DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, July 30, 2007

SAH : MUHAMMAD MUHD.TAIB MUNAFIK DARIPADA GOLONGAN UMNO YANG MUNAFIK

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum.wm.wrt,


Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.” (Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr).
Sifat munafik ialah sifat-sifat hipokrit [seperti sejenis binatang sesumpah] atau sifat talam dua muka atau musang berbulu ayam atau berpura-pura jujur. Seorang yang munafik ialah seorang yang berpura-pura baik dan jujur. Seorang yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait atau pepet di luar runcing di dalam. Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh mempercayai percakapannya, ia pandai berjanji tapi mungkir, ia bijak mematerikan perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila ia berbalah ia sentiasa ingin menang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah asalkan orang boleh percaya cakap dia, dia juga pandai bodek atau mengampu seseorang. Seorang yang munafik ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah menggadai pegangan hidup; dia ialah orang yang suka berbalah atau bertengkar. Dia boleh berubah-ubah sikap apabila diperlukan oleh kepentingannya.

Oleh kerana Islam memperjuangkan kejujuran dan amanah umum yang dilandaskan di atas kesedaran dan keimanan bahawa Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala apa yang terpendam di dalam lubuk hati, maka Islam menganggap sifat hipokrit itu sebagai merbahaya yang menghancurkan keutuhan dan keselamatan iman seseorang, juga sebagai dosa yang besar.

Hadis ini menyebut empat ragam sifat munafik:

1. Khianat amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh-temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya.

2. Bercakap bohong. Membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan-akan dusta samada dengan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan keterangan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk disesuaikan dengan seleranya, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan yang kecil dan memperkecilkan yang besar.

3. Mencabul janji-janji yang diikrarkan dan mencabul perjanjian yang dipersetujui bersama.

4. Ingin menang [dengan apa jalan halal dan haram] dalam pertengkaran walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah atau terpaksa membawa saksi yang palsu bagi menguatkan hujahnya.

Semua sifat-sifat munafik yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat manusia, malah boleh menimbulkan huru-hara dan perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain yang merupakan batu asas bagi kerukunan sesebuah masyarakat yang padu dan kukuh, selagi mana ada manusia serupa ini dunia ini tidak akan aman tenteram.

Sudah tiga kali saya menulis menyerang Muhammad bin Muhd.Taib, Ketua Penerangan UMNO yang juga mantan Menteri Besar Selangor. Serangan ini adalah ekuran beliau [baca : UMNO] membuat laporan polis terhadap Malaysia Today dan Raja Petra Kamaruddin dan juga blogger Laman Web Parti Keadilan Rakyat. Tindakan pasukan polis secepat kilat memanggil Raja Petra untuk disoal-siasat memanaskan telinga rakyat. Soal-siasat Raja Petra memakan masa lapan jam [masa penuh berkerja] di balai polis daerah Dang Wangi di Jalan Tun HS Lee. Soal-siasat tersebut bermula kira-kira jam 12.15 tengahari dan berakhir kira-kira jam 7.30 malam.
pa yang menyakitkan hati dan perasaan kita [membakar perasaan rakyat menambah benci kepada pasukan polis yang senantiasa menjadi perkakas dan kuda tunggangan UMNO] ialah tindakan polis ini menjadi begitu kontradik sekali apabila menerima laporan daripada pihak UMNO, berbanding laporan yang dibuat oleh pihak pembangkang [bukan satu dua, malah mencapai beratus laporan dibuat disertakan dengan bahan bukti] mengenai tingkahlaku biadap UMNO terhadap amalan demokrasi, rasuah, menyalahgunaan kuasa dan kedudukan, tidak pernah diambil pusing [dibakulsampahkan] apatah lagi untuk diambil kenyataan atau disoal-siasat seperti yang dilakukan terhadap Raja Petra dan Nathaniel Tan [Nathaniel Tan ditahan pada 13.7.2007, direman selama 4 hari dan dibebaskan pada 17.7.2007] dibebaskan dengan jaminan polis. Nathaniel Tan, blogger yang juga penyelenggara lamanweb Parti Keadilan Rakyat [PKR] disoal-siasat oleh Bahagian Jenayah Siber, Bukit Aman di Kuala Lumpur.

BANDINGKAN : Contoh kebiadapan UMNO ini jelas dalam perhimpunan agung mereka tahun lepas. Seluruh dunia dan seluruh manusia di muka bumi ini tahu [disiarkan secara langsung oleh RTM dan Astro ucapan berbentuk perkauman dan boleh didakwa di bawah Akta Hasutan] bahawa dalam perhimpunan tersebut terdapat beberapa pemimpin UMNO berucap berapi-rapi mengecam dan mengugut orang bukan Melayu khasnya kaum Cina agar ‘jangan terlalu kurang ajar’ dengan dasar-dasar kerajaan yang kononnya untuk membantu menaikkan martabat bangsa Melayu. Alasan itu satu ‘PEMBOHONGAN’ yang nyata [boleh dikira sebagai munafik juga], ianya bukan untuk bangsa Melayu, tetapi hanya untuk golongan UMNOPutra sahaja.

Pembahas UMNO dari Perlis, Melaka, Kelantan dan Selangor, Melaka, Terangganu, Pemuda dan Putri dikenalpasti sebagai yang paling lantang dan keterlaluan menyentuh sensitiviti kaum. Mereka ialah Hashim Subuh- wakil badan perhubungan UMNO Perlis, Hasnoor Sidang Husin dari Melaka, Md Alwi Che Ahmat dari Kelantan dan Ramli Simbok-wakil Pemuda UMNO Selangor. Razali Idris-Ketua Penerangan Pemuda UMNO Terengganu, Reezal Merican Naina Merican-Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Salamon Selamat- Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Hamdi Abu Bakar-Ketua UMNO Bahagian Beruas, Azimi Daim-Exco Pemuda, Senator Mohd. Puad Zarkashi, Ketua Puteri UMNO bahagian Tangga Batu-Azlieza Azizan, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO-Khairy Jamaluddin sehingga Ketua Pemudanya-Hishamuddin Hussein sanggup menghunus keris panjang bertelanjang bulat.

Berlagak sombong dan angkoh, tetapi sebaliknya mereka inilah pengkianat bangsa dan agama. Mereka dan golongan merekalah pengadai maruah bangsa Melayu. 50 tahun Negara merdeka, bangsa Melayu masih lagi merempat dalam Negara sendiri kerana mereka ini berjuang bukan kerana bangsa dan agama, tetapi untuk kepentingan peribadi. Mereka dan golongan mereka inilah yang mengaut segala kekayaan Negara untuk kekayaan dan kemewahan peribadi dan keluarga [kroni].

Rakyat diperhambakan dan ditinggalkan dalam kemiskinan papa-kedana. Lima tahun sekali [untuk piihanraya] datang lagi untuk menabur janji manis [bohong lagi] dan menabur duit untuk membeli undi supaya mereka dipilih lagi agar mereka boleh merompak lagi harta rakyat semahu-mahunya. Agama Islam dihina, diperlecehkan dan diinjak-injak kerana tangan-tangan mereka penuh dengan noda dan dosa [Islam dikesampingkan, dunia dipentingkan].

Lima laporan polis dibuat di Balai Polis Dang Wangi dan telah disiasat oleh pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi secara senyap-senyap dan bersopan [tidak seperti kes Raja Petra dan Nathaniel Tan] dan kertas siasatan mengenai perkara itu dikemukakan ke Jabatan Peguam Negara di Putarajaya pada 8 Februari 2007 lalu. Hujah-hujah mereka merbahaya boleh merosakkan keharmonian kaum, integrasi dan perpaduan nasional. Hujah yang bersifat menghasut dan perkauman itu ditujukan untuk mengapi-apikan perasaan dan sentimen perkauman bagi mengukuhkan kepentingan politik mereka. Ucapan mereka lebih merbahaya daripada Raja Petra Kamaruddin dan blogger Nathaniel Tan. Kes ucapan berbentuk ‘racist’ ini tersimpan di Pejabat Peguam Negara sebagai bahan arkib. Ianya senyap menyepi sehingga ke hari ini. Tidak ada sebarang tindakan diambil ke atas mereka yang terbabit.

Sebab apa? Sebabnya kena batang hitung UMNO sendiri. UMNO berkuasa mutlak untuk memutihkan perkara yang hitam, menghitamkan perkara yang putih. UMNO yang timbulkan perkara perkauman tersebut. Apa kata bukan UMNO yang buat, katakan PAS, PKR dan DAP yang timbulkan isu tersebut, maka ramailah para pemimpin pembangkang itu yang ditangkap, direman dan dipanggil untuk disiasat. Silap-silap haribulan disumbat dalam penjara atau ditahan dibawah ISA di Kemunting, tetapi kerana pemimpin UMNO yang terlibat, maka selamatlah mereka, sebagaimana selamatnya Johari Baharom, Musa Hassan, Zulkifli Mat Noor dan Eric Chia. Menanti untuk diselamatkan pula ialah Osu Sukam, Gasitah Gaddam, Musa Aman dan Taib Mahmud.

Layari ULR ini untuk melihat golongan munafik ini berlakon :
http://malaysia-today.net/blog2006/letters.php?itemid=825
http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=1107
http://malaysia-today.net/blog2006/letters.php?itemid=1118
http://malaysia-today.net/blog2006/newsncom.php?itemid=1287
http://www.malaysiakini.com/news/60013
http://www.malaysiakini.com/news/60066

Apakah SIFAT yang hendak dikatakan dengan sebuah kerajaan [baca:UMNO] yang bersikap seperti ini yang kononnya untuk menegakkan keadilan dan menghapuskan segala bentuk rasuah, menyalahgunaan kuasa dan kedudukan bagi kepentingan perbadi?

Berbalik kepada isu Muhammad Muhd Taib yang saya telah katakan beliau seorang munafik. Berdasarkan hujah-hujah saya di atas [dan dalam beberapa artikel saya mengenai Muhammad Muhd.Taib sebelum ini] dan ucapan Muhammad Muhd.Taib di Dewan Rakyat mengesahkan bahawasanya Muhammad Muhd.Taib termasuk golongan orang-orang yang MUNAFIK.


Kenyataan Muhammad Muhd.Taib yang beliau tidak tahu membaca, menulis, menutur dan memahami Bahasa Inggeris di mahkamah Brisbine, Australia ketika membela diri dari tuduhan menyeludup masuk wang tunai RM2.4 juta, ternyata satu pembohongan yang nyata.Muhammad juga pernah menipu Allahmarhum Sultan Selangor menafikan yang beliau kahwin lari dengan anakanda Sultan Ku Yah di Selatan Thailand.

Kesimpulannya, Muhammad dan para pemimpin UMNO lainnya [termasuk Abdullah Ahmad Badawi, Imam Besar Islam Hadhari yang lebih dikenali sebagai pemimpin “ I don't know, I am not involve."] mempunyai ciri-ciri orang-orang munafik seperti saya hujahkan di awal artikel ini. Sekiranya rakyat Malaysia terus memilih golongan ini memerintah Malaysia pada PRU ke-12 nanti, adalah pasti agama, bangsa dan negara akan musnah angkara tangan-tangan jahat ini akan bermaharajalela lagi memunggah khazanah negara dan memusnahkan amanah yang diberikan itu.
“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian, wassalam. Terima kasih.

No comments: