DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, July 8, 2007

KES RASUAH AZALINA OTHMAN SAID

TUN TELANAI,
Mantan Pang5 Melaka,
00000 Jalan Pusara 1,
Melaka Bandaraya Kita.

Kepada :

TAN SRI MUSA BIN HASSAN,

Ketua Polis Negara,
Bukit Aman,
Kuala Lumpur.

Assalamu’alaikum wm.wrt,

Ybg Tan Sri

LAPORAN RASUAH DAN MENYELEWENGAN MANTAN KETUA PUTRI UMNO DAN KINI MENTERI BELIA DAN SUKAN-CIK AZALINA BT OTHMAN SAID

Pertama sekali saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah diatas kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menyambung tugas Tan Sri sebagai Ketua Polis Negara [KPN] selepas 12 September 2007 [tarikh Tan Sri bersara wajib] nanti secara kontrak [mungkin akan bersambungan tahun demi tahun [sekiranya kerajaan berpuas hati dengan prestasi Tan Sri] seperti yang dinikmati oleh bekas Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Zulkipli Mat Noor.

2. Saya turut merasa berbangga, walaupun ketika ini Tan Sri menghadapi tuduhan yang amat berat melakukan amalan rasuah dan mempunyai hubungan yang sangat baik dengan samseng-samseng daripada keturunan China. Namun, Abdullah tetap memberi kepercayaan kepada Tan Sri meneruskan tugas sebagai KPN melipatgandakan usaha membanteras jenayah dan rasuah yang dirancang. Tahniah sekali Tan Sri.


Ybg Tan Sri,


3. Dalam kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Tan Sri dan anak buah Tan Sri [Pasukan Polis DiRaja Malaysia [PDRM] dengan cekap, betul dan mesra telah berjaya menyiapkan penyiasatan rapi tuduhan rasuah RM5 juta membebaskan tiga orang penjenayah yang dilakukan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Johari Baharom.

Tan Sri juga maklum bahawa Johari juga adalah Ahli Parlimen Kubang Pasu yang bertanggungjawab mengagalkan mantan PM, Tun Dr.Mahathir Mohamad secara rasuah bagi menduduki kelompok G7 untuk melayakkannya menjadi salah seorang perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan pada November tahun lalu.

Tan Sri juga turut maklum bahawa YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden dan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, pada hari Rabu, 27 Jun lalu, dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi [MT] UMNO di Menara Dato’ Onn, telah mengumumkan bahawa Lembaga Disiplin UMNO tidak menemui sebarang bukti kukuh berlaku sogokan wang dan salah-laku dalam pemilihan perwakilan pada Mesyuarat UMNO Bahagian Kubang Pasu, 9 September tahun lalu. Berikutan itu, Najib berkata, Lembaga itu tidak akan mengambil sebarang tindakan tatatertib terhadap mana-mana ahli parti berhubung dakwaan tersebut.

Tan Sri, Najib dan para anggota Lembaga Disiplin UMNO ingat bahawa semua rakyat Malaysia ini tidak mampu berfikir. Tan Sri, kita ada lebih kurang 27 juta penduduk, ahli-ahli UMNO hanya 3.4 juta orang sahaja [yang tidak mampu berfikir dan menimbangkan perkara-perkara yang membawa kebaikan kepada agama, bangsa dan negara], tetapi yang selebih itu banyak cerdik-pandai, mereka ini boleh berfikir dan tidak mudah diputarbelitkan isu. Tidak mudah dibeli dan dirasuahkan.

Ybg Tan Sri,

4. Tan Sri dan anak-buah Tan Sri telah menyiapkan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang. Laporan Johari dan Datuk Seri Zulkipli Mat Noor, bekas Ketua Pengarah BPR telah disiapkan dan telah pun diserahkan ke Pejabat Peguam Negara [kini berada dalam tangan Tan Sri Abdul Ghani Patail-Peguam Negara] bagi membuat keputusan sama ada kes-kes ini ada prima facei atau tidak untuk dibawa ke mahkamah. Tan Sri pun sedia maklum dan rakyat pun tahu bahawa Ghani terpaksa mengambil masa yang panjang [meredakan suasana] untuk menyelamatkan kedua-dua mereka dengan memberi alasan yang lazim digunakan dengan menggunakan perkataan seperti berikut :”…………….pihak Pejabat Peguam Negara berpendapat bahawa kedua-dua kes ini tidak mempunyai bukti yang kukuh atau keterangan yang diberi tidak cukup untuk di bawa ke mahkamah”.

Tan Sri, perkara ini bukan asing bagi Tan Sri. Tan Sri sudak masak dengan permainan seperti ini. Lihat kes terbaru yang melibatkan kes rasuah dan menyalahguna kuasa yang dilakukan oleh ADUN Pelabuhan Klang, Zakaria Mat Derus, amat nyata dan lagi terang, tetapi BPR kata mereka kekurangan bukti untuk membuat pendakwaan. Begitu juga kes-kes yang melibatkan Yang DiPetua [Gebanor] Melaka, Dato’ Seri Rafidah Aziz [Menteri MITI], Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, Dato’ Seri Dr.Mohd. Khir Toyo [MB Selangor], Datuk Seri Adnan Yaakob [MB Pahang], Tan Sri Dr. Ling Leong Sik [mantan Presiden MCA, mantan Menteri Pengangkutan], Dato’ Seri S.Samy Velly [Menteri Kerja Raya] dan ramai lagi para pembesar Negara yang tidak didakwa dengan alasan kekurangan bukti atau dipendam begitu sahaja seperti yang disebut oleh Dato’ Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan lalu ketika beliau menjadi menteri di JPM dulu.

Ybg Tan Sri,

5. Melalui surat ini saya ingin mengemukakan satu pertanyaan [jangan marahkan saya, saya hanya rakyat biasa di Negara juga berhak tahu apa yang para pemimpin kita lakukan].


Tan Sri :APA KEDUDUKAN DAN HASIL PENYIASATAN POLIS TERHADAP MENTERI BELIA DAN SUKAN-CIK AZALINA BT OTHMAN SAID, KETIKA LAPORAN POLIS DIBUAT, BELIAU ADALAH KETUA PUTRI UMNO?


Saya cuba imbas kembali [flashback] mengenai kes yang melibatkan Azalina ini. Sewaktu kempen pemilihan Ketua Putri UMNO pada November 2003, Seorang ahli Putri UMNO dan Pembantu Khas Azalina, Elly Zalilah Yusof telah membuat dua laporan polis :

Pertama, pada 12 September 2003 mengenai :


i. Elly mendakwa Azalina telah menyalahgunakan kuasanya berhubung pendaftaran empat buah van Puteri Umno atas nama teman wanita dan abangnya.

ii. Elly turut mendakwa mengenai kehilangan wang kutipan untuk tabung derma Afghanistan.

iii. Kewujudan tiga akaun yang berasingan yang diragui tujuan dan matlamat pembukaan akaun-akuan tersebut.

iv. Pemberian dua kad keahlian kepada ahli pergerakan itu.

Kedua, pada 31 Oktober 2003 mengenai :

i. Dakwaan Azalina seorang lesbian. Dakwaan lesbian dan salahlaku Azalina telah didedahkan pada bulan April 2003 oleh tabloid Perdana Sari milik penulis Khalid Jaffri, yang juga pernah menulis buku “50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri” yang membawa kepada kejatuhan kareer politik bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Ybg Tan Sri
6. Kes ini dibawah jagaan Timbalan Ketua Polis Negeri ketika itu, Tan Sri Jamil Johari dan difahamkan bahawa pihak polis Bukit Aman sudah punmemulakan siasatan ke atas laporan Elly itu dengan memanggil seorang bekasexco pergerakan itu untuk memberi keterangan berhubung dakwaan itu. Difahamkan juga beberapa orang bekas exco dan pegawai pejabat PuteriUMNO juga telah dipanggil untuk memberi keterangan mengenai dakwaan berkenaan.

Penjelasan lanjut Rujuk Malaysiakini.com : http://www.malaysiakini.com/news/13505

Saya sebagai rakyat biasa, saya amat berharap pertanyaan saya ini mendapat perhatian daripada Tan Sri dan pihak Tan Sri sudi menjelaskan kedudukan sebenar kes ini. POHON PENJELASAN.

Wassalam.

Saya yang benar,
Tun Telanai.

1 comment:

Sagaladoola said...

Hi there did you really post your letter to Musa Hassan?

If yes, recommend you to write a review here.

http://www.citizenthinktank.com/politicianwatchdog/index.php?option=com_content&task=view&id=38&Itemid=1#user_reviews

Regards...