DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, July 16, 2007

UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA TEMBERANG

Oleh: Tun Telanai

Assalamu’alaikum wm.wrt,

1. UMNO Berperang dan Menggunakan Harta Awam

Sekolah-sekolah di negeri Kedah khususnya di Daerah Padang Terap Pendang ketika ini sedang sibuk menjayakan Majlis Hari Anugerah Cemerlang di sekolah masing-masing. Majlis ini telah dijadikan semacam acara wajib tahunan bagi sekolah-sekolah untuk meraikan pelajar-pelajar yang cemerlang. Majlis ini juga merupakan acara kemuncak bagi guru dan pelajar-pelajar untuk diraikan atas sumbangan dan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai dalam bidang akedimik serta kokurikulum.

Melalui majlis-majlis seperti ini [dan juga majlis sukan tahunan sekolah dan mesyuarat agung PIBG], setiap Pengetua atau Guru Besar berlumba-lumba menjemput pembesar UMNO untuk merasmikan majlis-majlis tersebut dengan harapan pembesar itu dapat memberi sumbangan [dalam berbagai bentuk seperti kewangan, komputer, baik-pulih padang permainan dsbnya] kepada sekolah. Lagi besar pangkat orang itu [kaya dan banyak duit], maka lebih banyaklah sumbangan yang sekolah akan terima.

Dajal atau barua kepada pemimpin UMNO yang berusaha membawa masuk pemimpin UMNO ke kawasan sekolah adalah Pengerusi-pengerusi PIBG yang keseluruhannya terdiri daripada pencacai-pencacai UMNO [yang memegang jawatan Pengerusi atau AJK Jawatankuasa Keselamatan Kampung] yang rata-rata mereka adalah tukang kebun, tukang sapu sampah dan lebih tinggi sedikit ialah Pembantu Am Pejabat.

Ingat, walaupun mereka ini ‘golongan lembu pawah-bodoh-sombong’, tetapi kebanyakan Pengetua atau Guru Besar [yang lebih cerdik] cukup takut kepada golongan ini, kerana mereka mempunyai hubungan politik yang mesra dengan pimpinan UMNO atasan dan sekiranya Pengetua atau Guru Besar yang tidak sebulu atau menjadi penyokong pembangkang [PAS], mereka ini boleh mengunakan saluran politik untuk menukarkan Pengetua atau Guru Besar ikut suka hati dengan membelakangkan kepentingan perkhidmatan dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Pembesar UMNO akan mengunakan majlis-majlis yang disebutkan itu untuk mengembangkan pengaruh politik dikalangan para ibu-bapa yang hadir [digunakan pelbagai tekanan dan paksaan untuk hadir]. Sudah diketahui umum bahawa kawasan sekolah adalah medan politik pemimpin UMNO [parti lain tidak boleh, tetapi parti UMNO bangsat ini dibolehkan]. UMNO akan menjalankan aktiviti kepartian dengan menggunakan segala kemudahan yang sedia ada disitu untuk kepentingan politiknya.

Sebagai contoh, SM Dato’ Syed Ahmad dan Kolej MARA Kuala Nerang merupakan dua tempat pilihan paling popular bagi UMNO untuk mengadakan mesyuarat, perjumpaan dan berbagai aktiviti lagi. Ketika majlis-majlis itu berlangsung, bendera dan sepanduk-sepanduk UMNO menyelubungi kedua-dua tempat itu seolah-olah tempat itu ‘UMNO yang punya’. Saya akan membuktikannya, insyaAllah melalui gambar-gambar [kemungkinan laporan polis akan dibuat] pada pilihanraya umum ke-12 nanti.

Pastinya SM Dato’ Syed Ahmad [mungkin juga SM Kuala Nerang] dan Kolej MARA Kuala Nerang akan dijadikan markas besar UMNO untuk berkubang di sini. Bersedialah PAS Kawasan untuk bertindak menghalang UMNO menyalahgunaan kuasa menggunakan harta awam, jentera-jentera [termasuk pegawai-pegawai] dan bangunan-bangunan milik kerajaan. UMNO wajib diajar agar mereka sedar bahawa semuanya itu bukan milik UMNO, tetapi milik rakyat yang membayar cukai. Rakyat dari parti-parti lain juga berhak ke atasnya. Jangan biarkan UMNO bermaharajalela lagi.

Berbalik kepada tajuk : “Beruk-beruk UMNO berperang sakan”. Baru-baru ini SM Pedu bercadang menjemput Datuk Hasbullah bin Lebai Isa, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri dan bekas Penolong Pegawai Daerah Padang Terap untuk datang dan merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang yang dijadualkan akan diadakan pada pertengahan bulan Julai ini, tetapi Menteri Besar Kedah, Mahdzir Khalid melalui pegawai-pegawainya mengarahkan Pengetua dan PIBG sekolah tersebut supaya membatalkan program yang sudah diatur untuk Hasbullah.

Difahamkan Mahdzir [ADUN Pedu] telah memberi amaran keras supaya Hasbullah jangan ‘menganggu’ kawasan Pedu yang menjadi kawasan [DUN Pedu] kubu kuatnya, yang menjadi tapak bagi Mahdzir untuk menampak lebih jauh dalam arena politik di Negara ini khususnya di negeri Kedah. Difahamkan terdapat perpecahan dan ada puak-puak atau penyokong pemimpin tertentu dikalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO. Marilah sama-sama kita berdoa semoga perpecahan, dengki-mendengki, dendam-mendendam dan cantas-mencantas akan berterusan sehingga ke akhir hayat UMNO itu sendiri atau selagi ada bumi dan matahari, UMNO akan berpecah.

Persoalannya sekarang ini : Bagaimana dengan peranan PAS Kawasan untuk menggunakan isu ini dan mengekploitasikannya supaya kemenangan berpihak kepada kita?

Parlimen Padang Terap mempunyai dua DUN-Kuala Nerang dan Pedu. Pada PRU lalu, semua kerusi ini dirampas balik daripada tangan PAS hasil strategi, taktik penipuan, penyelewengan dan kerja buat SPR untuk membantu UMNO memenangi semula kerusi-kerusi tersebut. Sekarang keadaan politik UMNO bagi kawasan ini sedang bergolak kencang. Masing-masing hendak menjadi calon pilihanraya. Yang ada, hendak mengekalkannya sehingga ke liang lahad. Menjadi YB UMNO merupakan platform untuk menjadi kaya-raya kerana peluang-peluang mencipta kekayaan ada terbentang luas dihadapan mata, lebih-lebih lagi peruntukan RMK-9 yang bernilai berbillion-billion ringgit baru dilaksanakan. Ada peluang untuk meraih sebahagian daripada peruntukan tersebut untuk kepentingan peribadi dan menambah khazanah peribadi bukan khazanah untuk rakyat.

Persetankan rakyat. Biarkan rakyat bergelut dengan kemiskinan. Apa peduli. Mereka ini [pengundi-pengundi] boleh dibeli bila-bila masa sahaja. Bagi beras, gula-kopi, kain-batik-kain- pelikat, duit RM50, bawa pergi melancong dan jamu kenyang-kenyang, sibuta dan sipekak ini tetap memangkah ‘dacing’ yang sudah ketinggalan zaman. Zaman kini orang sudah guna kilogram sukatanya bukan dacing lagi.

Hakikat beli-membeli ini diperakui sendiri ADUN Kuala Nerang di malam pengumuman PRU ke-11 dulu, secara berseloroh ADUN itu berkata kepada bekas calon PAS bagi Parlimen Padang Terap, beliau berkata [lebih kurang] : “ …….., Ustaz…… pengundi-pengundi di daerah Padang Terap ini tidak perlu kita berkerja keras turun padang bertemu mereka, sampai masa pilihanraya bawa duit banyak-banyak, tabor, tabor, tabor pastinya mereka makan dan bagi undi kepada kita”.

Alhamdulillah. ADUN itu mempraktikkan apa yang beliau katakan itu. Beliau tidak pernah turun padang bertemu rakyat bertanya khabar. Beliau sibuk dengan perniagaan peribadi mengumpul wang sebanyak mungkin untuk ditaburkan pada malam mengundi nanti.

Inilah kepercayaan yang beliau pegang selama ini. Pengundi-pengundi Padang Terap boleh dibeli dengan wang ringgit. Mereka tidak ada harga diri. Mereka menyokong UMNO supaya pemimpin mereka menjadi kaya bertambah kaya seperti yang ditunjukkan oleh Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen yang mereka pilih itu. Hidup mewah. Rumah mungkin nilainya mencecah jutaan ringgit. Memiliki kereta beraneka jenis bertaburan [parking] dihalaman rumah yang luas bagaikan istana raja. Mereka tidak memperdulikan nasib malang yang mereka hadapi. Kos belanja hidup mencengkam kehidupan mereka seharian. Harga getah dan padi tidak setanding dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Dri mereka hanya bernilai RM50 di kaca mata ADUN terbabit.

Kasihan kepada pengundi-pengundi di daerah Padang Terap, Kedah. Siapakah yang akan mengubah nasib anda semua?

Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing.


II. Perangai Buruk Mahdzir Khalid
MAHDZIR KHALID: MENTERI BESAR KEDAH KURANG PINTAR
Oleh Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt.,

Lama saya tidak berkesempatan menulis di Laman ini kerana beberapa sebab teknikal dan hubungan kekeluargaan yang tidak dapat dielakkan. Walaupun begitu, saya masih mencuri ruang waktu yang terluang mengikuti perkembangan politik semasa, khususnya krisis di antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Abdullah Ahmad Badawi. Seperti biasa, Abdullah tetap dengan egonya yang penuh keangkuhan dan mendabik dada: “Akulah Perdana Menteri dan Presiden UMNO” yang memerintah Negara ini secara Ikut Suka Aku [ISA] bagi mempertahankan kepentingan anak-menantu dan kroni, tanpa mempedulikan kepentingan rakyat marhaen.

Abdullah terus memperkukuhkan kekuatannya dengan mempergunakan pelbagai kaedah dan menggunakan seluruh saluran media [cetak dan elektronik] yang ada di dalam Negara ini, menggunakan kedudukan kewangan yang kukuh untuk mendapatkan sokongan [money politic] seperti yang ditunjukkan dalam pemilihan G7 di Bahagian Kubang Pasu. Penguatkuasaan undang-undang secara terpilih [melalui tindakan pasukan polis] seperti membatalkan semua program yang melibatkan Mahathir dan dalam kes Abdul Zarin Mohd.Yasin berbanding berpuluh kes yang melibatkan pemimpin UMNO yang terlibat dalam money politic seperti Isa Samad, pembohong [isu senator dalam bankrapsi], rasuah dan kaki samseng seperti Zakaria Deros.

Abdullah terus menggunakan kakitangan dan pegawai awam seperti pemilihan G7 di Bahagian Kubang Pasu, menggunakan kemudahan awam [utilities] di ketika setiap pemimpin UMNO sibuk mengadakan rumah terbuka jamuan raya, bangunan-bangunan kerajaan [bangunan sekolah] dan jentera-jentera kerajaan digunakan sepenuhnya bagi menjalankan aktiviti parti UMNO untuk menarik sokongan rakyat dan ahli-ahli UMNO yang berada dalam kedudukan ‘buta, pekak dan bisu’ untuk mempertahankan diri dan bertindak menyerang balas setiap kritikan yang dilontarkan oleh Mahathir.

Pada pandangan saya, serangan bertubi-tubi Mahathir terhadap kepimpinan Abdullah telah memasuki fasa ke tiga, selepas pertemuan mereka berdua eye-to-eye pada 22 Oktober lepas. Fasa pertama, serangan dari jarak jauh dan fasa kedua, serangan melalui kaedah turun padang bermula dalam program anjuran sekumpulan NGO dan portal Malaysia Today, di Taman Melewati pada 24 Jun lalu. Kemudian, selepas kembali bercuti dari luar negara, beliau menjelajah beberapa buah negeri seperti Kelantan, Selangor, Negri Sembilan dan Kedah untuk menemui pemimpin, ahli UMNO dan rakyat menerusi saluran NGO-NGO tertentu bagi mengutarakan pandangan dan pendapat beliau tentang apa yang beliau fikirkan yang Abdullah telah tersalah menguruskan Negara ini. Dalam fasa kedua ini, beliau mendapat liputan yang meluas daripada media alternatif dan maklumat ini telah sampai ke pengetahuan rakyat jelata sehinggakan kedudukan Abdullah sebagai PM dan Presiden UMNO terancam.

Abdullah mula bertindak menyerang balas melalui konco-konconya yang terdiri di kalangan Menteri-menteri, Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri, tetapi kurang respons di kalangan wakil-wakil rakyat baik di peringkat negeri [ADUN] atau di peringkat Persekutuan [Ahli Parlimen]. Abdullah telah mempertingkatkan serangan selepas Mahathir mengeluarkan kenyataan mengenai pertemuan mereka berdua, dua hari sebelum Aidil Fitri menjelang tiba. Abdullah melalui konco-konconya menggunakan seluruh saluran media milik media prima yang ada hubungan dengan menantunya Khairy Jamaluddin. Serangan bersepadu sebegini merupakan agenda biasa bagi media massa di Malaysia yang dikawal oleh golongan iblis dan syaitan dihalakan kepada sesiapa sahaja yang berani bertindak menentang kerajaan yang dikatakan ‘suci dan bersih’ ini dari segala noda dan dosa.

Setakat ini, keseluruhan media tersebut [kecuali media alternatif milik pembangkang dan web-web tertentu dalam internet] memberi gambaran bahawa Abdullah menerima sokongan padu daripada ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO serta daripada Raja-raja Melayu seperti Sultan Johor [tidak lama lagi akan datang pula sokongan daripada Sultan Pahang]. Beliau juga digambarkan menerima sokongan tidak berbelah bahagi daripada kerabat UMNO dalam gabungan Barisan Nasional. Contohnya, Samy Vellu, Presiden MIC sanggup berpantun dan bersajak untuk menunjukkan sokongan tanpa berbelah bahagi terhadap Abdullah. Begitu juga dengan sikap yang ditunjukkan oleh Presiden MCA, Ong Ka Ting dan Presiden Gerakan [sekarang mantan], Lim Kheng Yaik. Gambaran yang diberi oleh media ‘munafik’ ini seolah-olah Abdullah menerima sokongan tanpa berbelah-bagi daripada semua pihak yang ada di bumi, di langit, di lautan dan di udara termasuk binatang-binatang dan unggas yang berada dalam hutan belantara.

Manakala di pihak Mahathir pula seperti kebiasaanlah [senasib dengan pihak pembangkang] media-media ini memberi gambaran buruk bahawa rakyat dan ahli-ahli UMNO menolak style keterlaluan Mahathir mengkritik Abdullah. Memburuk-burukkan Mahathir dan mengangkat martabat Abdullah setaraf ‘wali suci’. Seterusnya, dibuktikan melalui pemilihan perwakilan G7 ke Perhimpunan Agung UMNO pada 13-17 November ini di Bahagian Kubang Pasu pada 9 September yang lalu. Mahathir kalah dalam pemilihan tersebut, walaupun beliau pernah memimpin bahagian tersebut selama 30 tahun, tetapi kerana politik wang yang dihalalkan oleh UMNO, maka segala jasa dan bakti Mahathir terhadap penduduk Daerah Kubang Pasu dicampak ke Laut China Selatan.

Di kalangan Menteri-menteri Besar, Menteri Besar [MB] Kedah merupakan seorang MB yang paling ke depan dalam menyokong dan membodek Abdullah. Sokongan Mahdzir Khalid terhadap kepimpinan Abdullah bukanlah satu perkara yang memeranjatkan. Denyut nadi kehidupan kerjaya politik Mahdzir bergantung 100% kepada Abdullah. Abdullah adalah orang yang memberi beliau peluang mengaktifkan diri dalam kancah politik UMNO di Kedah. Beliau tidak dikenali dan tidak popular di Kedah dan pernah kalah di tangan Ahmad Lebai Sudin dalam pertandingan Ketua Bahagian Pokok Sena. Beliau adalah bekas seorang pengetua berkelulusan Kesusasteraan Melayu [bukan profesional], berbelas tahun mengajar di Sabah dan berkahwin dengan wanita Sabah. Beliau pernah bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Abdullah sebelum dihantar pulang ke Kedah untuk bertanding dalam pilihan raya umum tahun 2004 di DUN Pedu, Kedah dalam Parlimen Padang Terap.

Jadi, tidak hairanlah beliau bersuara lantang mempertahankan Abdullah untuk membalas budi-baik dan jasa Abdullah kepadanya. Beliau hanya setahun jagung bergelumang secara aktif dalam politik UMNO Kedah yang memilih beliau sebagai ADUN Pedu dan seterusnya dilantik sebagai MB Kedah menggantikan Syed Razak yang uzur diserang angin ahmar [strok], maka beliau tidak ada pilihan lain melainkan bermati-matianlah dengan apa cara sekali pun memaksakan diri mempertahankan kepimpinan Abdullah supaya tetap utuh dan kukuh. Hidup Abdullah, hiduplah kerjaya politik Mahdzir Khalid ini. Tanpa Abdullah, Mahdzir akan menempuh laluan yang amat sukar kerana beliau tidak dikenali oleh kebanyakan rakyat Kedah. Tambahan pula, beliau menghabiskan banyak masa di luar Kedah dan tidak berkesempatan bergelumang dengan kehidupan rakyat yang miskin.

Dalam usaha beliau mempertahankan kepimpinan Abdullah, nampak secara jelas MB Kedah ini kurang pintar seperti mana yang berlaku ke atas mentornya, Abdullah Ahmad Badawi. Saya sebagai seorang rakyat Kedah terasa amat malu bermenteri-besarkan serorang yang kurang pintar, tidak beradat dan pendek aqal ini. Sikap bodoh-sombong beliau ditunjukkan dalam pertemuannya dengan para wartawan di hari beliau mengadakan rumah terbuka jamuan. Akhbar internet Malaysiakini.com telah menyiarkan temu-ramah beliau dengan para wartawan [rujuk: http://www.malaysiakini.com/news/58707].

Dalam tulisan ini, saya ingin memetik beberapa kenyataannya yang boleh dianggap satu kenyataan yang ‘bodoh’ dan memakan diri sendiri. Di antaranya ialah:

1. "Cukuplah... dah bersara buatlah cara bersara. Sudah 22 tahun dia berkuasa dan sudah 22 tahun orang mendengar cakapnya. Dah sampai masa dia berhenti bercakap dan berilah peluang kepada Pak Lah untuk memimpin pula kali ini," katanya-Mahdzir Khalid, MB Kedah, Malaysiakini.com, 28.10.2006

Ulasan:

Siapa Mahdzir Khalid ini? Yang begitu berani menyuruh Mahathir berhenti bercakap dan mendiamkan diri memeluk tubuh sambil memerhatikan kerakusan Abdullah dan anak-menantunya mengurus Malaysia. Mahdzir hendakkan Mahathir makan duit pencen setiap bulan. Jangan kritik kerajaan Abdullah, Mahathir mesti memuja dan memuji Abdullah seperti yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO sekarang ini.

Mahathir seorang pejuang. Menempuh pelbagai onak dan duri dalam perjuangan. Pernah melibatkan diri dalam perjuangan menentang penjajah Inggeris dan menempuh berbagai peristiwa suka dan duka dalam perjuangan mendaulatkan martabat bangsa. Separuh kehidupannya dicurahkan untuk perjuangan, semenjak dari usia belia sehingga ke hari tuanya [kini berusia 81 tahun]. Saya bukanlah ahli UMNO dan pendokong Mahathir, tetapi cara pemimpin UMNO melayan Mahathir seperti pariah, memanggilnya iblis dan beruk.

Kamu lahir selepas Negara Merdeka. Generasi Merdeka. Apakah jasa kamu, wahai Mahdzir dalam perjuangan memartabatkan maruah bangsa dan agama. Sebesar zarah pun tiada kerana kamu masih lagi berhingus dalam dunia politik. Selama dua tahun kamu diberi amanah untuk memerintah Kedah, tidak ada satu dasar pembangunan yang kamu dan EXCO kamu gubalkan untuk majukan negeri Kedah. Hanya yang ada ialah papan-papan tanda besar [billboard] yang mengandungi gambar kamu dan wakil-wakil rakyat di kawasan tersebut di setiap persimpangan jalan di seluruh negeri Kedah.

Seluruh pekan kecil dan besar terpampang gambar kamu seolah-olah Kedah diperintah mengikut sistem komunis-Sosialis seperti di Iraq zaman Saddam Hussein memerintah. Gambar dan tugu berwajah Saddam dipasang di seluruh Iraq. Pemujaan pemimpin. Itulah agaknya pembangunan yang kamu bawa untuk Kedah.

Kamu sebenarnya menghadapi krisis keyakinan. Tidak yakin pada kebolehan diri sendiri. Kamu sedar yang kamu itu tidak popular dan sukar untuk mendapat sokongan rakyat secara meluas, sekiranya kamu tidak merasuahkan rakyat dan menipu dalam pilihan raya.

Majlis Bandaraya Alor Setar menghadapi masalah kewangan dan PKNK juga menghadapi masalah yang sama. Apa yang kamu buat untuk mengatasi masalah ini. Laporan audit tahun 2005, mendedahkan kerajaan menyalahguna dan menyeleweng peruntukan untuk orang miskin. Duit orang miskin, dibelanjakan secara mewah dan membazir untuk kepentingan golongan pemimpin seperti kamu. Peruntukan yang diberi tidak menepati sasaran, hatta itu kadar kemiskinan di Kedah masih tinggi, pemimpin hidup mewah. Sepatutnya kamu sebagai bekas pengetua sekolah lebih bertanggungjawab, walaupun peruntukan itu dibelanjakan bukan di zaman kamu memerintah, tetapi kamu dipertanggungjawabkan untuk menjelaskan segala-segalanya apa yang ditegur oleh audit itu. Sewajarnya komen seperti ini hendaklah datang daripada mulut golongan veteran, bukan keluar dari mulut engkau.

Budaya taksub kepada pemimpin menjadi dasar dalam perjuangan UMNO yang kamu pegang itu sangat berbahaya kepada bangsa dan agama kerana orang macam kamu ini sanggup mengetepikan kebenaran dalam sesuatu isu yang melibatkan kepentingan agama, bangsa dan Negara, apabila sesuatu isu tersebut membabitkan pemimpin utama UMNO. Sebagai contoh, seluruh kepimpinan dalam UMNO menyokong penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains yang kini didapati ianya amat merugikan orang Melayu. Maklumat terkini bahawa dasar ini akan dimansuhkan dan akan kembali ke bentuk asal mengajar dalam Bahasa Melayu. Kalau ini benar, maka tidak syak lagi kamu dan seluruh golongan kepimpinan dalam UMNO memang benar-benar seperti ‘binatang’ yang sanggup menjadi syaitan bisu demi menjaga kepentingan masing-masing, bukan untuk kepentingan bangsa. Pelaksanaan dasar ini terpaksa dibayar dengan kos yang amat mahal dan mengorbankan kepentingan bangsa dan bahasa, tiba-tiba ianya dihentikan separuh jalan. Bukankah ini kerja orang gila. Kamu dan UMNO tidak layak untuk diberi amanah memerintah Negara ini lagi. Pasti UMNO akan tumbang sekiranya ianya tidak dibantu oleh pasukan polis, SPR dan lain-lain institusi kerajaan.

Mahdzir, kamu dan kumpulan kamu tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Mahathir seperti isu-isu jambatan bengkok, Proton, AP, AV Agusta, Rafidah Aziz, penguasaan Khairy dalam perniagaan dan politik, dari mana Khairy mendapat dana RM9.2 juta dalam usia yang begitu muda untuk membeli saham ECM Libra, isu Kalimullah, gaya pengurusan ekonomi terkini, monopoli Scomi dan Kamaluddin Abdullah terhadap projek-projek kerajaan. Kamu semua diam membisu. Semuanya menjilat buntut Abdullah. Kami rakyat marhaen tahu dan sedar kamu dan golongan kamu adalah ‘lembu-lembu pawah’ yang enak diberi makanan setiap hari, tetapi kamu dan golongan kamu tidak sedar bahawa bangsa dan agama kamu hampir musnah disebabkan angkara kamu dan golongan kamu seperti dalam isu dasar bahasa tadi.

Kamu sepatutnya merujuk sifat Rasul, yakni tabligh, siddiq, amanah dan fatanah. Saya terasa ada lompong kosong pada sifat keempat itu, iaitu sikap kebijaksanaan yang sepatutnya ada pada kamu. Kamu orang muda, pengalaman baharu setahun jagung, tetapi sikap yang kamu tunjukkan itu terlalu kurang ajar dan biadap apabila perkataan tersebut keluar daripada mulut kamu sendiri. Sepatutnya kamu menggunakan bahasa yang lebih berlapik. Kita ada budaya kita sendiri. Janggal sekali apabila rakyat dipaksa secara tidak langsung supaya lebih banyak bersimpati kepada seorang PM dan itulah bekalannya yang kamu bawa untuk terus berdepan dengan Mahathir, sedangkan rakyat amat memerlukan kepemimpinan yang tegas, berwibawa, telus, bijaksana, karismatik selain tiga sifat Rasul tadi.

Tidak pernah sepanjang sejarah negara, institusi Perdana Menteri boleh dipersenda dan dijadikan bahan lawak jenaka, dengan begitu meluas. Pelbagai istilah negatif yang merendah-rendahkan PM dilemparkan dan sebahagiannya disebar-luaskan melalui SMS, emel, dan blog. Tiada siapa dapat mengesahkan, tapi semakin ramai yang menyebut soal Abdullah sering tertidur ketika mesyuarat, lambat tiba di majlis-majlis rasmi, membuat keputusan tanpa tahu hujung-pangkal sesuatu isu, menyerahkan bulat-bulat kepada menteri walaupun dalam hal kritikal, jarang membuat home-work sebelum melancarkan program besar kerajaan, termasuk dasar-dasar penting negara.

Dalam kesibukan jamuan hari raya yang diadakan di merata tempat oleh pemimpin UMNO dan PAS [saya menghadiri kedua-duanya], saya telah mengambil kesempatan meninjau pandangan ahli-ahli UMNO daripada ‘grassroots’. Kebanyakan mereka begitu sensitif dan marah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh kamu itu.

Jasa Mahathir lebih besar daripada kamu dan Abdullah sendiri. Hasil tinjauan rambang yang dibuat, rata-rata yang ditemui marah terhadap kenyataan biadap dan kurang ajar kamu itu. Ini satu kenyataan yang benar dan tidak diputar-belitkan seperti yang dimainkan oleh akhbar milik golongan kamu. Kalau kamu tidak percaya, turun ke kawasan kamu dan adakan satu kajian. Respondennya di kalangan orang dewasa dan veteran, bukan mat rempit. Pasti kamu akan menerima jawapan yang penduduk Padang Terap [malah sebahagian besar rakyat Kedah] cukup benci, marah dan meluat kepada kamu.

Jadi, kata kamu: "Saya rasa orang Kedah sendiripun malu dengan tindakan Tun dan akan hilang rasa hormat kepada dia," tambah Mahdzir. Mahdzir Khalid, MB Kedah, Malaysiakini.com, 28.10.2006.

Kenyataan kamu itu tidak betul. Kamu pembohong besar. Diri kamu sendiri pun sebahagian penduduk di DUN Pedu menolak dan benci kepada kamu. Lihatlah kamu menang di DUN Pedu, sebanyak 7,684 orang yang suka kepada kamu dan yang benci dan meluat kepada kamu seramai 5,785 orang. Apa yang hendak dibanggakan kamu hanya lebih 1,899 orang yang cintai kamu. Kebanyakan yang mencintai kamu ialah keturunan Siam dan bukan-Melayu lainnya. Kalau dibandingkan kamu dan Abdullah sendiri dengan Mahathir, kesimpulannya samalah dengan kita membandingkan langit dengan bumi-jaraknya terlalu jauh.

2. “Jika Tun Dr Mahathir hendak lanyak kerajaan juga, eloklah lepaskan semua jawatan itu dan jadilah individu bebas yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan, barulah betul. Jika tidak apa gunanya jadi penasihat.

"Pada masa yang sama Tun membuat kritikan terhadap kerajaan, beliau masih menjadi penasihat kepada banyak agensi kerajaan seperti Petronas, Proton dan LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi)," tambah Mahdzir-Mahdzir Khalid, MB Kedah, Malaysiakini.com, 28.10.2006.

Ulasan:
Lagi sekali, Mahdzir menunjukkan ‘kebodohannya’ apabila mendesak Mahathir meletakan jawatan Penasihat Petronas, Proton dan LADA. Mengikut pandangan A.Kadir Jasin yang menulis dalam blognya, seandainya Mahathir disingkirkan sebagai penasihat Petronas dan Proton, yang rugi bukan Mahathir tetapi UMNO dan negara. Di dalam UMNO hari, tidak ada orang yang lebih mengetahui mengenai dua entiti ekonomi negara itu selain Mahathir.

Kata Kadir lagi, beliau masih ingat bagaimana pada tahun 1976 [Kadir ialah bekas editor NST] Mahathir kerap memberikan taklimat off-the-record kepada wartawan ekonomi mengenai rundingan Perjanjian Perkongsian Pengeluaran (Production Sharing Agreement) di antara Petronas dan syarikat-syarikat minyak antarabangsa. Waktu itu beliau Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan [ketika itu kamu baru berusia 16 tahun masih bersekolah di SMK Dato’ Syed Omar, Alor Setar].

Di bawah pentadbiran beliau selama 22 tahun, industri petroleum negara berkembang pesat dan dasar pengantarabangsaan perniagaan beliau mengubah Petronas daripada sebuah syarikat minyak nasional kepada salah sebuah syarikat minyak antarabangsa yang terbesar di dunia [dalam tempoh masa itu juga, Mahdzir lulus universiti, menjadi guru, masuk politik dan bertanding pilihan raya.] Hari ini Petronas bergiat di 30 buah negara dan menjadi salah sebuah daripada 500 syarikat terbesar di dunia mengikut senarai majalah Fortune.

Siapakah yang membangunkan Langkawi seperti yang kita lihat sekarang? Apa sumbangan kamu terhadap pembangunan di Langkawi. Kata orang tua-tua, bila bercakap perlu berhati-hati, terlanjur perahu boleh diundur, tersilap cakap buruk padahnya.

Mahdzir budak Jabi, kebanyakan penduduk Jabi berperangai buruk dan gedebe termasuklah perangai yang dibawa oleh Mahdzir ini. Untuk mengenali lebih dekat lagi siapa si Mahdzir ini, sila baca tulisan A.Kadir Jasin dalam blognya siaran 3 November 2006: http://kadirjasin.blogspot.com/
3. "Masa Tun memerintah tiada orang berani mengkritik beliau. Dia guna kuasa dia, guna ISA tangkap orang dan sekarang dia kata negara ini telah menjadi negara polis." Mahdzir Khalid, MB Kedah, Malaysiakini.com, 28.10.2006

Ulasan:
Memang Negara ini Negara polis sejak dulu lagi. Almarhum Tunku Abdul Rahman ketika itu bersama dengan Tengku Razaleigh Hamzah memimpin parti SM46, pernah berkata Negara ini Negara polis. Mengikut pendapat saudara Wan Abdul Rahman Wan Ab. Latif [Harakahdaily 30.10.2006], secara mudahnya katanya negara polis dapat diertikan sebagai sebuah negara yang terlalu menitikberatkan persoalan keselamatan dalam perjalanan pentadbirannya.

Konsep keselamatan yang difahami oleh negara adalah terlalu menyeluruh dan inklusif; ianya terlalu menyeluruh sehinggakan keselamatan negara tidak dapat dipisahkan dari kestabilan politik. Lebih teruk keselamatan dikaitkan secara langsung dengan kelangsungan politik parti yang memerintah dan dalam kes Malaysia kelangsungan atau survival politik UMNO/BN.

Perlu dibeza antara keselamatan negara dengan keselamatan parti politik yang memerintah. Dalam keadaan kelabu [tidak dapat bezakan di antara keselamatan Negara dengan keselamatan UMNO] yang wujud di fikiran rakyat, maka UMNO mengambil advantage menjadikan survival UMNO sebagai keselamatan Negara. Samalah juga dengan fahaman UMNO itu kerajaan dan kerajaan itu UMNO yang dipahat dalam-dalam di fikiran rakyat. Di situlah timbulnya slogan di setiap projek pembangunan yang dibuat oleh UMNO: “Satu lagi Projek Barisan Nasional” yang dipacak di seluruh Negara. Membodohkan rakyat, sedangkan duit untuk projek-projek pembangunan itu datangnya dari kocek seluar rakyat dalam bentuk berbagai jenis cukai yang dikenakan kepada rakyat. Bukan duit UMNO.

Terdapat seramai 20,000 hingga 30,000 SB di Malaysia dan angka ini merupa 1/3 dari jawatan dalam perkhidmatan polis. SB-SB ini bergerak secara rahsia, terdiri dari pelbagai jantina dan kepakaran, memantau pergerakan individu dan kumpulan yang dianggap boleh membawa masalah keselamatan. Pemantauan mereka begitu terperinci: tempat yang selalu dikunjungi oleh individu/kumpulan yang dimaksudkan, bahan bacaan yang dibaca, program televisyen yang diminati, laman web yang dilawati, surat-menyurat juga dipantau, perbualan telefon termasuk telefon bimbit dirakam, e-mail dan SMS dipantau. Malah secara umumnya tingkah-laku, cara hidup dan cara berfikir individu dipantau.

Terbaharu, pada malam 2.11.2006, program Ceramah Kebangkitan Rakyat Terengganu, di Batu Burok, Kuala Terengganu yang melibatkan Anwar Ibrahim. Pada mulanya, pasukan polis cuba mengganggu majlis ceramah ini, tetapi perbincangan Anwar dan Mustafa Ali dengan pasukan polis, akhirnya pihak polis akur membenarkan majlis tersebut berjalan seperti yang dijadualkan. Mahathir pula disekat dan dihalang untuk menemui rakyat dan ahli-ahli UMNO. Semua program yang diatur khas untuk Mahathir terpaksa dibatalkan. Penganjur diugut dan diancam akan diambil tindakan.

Pembangkang telah menghadapinya semenjak 1.7.2001 lagi. Pelbagai program dan aktiviti pembangkang dihalang dan disekat. Beribu majlis ceramah PAS dikepung, disembur air, disembur asid dan gas pemedih mata. Beribu-ribu ahli dan penyokong PAS telah menjadi mangsa keganasan pasukan polis ini. Ramai yang ditangkap dan didakwa di mahkamah termasuk pemimpin kanan PAS, Dr. Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat ditahan, dilokap dan diperhinakan seolah-olah ‘penjenayah’ di Kuantan, Pahang dan kes ini masih dalam perbicaraan. Malah MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat pernah dibawa lari daripada kepungan pasukan polis di Kuala Ketil, Kedah di tengah kesejukan malam buta meredah hutan belantara dan Presiden PAS sendiri telah disembur dengan gas pemedih mata di Masjid Al-Takwa, Batu 6, Kuala Terengganu.

Bagi membuktikan lagi bahawa Negara ini adalah sebuah Negara polis, peristiwa berdarah yang dikenali sebagai ‘Bloody Sunday’ yang berlaku pada Ahad 28 Mei 2006 di Menara Petronas telah diadakan satu demonstrasi bagi menentang kenaikan harga minyak dan tariff elektrik. Sebelum itu berlaku satu demonstrasi besar-besaran yang dibenarkan oleh polis untuk mengutuk perbuatan akhbar Denmark yang menghina Nabi Mohammad saw, tetapi demonstrasi pada 28 Mei melibatkan kerajaan pimpinan Abdullah, maka demonstrasi tersebut terpaksa dihentikan secara biadap dan tidak berperikemanusiaan. Peristiwa ‘bloody Sunday’ ini telah menarik perhatian SUHAKAM [pada mulanya enggan] dan SUHAKAM telah mengadakan satu inquiry awam [selepas dikenakan tekanan] perbicaraan belum selesai lagi. Kita tunggu apa hasilnya.

Kesimpulannya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahdzir Khalid itu merupakan satu kenyataan yang biadap dan kurang ajar serta menggambarkan Mahdzir seorang pemimpin yang kurang pintar [sama dengan Abdullah] tidak ada kewibawaan sebagai seorang pemimpin muda. Kenyataan ini menggambarkan Mahdzir seorang kaki ampu dan bodek nombor wahid. Pemimpin jenis ini tidak boleh diharapkan untuk membela agama, nasib bangsa dan Negara. Pemimpin jenis ini tidak ada harga diri dan tidak boleh dipercayai terhadap ketulusan dan keikhlasannya berjuang. Tidak ada harapan negeri Kedah akan membangun maju di bawah pentadbirannya.
"SELAMATKAN NEGARA DAN SELAMATKAN RAKYAT"
"PROTES HINGGA TURUN"

Sekian, wassalam. Terima kasih.

Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya : http://tuntelanai.blogspot.com/


No comments: