DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, July 8, 2007

ALTANTUYA SHAARIIBU: HIKAYAT 1001 MALAM

Oleh : Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt,


Hari ini, 9 Julai 2007 adalah hari ke-16 perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Berbagai cerita menarik, lucu, sedih, marah, kecewa dan suspend telah didedahkan. Banyak lagi cerita-cerita yang menarik di luar jangkaan kita akan didedahkan di mahkamah nanti, apabila kedua-dua belah pihak, pendakwa dan peguambela berbalas-balas hujah masing-masing akan mendedahkan banyak lagi peristewa yang berlaku dibelakang tabir. Sudah pasti nama Najib Tun Razak akan dibangkitkan berulang-kali. Sekarang gambar Najib bersama-sama dengan Altantuya dan Razak [gambaran khayalan Tian Chua-Ketua Penerangan PKR] sedang beredar luas di alam siber dan telah pun berada di tangan rakyat. Rakyat sedang tunggu dan lihat mementasan sandiwara ini sehingga ianya tamat.

Dalam tulisan ini saya tidak berhajat membuat ulasan tentang perjalanan sepanjang perbicaraan tersebut berlangsung kerana ia boleh menganggu proses mahkamah dan kemungkinan saya akan dikenakan tuduhan ‘menghina mahkamah’ pula. Walaupun begitu, saya sebagai rakyat biasa pasti mengikuti perbicaraan ini secara teliti. Setakat ini terdapat tiga perkara yang menarik untuk diberi perhartian.

Pertama, melalaui watak para pelakonnya yang berkaitan dengan pegangan agama. Semua watak ini dipegang oleh orang Melayu-Islam. Berdasarkan kepada fakta-fakta yang dibentangkan di mahkamah, maka kita boleh membuat satu kesimpulan bahawa semua pelakon yang terlibat memiliki nilai pegangan agama yang sangat lemah. Dalam erti kata lain, mereka yang terlibat ‘jarang-jarang kenal tikar sembahyang’. Contohnya hubungan intim diantara Lans Koperal Rohaniza Roslan dengan Cif Inspektor Azilah Hadri bagaikan suami-isteri. Kehidupan yang suka melepak dan berpeleseran di kelab-kelab hiburan seperti yang didakwa oleh Rohaniza dalam mahkamah melambangkan perilaku individu dalam pasukan polis kita. Tidak ada nilai akhlak dan moral [bukan semua].

Sebab itu timbul macam-macam cerita mengenai pasukan polis ini sehinggakan terpaksa ditubuhkan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Hasilnya Suruhanjaya Diraja ini mendapati ada di kalangan pegawai polis memiliki aset yang tidak munasabah dengan pendapatannya sehingga menimbulkan keraguan. Terdapat seorang pegawai kanan polis pernah mengisytiharkan harta bernilai RM34 juta. Dua pegawai kanan polis yang diarah bertukar dari Sarawak ke Semenanjung, kembali semula ke negeri itu selepas tiga bulan ditukar. Dua pegawai itu didakwa membelanjakan RM25,000 semata-mata untuk kembali ke Sarawak. Seorang pegawai kanan polis Selangor didakwa mengutip 'wang perlindungan' RM200,000 sebulan daripada pemilik premis haram. Harta kekayaannya dianggarkan RM7.4 juta. Apa sudah jadi sekarang kes ini? Suruhanjaya menyaran 125 langkah untuk memperbaiki imej pasukan polis dengan menubuhkan IPCMC, tetapi sampai sekarang PDRM menentang cadangan tersebut.

Lemahnya nilai iman dikalangan para pelakon sandiwara Ini diperkuatkan oleh pengakuan yang dibuat oleh OKT ke-3, Abdul Razak Abdullah Baginda. Beliau menyebut : “Saya tidak hendak mengingati Tuhan hanya pada waktu susah sahaja. Saya ingin kekal mengingati Tuhan pada waktu senang,’’ katanya. Abdul Razak mengakui dia sebelum ini ‘cuai’ dalam beribadah serta bersolat kerana dilimpahi kesenangan dan kerana itu, dia mahu mengubah keadaan tersebut [Rujuk :http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0630&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_06.htm]

Kita semua sedar bahawa Abdul Razak hidup dalam sebuah keluarga yang cerdik dan pintar serta memiliki kekayaan melebihi keperluan dan hidup penuh dengan kemewahan. Pada kebiasaannya, kebanyakan orang dalam kedudukan sebegitu akan lupa pada penciptaNYa. Dalam tiga keadaan orang akan lupa kepada Tuhan. Pertama, ketika kita sihat, tidak pernah jatuh sakit hatta selsema pun tidak pernah merasainya. Kedua, ketika kita berkuasa dan ketiga, ketika kita memiliki segala kekayaan dan kemewahan. Keadaan inilah menyebabkan Firaun mengaku dirinya tuhan.

Abdul Razak salah seorang yang dipilih oleh Allah. Allah memberi segala-segalanya kepada beliau, berbanding dengan orang lain. Abdul Razak hidup dalam sebuah keluarga yang kaya-raya tidak pernah kenal ‘apa itu miskin’. Memilik daya intelek-cerdik dan pintar sehingga ia terkenal sebagai seorang penganalisa politik tersohor di rantau ini.

Bijak mengharungi dan cabaran politik ‘rimba’ yang dibawa oleh UMNO keparat sehingga beliau mempunyai link dengan banyak pembesar-pembesar UMNO yang kurop termasuklah Najib Tun Razak,Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Timbalan Presiden UMNO. Abdul Razak adalah orang kepercayaan Najib yang merupakan dan ‘think-tank’ kepada Najib khususnya yang berkaitan politik dan pertahanan.

Kesan daripada kurangnya pegangan agama [cakap yang lebih mengenai agama, tetapi dari segi amalan kosong seperti yang ditunjukkan oleh Najib Tun Razak dan isterinya, Rosmah Mansor], maka Abdul Razak menggunakan kedudukannya di ‘The Malaysian Strategic Research Centre’ mencari peluang-peluang perniagaan untuk dirinya sendiri, disamping menjadi proksi orang tertentu mencari sumber kewangan bagi membiayai survival politik ‘orang itu’.

Dari itu timbulah kisahnya, pertama kerajaan Malaysia telah membeli dua buah kapal selam jenis SCORPENE dari Sepanyol dan Perancis yang bernilai 969 juta EURO, [THE STAR laporkan 996 juta] iaitu kira-kira RM4.78 billion. Sebuah dijangka siap pada Julai 2009 dan sebuah lagi Febuari 2010. Keduanya, pembelian kapal selam ini dikatakan diselenggarakan oleh sebuah syarikat milik Abdul Razak bernama Syarikat Ombak Laut yang dimiliki 100% oleh beliau.

Difahamkan, Abdul Razak telah menerima komisen sebanyak USD100 juta atau 114 juta euro atau RM 530 juta seperti pendedahan Far Eastern Economic Review pada 2002 mengatakan Perimekar Sdn Bhd melalui Syarikat milik Abdul Razak Ombak Laut akan menerima lapan peratus dari jumlah kontrak dalam masa enam tahun akan datang. Orang yang menjadi orang tengah dalam urusan jual-beli kapal selam itu ialah Altantuya Shaariibuu yang disebut dalam mahkamah Altantuya menuntut habuannya sebanyak RM1.73 juta daripada Abdul Razak.[Rujuk: http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7026&Itemid=85].

Kita bersyukur, Allah amat mengasihi insan yang bernama Abdul Razak Abdullah Baginda. Allah memberi peluang beliau insaf dan bertaubat dan kembali kepada penciptaNYa.

Kedua, apa tujuan Lans Kpl Rohaniza Roslan mengubah keterangan dengan apa yang beliau nyatakan semasa belaiu ditahan reman 14 hari pada November tahun lalu? Kenapa diwujudkan watak seorang lelaki misteri sekarang ini?. Beliau nyatakan bahawa hanya lelaki yang tidak dikenali bertopeng hijau itu sahaja yang pergi bersama Altantuya dalam kereta Suzuki Vitara warna hijau. Sebaliknya, dia berkata, Azilah pergi ke ibupejabat polis Bukit Aman. Sebelum itu Rohaniza berkata, bekas teman lelakinya, Azilah Hadri-OKT 1 dan Altantuya mengikuti
seorang lelaki yang tidak dikenali dalam kereta Suzuki Vitara dari ibupejabat polis Bukit Aman.

Kenapa baru munculnya seorang “lelaki yang tidak dikenali”? Ada udang di sebalik batukah atau disebalik mee?

Tiba-tiba saya teringat kes Hanif Basree dan Noritta Shamsudin [pelacur terhormat].Hanif Basree seorang jurutera telah dituduh menyebabkan kematian eksekutif [pelacur terhormat], Noritta Samsuddin. Sebagaimana pesalah jenayah yang lain, Hanif telah diberi hak untuk dibicarakan. Perbicaraan ini telah mendapat liputan media yang sangat luas hingga saban hari memenuhi muka depan akhbar arus perdana seperti kes perbicaraan Altantuya sekarang ini. Perbicaraan berjalan lancar dan setiap fakta telah dinyatakan dengan terperinci, sehingga kita semua sedia maklum berapa kali dalam seminggu, Hanif telah berzina dengan Noritta.

Sepanjang enam bulan kes ini dibicarakan dan beliau mendapat setengah bulan gaji. Pada 1 Julai 2004 , Hanif telah diishtiharkan tidak bersalah dan bebas dari tali gantung kerana mahkamah kekurangan bukti untuk mensabitkan bahawa beliau menyebabkan kematian Noritta dan Hanif dibolehkan menjawat semula tugas. Pembunuh sebenar Noritta tidak ditangkap dan didakwa sehingga ke hari ini. Semua orang tahu dan seluruh kakitangan di PUTRAJAYA tahu bahawa orang yang terlbat ialah Jamaluddin Jarjis, seorang menteri di Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi dan seorang pembesar UMNO keparat.

Dan adakah sejarah akan berulang seperti mana pernah terjadi terhadap kes pembunuhan kejam Mustakizah, seorang wanita yang mati dibunuh dihadapan rumahnya di Segambut Tengah dalam tahun 80an yang katakan melibatkan Megat Junid? Wanita itu mati katak, tidak ada sebarang pembelaan. Pembunuhnya sampai sekarang tidak pernah didakwa di mana-mana mahkamah di Malaysia.

Ketiga, kenapa ianya melibatkan UTK Bukit Aman. Adakah misi membunuh Altantuya Shaariibuu sebahagian daripada tugas rasmi merek berdua? Adalah mustahil bagi Razak mempergunakan pegawai polis [dua anggota polis dari UTK yang disebut itu] dengan sedikit bayaran yang boleh dianggap 'UPAH'

Semua rakyat tertunggu-tunggu akan penghujung sandiwara Wanita Monggolia ini. Yang jelas segalanya adalah melibatkan orang atasan. Mainan poliskah semuanya ini [rujuk kepada OKT 1 dan OKT 2]? Tertuduh [OKT 3] pun bukan mainan orang. Seorang yang rapat dengan orang politik. Bertugas pula sebagai seorang penganalisis politik terkenal. Jadi tidakkah ini ada kaitan dengan orang politik.

Semakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kisah sebenarnya. Yang payahnya apakah mahkamah kita ini telus. Kalau kes Noritta, kes Mustakizah dan kes Eric Chia melbatkan kes dalam Negara, tetapi kini kes ini melibatkan kes luar negara. Sekarang sudah timbul hubungan dua hala melibatkan dua negara. Sesungguhnya, semua orang amat berminat dengan kes ini. Jika keputusan mahkamah kita adil, memang negara kita akan disanjung, jika sebalik bagaimana?

Semua negara di dunia sedang memerhati dan amat berminat mengenai system keadilan perundangan di negara kita.

"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian.Wassalam

No comments: