DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, June 22, 2007

DI ANTARA DUA DARJAT

Oleh : Tun Telanai


Assalamu'alaikum wm.wrt,


I. KEMISKINAN RAKYAT YANG DIPIMPIN


Menara Petronas


Menara petronas adalah lambang keegoan pemimpin. Kekayaan negara melalui keuntungan perniagaan petronas setiap tahun [NOTA: Petronas mencatakan keuntungan kira-kira RM35.5 billion pada tahun kewangan 2004-2005 iaitu satu kadar yang jika dibahagi jumlah warganegara Malaysia maka setiap individu akan memperolehi RM1,500 seorang bagi setahun. Keuntungan ini tidak termasuk RM3.12 billion yang dibayar kepada kerajaan dalam bentuk cukai, duti dan pembayaran royalti. Dan adalah dijangkakan bagi tahun berakhir 2005-2006 pula pendapatan ini akan mencecah RM50 billion bermakna setiap rakyat Malaysia akan menerima RM2,000 seorang] dibelanjakan tidak ketahuan hala dibazirkan, tidak digunakan secara berhemah untuk membantu rakyat yang miskin dan daif. Sejak ditubuhkan pada awal 70an sehingga tarikh rencana ini ditulis, tidak ada satu sen pun duit keuntungan petronas digunakan untuk faedah orang miskin melalui sistem zakat. Perbelanjanya tidak bertunjangkan kepada kebajikan rakyat. Ianya untuk memuaskan nafsu pemimpin yang gila kuasa, kedudukan dan kekayaan. Malah, rakyat dibebankan dengan kenaikan harga petrol tertinggi dalam sejarah tanah air pada tahun 28 Februari 2006 sebanyak RM0.30, manakala LPG naik 30 sen sekilogram.
Sebenarnya duit petronas dihabiskan melalui projek-projek yang tidak menguntungkan rakyat [hanya menguntungkan pemimpin UMNO dan kroni-kroninya] seperti disenarai di bawah :
i.Membail-outkan Bank Bumiputra [kini CIMB] dua kali bernilai 4.86 billion akibat pengurusan bank tidak ada intergriti salah urus dan melonggarkan syarat-syarat pemberian pinjaman yang besar kepada kroni-kroni yang tidak dibayar balik pinjaman [peminjam kecil dicari sehingga ke lubang cacing].
ii.Membeli bon kerajaan sendiri bernilai 3.8 billion.
iii.Membina gelanggang formula 1 berharga RM286 juta dan setiap kali ada perlumbaan petronas akan menjadi hostnya berbillion ringgit dikeluarkan.
iv.Beli HICOM [Proton] berharga RM999.4 juta dan selesaikan hutang RM1,299.6 juta.
v.Membangunkan Putrajaya dan MSC berharga 22 billion
vi.Membail-outkan MAS sebanyak RM668.8 juta
vii.Penubuhan Dana Harta sebagai modal permulaan sebanyak 4.56 billionviii.Membina KLCC berharga 1.8 billion. Maintenance sebulan bernilai RM95,000.00, setahun sudah menjadi RM108 jutaix.Membina KLIA sebanyak 9 billion, peruntukan tahunan sebanyak RM900 juta dan maintenance sebulan RM75 juta.
Kenaikan ini turut mempengaruhi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran. kemudian diikuti dengan kenaikan kadar tarif elektrik dan air. Kenaikan ini menyebabkan kehidupan rakyat tertekan dan dihimpit dengan kemiskinan yang melampau. Cara berfikir orang yang menguruskan negara ini seperti orang gila berfikir. Ketika harga minyak di pasaran antarabangsa meningkat sampai USD72.00 setong menyebabkan kantung Petronas juga turut mendapat keuntungan kerana Malaysia juga merupakan salah sebuah negara pengeksport minyak dunia yang terkenal [menjadi ahli OPEC], tetapi nasib rakyat Malaysia amat malang mendapat pemimpin 'gila'.
Apakan tidak, sepatutnyalah harga minyak diturunkan, tetapi dengan tiba-tiba arahan dikeluarkan untuk menarik balik subsidi minyak kira-kira RM4.4 bilion [kononya kerajaan tidak mampu lagi]. Wang subsidi yang dapat dijimatkan itu akan dibelanjakan bukan untuk kepentingan rakyat, tetapi untuk menjaga kepentingan Kamarudin Abdullah yang mendapat kontrak memperbaiki sistem pengangkutan di negara ini yang dikatakan sangat buruk itu, tetapi sampai sekarang sudah hampir 2 tahun tidak nampak sebarang projek pun dilaksanakan. Apa yang kita lihat ialah sistem pengangkutan di negara ini bertambah buruk. Tengoklah, semua laluan di lebuhraya semakin sesak dan sendat dengan berbagai jenis kenderaan.

Inilah sikap orang gila. Harga naik dapat untung banyak, bolehlah tolong rakyat yang miskin, tetapi sebaliknya harga minyak dan gas dinaikan [untuk tambah keuntungan], lebih biadap lagi subsidi pula ditarikbalik [kononnya untuk pembangunan]. Sekarang, harga minyak di pasaran rendah di antara USD30-40 setong, harga minyak tidak diturunkan untuk menampung keuntungan petronas supaya tidak terjejas. Ini pun rakyat tidak boleh faham. Tunggu hendak mampus dikerjakan oleh para iblis yang memegang tampok kuasa.

Memang menjadi dasar UMNO memang mahu rakyat khususnya orang Melayu dan Bumiputra lainnya senantiasa berada dalam kemiskinan dan buta huruf [bukan dalam ertikata tidak boleh membaca dan menulis], golongan UMNOPUTRA mahukan mereka sahaja yang cerdik putar alam untuk menjadi kaya-raya [sebab itu golongan ini mahukan DEB diteruskan bagi membolehkan mereka merembat harta rakyat sepuas-puasnya, dulu kekayaan yang mereka dikumpul melalui DEB musnah akibat masalah keruntuhan ekonomi dunia]. Golongan otak lembu ini tidak mampu untuk berkomunikasi [tidak pandai berhujah-diajar sebagai burung kakak tua] tidak mampu berfikir untuk membuat pemilihan yang tepat.

Oleh itu, senang bagi UMNO [bila dalam kemiskinan] melakukan ugutan, ancaman, tekanan dan sebagainya. Senang juga bagi UMNO untuk menyumbat mata dan telinga mereka dalam kelompok ini mendengar penerangan daripada UMNO sahaja, melalui media 100% dikawalnya. Disebabkan mereka bodoh, mereka senang ditipu selama-lamanya dan tidak mampu berfikir yang mana lebih baik bagi mereka untuk membela nasib mereka sendiri.

Mereka senang diperdaya dengan lakonan dan sandiwara yang mengashikkan. Berlagak wara', jadi orang baik-baik, lagak dermawan memberi rasuah sekupang-dua, gula-kopi, beras, kain batik dan sebagainya. Inilah kesannya yang dinikmati oleh rakyat yang BODOH memilih pemimpin:


1. Rumah mereka dirobohkan sesuka-hati untuk memberi laluan taukeh-tauteh kaya membuat pembangunan di situ.













2. Masih guna air perigi walaupun sudah 50 tahun merdeka








3. 50 tahun merdeka, rumah masih lagi macam reban ayam [pemimpin rumah bagaikan istana], masih sokong parti dan para pemimpin semacam iblis





























Persoalannya ialah: Salah siapa?
Salahkan diri sendiri, jangan salahkan ibu yang mengandung.


II. KEKAYAAN MELAMPAU PARA PEMIMPIN


Saya paling sedih melihat rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan Bumiputra lainnya[orang Cina paling cerdik berpolitik] paling BODOH dan HAPRAK bila mereka berpolitik seperti yang saya sebutkan di atas. Mereka memberi kuasa dan amanah kepada orang-orang yang tidak bermoral, tidak berakhlak dan tidak ada pegangan agama yang kuat [iman mudah goyah akibat dugaan dunia] menyebabkan mereka yang dipilih ini menggunakan kesempatan sebagai pemimpin asyik merebut peluang-peluang kekayaan dan kemewahan hidup yang melampaui batas-batas tatasusila seorang pemimpin seperti yang dikehendaki oleh Islam. Rakyat dilupakan dan diabaikan.

Islam mengajar ummatnya supaya bersederhana dalam serba-serbi dalam melayari kehidupan yang penuh cabaran ini. Terutama dalam kehidupan sosial pemimpin. Semasa beliau sebagai pemimpin, adalah berdosa besar pemimpin itu menunjuk-nunjukan kekayaan dan kemewahan yang beliau miliki. Kereta mewah dan sederhana melebihi daripada keperluan. Rumah bernilai jutaan ringgit, malah ada pemimpin yang memiliki rumah bernilai billion ringgit. Bayangkan kemewahan yang ia miliki itu. Tentunya, semua harta yang ia miliki menjangkau berbillion-billion ringgit. Semua ini berlaku semasa ia memjadi pemimpin. Ia memegang amanah rakyat. Membela rakyat, bukan menjadi raja kepada rakyat. Rakyat telah menjadi hamba kepada pemimpin. Itulah apa yang terjadi dikalangan pemimpin Melayu kini.

Lihat gambar-gambar yang disertakan:
Begitu mewah kehidupan para pemimpin yang dipilih oleh rakyat yang miskin papa kedana.Salah seorangnya ialah Zakaria Md.Deros kehidupannya penuh kemewahan, membina rumah bagaikan istana bernilai jutaan ringgit. Asal kehidupan seorang 'pariah' jaga gate keretapi. Sekarang beliau anak-beranak hidup mewah secara melampau, tetapi beliau selamat kerana mendapat perlindungan politik yang kuat menyebabkan BPR terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa Zakaria tidak rasuah [bersih] tidak ada bukti yang ianya melakukan rasuah dan menyalahgunaan kedudukan untuk kepentingan diri. Sebenarnya BPR buta dan pekak.

Zakaria Mat Deros, ADUN Pelabuhan Klang















































































Kesimpulannya, ada tiga ciri penting untuk melayakkan seseorang itu menjadi pemimpin. Pertama, idealisme iaitu kombinasi kepercayaan dan pendirian yang tegas, jelas dan berlandaskan kecintaan kepada nilai murni dan pada masa yang sama kebencian kepada perkara yang negatif. Nilai murni ialah kebenaran, keadilan dan persaudaraan. Perkara buruk pula ialah perpecahan, permusuhan, peperangan dan kezaliman.

Ciri pemimpin kedua ialah aktivisme, iaitu kesediaan berkorban apa saja untuk merealisasikan idealisme. Ketiga intelektualisme, iaitu kekuatan ilmu yang mendasari perjuangan, tindakan dan pengorbanan. Ketiga-tiga ini mesti ada kerana ia saling lengkap melengkapi. Kalau ada idealisme dan aktivisme saja, kita tidak akan maju kerana kita tidak ada unsur ilmu. Kita hanya rajin dan bersemangat, tetapi kita masih tidak ke mana.


Sesuatu pasukan kepemimpinan mesti ada ketuanya. Ketua mesti ada ciri-ciri yang melebihi daripada anak buahnya. Antara yang diperlukan ialah pertama, ketua mesti ada wawasan untuk memandu arah pasukan ke alam yang jelas. Kedua, dia mesti mempunyai pemikiran strategik [bandingkan pemerintahan Abdullah dengan pemerintahan Dr.Mahathir] . Jika ada wawasan saja, tanpa ada pemikiran strategik, ia hanya tinggal fantasi, tidak berpijak di bumi nyata. Ketiga, dia mesti mempunyai pengalaman kerana ilmu boleh dipelajari, boleh dituntut, tapi pengalaman adalah sesuatu yang sangat mahal. Daripada pengalaman datangnya kebijaksanaan, kematangan dan hikmah. Ujian seorang pemimpin itu ialah adakah wawasannya realistik, bolehkah ia merealisasikan wawasannya. Apabila dia berhadapan dengan cabaran, adakah dia mempunyai hikmah.
Keempat, ketua tidak mudah dipengaruhi oleh orang-orang yang rapat dengannya atau orang-orang yang senantiasa mengelilinginya setiap masa khususnya keluarga terdekat. Setiap keputusan yang dibuat hendaklah secara bermusyawarah [bukan secara diktator] bertujuan untuk kepentingan rakyat, bukan untuk kepentingan peribadi dan kelompok tertentu. Kelima, ketua mesti tahu membezakan di antara hak rakyat [khazanah negara diuruskan secara berhemah] dengan hak peribadi. Tidak boleh mengakui hak rakyat menjadi hak kita dan hak kita tetap menjadi hak kita juga. Kerajaan [peruntukan kewangan dan lain-lain perkhidmatan] adalah hak untuk semua rakyat tanpa mengambilkira faktor kefahaman politik, tetapi parti menjadi hak orang-orang yang menyertinya sahaja, tidak melibatkan keseluruhan rakyat dalam sesebuah negara.
Dalam kontek negara ini, kerajaan bukan UMNO dan UMNO bukan kerajaan. Apa yang terjadi sekarang ialah fahaman rakyat bahawa UMNO itu kerajaan dan kerajaan itu adalah UMNO. Akibat daripada fahaman ini, maka muncullah berbagai menyalahgunaan kuasa yang menyebabkan para pemimpin UMNO/BN menggunakan harta kerajaan dengan sewenang-wenangnya tanpa sedikit pun merasa bersalah dan berdosa.
“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian.Wassalam

No comments: