DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, May 2, 2007

IJOK: NAMA MU DALAM SEJARAH-SIRI 1

Assala’mualaikum wm.wrt,

Mengikut pandangan Roslan SMS, Pilihanraya Kecil Ijok merupakan pilihanraya kecil yang paling buruk dalam sejarah [PRU ke-11 merupakan PRU yang paling buruk dalam sejarah]. Dalam lain-lain PRK atau PRU, UMNO/BN akan mengunakan apa sahaja yang mampu dicapai oleh tangan kotornya untuk terus berkuasa, namun dalam kes Ijok ini kegilaan mereka adalah pada tahap luarbiasa.Amalan demokrasi, kata Roslan SMS lagi yang juga pengendali TV8 yang sepatutnya dijelmakan dalam proses pilihanraya kita semakin terhakis dan dalam kes Ijok ia hampir sahaja lemas dan mungkin juga telah mati angkara keganasan yang melampau oleh pihak UMNO/BN.

Dari hari pertama media arus perdana yang berada dalam genggaman pihak UMNO/BN telah dilacurkan untuk memberikan gambaran buruk kepada calon PKR mempersetankan terus apa sahaja etika dan nilai kewartawanan. Kes hujan botol mineral contohnya hanya memaparkan versi pihak BN sedangkan kenyataan pihak PKR khasnya Sdr Azmin Ali yang membuat kenyataan pada wakil-wakil media di tapak kejadian langsung tidak mendapat liputan.

Tidak cukup dengan itu pihak BN telah mengerahkan pembanguan ala-mee segera yang mana setiap inci jalan yang ada di bumi Ijok diturap semula dan jika perlu dilebarkan bagi tujuan memenangi undi. Perhentian-perhentian bas segera naik dalam sekelip mata begitu juga lampu-lampu jalan dan traffic light. Pemimpin-pemimpin tertinggi mereka dengan sewenang-wenangnya, tanpa memperdulikan apa sahaja peraturan yang ada, meluluskan peruntukkan disana-sini dalam kadar jutaan ringgit, dari sekolah-sekolah, masjid, surau, padang permainan, dewan orang-ramai dan kemudahan awam di estet-estet, semuanya dilimpah dan dipunggahkan semata-mata untuk mengalahkan calon PKR.
Dalam pilihanraya kecil ini nafsu serakah UMNO/BN terus memuncak sehingga memperalatkan pula pihak keselamatan khasnya pihak polis untuk menganggu dan mengagalkan ceramah-ceramah kempen pihak pembangkang atas alasan kononnya tidak berpermit. Sedangkan pada waktu yang sama ceramah, konsert, karaoke mereka dibiarkan berjalan tanpa mana pihak pun berani menghalang atau menyentuh. Pasukan polis sendiri tidak faham kepada undang-undang, mereka menganggap mereka RAJA di Malaysia masih menggunakan Akta Polis untuk menghalang ceramah pembangkang dan menyekat maklumat untuk disampaikan kepada pengundi-pengundi. Sebenarnya, pasukan polis tidak ada hak di bawah akta itu, yang terpakai [dalam pilihanraya] adalah Akta Pilihanraya, bukan Akta Polis. SPR yang boleh [melalui Pengurus Pilihanraya] bertindak terhadap parti-parti yang bertanding dan penyokong-penyokongnya.

Ijok juga melihat samseng-samseng UMNO/BN [terutama PUTRAnya] dan dikalangan anggota UMNO, secara terang-terangan menganggu, menghalang dan malah mencederakan petugas-petugas parti terasuklah calon PKR sendiri. Mereka seolah diberi lesen menghalau para petugas parti yang masuk ke kampung-kampung atau estet yang kononnya di bawah kawalan mereka. Beberapa laporan polis telah dibuat oleh para petugas yang terbabit namun pihak yang sepatutnya melindungi keselamatan dan ketenteraman awam seolah tidak memberi perhatian dan lebih tertumpu memberikan kawalan keselamatan dan mengiringi pimpinan BN.Kadang-kadang terlintas difikiran kita masih bernyawa lagikah demokrasi dalam negara kita ini?

Contohnya sejak semalam, RTM dan TV3 mengulang-ulangi video kesilapan yang tidak disengajakan oleh Tan Sri Khalid calon PKR semasa berkempen di Ladang Tuan Mee. Dalam kejadian itu Tan Sri tersasul dan mengajak para hadirin mengundi calon BN. Satu kejadian yang sepatutnya tidak menjadi bahan berita tetapi bagi saluran media perdana ini, tetapi itulah berita yang berharga bagi mereka yang murahan ini sehingga diulang-ulangi walaupun semasa waktu perdana dalam siaran berita mereka. Sama sepertimana mererka lakukan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah mengenai isu tengkolok berlambangkan salib dalam PRU tahun 1990 dan melaga-lagakan pemimpin-pemimpin parti pembangkang-Anwar-Azizah-Fadzil Noor dan Lim Kit Siang pada PRU-10 tahun 1999. Menakutkan rakyat dengan REFORMASI yang dibawa oleh KeAdilan [sekarang PKR] dan PAS digambarkan sebagai Taliban Malaysia.

Akhirnya dengan segala kekuatan, perlakuan samseng jalanan yang tidak bertamadun, tipu-helah, rasuah dan menyalahgunaan kuasa, maka MIC yang mewakli BN berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok dengan majoriti 1,850 undi.Calon BN, K Parthiban memperolehi 5,884 undi manakala calon Parti Keadilan Rakyat, Tan Sri Khalid Ibrahim, mendapat 4,034 undi. Dengan itu, calon BN menang dengan tambahan majoriti 201 undi, berbanding dengan 1,649 undi dalam pilihanraya umum 2004.Keputusan itu menunjukkan undi yang diperolehi oleh BN dan PKR masing-masing bertambah daripada yang diperolehi pada 2004 di mana BN mandapat 5,213 undi manakala PKR mendapat 3,564 undi.Ini bermakna BN berjaya menambah undi sebanyak 671 undi manakala PKR menambah sebanyak 470 undi.Dalam pilihanraya umum 2004, calon BN, K Sivalingam menang dengan kelebihan 1,649 undi mengalahkan calon PKR, Abdol Rahman Moharam, dan calon Bebas, Mohamed Shariff Nagoorkani.
SELAMAT UNTUK MU "UNITED MONKEYS NATIONAL ORGANISATION"

Bersambung ke siri ke-2
“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian.Wassalam

No comments: