DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, June 15, 2007

MENTERI PALING CELAKA DI MALAYSIA

Oleh Tun Telanai - Laman M@RHAEN
Assalamu'alaikum wm.wrt,

Maafkan saya, saya telah memilih tajuk di atas. Rasanya kurang beradab mengikut budaya kita. Apa boleh buat saya telah hilang ‘perkataan’ berbudaya itu. Rasa saya inilah ‘perkataan’ yang paling sesuai untuk dihalakan terhadap Menteri MITI, Rafidah Aziz.


Saya bukan memilih perkataan itu tidak bersebab untuk berkata sedemikian rupa terhadap batang tubuh Rafidah yang sudah pun monopous. Tentunya bersebab. Pertama, Rafidah terlalu lama sangat menjadi menteri [sejak di zaman Dr. Mahathir sebagai PM] sehingga beliau tidak atau malas hendak menjadi wakil kepada rakyat. Semuanya diserahkan bulat-bulat kepada wakil-wakil yang dilantiknya bagi mengwakili dirinya untuk mengatasi sebarang masalah yang dihadapi rakyat. Turun padang, jarang-jarang sekali, kecuali majlis-majlis berbentuk ‘grand’ barulah beliau turun menemui rakyat sebagai Raja. Dan ketika sampai masa pilihanraya 5 tahun sekali. Keraplah beliau kelihatan bersama rakyat.


Kedua, Rafidah lebih suka menjalankan tugas di luar Negara [kononnya selaras dengan peranan beliau sebagai menteri MITI]. Banyak masanya habis di luar Negara, terbang ke sana ke mari, kakinya jarang memijak bumi [semacam bosnya, PM Abdullah Ahmad Badawi] daripada berada dalam Negara. Beliau lebih gemar menghadiri mesyuarat, forum, seminar dan lawatan perdagangan di luar Negara kerana ianya lebih berimejkan antarabangsa dan penuh glamour. Yang dipentingkannya ialah imej popular diperingkat antarabangsa.

Disebabkan beliau terlalu lama menjadi Ahli Parlimen [MP] mewakili rakyat Kuala Kangsar, Perak, maka beliau tidak begitu menghargai sokongan rakyat terhadap beliau [berbanding yang baru dipilih menjadi MP atau pun ADUN]. Pada pandangan beliau, rakyat Melayu khususnya rakyat di Palimen Kuala Kangsar boleh dikencing bila-bila masa sahaja yang ia mahu. Tabor duit berjuta-juta, bagi kain batik, beras, gula-kopi dan bawa pembangunan [peruntukan kerajaan pusat] yang besar-besar, maka kelabulah [bodoh [dibutakan dan dipekakkan dengan maklumat sehala] tidak tahu menilai yang mana yang mana intan dan yang mana kaca] rakyat di Kuala Kangsar dan beliau tetap menjadi pilihan.

Kalaulah rakyat di kawasan Kuala Kangsar itu cerdik, beliau tidak akan dipilih menjadi wakil mereka lagi kerana beliau adalah menteri yang paling malas datang ke Parlimen untuk menjawab dan berbincang mengenai dasar-dasar kementerian yang dipimpinnya. Mengikut rekod yang ada, Rafidah hanya menghadiri 31 hari dalam tempoh enam tahun dan 400 kali Parlimen bersidang. Berilah peluang kepada orang lain pula untuk menunjukkan bakat kepimpinan, bukan dia seorang sahaja yang boleh jadi pemimpin.

Ketiga, Rafidah bukan seorang yang demokratik. Beliau memimpin Wanita secara kuku besi, beliau lebih suka kepada orang yang pandai mengampu, memuji dan memuja beliau setiap masa. Sesiapa yang berani mengkritiknya, orang itu akan dicantas dan ditimbuskan dalam kongkongan politik kuno [jungle of politic] UMNO. Orang yang telah merasainya kebinatangan [kesyaitanan] Rafidah ialah Dr. Siti Zaharah Sulaiman, kini telah hilang lenyap dalam arus politik perdana kerana sikap lantang Zaharah mengkritik cara Rafidah memimpin Wanita.

Zaharah pernah mengalah si bangsat ini dalam pemilihan Ketua wanita UMNO pada tahun 1993 dulu. Secara ego dan sombong dengan mulut lisernya itu mengeluarkan kata-kata yang amat pedih dan menghiris wanita-wanita yang memberi sokongan kepada Zaharah. Mesyuarat belum tamat, beliau telah melangkah keluar terbang ke luar Negara membawa diri dangan memberi alasan [yang selalu beliau berikan] bahawa beliau banyak kerja yang hendak diselesaikan. Rafidah patut tahu, kerja akan tamat apabila dia mampus di satu hari nanti.

Kasihan Zaharah, beliau kena tekanan kiri-kanan dan atas-bawah, walaupun beliau Ketua wanita [dengan pengaruh Rafidah], beliau tidak dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh oleh Dr.Mahathir. Secara tradisinya dalam UMNO, Ketua Wanita akan dilantik sebagai menteri penuh, tetapi tidak terjadi kepada Zaharah. Rafidah si bangsat ini mula mengumpul penyokong [juga dengan sokongan dan restu Dr.Mahathir] membentuk team untuk menentang team yang dipimpin oleh Zaharah. Akhirnya, Zaharah kalah ditangan Rafidah dan hayat politik Zaharah mulai malap dan padam terus kini.

Keempat, Rafidah adalah manusia hipokrit [atau kalau tidak menjadi kesalahan boleh juga boleh disebut munafik]. Rafidah binatang dua alam. Ketika Dr.Mahathir memerintah, beliau kaki mengampu dan bodek nombor wahid. Apa sahaja tindakan Mahathir lakukan semuanya betul dan benar, tidak ada yang tidak benar melainkan benar-benar belaka. Dalam mesyuarat karbinet di depan Dr. Mahathir, Abdullah selalu kena boly, sergahan dan cemuhan daripada Rafidah sehinggakan Abdullah takut menikus, tidak berani bersuara mengeluarkan pendapat. Rafidah inilah orang yang pertama meluru naik ke pentas sehingga kasut tumit tingginya patah, menerkam Dr.Mahathir, ketika itu Dr.Mahathir sedang mengumumkan perletakkannya di penutup Mesyuarat Agung UMNO pada tahun 2002.

Manusia bernama Rafidah ini memutarkan jarumnya balik ke 360 darjah apabila Abdullah dipilih menjadi PM mengantikan Dr.Mahathir yang sempat memerintah selama 22 tahun. Rafidah kembali menyembah Abdullah sepertimana yang beliau telah lakukan terhadap Dr. Mahathir [beliau sengaja melupakan apa yang beliau telah lakukan terhadap batang tubuh Abdullah, baik semasa Abdullah berada dalam dan di luar karbinet dan ketika Abdullah di luar UMNO]. Rafidah menjuarai menentang Dr.Mahathir [bersama A.Nazri Aziz, Menteri di JPM] dan mempertahankan Abdullah dari serangan Dr.Mahathir. Kalau orang yang boleh berfikir, sudah tentu tahu matlamat perjuangan sebenar Rafidah selama ini. Perjuangan Rafidah selama ini ialah ‘Perjuangan Untuk Perut’ bukan untuk kepentingan rakyat khususnya rakyat di Kuala Kangsar.

Kelima, Rafidah telah mencetuskan kontroversi mengenai AP yang diperlukan untuk mengimport motokar buatan luar negara ke Malaysia. Isu ini tercetus apabila Dr Mahathir [Penasihat Proton], semasa membuat kenyataan mempertahankan Proton, mendakwa AP disalahgunakan hingga membolehkan kereta import diisytiharkan lebih rendah daripada nilai sebenar dan dengan demikian dibawa masuk dengan murah dan mewujudkan persaingan yang tidak adil bagi pembuat kereta nasional pertama itu. Rafidah menafikan dakwaan tersebut dengan berkata Proton yang tidak memperlihatkan prestasi yang baik dalam pasaran seberang laut. Dr Mahathir kemudian meminta senarai penerima AP diumumkan dan berikutan itu Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan senarai pertama penerima AP.

Ini menimbulkan kekecohan kerana ia mendedahkan tiga orang iaitu Nasimuddin SM AMin, Syed Azman Syed Ibrahim dan Mohd Haniff Abdul Aziz, memegang kebanyakan daripada 67,157 AP bagi mengimport kereta. Paling mengejutkan apabila terdapat bekas pegawai MITI yang rapat dengan Rafidah yang tidak ada pengalaman dalam industri auto-mobil ini turut tersenarai sebagai penerima atau anugerah terbesar AP ini. Persoalan juga timbul tentang bagaimana 20 syarikat diberikan 80 peratus AP kerana ini menjejaskan dasar untuk memajukan bumiputera sebagai usahawan dalam bidang auto-mobil. Walau bagaimana pun Abdullah tetap memilih Rafidah sebagai Menteri MITI dalam rombakan karbinet pada tahun 2006 dengan alasan Rafidah mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang yang beliau lakukan selama ini.

Keenam, Rafidah seorang menteri yang tidak bertanggungjawab apabila membiarkan bil telefonnya tertunggak bertahun-tahun lamanya sehingga mencecah mencecah RM 10,291.17 . Ini satu tindakan yang paling tidak adil kepada rakyat, apabila rakyat gagal membayar bil-bil utiliti seperti elektrik, air dan telefon, maka dengan pantasnya pihak berkenaan akan menambil tindakan dengan memotong perkhidmatan. Tetapi menteri seperti Rafidah ini tidak menjelaskannya, pihak TM senyapkan sahaja. Apakah undang-undang dan peraturan di Malaysia hanya terpakai untuk rakyat jelata sahaja? Atau apakah para menteri dan golongan dif-dif dikecualikan atau dilindungi oleh pihak-pihak tertentu?
[Rujuk: http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=8133&Itemid=28]

Ketujuh, Rafidah juga banyak melakukan kesalahan trafik, tetapi payah untuk membayar saman tersebut. Sekali lagi Rafidah selaku menteri dilindungi oleh polis dan JPJ. Rakyat juga yang dimangsakan. Ada yang ditangkap, digari dan sebagainya para menteri yang terlibat dalam kesalahan ini, polis berdiam diri tidak berani bertindak.
[Rujuk :
http://www.malaysiakini.com/news/55030]

Kelapan, mengikut laporan MalaysiaKini [http://www.malaysiakini.com/news/63682], anaknya Alfian Mohamed Basir, 33 tahun telah membuat laporan kewangan palsu mengenai kedudukan kewangan Kumpulan NasionCom yang anak beliau menjadi pemiliknya. Alfian mendakwa kumpulan NasionCom sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di Negara ini [kerana ada pengaruh politik ibunya yang kuat] telah membuat keuntungan berjumlah RM200 juta pada tahun 2005, tetapi dalam siasatan pihak Suruhanjaya hanya mendapati keuntungan Kumpulan Syarikat NasionCom hanyalah sebanyak RM143,109,727 sahaja, bukan RM200 juta seperti yang didakwa. Jika sekiranya didapati bersalah, anak Rafidah ini boleh didenda sebanyak RM3 juta atau dipenjara tidak lebih daripada 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Kenapa Alfian anak Rafidah membuat laporan kewangan palsu kepada Suruhanjaya Sekuriti. Sekurang-kurang ada dua sebab. Pertama, untuk mengaburi mata para pelabur supaya mereka [para pelabur] akan berlumba-lumba membeli saham syarikat kumpulan NasionCom kerana pandai berniaga dan membuat keuntungan yang besar yang menyebabkan sahamnya melonjak naik. Kenaikan ini akan dituruti dengan menambah kekayaan peribadi anaknya setanding dengan anak-menantu Abdullah. Kedua, untuk memudahkan anak Rafidah ini mendapatkan pinjaman dari mana-mana institusi-institusi kewangan [tempatan khususnya] bagi memperkembangkan lagi perniagaan anaknya itu.

Tepat sekali kata orang tua-tua, bapa borek [Rafidah-ibu], anaknya tentulah rintik. Ibu kaki rasuah dan anak kaki temberang. Kedua-duanya, anak-beranak sama sahaja. Dua kali lima atau lima kali dua-jawapannya tetap 10. Anak dididik dengan amalan dan pemakanan yang haram. Itulah hasilnya. Tidak ada keberkatan dalam hidup. Sepanjang zaman [hari ini dalam sejarah] orang akan kenang dua beranak ini sebagai perompak Melayu moden yang diselamatkan [ada imuniti] disebabkan adanya kuasa dan kedudukan. Kuasa digunakan untuk menyelamatkan diri dari dikenakan sebarang hukuman dunia.

Kesembilan, kes rasuah yang tidak pernah padam dalam kamus kehidupan rakyat Malaysia, walaupun berkali-kali pihak Peguam Negara [AG] menafikan yang Rafidah tidak terlibat dan tidak ada bukti cukup untuk membuat pendakwaan terhadap, namun rakyat Malaysia yang masih celik tidak mudah percaya terhadap mainan politik AG itu. Pendedahan ini menyebabkan Ezam Mohd.Noor merengkok dalam penjara selama dua tahun [dan juga ditahan di bawah ISA]. Isu ini cukup popular kes rasuah Rafidah buat pertama kalinya didedahkan oleh Anwar Ibrahim.

Laporan yang dibuat oleh Anwar pada 9.7.1999 [Jumaat] di Balai Polis Tun H.S Lee berkaitan kenduri saham oleh Rafidah Aziz yang ketika itu beliau sebagai Pengerusi Pembahagian saham Bumiputra di MITI. Dalam laporan polisnya itu, Anwar merujuk kepada suatu dokumen Bahagian Pendakwaan, Pejabat Peguam Negara yang bertarikh 14.3.1995 yang ditandatangani oleh Abdul Ghani Patail [kini sebagai Peguam Negara] yang jelas menyatakan bahawa wujudnya asas prima facie untuk mendakwa Rafidah atas tuduhan rasuah di bawah seksyen 2(2), Ordinan 22, 1970 sepertimana yang dikenakan tuduhan terhadap Anwar yang tidak melibatkan wang sesen pun, tetapi dikenakan hukuman penjara 6 tahun dan Dato’ Muslim Othman, bekas Timbalan MB dan Exco Kanan Kedah, iaitu:

1. Sebagai pengerusi Jawatankuasa Pembahagian Saham Bumiputra di MITI. Menteri yang paling malas hadir ke Parlimen. Beliau hanya hadir 31 hari dalam tempoh enam tahun atau 400 kali Parlimen bersidang.Rafidah adalah Pengerusi Jawatankuasa yang mengagihkan saham-saham kepada bumiputra Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa, beliau telah meluluskan 1.5 juta saham Syarikat Leader Universal Holding Berhad kepada anak menantunya yang bernama Fazrin Azwar bin Mohd. Nor

2. Beliau meluluskan satu permohonan dari Fazrin Azwar untuk menjualkan 450,000 unit saham berkenaan.

3. Beliau meluluskan satu permohonan dari Fazrin Azwar untuk menjualkan 315,000 unit saham berkenaan.

4. Beliau meluluskan satu permohonan dari Fazrin Azwar untuk menjualkan 335,000 unit saham berkenaan.
5. Beliau meluluskan pengagihan 4,173,190 unit saham FACB kepada Fazrin Azwar.

Jadi, apabila tenguk akan salah-laku yang lakukan oleh Rafidah Aziz ini yang merupakan seorang menteri kanan dalam karbinet Dr. Mahathir dulu dan kini dalam karbinet Abdullah, maka sewajarnya beliau patut disebut sebagai “MENTERI PALING CELAKA DI MALAYSIA” kerana menteri-menteri lain yang dituduh rasuah [kecuali Samy Vellu] telah meletakan jawatan Menteri, Ketua Menteri dan MB seperti bekas Presiden MCA, Dr.Ling Leong Sik, Isa samad, Osu Sukam, Kasidah Gaddam Osman Aroff [MB Kedah] dan lain-lainnya.



"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

1 comment:

ibnuharon said...

Apa yang nak dihairankan Jebat, Melayu mudah lupa. Satu lagi motto untuk melayu - cemerlang, gemilang, terbilang, dan temberang. Ada ramai lagi menteri yang patut premature evacuation from the cabinet tapi apa boleh buat, semua dok tengah honeymoon, enjoy duit rakyat sana-sini. sebab itulah kat kl ni dilanda malapetaka sana-sini sebab Allah nak cleanse dosa2 orang2 macam ni, dan yang terkena rakyat jelata jugak sebab dok pilih yang itu jugak duduk kat kabinet dulu kini dan selama-lamanya. i have lost respect to our leaders these days. my2c