dan para pemimpin DAP. Lihat kerja-kerja IBLIS-SYAITAN laknatullah ini :


Kerja jahat ini barangkali bermaksud mahu membabitkan pemimpin-pemimpin ini termasuklah pemimpin DAP sebagai dalang komunis, kerana turut dipaparkan kata-kata yang tidak terdapat pada kulit asal buku itu yang berbunyi:Komunis selamanya, datuk dan nenek kami turut merasai kekejaman komunis, tetapi itu dahulu
Siapa yang lebih teruk wahai Khairy dan siapa yang lebih kurang ajar dan biadap?
Sebab itulah, setiap kali ada pilihan raya terutama pilihan raya kecil perangai Khairy macam babi hutan menyondol di sana-sini-menganas dan berlagak samseng yang disokong oleh media yang menyuarakan suara IBLIS-SYAITAN tadi.

Seorang lagi barua UMNO. Lebih UMNO daripada UMNO. Lebih bubur dari sudu ialah Dr Halim Shafie, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia [SKMM] berlagak membodek berlebihan. Siapa bajingan yang berani ini?

Halim telah bertindak secara bersendirian [bagi tujuan membodek agar beliau terus diberi peranan mencipta nama dan mengejar pangkat dan kekayaan] mengeluarkan arahan pada 7 Jun lalu mengarahkan semua stesen radio dan televisyen swasta supaya berhenti menyiarkan ucapan pemimpim pembangkang. Stesen radio dan televisyen kerajaan sudah lama berbuat sedemikian sehinggakan suara pembangkang tidak memenuhi ruang fakir rakyat Malaysia. Itulah apa yang dikatakan ‘demokrasi ala-Malaysia’. Maklumat mesti bersumberkan satu hala sahaja [sumber kerajaaan] dan rakyat diwajibkan patoh. Rakyat tidak dibenarkan mendalami sumber maklumat kedua. Haram dan berdosa.

Tetapi pada 3 Julai lalu, barua ini telah dimalukan oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dr Lim Keng Yaik mengarahkan agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menarik balik arahannya kepada stesen televisyen swasta supaya jangan menyiarkan ucapan pemimpin pembangkang.

Halim ini bukanlah manusia yang ada maruah dan harga diri, dia tetap tercungguk di SKMM, walaupun pandangannya yang eksterim itu tidak diterimapakai. Tersalah bodek nampaknya kawan kita ini, makan diri sendiri. Sepatutnya Halim meletakkan jawatan. Halim tidak ada kewibawaan di situ. Negara akan hancur, sekiranya orang seperti Halim ini diberi peranan lebih besar. Rakyat Malaysia akan berfikiran jumud dan gagallah usaha Abdullah untuk membentuk rakyat Malaysia supaya rakyat Malaysia mempunyai fikiran bertaraf dunia seperti yang terkandung dalam RMK-9. Orang seperti Halim mesti ditentang keluar daripada system pentadbiran Negara.

Saya hairan, Halim belajar daripada universiti mana sehingga dapat PHD bergelar Dr? Amat malang universiti yang menerima Halim masuk belajar di situ. Universiti itu dapat dapat melahirkan manusia yang waras dan rasional. Ia dapat melahirkan seekor binatang berwajahkan manusia.

Biarkan Halim dengan labu-labunya. Kita perhatikan apa tindakan sibangsat ini seterusnya.

Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya :
http://tuntelanai.blogspot.com/

"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian.Wassalam

No comments: