DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, May 6, 2007

BPR BERLAKON LAGI

Assalam’alaikum wm.wrt,

Malaysiakini.com [http://www.malaysiakini.com/news/66831] melaporan bahawa Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Serawak sedang disiasat oleh BPR berhubung dengan tuduhan beliau terlibat [pastinya Taib tidak terlibat secara langsung-tetapi pastinya melalui proksi seperti Abdullah, kapal layar mewah milik Ananda Krishnan,jet eksekutif MAS punya dan rumah mewah di Perth Australia pula milik Patrick Lim] dengan skandal rasuah sebanyak RM32 juta yang dibayar oleh firma-firma perkapalan yang mengangkut balak dari Serawak ke Jepun.

Laporan mengenai skandal rasuah itu mula disiarkan oleh akhbar Japan Times pada 29 Mac 2007 lalu. Ia kemudiannya disiarkan oleh akhbar Asashi Shimbun dan International Herald Tribune edisi Jepun serta dipetik oleh Malaysiakini. Malaysiakini.com yang mensensasikan isu tersebut akan menghadapi tindakan undang-undang daripada Taib, kecuali ia menarik balik laporan tersebut serta memohon maaf. Malaysiakini bagaimanapun menolak tuntutan Ketua Menteri Sarawak itu.

Pada pandangan saya berdasarkan kes-kes yang lepas, tindakan pihak pasukan polis dan BPR [yang menerima laporan rasmi daripada Pengerusi PKR Serawak dan MP DAP] menjalankan penyiasatan adalah membuang masa dan lebih baik pasukan polis menumpukan perhatian membasmi atau mengurangkan kadar jenayah khususnya di Kuala Lumpur yang dikatakan, kadar jenayah dan masalah social meningkat berkali ganda. Begitu juga dengan BPR, adalah lebih pihak BPR menjalankan tugas lain yang lebih berfaedah [cth: siasat rasuah yang melibatkan ikan-ikan bilis] tanpa perlu membuang masa, tenaga dan fikiran melakukan penyiasatan dan menyediakan laporan yang nantinya akan dibakulsampahkan oleh regim Abdullah Ahmad Badawi.

Banyak sudah amalan rasuah yang melibatkan para pemimpin UMNO/BN [termasuk pegawai tinggi kerajaan yang menyokong UMNO] dibakulsampahkan. Tidak terkilankah anda wahai polis dan BPR yang bersungguh-sungguh menyiasat dan menyediakan laporan bersama-sama dengan bukti-bukti sekali menyerahkan kepada Pejabat Peguam Negara [anda semua tidak diberi kuasa untuk membuat pendakwaan, sekadar membuat penyiasatan dan menyediakan laporan. Itu sahaja hak kamu semua], tiba-tiba melalui Peguam Negara, Abdul Ghani Patail @ Abdul Ghani Empat Tahil [dulu di zaman Mahathir memerintah Mokhtar Abdullah @ Mokhtar Dugong] membuang kes itu [disebabkan tekanan PM untuk menjaga survival UMNO/BN] dengan alasan kekurangan bukti.

Alasan yang paling mudah di dunia tidak perlu berfikir panjang mencipta berbagai hipotisis bagi mencari ‘prima facei’, lagi pun ianya ringkas tanpa perlu memberi sebarang bukti dengan hanya dua ayat sahaja, kes itu boleh ditutup, tidak perlu lagi tindakan susulan. Begitu juga dengan alasan yang sering-kali diberi oleh pihak polis hanya perlu menyebut perkataan “demi keselamatan dan ketenteraman awam”, maka semua aktiviti khususnya daripada pihak pembangkang boleh dihalang, dikekang dan dikawal. Semua alasan-alasan tersebut adalah ‘pembohong’ kerana matlamat mereka adalah sama untuk survivial UMNO/BN.Bukankah itu suatu kerja yang sia-sia? Sampai bila kamu yang mewakili pasukan polis [PDRM] dan BPR hendak bersandiwara menipu rakyat? Apakah pendirian kamu semua, adakah kamu semua memegang prinsip ini: selagi ada bulan dan bintang, selagi itulah kamu akan berkerja dan menjaga survival UMNO/BN?

Pada 11 April yang lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata siasatan mengenai dakwaan rasuah dan salahguna kuasa terhadap bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah [BPR], Zulkipli Mat Noor telah selesai dan laporannya telah dihantar ke pejabat Peguam Negara. Manakala pada 20 April lalu pemangku ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah [BPR], Datuk Ahmad Said Hamdan memberitahu bahawa BPR telah selesai siasatan awal mengenai kes Johari Baharum [Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri didakwa menerima sogokan RM5.5 juta bagi membebaskan tiga orang penjenayah, salah seorang daripadanya adalah adik kepada salah seorang Timbalan Menteri dalam karbinet Abdullah] yang ditahan mengikut Ordinan Darurat dan menyerahkan kepada pihak pejabat Peguam Negara. Rujuk link ini :

Apakah kesudahanya kes ini? Kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin. Sudah dapat menjangkakan bahawa kes ini juga tidak akan dibawa ke mahkamah kerana kekurangan bukti. Apa yang hendak dihairan, ini bukan kes pertama yang melibatkan pemimpin UMNO. Bercambah dan berulang kali diulang-tayang, nama-nama terkenal seperti Khalil Yaakob, Adnan Yaakob, Rafidah Aziz, Abdul Rahim Tamby Chik, Mohamad Muhd.Taib, S.Samy Vellu, Dr. Ling Leong Sik dan lain-lainnya, semuanya selamat. Awal-awal lagi Abdullah Ahmad Badawi telah memberi gambaran awal bahawa kebanyakan kes-kes melibatkan rasuah, 85 peratus yang dilaporkan tidak mempunyai bukti yang cukup untuk dibuat pendakwaan. Apa hendak dirisaukan Jo dan Zul, kamu berdua boleh tidur lena. Ini Negara ‘BolehLand’.

Nasihat saya kepada Taib Mahmud, usahlah gusar dan risau dihati. Penyiasatan itu hanyalah lakonan semata-mata untuk menipu rakyat. Berilah kerjasama sebaik mungkin. Kamu pasti selamat di dunia ini. Sebesar mana pun amalan rasuah, kroni dan nepotisme yang kamu amalkan, kamu akan tetap selamat dan dapat hidup senang-lenang dengan penuh kemewahan yang kamu dan keluarga kamu miliki. Hendak mencapai maksud tersebut kamu mseti patuh dengan satu syarat : Kamu mesti sokong 100% kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi tiga beranak. Kamu akan selamat, lebih-lebih sangat kamu akan diarah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Serawak yang kamu pegang lebih daripada 26 tahun itu. Kamu boleh pencen dan berehat-berehat sementara menanti malaikat maut datang menjemput. Apabiala masuk kubur, itu cerita lain. Yang penting kamu sudah dapat syurga dunia, orang lain belum tentu dapat apa yang kamu miliki sekarang ini.

Dalam tulisan ini, saya suka untuk berkongsi pandangan dengan para pembaca memutar-balik [ulang-tayang] laporan rasuah dan menyalahgunaan kuasa yang pernah dilaporkan kepada pihak polis dan BPR, tetapi tidak diambil tindakan yang sewajarnya. Saya sebagai rakyat Malaysia ingin bertanya kedudukan kes-kes seperti berikut :

1. Pekembangan kes yang melibatkan Ahli Parlimen Jasin, Mohd Said Yusof kerana menyalahgunakan kuasanya dengan meminta Jabatan Kastam dan Eksais untuk “tutup sebelah mata” dalam penguatkuasaan undang-undang demi kepentingan peribadi. Said telah meminta Jabatan Kastam dan Eksais pada 14 April 2006 untuk “tutup satu mata” berkaitan dengan balak bergergaji syarikat tertentu yang telahpun dirampas dan melebihi had yang dibenarkan. Paling biadap dan kurang ajar seorang Ahli Parlimen yang merupakan penggubal undang-undang meminta jabatan kerajaan “tutup sebelah mata” semasa menguatkuasakannya.
Said juga sesuai dan mulia kalau dipanggil [seperti Abdullah gelar Dr.Mahathir] ‘syaitan’ [kerjanya jahat dan kotor] kerana pada awalnya beliau menyatakan beliau hanya membantu sebuah syarikat dalam kawasan pilihanrayanya yang menghadapi masalah balak bergergaji yang dirampas. Kemudian beliau mengakui bahawa salah satu syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk balak tersebut adalah Binyu Sof Enterprise, di mana beliau mempunyai kepentingan. Ini bercanggah dengan kenyataan beliau pada 5 Mei 2006 dalam New Straits Times, Said menyatakan beliau tidak ada seberang kepentingan dalam agen syarikat yang membawa masuk balak bergergaji berkenaan. Tetapi lapuran New Straits Times 6 Mei 2006, beliau mengakui bahawa balak bergergaji yang dibawa masuk oleh Binyu Sof Enterprise telah dirampas oleh Jabatan Kastam dan Eksais. Bagaimana kedudukannya sekarang, hendak senyap macam itu sahaja?

2. Apakah perkembangan terkini berkaitan isu membabitkan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh syaitan-iblis [lebih hebat] ADUN Pelabuhan Klang, Zakaria @ Zainal Md Derus menyalahgunaan kuasa yang dilakukan sebagai seorang Wakil Rakyat, Ketua UMNO Bahagian Klang, Ahli Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Selangor dan Ahli Majlis membuat `istana’ tanpa mengikut `peraturan dan undang-undang’, anak buah’ juga turut melakukan perkara yang sama. Begitu juga tindakan Zakariamembenarkan’ anak-anaknya membina restoran tanpa kelulusan MPK’ dianggap satu bentuk penyalagunaan kuasa yang jelas.

3. Mohd.Nazri A.Aziz, Menteri di JPM [yang jaga Parlimen] ketiga beliau menjadi Menteri Perusahaan Utama pernah bergaduh dengan Pengarah Siasatan BPR Dato’ Nordin Ismail mengenai mengenai dakwaan yang seorang individu mendapat 6,000 permit teksi. Nazri dalam Berita Perdana jam 8 malam, telivisyen Malaysia pada 7 Disember 2003. Dalam NST 8 Disember pula, Nazri dilaporkan akan meminta kabinet memecat Ketua Pengarah BPR berkenaan kerana kenyataan tegas Dato' Nordin yang menyebutkan pihaknya boleh mengeluarkan waran tangkap termasuk kepada menteri yang enggan bekerjasama.

4. Demikian juga dengan Azmi Khalid yang kelihatan lebih berani mempersoalkan kewibawaan BPR kerana melewatkan kes penyelewengan yang melibatkan wang PPRT sebanyak RM46 juta yang melibatkan Anuar Musa [KSU yang kena hukuman], menterinya lepas-bebas dan RM6 juta tabung RISDA [Lihat liputan Mingguan Malaysia 7 Disember 2003].

5. LAPORAN POLIS AIROD-KALI PERTAMA

Pada 5hb Jun 2003 ini, lewat jam 2.00 petang, Parti Rakyat Malaysia (PRM) berserta Parti Keadilan Nasional (keADILan) membuat laporan polis di Bukit Aman terhadap dakwaan korupsi yang dilakukan oleh seorang bernama Tan Sri Ahmad bin Johan.

2. Laporan dibuat oleh peguam Sivarasa Rasiah. Beliau disertai oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden keADILan, Dr Syed Husin Ali, Presiden PRM dan Dr Sanusi Osman, Setiausaha Agung PRM [ketika tahun 2003].

3. Mengikut rekod, sehingga tahun 2002, TS Ahmad memimpin beberapa buah syarikat penting, antaranya sebagai: Presiden AIROD Sdn Bhd, Pengerusi/ Pengurus Besar Kumpulan AIM (sekarang NADI), Pengerusi Pengarah PJSI Sdn Bhd, Pengarah SME AVIATION Sdn Bhd, Pengerusi Pengarah QUALITY RANCH Sdn Bhd, dan Pengarah FABEL (UK) Ltd. Beliau masih memegang jawatan-jawatan ini, melainkan dalam Quality Ranch.

4. Beberapa amalan korupsi didakwa dilakukan oleh TS Ahmad. Akan tetapi laporan polis ini menumpu kepada tiga kes saja (butir-butir lengkap diberi dalam laporan) seperti diringkaskan di bawah ini:

(a) Kontrak yang diberi kepada AIROD oleh TUDM untuk membaik pulih dua buah pesawat C130 berharga RM80 juta sebuah. TS Ahmad telah menubuhkan syarikat QUALITY RANCH Sdn Bhd; antara pengarahnya ialah anak, setiausaha dan pembantu peribadi beliau. Peranan syarikat ini ialah sebagai perunding untuk “stretch mode programme” (baik pulih), walaupun syarikat tidak mempunyai kelayakan dalam sebarang bidang penerbangan. Perundingan sebenar dilakukan oleh Lockheed. QUALITY RANCH telah menuntut dan dibayar RM5.7 juta.

(b) TS Ahmad telah mendaftar syarikat FABEL Ltd di UK. Beliau, anaknya Edron Hayata, menantunya Mohd Elkany Ahmad, Michael Yii Hieng Phang yang juga mengetuai Jabata Pembeli AIROD, dan Datuk Yuji Kawara SVP Manufacturing PJS Industries juga pengarah AIROD, kesemuanya adalah dalam lembaga pengarah. Tujuan syarikat ini ialah untuk membeli dan membekalkan alat-alat baik pulih yang diperlukan oleh kerja-kerja AIROD untuk TUDM. Sebelum TS Ahmad menjadi Presiden AIROD, semua alat ini dibeli secara langsung dari vendor, iaitu pembuat alat-alat asal. Ini lebih murah. Jadi, akibatnya sekarang, harga alat-alat yang perlu dibayar oleh AIROD dan TUDM lebih mahal.

(c) TS Ahmad menyalahgunakan kuasa sebagai Presiden AIROD dengan mengeluarkan 34 keping cek, tiap-tiap satu bernilai RM100 ribu, bagi membayar dirinya sendiri. Kami mempunyai bukti cek-cek ini, kesemuanya berjumlah RM3.4 juta. Tiap-tiap cek yang dikeluarkan bernilai RM100 ribu, kerana beliau tidak boleh menandatangani cek bernilai lebih dari itu tanpa kelulusan lembaga pengarah.

5. Mengikut sebuah notis yang dikeluarkan oleh TS Ahmad bertarikh 1hb April 2003 (No. Rujukan PJSI/HRD/AIM-RESTRUCTURE/33), “PJSI Sdn Bhd memegang 90% saham manakala Kementerian Kewangan 10% saham dalam Aerospace Industries Malaysia Sdn Bhd” (iaitu AIM). Saham Kementerian ialah melalui KHAZANAH.

6. AIM Sdn Bhd menguasai AIROD, yang memberi khidmat servis dan “overhaul” untuk pesawat terbang TUDM, dan ATSC, yang memberi khidmat servis untuk MIG 29. Selain itu, beberapa anak syarikat di bawah AIM, melalui SMEI Sdn Bhd, mengeluarkan alat-alat senjata. Antaranya: SMEA, mengeluarkan rifle (terutama Styer jenis AUG) dan komponen pesawat terbang; SMEO, mengeluarkan peluru, mortar, bom tangan; SMEAv, merekabentuk dan memajukan MD3.

7. Adalah sangat berbahaya jika seorang individu dibenarkan menguasai industri “aerospace”, apatah lagi ketika begitu banyak tuduhan korupsi dibuat terhadap beliau. Bagaimanakah pemerintah boleh membenarkan TS Ahmad seorang saja mempunyai kuasa begitu besar dalam pengeluaran alat-alat yang melibatkan keselamatan negara?

8. AIROD telah membuang lima orang presiden kesatuan pekerjanya. SMET pula telah menutup kesatuan pekerjanya sendiri. Adalah dipercayai tindakan ini diambil kerana pihak syarikat hendak, antara lain, menakutkan atau melemahkan pekerja supaya mereka tidak mempersoal sebarang aktiviti syarikat yang mereka tidak senangi. Kami akan membawa perkara ini pada masa yang lain.

9. Akhir sekali, mengikut butir-butir mengenai lembaga pengarah AIROD Sdn Bhd yang dihantar kepada Pendaftar Syarikat pada 30 Oktober 2000, Dato’ Mohd Jamaludin bin Dato’ Mohd Jarjis (k/p 510525-06-5211), kini Menteri Kewangan Kedua, adalah salah seorang pengarah syarikat, dan dinyatakan tiada perubahan dalam kedudukan beliau. Tidakkah Dato’ Jamaludin mengetahui tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh TS Ahmad dalam AIROD masa itu, yang kami percaya merupakan amalan korupsi? Datuk Jamaludin perlu mengisytiharkan kepentingan beliau sekarang?

10. Perkara-perkara yang telah ditimbulkan dalam laporan polis hari ini, serta implikasinya yang lebih luas sangat-sangat serius. Kami berharap siasatan segera akan dibuat dan tindakan undang-undang diambil tanpa lengah-lengah ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan jenayah, tapa memilih bulu. Kami menggesa supaya Menteri Pertahanan mengumumkan apakah tindakan atau tindakan-tindakan yang akan beliau ambil. Bahkan beliau juga perlu mengisytiharkan kepentingan beliau sendiri serta kementeriannya dalam hal ini.

Dr Syed Husin Ali, President PRM
Dr Wan Azizah Wan Ismail, President keADILan
Laporan Polis Kedua Dibuat Terhadap Ketua Airod pada 12 Disember 2003
oleh : Naib Presiden Keadilan [ketika itu], Sivarasa Rasiah

Antara perkara yang didedahkan Sivarasa termasuklah pembayaran RM 100, 000 kepada Abdullah Ahmad, seorang pegawai tentera bersara-yang berpadanan dengan cek yang ditulis Abdullah sendiri; RM 100, 000 kepada pengurus kanan Airod sebagai sebahagian daripada bayaran RM 665, 000 untuk kemajuan pemasaran gear box utama; dan sebuah memo yang tidak disahkan tetapi mempunyai lambang Kementerian Pertahanan dan meminta bayaran RM 8,000 untuk membekalkan buah kurma kepada bahagian-bahagian UMNO di Johor.Sivarasa mendesak siasatan menyeluruh dilakukan atas sebab Airod mengurus kontrak Kementerian Pertahanan dan juga secara tidak langsung dimiliki Khazanah Nasional. Disamping itu, Menteri Kewangan Kedua, Jamaluddin Jarjis juga salah seorang pengarah Airod.

Jadi, kesimpulannya buatlah banyak mana sekalipun rasuah dan menyalahgunaan kuasa, kalau anda seorang yang kuat politik UMNO [atau kerabat BN]-pegang jawatan Menteri, Timbalan Menteri, S/U Parlimen, MB, KM, MP dan ADUN, maka anda akan selamat selama-lamanya. Asalkan anda seorang yang pandai makan, pandai simpan, senyap jangan kerap buka mulut, tidak melawan arus, yes man dan jangan lupa sokong apa sahaja tanpa perlu menggunakan fikiran-jawpannya anda senantiasa dalam kedudukan selamat sejahtera. Maka, tentunya menurut kaedah ini Jo, Zul dan Taib akan selamat. Apa ada pada polis dan BPR, mereka hanya budak suruhan, melakonkan watak-watak yang telah ditetapkan oleh pengarah. Jangan marah pada pasukan polis dan BPR, mereka hanya menjalankan tugas, seperti mana kakitangan awam lainnya.

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian.Wassalam.

No comments: