DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, July 16, 2007

MENGIMBAU KISAH SILAM MEGAT JUNID MEGAT AYOB

Oleh: Tun Telanai

Assalamu'alaikum wm.wrt,

I. Sejarah Politik Megat Junid Megat Ayob

Gambar ini diambil daripada akhbar internet klpos.com. Megat Junid Megat Ayob bukan asing bagi rakyat Malaysia. Beliau merupakan tokoh politik paling popular ketika Tun Dr.Mahathir Mohamad berkuasa dahulu. Kini, dikhabarkan Megat diserang penyakit kanser. Beliau kelihatan sangat uzur ketika duduk menanti kepulangan Mahathir dari lawatan luar negara.


Gambar ini pula diambil daripada laman http://minaq-jinggo.fotopages.com/ yang menunjukan Megat menghadiri majlis sambutan hari lahir Mahathir dan isterinya, Dr.Hasmah Mohd.Ali. Kelihatan Megat Junid berjalan lemah dan tidak bermaya. Beliau merupakan orang kanan dan paling setia dengan Mahathir dari awal sehingga berakhirnya karier beliau sebagai seorang ahli politik.


Megat Junid merupakan salah seorang ahli politik dari Malaysia yang tersohor di zaman mudanya. Beliau pernah berkhidmat dalam Parlimen Malaysia sebagai Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan kemudian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Beliau seorang ahli UMNO dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Penerangan UMNO [2000-2003].
Beliau lahir di
Kampung Padang, Mukim Bandar, 36800 Kampung Gajah, Perak. Memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Air Mati, Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh, Maktab Perguruan Ipoh dan di Universiti Malaya.Teman sama sekolahnya ialah Dr Abdulah Fadhil Che Wan [bekas Ahli Parlimen dan bekas Timbalan Menteri Pertahanan di zaman Mahathir memerintah] dan Tajol Rosli Ghazali, Menteri Besar Perak.

Karier politik Megat Junid bermula pada tahun 1972 apabila menyertai UMNO dan dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO bahagian Alor Setar. Pada 1 Januari 1975, Mahathir yang ketika itu menjadi Menteri Pelajaran melantik Megat sebagai pegawai khasnya sebelum dilantik sebagai Setiausaha Politik Mahathir setahun kemudian sehingga 1984.

Karier politiknya cerah apabila beliau memenangi pilihanraya umum 1982 bagi kawasan Parlimen Pasir Salak. Seterusnya, beliau dipilih menjadi Timbalan Ketua UMNO bahagian Pasir Salak pada tahun 1984 dan pada tahun yang sama dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama. Pada pilihanraya umum 1986, Megat sekali lagi memenangi kerusi Parlimen Pasir Salak dengan majoriti melebihi 10,000 undi. Sejak tahun itu hingga 1997, beliau memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri sebelum dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sehingga 1999.

Pengaruhnya di Pasir Salak semakin kukuh apabila memenangi pilihanraya umum 1990 dengan majoriti melebihi 15,000 undi. Megat Junid sekali lagi memenangi kerusi Parlimen Pasir Salak pada pilihanraya umum 1995 dengan majoriti sebanyak 17,300 undi. Bagaimanapun karier politiknya mengalami kejutan pada pilihanraya umum 1999 apabila tewas kepada Mat Basri bagi merebut kerusi Parlimen Parit. Megat Junid juga memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO bahagian Pasir Salak sejak 1984 sebelum tewas apabila mencabar Ramli bagi jawatan ketua bahagian itu pada 15 April 2003.

II. Mengimbau Kisah Silam Megat Junid Megat Ayub

Terdapat tiga peristewa penting yang tidak mungkin dilupakan oleh rakyat Malaysia yang membabitkan Megat sepanjang beliau menjadi tokoh politik yang berkuasa dan berkedudukan dalam kerajaan pimpinan UMNO. Pertama, kes pembunuhan seorang wanita bernama Mustakizah pada 14 November 1988 bertempat di Segambut Tengah, Kuala Lumpur. Wanita ini ditembak dari jarak dekat. Ketika itu Megat ialah Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, yang menterinya ialah Mahathir. Difahamkan Mahathir menyerah bulat-bulat dan memberi kepercayaan sepenuh kepada Megat untuk mengemudikan Kementerian itu kerana Mahathir sibuk dengan tugas-tugas seorang Perdana Menteri berkempen dalam dan luar negeri untuk membangunkan Malaysia sebagai Negara maju menjelang tahun 2020.

Boleh dikatakan semua orang tahu bahawa Megat didakwa terlibat dengan pembunuhan Mustakizah Jaafar, seorang gadis berasal dari Muar, Johor dan anak kepada seorang guru. Wanita malang itu didapati mengandung tiga bulan setengah ketika dibunuh secara kejam lebih sedekad lalu oleh pembunuh upahan yang dikaitkan dengan Megat yang mengupah dan mengarahkannya.

Khabarnya arwah memaksa Megat mengahwininya kerana benih didalam perut kian membesar. Setelah Megat menolak, arwah mengugut untuk membuat laporan polis. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Mustakizah mesti dibunuh. Tamatkan riwayatnya. Maka, kes ini boleh ditutup atau fail diarah ditutup habis cerita, seperti apa yang berlaku terhadap kes rasuah RM5 juta Timbalan Menteri Dalam Negeri, Johari Baharom, sedikit masa lagi kes rasuah bekas Ketua Pengarah BPR, Zulkipli Mat Noor akan dinyanyi oleh Peguam Negara dengan seni kata dan irama yang sama.

Sayangnya, kes sebesar itu [mengakibatkan kematian] tidak ada sesiapa pun yang ditangkap dan disiasat oleh pihak polis dan tidak ada sesiapa didakwa di mana-mana mahkamah di Malaysia. Kita selalu memuji dan memuja bahawa pasukan polis kita merupakan salah sebuah pasukan yang cekap dan professional di dunia, tetapi dalam kes ini pasukan polis kita tidak cekap dan tidak ada kemahiran untuk menyiasat siapa pembunuhnya.Kalau tidak silap saya ketika kes pembunuhan itu berlaku, Ketua Siyasatan Jenayah Bandaraya adalah Penolong Penguasa Mohamad Bakri Omar, sekarang ini telah pun bersara dari jawatan Ketua Polis Negara. Bakri kemungkinan besar sudah tahu siapa yang terlibat, tetapi tidak berani bertindak bagi menjaga kepentingan politik Mahathir, Megat Junid dan UMNO.

Kematian Mustakizah tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Beliau mati katak sahaja akibat system keadilan di Negara ini ditentukan oleh pengusaha yang teramat zalim dan kejam. Semoga Allah s.w.t mengampunkan segala dosa Allahyarham Mustakizah. Al Fatihah

Kedua, Megat Junid merupakan salah seorang [yang lain Daim Zainuddin, Rahim Tamby Chik dan Aziz Shamsudin] dikatakan [seperti yang didakwa oleh Anwar] terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim dalam parti dan kerajaan. Megat juga juga bertanggungjawab secara bersama memalukan, menghina dan memenjarakan Anwar Ibrahim selama enam tahun.

Anwar telah memberitahu Mahkamah Tinggi pada 26 Oktober 1998 [ketika itu Anwar sedang membela dirinya sendiri daripada tuduhan melewat di hadapan Hakim Ariffin Jaka] bahawa Megat ketika itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pernah mengaku bahawa melalui isteri keduanya Norzilah bte Abdul Jalil, ataupun nama popularnya Ziela Jalil terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkannya kerana beliau [Anwar Ibrahim] memiliki laporan dakwaan Megat Junid terlibat dengan kes pembunuhan Mustakizah, pembahagian saham MITI kepada anaknya dan laporan yang menunjukkan Megat suka berjudi.

Ketika berkuasa dulu, Megat Junid dengan mudah memberi lesen AJL [ (direct selling] kepada kawan-kawannya termasuk rakan artis sperti Zainuddin Zimbo. Zainuddin memang kawan rapat dengan Zeila Jalil, isteri muda Megat. Ketika Megat di Kementrian Dalam Negeri, beliau memberi banyak peluang-peluang kepada kroninya menjalankan perniagaan orang jual orang [lesen membawa masuk pekerja asing] seperti kepada kroni baiknya Tajudin Abdul Rahman dan anak-anak serta isteri muda Megat, Zeila Jalil.

Di masa Megat jadi Menteri pula, beliau telah melantik seorang tukang kebun sekolah jadi Setiausaha Politiknya. Nama dia Mat bin Abu. Mat punya sombong, lebih dahsyat dari Megat punya kesombongan. Matlah yang buat kerja "kutip duit" pada Cina-Cina yang kena buang daerah kalau ada kes ekor haram dan lain-lain. Mat ini juga buat kerja hidupkan lesen senapang Cina. Mat juga tolong kenalkan Cina-Cina yang buat kerja "kotor" pada Megat. Megat mungkin kata dia tak ambil apa-apa dari Cina-Cina ini tetapi Mat kaya raya dengan projeknya itu. Megat kaki judi. Setiausaha-setiausaha Megat juga tolong carikan "kaki" setiap kali Megat teringin hendak berjudi. Ini semua orang tahu. Cuma, kawan-kawan, sanak saudara Megat dan penyokong-penyokongnya ketika beliau berkuasa dulu tidak berani untuk memberitahunya.

Isterinya, Zeila Jalil seorang pelakon seksi dan bergaya. Suka berpakaian mendedahkan batang tubuhnya yang munggil untuk tontonan ramai.Pandai mengoda pembesar-pembesar UMNO yang senantiasa dahagakan seks seperti Megat ini. Zeila pernah didakwa mempunyai lelaki simpanan bernama Eizlan Yusof, bendahari UMNO cawangan Jalan Sultan Yusof, Bahagian Ipoh Barat.

Didalam Bintang Popular iaitu sisipan hiburan Berita Minggu [sunday newspaper bagi berita harian], pada keluaran 23 Febuari 2003 muka 2 dan 3, terdapat kenyataan oleh Eizlan Yusof menafikan gosip-gosip seperti itu bahawa beliau bukan lelaki simpanan Ziela Jalil.

Ketiga, persaraan beliau dalam politik. Beliau bersara dalam arena politik dengan alasan kononya beliau kecewa terhadap amalan politik wang pada pemilihan bahagian UMNO.Keputusan itu dibuat selepas beliau tewas kepada Timbalan Menteri Pengangkutan, Ramli Ngah Talib [sekarang Speaker Dewan Rakyat] dalam pemilihan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Perak, pada 15 April 2003.

Kekalahan beliau pada PRU ke-10 dulu adalah akibat percaturan politik Ramli Ngah Talib, yang ketika itu ialah Menteri Besar Perak yang juga Ketua Perhubungan UMNO Negeri. Ramli Ngah Talib yang dulunya Adun Kampung Gajah dalam Parlimen Pasir Salak adalah Ketua Bahagian Umno kawasan itu. Megat hanyalah Timbalan kepada Ramli. Dalam pilihanraya 1995, nasib Ramli dikatakan telah diselamatkan oleh Anwar yang memang mempertahankan Ramli sebagai MB Perak. Berlaku sedikit "kelewatan" perlantikan beliau ke kerusi MB pada waktu itu, kerana berjalannya "sorong-tarik" politik yang dahsyat antara Anwar dan Mahathir.

Ramli tahu, nasibnya tidak sebaik itu selepas pilihanraya umum 1999. Sebagai Ketua Perhubungan Umno Negeri, beliau meletakkan dirinya untuk bertanding di parlimen. Gosip-gosip kedai kopi banyak memperihalkan minat Ramli untuk bertanding di parlimen Parit bagi menggantikan emak saudaranya, Ainon Khairiyah Abbas.

Sudah tentulah, percaturan itu mudah kerana "komplot" yang diatur bagi mengetepikan anak Parit sendiri bertanding di parlimen itu disusun sendiri oleh Ramli dan Setiausaha Perhubungan Umno Negeri, Zaim Abu Hassan yang juga Ketua Bahagian UMNO Parit. Hubungan Zaim-Ramli begitu erat sekali. Zaim pernah duduk dibawah dagu Ramli sebagai Setiausaha Politiknya.

Ainon juga ditarik ke Parit adalah atas "komplot" yang sama. Ainon adalah Ketua Wanita Umno Pasir Salak tetapi diberi "nyawa baru" dalam politik, bertanding di Parit menentang Haji Subky Latiff dalam pilihanraya umum 1995. Inilah peranan yang dimainkan oleh Zaim sebagai Ketua UMNO Bahagian Parit dan Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri.

Kebanjiran "orang Pasir Salak" ke Parit tidak membawa erti orang Parit tiada yang cerdik dan bijak. Mereka tidak lebih sebagai "orputunis" yang berlagak bijak dan pandai di tempat orang. Pada hal, jika diteliti, keupayaan dan kemampuan mereka dalam politik jelas tempang dan pincang. Mereka tidak ubah seperti "kembiri politik". Sebelum mendapat "kuasa" bukan main hebat ideanya, pandangannya serta cadangannya, tetapi bila "berkuasa" terbukti semuanya itu palsu belaka.

Rupa-rupanya, Ramli tidak sebodoh Megat Junid. Beliau tahu, "politik Parit" sejak Anwar dipecat, makin panas. Prestasi emak saudaranya sebagai Ahli Parlimen Parit ketika itu, agak mengecewakan dan orang Parit mula mempersoalkannya. Ainon boleh dianggap menunjukkan batang hidung setahun sekali kepada orang Parit. Kesibukannya sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Tanah dan Koperasi sering menjadi pendinding dirinya.

Akibatnya, Ramli menukar arah dan tempat.ke Pasir Salak tentunya pilihan pertama setelah Parit gagal diconggak kemampuannya. Sebagai Ketua Bahagian Pasir Salak dan Ketua Perhubungan UMNO Negeri, Ramli bertindak dengan mudah untuk ke arah itu. Megat Junid yang menjadi Ahli Parlimen Pasir Salak dan juga seorang menteri penuh, tidak payah untuk ditendangnya ke Parit sekalipun sebulan dua sebelum bubarnya parlimen, Megat Junid disebut-sebut bakal bertanding di Dun Air Kuning, Kampar untuk mengantikan Ramli sebagai MB Perak yang baru.

Ramli dikatakan bekerja kuat menukar senarai calon itu dan ianya tidak ditentang oleh Mahathir kerana laporan prestasi UMNO dan BN Parit amat membanggakan. Pendek katanya, BN Parit tidak mungkin tewas dalam pilihanraya itu. Dua hari lagi, hari penamaan calon, sahlah Megat bertanding di Parlimen Parit, Ramli pula di Pasir Salak. Sementara Ainon Khairiyyah di Dun Kampung Gajah. Laluan Ramli nampaknya lapang sedikit tetapi Megat sudah disebut-sebut oleh orang Parit bakal "dihanyutkan" ke Pasir Salak semula melalui Sungai Perak atas rakit batang pisang.

Zaim bertanding di Dun Belanja, sementara Ismail Habullah [Timbalan Ketua UMNO Parit] pula di Dun Bota. Kedua-dua mereka calon bertahan dan anak tempatan di situ. Nasib mereka kurang baik, apabila "mengundang" Megat yang dianggap orang Parit sebagai "orang luar". Faktor orang luar sebenarnya cukup banyak membantu kekalahan Megat.

Meletakkan Megat Junid di Parit membuka lembaran baru bagi PAS kawasan itu. Usaha giat PAS yang dijalankan setahun secara drastic tanpa henti mengasak pemikiran rakyat tentang kepincangan UMNO dan kaitan Megat dalam kumpulan konspirator yang mencatas Anwar, mendapat sambutan luar biasa .

Akhirnya Megat Junid tewas ditangan Ustaz Basir Rahmat [PAS] merupakan ustaz pencen yang giat berkebun. Zaim tewas ditangan Dr.Faizol Fadli [PAS] dengan majority yang kecil dan Ismail Hasbullah yang kalah ditangan Usaili Alias [KeAdilan].

Akhir kata, musibah yang menimpa Megat Junid sekarang adalah ‘anugerah’ Allah yang maha esa supaya Megat Junid bermuhasabah dan kembali ke jalan yang diredhai oleh-Nya.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”



Sekian, wassalam. Terima kasih.
Terima kasih joe penang

18 comments:

joe penang said...

salam.
Terdapat sedikit kesilapan fakta. Calon PAS Dun Belanja ialah Dr Faizol Fazli(tak pasti ada tak nama Mohd).
Calon BN dun Bota ialah Ismail Hasbollah.

Jika boleh semasa menaip nama orang pastikan nama yg di taip adalah betul.

p/s: saya pernah terbabit dlm PRU11 dahulu di Parlimen Parit

Anonymous said...

sume manusia xperfect, sume menteri makan duit utk kesenangan diri sendiri, tapi sume mereka berusaha sekurang-kurangnyer utk membangunkn negara..tapi anwar?? sanggup jual rahsia2 negara pd US demi utk kesenangan diri sendiri..mmg la dia xmkn duit rakyat tp dia nk menghancurkn terus rakyat..mmg patut dijatuhkn camtu..melayu xsedar dek untung..keji.

Anonymous said...

Kullu nafsin zaiqatul maut...setiap yang hidup akan melalui kematian dan berjumpa dengan Allah Rabul Jalil. Then you are answerable 4 wahta ever taht you have done no matter engko tukang kebun atau sultan ke PM ke pesara...apa pape jela....tika didunia berebut buat amal kebajikan...itu yang akan dibawa...kerana hidup penghujungnya adalah mati.. tetapi mati di alam barzkah adalah satu lagi cerita yang tiada penghujungnya hingga hari kiamat...FIKIRkanlah Manusia!!! jgan nak pikir apa yang kamu buat je tu baik...akan tetapi apa sebenarnya tujuan kita di dunia fana ni...ini lah dia rencah dunia yang kita ulit bagai mimpi yang akhirnya tiada bertepi...

Anonymous said...

apa kna mgena ngn papa sy..(zainuddin zimbo)dlm hal nih..xbaik bngkitkn hal2 mcm nih..awk xpk kew prasaan keluarga sy?

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Sesungguhnya Allah tak akan memakbulkan doa bagi menganiaya orang lain..

Anonymous said...

Seronoknya dan sedapnya menceritakan keburukan orang lain (itupun belum tentu cerita betul) macam makan mayat saudara sendiri.
Saya ni adik kandung mustakizah dan saya tahu apa yang betul dan apa yang tidak dalam cerita yang dipaparkan...tak perlulah membuat fitnahan kepada kakak saya tu kalau semata-mata nak buat orang benci kat BN, nanti Allah akan lebih membenci anda.

Anonymous said...

Biasala PUAK PAKATAN HARAM ni, kalau tak menfitnah bukan la dasar dia orang...

Anonymous said...

saya bapak sedara adik ipar belah mak kerbau jiran arwah jangan dicela arwah semasa hidupnya banyak berbakti

mustakizah mak saudara jiran ipar duai orang rumah saya. saya tahu cerita. jangan nk membohong.

apa dosa bapak tiri lembu saya sampai kena pitnah? x pikiw kewww kewluawgaw perasaaannyeww

Anonymous said...

Di masa Megat jadi Menteri pula, beliau telah melantik seorang tukang kebun sekolah jadi Setiausaha Politiknya. Nama dia Mat bin Abu. Mat punya sombong, lebih dahsyat dari Megat punya kesombongan. Matlah yang buat kerja "kutip duit" pada Cina-Cina yang kena buang daerah kalau ada kes ekor haram dan lain-lain. Mat ini juga buat kerja hidupkan lesen senapang Cina. Mat juga tolong kenalkan Cina-Cina yang buat kerja "kotor" pada Megat. Megat mungkin kata dia tak ambil apa-apa dari Cina-Cina ini tetapi Mat kaya raya dengan projeknya itu. Megat kaki judi. Setiausaha-setiausaha Megat juga tolong carikan "kaki" setiap kali Megat teringin hendak berjudi. Ini semua orang tahu. Cuma, kawan-kawan, sanak saudara Megat dan penyokong-penyokongnya ketika beliau berkuasa dulu tidak berani untuk memberitahunya.


INI BETUL PUNYA FITNAH. DAH LAH NAMA PUN SALAH. MACAM BANGKAI PUNYA PAKATAN RAKYAT.MMG BABI LAH!

Anonymous said...

ini ke golongan yg islam sgt. kuat sebarkan fitnah. mereka cerita yg tk munasabah. kalau betul depan buat salah tk kena sambar petir pun. beringat sikit sebelum ckp pasal org lain.mcm diri tu perfect.

Anonymous said...

Klu xtau cite tntg arwah akak aku jgn cite.… jmpa kt neraka

Anonymous said...

Ko ni mcm penyair zaman jahiliyah dulu… ko tunggu je azab kubur ko nnt

Anonymous said...

Mmg ko ni jahiliyah la babi

Anonymous said...

Bodo la kau ni. Hahahahah

Anonymous said...

Semoga laknat Allah kpd pemimpin yg berlaku zalim dan tidak amanah. Rasalah balasanNya....

Anonymous said...

Itu pendapat Mamak Mahathir

Anonymous said...

Mungkin adik kandung megat junid.

Anonymous said...

yeezy outlet
jordan shoes
jordan shoes
giannis antetokounmpo shoes
bapesta shoes
paul george shoes
kobe shoes
kyrie 7
jordan shoes
supreme