Niat Jahat UMNO Terdedah : 93 Bantahan PAS Diterima SPR
Oleh : Tun Telanai
DiPetik daripada Laman Tranungkite.net
Assalamu’alaikum wm.wrt.,
Cuba lihat kerja-kerja yang dilakukan oleh IBLIS_SYAITAN :
Setelah 3 hari SPR mendengar perbicaraan bantahan dan tuntutan di beberapa jajahan di Kelantan, sebanyak 93 bantahan telah diterima oleh SPR. 35 di Tumpat, 45 di Kubang Kerian dan 13 di Bachok.Blog manjanik melaporkan pada hari pertama perbicaraan bantahan dan tuntutan bagi parlimen Tumpat telah diadakan Pejabat Tanah dan Jajahan pada jam 9 pagi. Suruhanjaya Pilihan raya Kelantan diketuai oleh pengarahnya sendiri. Seramai 50 orang terlibat dalam bantahan ini iaitu terdiri dari empat DUN - Pengkalan Kubor, Kelaboran, Pasir Pekan dan Wakaf Bharu.
DiPetik daripada Laman Tranungkite.net
Assalamu’alaikum wm.wrt.,
Cuba lihat kerja-kerja yang dilakukan oleh IBLIS_SYAITAN :
Setelah 3 hari SPR mendengar perbicaraan bantahan dan tuntutan di beberapa jajahan di Kelantan, sebanyak 93 bantahan telah diterima oleh SPR. 35 di Tumpat, 45 di Kubang Kerian dan 13 di Bachok.Blog manjanik melaporkan pada hari pertama perbicaraan bantahan dan tuntutan bagi parlimen Tumpat telah diadakan Pejabat Tanah dan Jajahan pada jam 9 pagi. Suruhanjaya Pilihan raya Kelantan diketuai oleh pengarahnya sendiri. Seramai 50 orang terlibat dalam bantahan ini iaitu terdiri dari empat DUN - Pengkalan Kubor, Kelaboran, Pasir Pekan dan Wakaf Bharu.
Apa yang menariknya ialah percubaan pindah tempat mengundi oleh seorang ajk Umno bahagian Tumpat yang juga bekas ketua pemudanya dari Dun Pasir Pekan ke Dun Kelaboran juga telah ditolak.
Beliau memberi alasan bahawa telah bermastautin di Dun Kelaboran berdasarkan alamat tempat beliau bekerja di pejabat Umno Bahagian Tumpat sejak 10 tahun dulu lagi. Tetapi cubaan beliau terhalang kerana beliau sebenarnya tinggal dan bermastautin di Morak dalam Dun Pasir Pekan. Pihak pembantah telah menunjukkan gambar pejabat Umno Tumpat dan saksi pula memberitahu bahawa pejabat Umno tidak didiami oleh sesiapapun.
Akhirnya bantahan terhadap beliau diterima dan beliau pulang dengan hampa. Menurut rakan-rakan beliau yang hadir sama semasa perbicaraan tersebut, beliau sebenarnya berhasrat untuk bertanding di Dun Kelaboran sebab itulah beliau berusaha untuk pindah ke Dun tersebut.
Apa yang jelasnya, 2 kes sudah terbukti ada cubaan jahat Umno untuk mendaftar orang mati dan memindah pengundi. Untuk pengetahuan pembaca, dalam kes bantahan di Kelantan hanya PAS sahaja yang membuat bantahan iaitu lebih kurang 1000 kes.
Umno langsung tiada membuat bantahan dah terbukti dakwaan mereka bahawa PAS memindah pengundi adalah bohong semata-mata. Kalau benar PAS memindah pengundi maka sudah pasti Umno akan membuat bantahan.Apa yang menariknya Umno masih mendaftar semula orang-orang yang telah dibantah oleh PAS di Dun Bukit Panau pada tahun 2004 dan telah berjaya tetapi kini dimasukkan kembali seramai 200 orang.
Ada dikalangan mereka beralamat di stesen bas Tanah Merah, di tanah lot yang tiada rumah dan ada diantaranya di sebuat rumah dimasukkan seramai 14 orang pengundi. Di rumah Ikmal Hisyam(bekas ketua pemuda dan orang yang pernah digantung kerana politik wang) sendiri ada 7 orang pengundi. Tunggu dan lihat apa kesudahannya nanti!Bagi parlimen Kubang Kerian, seramai 49 orang pemohon yang baru mendaftarkan diri sebagai pengundi dan berpindah telah dibicarakan di Pejabat tanah dan Jajahan Kota Bharu.
Walau bagaimanapun hanya dua Dun sahaja yang terlibat iaitu Dun Salor(38 orang) dan Dun Demit(11 orang). Kedua-duanya diwakili oleh PAS.
Seperti biasa bantahan hanya dibuat oleh PAS sahaja manakala dari Umno tiada seorangpun dibantah. Ini menunjukkan cubaan memindah dan mendaftarkan pengundi baru dari luar kawasan dibuat oleh Umno.
Majoriti orang yang kena bantah tidak hadir. Hanya beberapa orang sahaja yang hadir itupun bantahan dari PAS telah diterima SPR dan alasan yang paling banyak dikemukakan ialah tidak bermastautin di tempat yang dipohon. Dari 49 orang yang dibicarakan, PAS berjaya membuat bantahan terhadap 45 orang pemohon.
Ada juga dikalangan orang yang kena bantah memberitahu bahawa mereka tidak tahu menahu ke mana nama mereka didaftarkan untuk mengundi. Mereka memaklumkan ianya dibuat oleh agen-agen Umno termasuk ketua cawangan dan juga Penyelia Pembangunan Mukim. Bahkan juga tanda tangan permohonanpun bukan mereka yang buat.Di Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok pula, hanya PAS yang membuat bantahan. Umno atau BN tidak ada seorangpun. Sekali lagi membuktikan kerja-kerja memindah pengundi sebenarnya kerja buat Umno ataupun puak-puak Annuar Musa.
Di Parlimen Bachok hanya Dun Jelawat sahaja yang terlibat. Seramai 13 orang disenaraikan oleh pihak PAS untuk dibantah. Dari 13 orang tersebut, seorangnya berbangsa Cina, Pua Yau Chuan dan didapati beliau memohon untuk mengundi di Peti Undi Ketil yang seratus peratus pengundinya adalah melayu. Petugas PAS dan penghulu pun tidak pernah mengenali beliau. Dari manakah beliau datang sehingga tersesat ke kawasan penempatan yang tidak pernah ada kaum Cina sebelum ini.
Apa yang peliknya hari ini, tidak ada seorangpun orang yang dibantah itu menghadirkan diri. Apa yang jelas inilah “permainan Umno” dalam strategi pilihanraya. Mereka sanggup buat apa sahaja tapi takut untuk bertanggungjawab.
&order=0&thold=0
“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian.Wassalam
No comments:
Post a Comment