DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, June 13, 2007

YANG MANA JADI PILIHAN?

Assalamu'alaikum wm.wrt,
Apa Silapnya Dengan Paklah [What’s Wrong With Pak Lah?]
Oleh: Kim Quek

Diubahsesuai oleh : Tun Telanai

Pengumuman Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi tentang penubuhan PEMUDAH – sebuah Jawatankuasa Bertindak dan Petugas Khas berprofil tinggi - untuk menyuntik kesegaran kepada perjalanan jentera kerajaan yang lembab, tentulah menjentik perasaan ‘de javu’ kepada kita.

PEMUDAH (yang merupakan satu akronim untuk mempermudahkan perniagaan) adalah bertujuan untuk memperbaiki sistem khidmat kerajaan dengan mengurangkan karenah birokrasi, adalah dianggotai oleh pegawai atasan kerajaan yang mengepalai kementerian yang relevan dan agensi serta individu sektor swasta. Ia bertanggungjawab secara langsung kepada Perdana Menteri dan diberikan tempoh enam bulan untuk menampakkan hasilnya.

Akan tetapi bukankah Perdana Menteri kita ini turut mengepalai satu Jawatankuasa berkuasa tinggi untuk melaksanakan 125 syor Suruhanjaya DiRaja Polis yang telah mengumumkan perihal terhakisnya keselamatan awam? Dua puluh bulan selepas pengumuman itu yang diwarnai pelbagai harapan dan hiruk-pikuk sambutannya, Paklah telah menunjukkan satu prestasi yang sungguh mengecewakan rakyat dengan cara memerap pelaksanaan satu cadangan yang paling penting, yang sudah pasti dapat menangani segala masalah rasuah dan ketidak-cekapan pasukan polis – dengan penubuhan IPCMC (Suruhanjaya Bebas Mengenai Salahlaku dan Aduan Polis). Sehingga kini kerajaan masih belum melaksanakan segala cadangan utama Suruhanjaya itu agar dimansuhkan ataupun diperbetul (pinda) segala undang-undang zalim yang secara tradisinya memberi kuasa kepada polis untuk menyiksa dan melanggar hak asasi manusia dan melanggar piagam Perlembagaan negara, khususnya Akta Polis 1967 dan Internal Security Act (ISA – Akta Keselamatan Dalam Negeri 1969). Kesannya, kadar jenayah telah terus naik mencanak dan polis masih terus melanggar segala peraturan mengenai hak asasi rakyat.
Satu lagi ingatan kepada Paklah.

Sejurus beliau menjawat tugas sebagai seorang Perdana Menteri pada November 2003, bukankah dia memberi arahan kepada setiap anggota kabinetnya, serta setiap Ketua Menteri dan Menteri Besar di setiap negeri agar menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas untuk memperbaiki sistem perkhidmatan di setiap portfolio dengan membanteras birokrasi dan menghapuskan korupsi? Yang anehnya, tidak siapa yang mendengar akan petugas khas ini.

Kini, tiga puluh bulan kemudiannya, Paklah mengarahkan ditubuhkan satu lagi petugas khas untuk menyelenggarakan misi yang sama, dengan menggunakan pegawai kerajaan di peringkat atasan walaupun pada kali ini ditambah pula orang terkemuka di pihak swasta. Beliau begitu optimis bahawa pasukan baru yang mengandungi sektor awam dan swasta dapat membaiki suasana perniagaan dan menggalakkan lebih banyak pelaburan.

Apakah tanggapan kita terhadap tindakan terakhir Paklah?

Pertama, usaha Paklah amalkan perubahan (reformasi) ke atas perkhidmatan awam setakat ini telah menemui jalan buntu. Beliau sendiri mengaku perkara ini apabila menyebutnya sebelum itu bahawa kita sudah kehilangan daya siang terhadap jiran kita disebabkan karenah birokrasi. Pengerusi bersama PEMUDA yang baru, Yong Poh Kon (Presiden Persekutuan Pengeluar Malaysia) telah melalak lagu yang sama apabila dia berkata bahawa dia mahu membantu Perkhidmatan Awam Malaysia mengembalikan martabat lama seperti “yang pernah dinikmati dan dikenali di rantau ini’. Sekali gus beliau mengimbau kisah lama betapa perkhidmatan awam itu memberikan ‘khidmat kelas dunia’ untuk mempermudahkan aktiviti perniagaan.

Kedua, Sikap optimis Paklah nampaknya muncul daripada hakikat yang berbeza dengan keadaan lama, kerana buat kali ini ada penyertaan sektor swasta. (Sesungguhnya ini adalah satu pengakuan betapa terhakisnya keyakinan terhadap pucuk kepimpinan politik dan jentera kerajaan untuk berfungsi sendirian).

Apakah wajar sikap optimis Paklah, begini? Tentu sekali tidak, kerana PEMUDA bukan sahaja merupakan satu badan penasihat yang menyiasat dan melakukan cadangannya. Pelaksanaannya diserahkan pula kepada sebuah Jawatankuasa lain - yakni 3P untuk Pengkordinasi, Penyampaian dan Perkhidmatan - yang dilaksanakan oleh Ketua pegawai kerajaan.

Kita memang sedar betapa Paklah mempunyai pentadbiran yang dikira mantap. Soalnya ialah pelaksanaannya. Dalam satu mesyuarat baru-baru ini beliau sendiri mengaku kelemahan itu dalam mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri dan telah meminta pegawai kerajaan untuk memperbetulkan khidmat mereka. Sambil menyebut pendapat satu forum pakar yang membuat rumusan ke atas kepimpinannya selama tiga tahun sebagai perdana menteri bahawa kepimpinan itu memang cemerlang dalam mengumumkan dasar tetapi amat haprak dalam pengendaliannya.
Pelaksanaan yang tidak baik adalah disebakan pentadbiran yang mereput disebabkan terlalu lama bergelumang dengan pentadbiran yang korup. Apabila tidak juga muncul perubahan yang dijanjikan, bagaimana mungkin seorang Perdana Menteri memimpin pasukan politik dan pegawai kerajaan yang sama, yang sudah begitu lama memaparkan kegagalan di zaman silam, untuk menukar arah kemunduran dan kegelongsoran pentadbiran negara ini?

Bukannya sukar sangat untuk kita melihat betapa tanggungjawab kegagalan ini mesti dipikul sendiri oleh Perdana Menteri. Tidak ada gunanya menyalahkan pegawai kerajaan ataupun rakan-rakan politik beliau. Sedangkan dia sendiri sentiasa gagal untuk bertindak tegas terhadap mereka setiap kali mereka menyimpan daripada tugas.

KEPIMPINAN YANG PINCANG

Sudah terlalu kerap Paklah menghampakan negara dengan kegagalan beliau bertegas dengan pendiriannya. Beliau seolah-olah mempunyai falsafah hidup untuk mudah beralah setiap kali kuasa lama yang begitu korup dan tidak rasional bertegas melawan balik sebarang reformasi yang bertujuan mahu membawa arah tuju negara ke landasan yang betul. Apabila kuasa penentang ini begitu berakar umbi dan kelihatan semakin bertenaga, Paklah mudah memihak kepada mereka, sekali gus mengecewakan unjuran beliau untuk melakukan reformasi yang pernah memberikan harapan tinggi kepada ramai rakyat Malaysia yang memberikan sokongan kepada beliau dalam pilihan raya yang lalu.

Saksikan sendiri bagaimana Paklah naik kecut perut apabila ada segelintir anggota polis dan juga partinya sendiri menentang pelaksanaan IPMC, walaupun sudah sedia ada sokongan yang amat besar daripada rakyat biasa serta galakan mereka terhadap pelaksanaannya.

Saksikan pula bagaimana Paklah berdolak-dalik dengan Majlis Antara Agama (Interfaith Council) dan Artikel 11 pergerakan itu. Majlis itu tadi adalah satu badan perundingan yang dicadangkan bertujuan untuk mempromosi kefahaman dan harmoni antara agama sedangkan itulah badan yang merupakan satu kumpulan NGO dan pemaju hak asasi manusia yang berkempen ke arah kefahaman terhadap peruntukan Perlembagaan tentang kebebasan agama. Apabila berdepan dengan penentang terhadap pergerakan ini daripada konservtif Islam, Paklah telah mengharamkan kedua-duanya. Lantas Paklah telah mengetepikan peluang untuk menjalin kefahaman antara agama yang lebih baik dan penyatuan negara daripada sudut pelbagai kaum, budaya dan masyarakat multi-agama. Dengan berbuat demikian Paklah telah sengaja menyanggah janjinya untuk melakukan perubahan ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang lebih demokratik dan insani.

Kepimpinan Paklah yang rapuh memang begitu menyerlah dalam persidangan UMNO yang lalu apabila perwakilan, khususnya bahagian pemuda terlibat dengan pelbagai kegiatan kutuk-mengutuk berbaur perkauman. Saksikan sendiri bagaiamana dia berlembut dengan mengelak menunjukkan ketegasan menolak perilaku yang sungguh menghangatkan isu perkauman itu apabila dia disoal tentang reaksi beliau terhadap ucapan-ucapan yang bersifat menghasut ini. Yang lebih teruk lagi, dia seolah-olah mengizinkan diri sendiri dipesongkan oleh golongan ultra yang dipimpin oleh anak menantunya sendiri untuk mengendos yang bersifat undur ke belakang dalam mempergiatkan amalan yang memecah-belahkan perkauman dalam rancangan induk ekonomi yang bernama Rancangan Malaysia Ke-Sembilan.

Sekali lagi, ini merupakan satu langkah gergasi mengundur ke belakang dan amat bertentangan dengan corak agenda reformasi beliau. Nampaknya semakin jelas kini bahawa Paklah sebenarnya merupakan seorang pemimpin yang dipimpin dan bukannya dia yang memimpin orang lain.

Selain terserlahnya ciri-ciri kelemahan Paklah yang ternyata merupakan satu ciri yang membuatkan seseorang pemimpin itu mudah kecundang, kurangnya daya tegas, kuasa mendesak, keberanian dan prinsip moral, dan mungkin ada satu lagi faktor lain yang akan menggalkan Paklah sebagai pejuang menentang korupsi. Ini menyangkuti martabat dirinya sendiri.

INTEGRITI YANG BOLEH DIPERTIAI

Ketika mengambil alih tugas daripada ketua yang terlalu tercemar wibawanya, Mahathir Mohamad, ketokohan Paklah sebagai ‘Mr. Clean’ merupakan suatu perubahan segar yang menyuntik harapan banyak pihak. Namun, setelah memasuki tahun keempat kepimpinan beliau sebagai seorang Perdana Menteri, imej itu sudah pun menjadi kelam, Terdapat banyak sebab musababnya… Satu, dia tidak pernah membersihkan diri daripada tohmahan bahawa beliau mengamalkan nepotisme terhadap urusan niaga membabitkan anaknya dan juga anak menantunya. Dakwaan beliau tentang penglibatan diri sendiri dan kurang tahu akan beberapa perkara itu sudah tentu tidak boleh diterima sedangkan dia memegang jawatan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan. Sikap pilih-kasih yang diberikan kepada ECM-Libra, baik sebelum dan selepas proses ambil-alih syarikat pelaburan yang lebih besar milik kerajaan – Avenue Resources Berhad - adalah amat nyata. Ini menyerlahkan hubungan anak menantunya Khairy Jamaluddin dengan ECM Libra yang masih lagi sama sahaja kisahnya. Anak lelaki beliau pula telah diberikan kontrak kerajaan tanpa ketelusan sehinggakan kemunculan beliau naik mencanak menjadi kaya raya dalam beberapa tahun sahaja mengandaikan betapa Paklah memang melakukan kerja-kerja penyelewengan dalam pemberian kontrak itu.

Kerana itu, kegagalan Paklah untuk terus menghormati janji dan ikrarnya dahulu untuk mengembalikan sistem tender terbuka kepada kontrak kerajaan menunjukkan dengan jelasnya betapa dia sudah melupakan hasrat mahu membasmi rasuah dan kronisme. Kegagalan semacam ini boleh diterjemahkan sebagai penglibatan diri beliau dalam amalan buruk itu juga.

Malahan, begitulah nampaknya, seperti yang didedahkan dalam internet secara meluas (tetapi tidak pula dalam media arus perdana) sebaik sahaja Paklah meluluskan pengagihan RM600 juta kepada kontraktor Bumiputera Kelas F ketika berlangsungnya persidangan tahunan UMNO yang lalu. Sebahagian besar kontraktor Kelas F itu adalah peserta dan perwakilan di persidangan itu juga. Wang peruntukan RM600 juta itu dibahagikan antara 191 bahagian UMNO yang menerima sekitar tiga juta setiap bahagian. Pengumuman Paklah yang sungguh dramatik itu merupakan bonus ataupun durian runtuh yang diumumkan secara tertutup kepada ahli perwakilan; sehari sebelum berlangsungnya persidangan itu secara rasminya. Nampak sangat betapa Paklah sendiri terlibat dengan wang politik untuk membeli pengaruh di kalangan pemimpin UMNO gara-gara takutkan loyalis Mahathir yang mungkin bersuara lantang dalam persidangan itu keesokan harinya.
Penyelewengan wang rakyat yang sungguh mudah itu adalah satu tanda korupsi dan salahguna kuasa. Dengan mengamalkan kerja buruk itu sendiri, apakah kuasa moral yang ada lagi kepada beliau untuk menggerakkan segala usaha dan mendisiplin orang bawahannya? Apakah itu satu sebab kenapa dia berhenti daripada berretorik untuk melaksanakan reformasi dalam ucapannya kebelakangan ini?

KEPALSUAN TUMBUHAN EKONOMI

Terdapat usaha gigih media arus perdana kebelakangan ini mahu mewarnai gambaran yang berwarna-warni ke atas pertumbuhan ekonomi kita. Kegigihan ini dibuat semasa mengimbau sejarah pendapatan luar kita yang mencecah trillion ringgit yang dibuat bertepatan dengan lonjakan pasaran saham baru-baru ini, selari dengan lonjakan nilai ringgit sebagai latar belakangnya.

Apa yang kononnya merupakan berita baik ini telah dieksploitasi oleh ahli politik dan para speculator yang tidak bertanggungjawab akan pentingnya kita membezakan fakta daripada kepalsuannya agar kita tidak hilang arah terhadap isu sebenar apabila menyanggah ekonomi negara.

Pertama, cuba lihat akan perdagangan luar kita.

Memanglah angka yang berbunyi trillion itu tidak berbaur sejarahnya, tetapi di situlah sahaja tamatnya tafsiran itu. Data yang lebih relevan untuk mengukur hala-tuju ekonomi kita ialah kadar pertumbuhan perdagangan luar kita secara keseluruhannya. Bagi 2006, kadarnya ialah 10.5%, yakni tidaklah berapa banyak beza pertumbuhannya dengan kadar 9.9% pada tahun 2005, kalau diambil kira harga tinggi sepanjang 2006 ke atas produk utama kita seperti petroleum dan gas, minyak sawit dan getah (purata kadar pertumbuhan untuk 1997-2006 ialah 10.8%) Sesungguhnya kadar pertumbuhan ini adalah jauh lebih rendah daripada kadar pertumbuhan negara membangun yang lain seperti India dan China ataupun negara maju seperti Singapura, walaupun ia adalah pada paras par dengan purata Dunia yang turut mengisytiharkan 10.5$ untuk 2006 (WTO). Dengan itu sepatutnya tidak sesiapa boleh menyebut tanda aras itu sebagai pertanda melonjaknya ekonomi negara kita.

Sekarang, bincangkan pula perihal pasaran saham kita. Baru-baru ini berlaku lonjakan dalam Indeks Komposit (KLCI) yang mengandungi 100 syarikat teratas dalam Papan Utama. Ini bukan bermakna ia adalah prestasi keseluruhan syarikat yang tersenarai. Malahan, purata kenaikan serata papan pasaran adalah jauh lebih rendah daripada Indeks Komposit itu.

Tumpuan diberikan ke atas syarikat besar dalam KLCI, dan ini adalah dipacu oleh kemasukan dana asing dan institusi tempatan, tanpa berlakunya peningkatan dalam penglibatan orang awam apabila melabur di pasaran. Dana asing adalah disuntik oleh pengharapan mendapat faedah berganda – ini merupakan spekulasi mendapat keuntungan daripada tukaran matawang asing dan kenaikan harga saham. Ada sebahagian dana asing itu merupakan dana daripada Thailand apabila dilencungkan ke sini ekoran krisis di sana yang telah meminggirkan pengurus dana asing. Semua dana ini merupakan longgokan wang yang akan mula sekali cabut lari setiap kali berlaku pergolakan di negara ini ataupun sejurus objektif keuntungan mereka sudah tercapai.

Apapun, pasaran saham kita masih lembab di belakang papan saham lain di rantau ini, di mana sejarah prestasi mereka melonjak naik melepasi catatan pencapaian masa lalu.

Ada satu petunjuk mudah terhadap tahap keyakinan pelabur dalam pasaran saham yang dikenali sebagai FDI (Foreign Direct Investment – pelaburan terus asing). Ia merupakan iltizam jangka panjang kepada ekonomi lokal, yang membawa masuk keusahawanan, teknologi dan pasaran, selain daripada modal. Jelas sekarang bahawa FDI kita memang amat lemah. Untuk tahun 2006, FDI hanyalah USD 1.44 bilion sedangkan pada 2005 ia hanya 1.46 billion. Tahap ini jauh lebih rendah daripada yang dicatatkan oleh negara jiran kita di mana untuk 2006 FDI (dalam billion US Dollars): Vietnam 9.87, Singapura 9.33, Indonesia 5.71, Filipina 3.94, Thailand 2.94 (dipetik daripada penyiasat pasaran LOCO Monitor).

Ini menjentik satu soalan ganas terhadap diri kita sendiri: Kenapakah kita ini dilupakan oleh para pelabur sedangkan orang lain nampaknya semakin maju dengan pelaburan baru?.

Jawapan sepenuhnya kepada persoalan ini sesungguhnya adalah di luar skop artikel ini. Tetapi memadailah kalau dikatakan di sini selagi tidak dilakukan perubahan struktur kepada negara ini dalam bentuk politiknya, social dan ekonomi, penyakit yang sedang mereputkan negara ini akan berterusan. Ada hanya satu jalan untuk melakukan perubahan struktur itu semuaya. Jalan itu ialah melakukan perubahan fundamental kepada pucuk pimpinan politik yang ada.
Pisau ditangan anda. Anda diberi dua pilihan :
i. PAS yang dipimpin oleh Haji Abdul Hadi Awang yang tidak pernah hadir ke majlis-majlis maksiat seperti yang dilakukan oleh Ketua Imam Islam Hadhari, Abdullah Ahmad Badawi. Hadi bebas daripada sebarang dakwaan melakukan rasuah dan tidak pernah menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi dan keluarga semasa beliau menjadi MB dan sepanjang tempoh beliau menceburi politik menjadi wakil rakyat, tidak menjadikan platform politiknya mencari kemewahan dunia seperti yang dilakukan oleh seluruh kepimpinan besar UMNO. Menjadi imam sembahyang, Tok Guru mengajar dan mengajak rakyat kembali ke jalan Islam yang dibawa oleh Nabi Mughammad s.a.w. dan sepanjang masa hatinya dekat dengan masjid dan dengan Allah dan RasulNya.
ii. UMNO yang dipimpin oleh Abdullah Ahmad Badawi [dulu Dr.Mahatihr] pemusnah hak keistimewaan Melayu dan Islam. Merompak khazanah rakyat untuk dibahagi-bahagikan kepada anak-menantu. DEB gagal kerana perlaksanaanya tidak adil hanya untuk UMNOPUTRA sahaja bukan untuk bangsa Melayu lainya. Amalan demokrasi yang sihat dimusnahkan untuk mengekalkan kuasanya bagi membolehkan beliau anak-menantu dan kroni-kroninya membalon dan menguasai khazanah rakyat semahu-mahunya. Kerajaan pimpinannya penuh dengan manusia-manusia berperangai macam syaitan. Rupa dan perangai macam babi, tetapi berwajahkan manusia. Rasuah di sana-sini, menyalahgunaan kuasa dan kedudukan perkara biasa, mereka tidak sedikit pun merasa bersalah dan berdosa terhadap rakyat yang berikan mereka amanah lebih-lebih lagi dengan balasan daripada Allah diakhirat kelak.
Mereka dibebaskan tidak pernah didakwa kerana kepentingan politik sempit UMNO. Moral dan akhlak para pemimpin UMNO tidak pernah diambilkira. Ada para pemimpinya berjudi, berzina, minum arak dan melakukan berbagai perkara maksiat kepada Allah dan Nabi-Nya. Tunjukan mana dia para pemimpin PAS yang berperangai macam para pemimpin itu?
Rakyat hidup penuh dengan tekanan dalam kemiskinan. Kos belanja mahal. Pemimpin Raja, Rakyat kuli dan hamba abdi kepada pemimpin. Kebajikan rakyat tidak terbela. Semuanya bukan percuma, kena bayar. Kenapa rakyat tidak sedar? Rakyat tidak pernah mahu sedar atau tidak sedar kerana mainan media massa laknatullah yang menyembunyikan sebarang kejahatan para pemimpin UMNO daripada ketahui rakyat. Rakyat disogok dan disumbat dengan berita-berita yang baik dan muluk-muluk sahaja, Jadi, rakyat jadi lali dan takut untuk melakukan perubahan kerana mereka diancam dan diugut setiap masa kerana mereka berada dalam lengkaran kemiskinan setiap masa.
Abdullah adalah Ketua Imam Islam Hadhari yang lari daripada jalan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.aw. seperti gambar di bawah. Tangan itu yang mengangkat menyebut perkatan membesarkan Allah dan tangan itu jaga pada ketika yang lain menyentoh wanita yang bukan muhrimnya. Islam yang dibawa oleh Abdullah mengamalkan ama-makrof, tetapi tidak mencegah perkara nahi-mungkar

Yang mana jadi pilihan-2 wajah 2 pemimpin?
1. PAS yang dipimpin oleh manusia yang takutkan Allah, tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah dan Nabi-Nya. Tidak rasuah dan mempunyai nilai moral dan akhlak yang tinggi. Tidak berperangai macam syaitan dan iblis.
ATAU
2. UMNO yang dipimpin manusia hipokrit yang menjadikan Islam sebagai alat politiknya. Manusia yang tidak takutkan Allah melakukan berbagai perkara maksiat dan membazirkan wang rakyat untuk memuaskan nafsu serakahnya yang buas dan jahat macam syaitan?
Kata-kata mantan PM ke-4 terhadap Abdullah :
• Pak Lah bukan pilihan pertamanyalah;
"He was not the first choice, he was second as he didn't have the highest vote. Najib (Abdul Razak) had.I chose him and I expect a degree of gratefulness"
• Pak Lah tikam belakanglah; "Minor bruises. One cannot tell exactly what a person would do after he is out of your control. So I thought I made a good choice."
• Pak Lah langgar janjilah;
• Pak Lah jual negaralah;
• Pak Lah kena undurlah; "Ah, there are a number of people. People like Najib, perhaps there's Tengku Razaleigh who's still keen to become, then there are others, I'm quite sure, who will crop, come up once there's an opportunity".
• Pak Lah bayar perwakilan Kubang Pasulah;
• Pak Lah bagi keluarga campur tangan dalam kerajaanlah; "he was quite a different man before. He never told me that he would have his family involved in the government."
“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian.Wassalam

No comments: