DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, February 12, 2010

PENILAIAN SEHALA KPI TIDAK MEYAKINKAN

Oleh : Lim Hong Siang
MerdekaReviews
[http://merdekareview.com/bm/news.php?n=10605]

KPI (Indeks Prestasi Utama) yang diuar-uarkan sebagai tekad Perdana Menteri baru, Najib Abdul Razak untuk membawa perubahan dalam politik negara, dibanjiri dengan sindiran dan kritikan, dalam satu rancangan forum Editor's Time, ntv7 pada 8 Februari.


Jelas, pemimpin Pakatan Rakyat meraih tepukan dan sorakan gemuruh daripada penonton apabila mempersendakan "KPI" dengan isu-isu "tidak masuk akal" yang berlaku dalam realiti hidup. Sebaliknya, pemimpin PR pula diasak dengan isu "pilihan raya kerajaan tempatan", satu janji dalam PRU ke-12 yang belum ditunaikan.


Forum ini dirakamkan di luar studio untuk episod pertamanya, bertempat di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor dengan tema "Pertarungan KPI - BN vs PR: Siapa lebih hebat?". Antara ahli panelnya, Timbalan Menteri Pelajaran Wee Ka Siong, ahli parlimen Taiping (DAP) Nga Kor Ming, penganalisa politik Tang Ah Chai dan Josh Hong, dengan pengacara rancangan ini, Lee Siad Huey.
Satu lagi "Malaysia boleh"?!


Wee Ka Siong yang juga Ketua Pemuda MCA, mempertahankan gagasan dan dasar yang dianjurkan oleh kerajaan Najib. Malah, beliau memberi markah setinggi 75% ketika diminta untuk menilai prestasi kerajaan Najib. Berbanding dengan pentadbiran bekas PM Abdullah Ahmad Badawi sebelumnya, Wee Ka Siong berkata Najib lebih jelas dalam hala tujunya, malah menambah bahawa perubahan yang cuba dibawa oleh Najib memerlukan lebih masa untuk melihat kesannya.


Walau bagaimanapun, hujah Wee Ka Siong ditangkis oleh Nga Kor Ming, yang memulakan ucapannya dengan jenaka.


"Negara manakah yang enjin jetnya hilang, walaupun tidak berperang? Negara manakah yang memperuntukkan wang RM 10 juta untuk membina 50 klinik 1Malaysia tetapi tiada doktor dalam setiap klinik ini? Negara manakah yang stadiumnya runtuh, walaupun tidak berlaku gempa bumi?"


Setiap soalan yang diajukan oleh Nga Kor Ming disambut dengan sorakan dan tepukan, sebelum beliau menyambung, "Malangnya, kesemua jawapannya ialah 'Malaysia boleh!'.'"


KPI sekadar "kosmetik"


Josh Hong pula dengan senangnya meluahkan suara hati rakyat, apabila mengutarakan soalan seperti "apakah kita lebih bebas bersuara?", "apakah peruntukan kepada semua aliran sekolah diagihkan secara adil mengikut nisbah?", yang disambut dengan jeritan "tidak!"


Tang Ah Chai juga berkongsi pemerhatiannya, yang mana "KPI" ini lebih mirip kepada "persolekan imej", apabila diraihkan seperti karnival secara besar-besaran. Beliau kemudian mempersoalkan, "tetapi, selepas itu, jika dilihat dari dimensi dasarnya (polisi), apakah ia dilaksanakan?"


Malah, Tang Ah Chai menyimpulkan bahawa pertamanya, KPI tidak seharusnya menjadi "persolekan imej" semata-mata; keduanya, KPI tidak seharusnya dinilai secara "sehala", tanpa mengambil kira penilaian dari rakyat umum. Bahkan, beliau sempat menggelakkan satu dewan, apabila menunjukkan gelagat cermin mata terjatuh ketika mendapat tahu "penilaian KPI terhadap polis sebenarnya mencecah 113%".


PR diasak kerana "undi ketiga"


Sebaliknya, apabila sampai giliran PR dinilai prestasinya, Wee Ka Siong mengambil kesempatan untuk menyerang Nga Kor Ming kerana PR belum memulangkan "undi ketiga" seperti yang dijanjikan dalam manifesto ketiga-tiga parti dalam PRU ke-12. Wee turut menyindir bahawa PR terlalu menumpukan perhatian untuk memperbesarkan kesalahan bekas kerajaan negeri.


Nga Kor Ming cuba mempertahankan pendirian PR, apabila mendakwa bahawa mesyuarat kerajaan PR di Perak sebelumnya telah memutuskan agar pilihan raya kerajaan tempatan dipulihkan dalam tempoh dua tahun, walaupun berdepan dengan sekatan undang-undang.


Apabila diasak dengan cadangan "mengapa tidak menjalankan pilihan raya (tidak rasmi) dalam kampung, dan kemudiannya dilantik (secara rasmi) oleh kerajaan negeri" (sebagai langkah alternatif untuk mengelakkan kerajaan negeri disabitkan kesalahan di bawah undang-undang), Nga Kor Ming mendakwa bahawa 817 kampung Melayu di Perak telah memilih ketua kampung sendiri semasa PR masih memerintah di Perak.


Josh Hong tidak melepaskan peluang, dengan mengungkit kes di mana sepupu Nga Kor Ming, iaitu Ngeh Koo Ham yang juga merupakan EXCO kanan negeri Perak sebelum ini, menghalang Kampung Baru Gunung Rapat daripada mengadakan pemilihan ketua kampungnya. Nga Kor Ming terpaksa untuk membela pendiriannya dengan mendakwa bahawa pilihan raya tempatan dalam kampung Cina perlu ditunda kerana mereka mendapati banyak kampung Cina yang tidak mempunyai status dari segi undang-undang.


Pendirian ini masih dipertikai, apabila soalan dilontarkan dengan membandingkan "(jikalau hujah Nga diterima) mengapa PR masih memobilisasi masyarakat massa untuk mengadakan demonstrasi, walaupun menyedari bahawa perhimpunan tanpa permit adalah satu kesalahan di bawah Akta Polis?"


Apa yang positif pada BN dan PR?


Bagaimanapun, apabila sampai ke penghujung rancangan, pengacara meminta agar kedua-dua pemimpin dari BN dan PR menyebut sesuatu yang "positif" tentang prestasi musuh politiknya. Wee Ka Siong menganggap PR memperlihatkan prestasi yang positif dalam usaha penjagaan alam, tetapi Nga Kor Ming enggan memuji BN, apabila mendakwa tiada yang baik dari BN yang memahat dalam ingatan beliau.


Tang Ah Chai pula mendakwa bahawa PR menyumbang dalam meredakan sentimen perkauman dan agama. Dalam isu yang paling hangat sekalipun, seperti kontroversi penggunaan kalimah "Allah", apabila pemimpin Melayu PKR dan PAS tampil dengan hujah yang rasional, sentimen itu gagal dihangatkan, maka ketegangan gagal diwujudkan dalam masyarakat yang berbilang kaum ini.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA

Saturday, February 6, 2010

KETERLANJURAN NASIR SAFAR: "1MALAYSIA" DI-SABOTAJ?

Oleh : Lim Hong Siang
MerdekaReviews


Keterlanjuran Pegawai Khas Perdana Menteri, Nasir Safar dalam seminar "1 Malaysia" di Melaka pada 2 Februari dengan kenyataan perkaumannya, berakhir dengan perletakan jawatan dirinya, dan disusuli dengan siasatan polis di bawah Akta Hasutan 1948.


Berita ini mendapat liputan luas dalam media bahasa Cina, malah mengundang komen daripada penganalisis politik dalam kolum masing-masing. Sementara di akhbar bahasa Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian, berita ini hanya mengisi ruang yang kurang menonjol.


Kenyataan Nasir Safar seperti yang dilaporkan, "kaum India dan Cina adalah pendatang", "Cina terutamanya wanita datang untuk jual tubuh", bukannya sesuatu yang baru, seandainya kita belum terlupa Ketua UMNO bahagian Bukit Bendera yang bernama Ahmad Ismail [dan kini telah bebas dari hukum gantung]


Namun, disebabkan Nasir Safar sebagai orang yang berada di sisi Najib Abdul Razak, yang dikhuatiri akan mencalit gagasan "1Malaysia"-nya, maka beliau "dikorbankan", sebelum lumpur padanya terpalit kepada yang lain.

Najib tetap dipuja


Tindakan sedemikian amatlah bijak, dari segi percaturan politik. Analisa dalam media cetak arus perdana seperti Sinchew Daily, menganggap bahawa kenyataan sedemikian, atau pegawai sedemikian sebagai batu penghalang kepada usaha PM Najib Abdul Razak untuk membawa perubahan dalam UMNO dan kerajaan.


Beberapa analisa diketengahkan, sama ada dalam media cetak mahupun internet, dengan berasaskan andaian yang sama. Pertamanya, orang yang berfikiran sama seperti Nasir Safar terlalu ramai bilangannya dalam masyarakat Melayu, jadi bukan sesuatu yang pelik seandainya kebetulan orang seperti ini berada di sisi Najib.


Keduanya, perubahan yang dibawa oleh Najib telah mencungkil ketidakpuasan golongan konservatif dalam UMNO. Teori konspirasi di sebaliknya adalah, kenyataan Nasir Safar sebagai cubaan golongan konservatif dalam parti untuk mensabotaj usaha "perubahan" oleh Najib.


Pendek kata, imej Najib sedikitpun tidak tercalar dalam hal ini, dari kaca mata masyarakat Cina. Malah, mereka mungkin bersimpati terhadap Najib, yang kononnya berseorangan menghadapi rintangan dalam parti dirinya ketika cuba menganjurkan politik yang sederhana untuk masyarakat Malaysia keseluruhannya.
Walau bagaimanapun, terdapat juga pertikaian terhadap keikhlasan Najib dalam usaha membanteras politik perkauman. Misalnya, kolumnis
therocknews mempersoalkan mengapa lidah UMNO, Utusan Malaysia dibiarkan selama ini untuk menyiarkan hujah-hujah yang bersifat perkauman secara terbuka, tetapi mengambil tindakan pula ke atas Nasir Safar yang hanya membuat kenyataan dalam bilik tertutup?


Teori konspirasi diulangi


Teori konspirasi "sabotaj" ini sebenarnya tidak asing untuk kita, jikalau mengimbas pengalaman semasa zaman pemerintahan PM kelima, Abdullah Ahmad Badawi. Beliau dikatakan cuba membawa perubahan dalam UMNO-BN dan kerajaan, membersihkan rasuah, membuka ruang kebebasan dan sebagainya. Kononnya beliau sanggup melakukan segala-gala yang memisahkan corak pentadbiran dirinya daripada bekas PM Mahathir Mohamad.


Ketika Abdullah Badawi cuba menampilkan imej sebagai seorang pemimpin yang sederhana, insiden menghunus keris oleh Ketua Pemuda dalam perhimpunan UMNO dikatakan sebagai "sabotaj" terhadap usaha Pak Lah; apabila Abdullah memperkenalkan konsep "Islam Hadhari"-nya yang membawa pendekatan sederhana, kenyataan Najib bahawa "Malaysia bukan negara sekular" dianggap sebagai "sabotaj" untuk jatuhkan Pak Lah.


Ironinya, apabila Najib sendiri berada di puncak kuasanya, beliau pula ditonjolkan sebagai "pemimpin yang sederhana dan bertekad membawa perubahan". Segala-gala hujah atau tingkahlaku yang bertentangan dengan "politik sederhana", dianggap sebagai "sabotaj" daripada golongan yang bertentangan kepentingan dalam parti atau sistem kerajaannya.


Gandingan strategi Najib-Muhyiddin


Meskipun ada kebenarannya, jikalau dikatakan Timbalan PM, Muhyiddin Yassin lebih lantang dalam isu-isu Melayu-Islam, khususnya apabila bersedia mendampingi Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) yang semakin aktif baru-baru ini. Semua ini sekiranya dikaitkan, memberi gambaran seolah-olah Muhyiddin Yassin sedang membina kekuatan sendiri untuk menentang Najib.


Tetapi, apakah tidak mungkin, hubungan Najib-Muhyiddin ini merupakan gandingan semata-mata, sebagai strategi untuk memenangi hati masyarakat Melayu dan bukan-Melayu pada masa yang sama? UMNO kekal dengan imej memperjuangkan kepentingan Melayu-Islam, dengan Muhyiddin sebagai ikonnya; sementara Najib kekal sebagai "PM untuk semua", yang meraih sokongan masyarakat bukan Melayu.


Gandingan sedemikianlah yang mengekalkan status quo buat sekian lama. Sementara media Cina menonjolkan kesukaran Najib dalam mengharungi cabaran; media Melayu pula mempertahankan UMNO yang tetap tidak berganjak dalam isu kepentingan Melayu-Islam. Kedua-duanya menjurus kepada kesudahan yang sama, kekalkan Najib sebagai PM dan UMNO-BN sebagai kerajaan.


Trend sedemikian tidak berubah dalam kes keterlanjuran Nasir Safar. Natijahnya, orang perseorangan mungkin "dikorbankan" pada saat-saat tertentu mengikut keperluan, sedangkan "pemimpin datang dan pergi" itu tidak lebih daripada kelumrahan dalam politik. Persoalannya, sistem yang sama telah mengekalkan masyarakat pada tempat asalnya.


Ini jawapannya mengapa Nasir Safar boleh "dikorbankan", tetapi tidak untuk Biro Tatanegara dan media milikan UMNO.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”

Sunday, January 31, 2010

BULAN FEBRUARI SIMBOL KERAKUSAN UMNO BERMAHARAJALELA

PERGOLAKAN POLITIK MENJELANG FEBRUARI
Oleh : Lim Hong Siang [Merdekareview:http://merdekareview.com/bm/news.php?n=10574]

Tiada kepastian sehingga hari ini bahawa krisis Perak akan dibubuh noktah dengan penghakiman Mahkamah Persekutuan yang bakal diumumkan pada 9 Februari 2010. Apa yang pasti, Februari tahun ini tidak kurang "berkocak"-nya berbanding Februari 2009, melihat kepada isu demi isu yang beratur menunggu masa untuk diletupkan.


Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim dan inkues tragedi kematian Teoh Beng Hock telah dijadualkan pada awal bulan Februari, sebelum diberi kata dua "siapakah Menteri Besar Perak yang sah" pada 9 Februari. Desas-desus mula tersebar, meramalkan pembubaran DUN Perak dalam masa yang terdekat.


Pada masa yang sama, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor yang menjadi sasaran selepas Perak, juga diuar-uarkan bakal ditumbangkan. Khabar ini tercetus sejak tahun lalu, meletakkan 16 September 2009 sebagai saat letup-hancurnya kerajaan PR, yang kemudiannya ditundakan kepada Januari 2010.


Biarpun khabar sedemikian disifatkan sebagai "perang psikologi" oleh mereka yang tidak mempercayainya, namun ia tetap mencungkil saraf PR, sehingga Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim sendiri turun ke gelanggang negeri darul Ehsan ini untuk menghalang impian UMNO-BN daripada menjadi "kenyataan".


Bubar DUN Perak?


Sindiran "1Malaysia, 2Perak" menjadi tamparan sengit kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak, sejak beliau menerajui kerajaan dengan laungan slogan "1Malaysia". Malah, rampasan kuasa yang mengungkit kemarahan rakyat, sehingga gambar dirinya dipijak ini telah menjadi beban UMNO-BN dalam PRU ke-13.


Berlatar-belakangkan konteks ini, Najib dijangka akan melepas tangan sebelum PRU ke-13. Lebih-lebih lagi, UMNO-BN amat yakin dengan sokongan masyarakat Melayu-nya di Perak, ditambah pula penghakiman kes ini bakal memberi implikasi yang boleh menimpa Najib sendiri, maka UMNO-BN terpaksa memilih untuk berdepan dengan rakyat.


Sama ada Menteri Besar BN sekarang, Zambry Abdul Kadir membubar DUN sebelum penghakiman diumumkan, atau Menteri Besar PR, Nizar Jamaluddin berbuat demikian seandainya dirinya disahkan sebagai "MB halal", akan menjurus kepada pembubaran DUN dan disusuli dengan pilihan raya negeri Perak.


Kes liwat: Perkembangan yang tidak menentu


Empat hari lagi Januari sampai ke penghujungnya. Sembilan hari selepas itu "MB Perak yang sah" bakal dikenalpasti. Seandainya diberi laluan, segala-gala ini akan berlaku di sekitar Februari, setahun selepas krisis Perak bermula.


Di Kuala Lumpur pula, perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim akan berlangsung. "Bahan bukti" yang bakal dihadap ke mahkamah, sama ada "melucukan" atau "menggemparkan", pastinya menjadi isu kempen jikalau pilihan raya Perak diadakan. Malah, untuk berdepan dengan perkembangan yang tidak menentu ini, PR perlu mengerah kepakaran peguam dan sokongan rakyat di ibu negara.


Sudah pastinya, Anwar Ibrahim wajib berulang-alik ke mahkamah sepanjang tempoh perbicaraan. Sebahagian rakan seperjuangannya akan berada di sisinya untuk menghadapi kes mahkamah, sementara sebahagian yang lain pula akan menjelajah ke negeri Perak untuk mengembalikan kuasa kerajaan negeri itu ke pangkuan PR.


Perkiraan ini berdasarkan andaian bahawa DUN Perak dibubarkan. Seandainya ditambah pula andaian pembubaran DUN Sarawak (pilihan raya lalu - Mei 2006), pembahagian kerja antara pemimpin PR akan menjadi lebih rumit.


Bagaimana pula dengan Selangor?


Keadaan sedemikian mungkin membuka ruang kepada musuh PR di Selangor. Sekiranya diteliti rekod kerajaan PR ini, hampir kesemua Exco-nya terjerat dengan tuduhan yang dilemparkan. MB-nya Khalid Ibrahim terperangkap dengan isu "kereta dan lembu"; Exco Senior-nya Teresa Kok pernah ditahan bawah ISA kerana isu azan; Exco yang lain seperti Ean Yong Hian Wah, Ronnie Liu, Yaakob Sapari dan Xavier Jayakumar pula disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).


Tidak cukup dengan itu, imej kerajaan PR di Selangor dicalitkan apabila gambar peribadi Elizabeth Wong didedahkan pada tahun lalu, dan tuduhan khalwat dilontarkan terhadap Halimah Ali. Malah, ADUN PR yang lain seperti Lau Weng San sebagainya terbelit dengan tuduhan menyertai perhimpunan haram, yang belum tentu nasibnya.


Melihat kepada senario sedemikian, tidak mustahil sekiranya kerajaan negeri PR ini digulingkan, walaupun pernah seketika selesa dengan kedudukan 36-20 kerusi selepas PRU ke-12. Pada November 2009, ADUN Port Klang-PKR Badrul Hisham Abdullah keluar parti sebagai calon bebas yang menyokong BN, merapatkan jurang kepada perbezaaan 14 kerusi, yang cuma memerlukan "penyeberangan" lapan orang ADUN untuk menukar kerajaan.


Kemelut luar dan dalam


Perkembangan terkini semakin tidak menentu, apabila kontroversi penggunaan kalimah "Allah" gagal ditamatkan. Pada masa yang sama, Malaysia digemparkan pula dengan penangkapan 10 orang pelajar ( termasuk 9 orang warga asing) di bawah ISA, sebagaimana yang diakui oleh Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein pada hari ini.


Namun, kemelut terbesar sebenarnya datang dari dalaman PR sendiri. Zulkifli Noordin (PKR), Hasan Ali (PAS)... antara pemimpin PR yang kontroversi telah dihadapkan kepada lembaga disiplin parti masing-masing. Nasib Hasan Ali dan seorang lagi pemimpin PAS, Khalid Samad akan diketahui minggu ini, sementara tindakan terhadap Zulkifli Noordin pula akan diketahui dalam tempoh sebulan.


Padahal, lidah UMNO telah bersedia dengan retorik yang bakal didendangkan seandainya kedua-dua orang yang menggelar dirinya "pejuang Islam" ini tersingkir dari PR. "Zul Noordin pejuang sejati atau 'duri dalam daging'" tulisan Zaini Hassan yang tersiar di Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan, "Apa ini? Bercakap mengenai Islam pun tak boleh? Hendak mengkritik kawan yang menentang Islam pun tak boleh?"


ULASAN :


Bulan Februari adalah bulan pertarungan politik yang paling hebat di abad ini.Pertarungan di antara yang haq dengan yang bathil.Pertarungan di antara hidup dengan mati di antara Pakatan Rakyat dengan UMNO [BN]. Seperti Hang Tuah bertarung dengan Hang Jebat. Salah seorang pasti kecundang.


UMNO dari segi politik tidak boleh menandingi Pakatan Rakyat yang lebih hebat [walaupun berlaku krisis dalaman, tetapi UMNO juga mengalami krisis dalaman juga, tetapi media massa milik dan pencacai UMNO sembunyikan hakikat sebenar]. Kelebihan UMNO yang tidak ada pada Pakatan Rakyat ialah KUASA.


Dengan kuasa inilah UMNO boleh mempertahankan kuasanya sampai sekarang. Kuasa itulah memudahkan UMNO mempergunakan pasukan polis dengan sewenang-wenangnya dan memperalatan sistem perundangan negara di samping institusi-institusi kerajaan [seperti SPR, Jabatan/agensi dan jentera kerajaan] menyokong perlanjutan usia UMNO memerintah Malaysia. Tanpa institusi ini, sudah lama UMNO rebah ke tanah dan telah disemadikan di makam pahlawan di masjid negara.


UMNO akan menghadapi tiga halangan politik yang amat besar yang akan memberi kesan ke atas kelansungan UMNO di negara ini, iaitu pertama kes liwat Anwar Ibrahim, kedua kes rampasan kuasa di Perak dan ketiga kes kematian Teo Beng Hock, Setiausaha Politik kepada anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah.


Ketiga-tiga kes ini, UMNO akan berusaha dengan apa cara sekali pun halal-haram, dosa-pahala tidak akan dipedulikan asalkan dia menang.Jadi pasukan polis [sudah mula tunjuk taring dengan menyekatdan menyempitkan ruang demokrasi bagi menyuarakan pandangan yang berbeza dengan UMNO] dan sistem perundangan negara menjadi sandarannya [telah dibuktikan dalam perbicaraan Mohd Nizar Jamaluddin V Zambry Abdul Kader, Nizar hanya menang satu, yang lain dimenangi oleh Zambry proksi Najib Tun Razak.

UMNO akan tetap menang dalam ketiga-tiga kes ini kerana UMNO masih memegang kuasa.

Bersiap sedialah pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat mencari kaedah atau saluran lain untuk terus menentang UMNO. Kita pasti akan meninggalkan dunia ini, tetapi kita wajib melatih dan mendidik anak cucu kita dan generasi baru agar berterusan menentang UMNO sampai ke hari kiamat.


LAWAN TETAP LAWAN

“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.

"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”

Friday, January 29, 2010

BERJIHAD MENENTANG UMNO SATU KEWAJIBAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA-SIRI 1

Oleh: Tun Telanai

Dalam blog ini saya telah tulis menyanggah pendapat YB M Kula Segaran, Naib Presiden DAP yang juga ahli parlimen Ipoh Barat dengan mengatakan bahawa ' DAP Tersalah Fakta'. YB berkenaan menyebut kaum Cina dan India terpinggir dan saya katakan bukan kaum Cina dan India sahaja yang dipinggirkan, tetapi kaum Melayu yang menjadi majoriti dalam negara ini lebih malang daripada kaum Cina dan India. Sekurang-kurangnya kaum Cina dan India mendapat sedikit pembelaan daripada UMNO [baca : kerajaan] bagi menarik undi daripada kedua-dua kaum ini.


Teramat malang bagi kaum/umat Melayu dalam negara ini, kaum Melayu bukan kelompok UMNO dianaktirikan, didiskriminasikan, dikelastigakan sertakan dipariahkan di tanah air sendiri oleh bangsanya sendiri. Sekali fikir kaum bukan Melayu di negara ini lebih baik kedudukannya daripada kaum Melayu sendiri.


Melayu bukan UMNO dipinggirkan di semua sektor, baik sektor ekonomi, pendidikan, sosial, politik, kemudahan utiliti di kampung-kampung, berbagai bantuan dan pinjaman yang disediakan diharamkan dinikmati oleh golongan ini, kecuali mereka sanggup sujud dan menyembah UMNO.

Adalah berdosa sekiranya setiap umat Islam di negara ini masih tetap memberi undi kepada UMNO untuk mengekalkan kuasa. Dengan kuasa itu, UMNO akan terus melakukan kezaliman, ketidakadilan dan diskriminasi ke atas kaum-kaum di negara ini [kecuali kelompok UMNO yang mendapat berbagai keistemewaan rakyat kelas pertama]. Kejatuhan dan kemusnahan UMNO bererti kezaliman dan ketidakadilan di negara ini akan terhapus.

Mari kita merenung dan berfikir dua kisah benar menceritakan tentang kezaliman dan ketidakadilan UMNO itu.

KISAH PERTAMA



Diatas adalah sepucuk surat dari Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat. Surat tersebut menyuruh pihak JKR Batu Pahat menyenarai hitamkan beberapa kontraktor Melayu Islam yang didapati menyokong pembangkang.Ini bererti peluang ekonomi dalam bentuk kontrak dan projek hanya diberikan mengikutfahaman politik dan bukannya mengikut kelayakan serta kemampuan seseorang. Ini bererti diskriminasi berlaku bukan sahaja kepada orang Cina dan India, tetapi juga pada orang Islam yang tidak menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

SOALNYA SEKARANG

Soal sekarang adalah adakah wang JKR itu hak UMNO atau hak rakyat? Mengapa Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat berlagak seperti wang tersebut milik bapak dia?Soal lain adalah bukankah penyokong pembangkang juga rakyat Malaysia yang membayar cukai, tol dsbnya? Kenapa mereka tidak layak menerima kontrak dari kerajaan hanya kerana mereka menyokong pembangkang?


Soal lain, bukankah ”pembangkang” di dalam Perlembagaan Malaysia sebuah entiti yang sah mengikut undang-undang? Malahan bukankah pembangkang sebuah entiti yang bernaung di bawah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung?


Buktinya, sewaktu Yang Di Pertuan Agung memberi titah Baginda setiap kali bermulanya sessi parlimen, ketua pembangkang and semua ahli pembangkang berada di dalam dewan yang sama dengan anggota Kerajaan?


Soal sekarang, mengapa pembangkang di diskriminasi dengan sebegitu teruk sekali oleh UMNO. Mengapa apabila di dalam bab”membayar” seperti cukai, tol, dsbnya, penyokong pembangkang terpaksa membayar seperti orang lain, sedangkan dalam bab ”menerima” seperti kontrak, bantuan dsbnya, pembangkang di diskriminasi?


Bacaan seterusnya di link ini:


[http://www.malaysiawaves.com/2010/01/melayu-bukan-umno-bertaraf-lebih-rendah.html]


KISAH KEDUA:

PENGALAMAN SAYA MEMINTA PINJAMAN TEKUN NASIONAL


Saya didedahkan dengan skim TEKUN NASIONAL apabila saya menghadiri satu program yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Muslim Malaysia. Dalam program tersebut, ada satu sessi dimana para peserta dapat menemui wakil-wakil dari beberapa badan Kerajaan yang dikatakan mampu memberi bantuan kewangan kepada usahawan-usahawan Bumiputra untuk memulakan perniagaan.Salah satu dari wakil yang datang adalah wakil dari TEKUN NASIONAL.


Setelah berjumpa maka boring TEKUN diberikan kepada saya. Wakil TEKUN memberitahu bahawa borang tersebut mesti disahkan oleh Wakil Rakyat kawasan yang kita tinggal.Kemudian saya beritahu, wakil rakyat saya adalah Sivarasa Rasiah dan Dr Nasir.


Wakil TEKUN lantas menjawab, saya mesti cari wakil rakyat dari BN bukan pembangkang. Saya balas, di Selangor, pembangkang adalah UMNO dan BN. Kerajaan adalah PAS, PKR dan DAP. Wakil TEKUN tu berubah muka sebab tersilap cakap. Beliau lantas berkata, kena juga cari pengesahan dari wakil-wakil rakyat UMNO atau BN.


Bacaan seterusnya di link ini:


http://www.malaysiawaves.com/2010/01/pengalaman-saya-meminta-pinjaman-tekun.html


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Nota Kaki :


Berjihad-bermaksud melawan atau menentang UMNO melalui kaedah yang dihalalkan oleh Perlembagaan Negara. Setiap umat Islam wajib menentang kemungkaran yang berlaku dihadapan matanya sekadar ia mampu. Selemah-lemah iman seseorang itu perlu menyatakan yang ia tidak redha apa yang UMNO lakukan didalam hati.

Monday, January 25, 2010

ANWAR SEBUAH PIALA REBUTAN

Petikan: http://msomelayu.blogspot.com/


TANPA sedar atau tidak realiti menunjuk dan membuktikan Anwar Ibrahim banyak membantu dan menjadi modal kepada orang untuk berjaya dalam hidup masing-masing. Jika kita mendasari suasana dan keadaan yang pernah disinggahi atau dialaminya, beliau telah memberi kebaikan dan keuntungan kepada berbagai manusia dengan keadaan dirinya itu.Tidak melampau kalau dikatakan Anwar bertindak sebagai pemberi cahaya kepada sesiapa juga yang ingin mengambil dari sumbu kehebatan dan keistimewaanya
sebagai seorang pemimpin. Beliau adalah sumbu harapan kepada mereka yang tidak mempunyai sumbu sendiri.


Kebaikan atau ‘sumbangan’ itu baik bantuan itu semasa beliau berkuasa sebagai TPM, memiliki kuasa dalam kerajaan ataupun selepas beliau dihina dan dimalui secara terancang oleh Mahathir Mohamad selepas dipecat dari Umno apabila beliau cuba bangun menegakkan keadilan dan kebenaran sekaligus memerangi kejelekan bikinan bekas PM ke 5 itu dan Umno.

Ternyata dari dua kondisi itu Anwar telah banyak membantu orang dan banyak individu (orang) orang memperolehi manfaat daripadanya. Di sini boleh disifatkan Anwar sebagai ‘superman’ yang membantu orang mencapai agenda peribadi yang dilanggang atas nama jihad – perjuangan tanpa pernah pamrih dan meminta ianya dibalas.

Sedihnya kadang-kadang Anwar ‘berkorban’ dan sanggup terkorban demi memberi nilai dan kredit kepada seseorang.Semasa beliau jadi menteri kewangan ramai kawan-kawannya yang ditolong. Asalnya kekawan itu hidup merempak atau berniaga tepi longkang saja akhir setelah mendapat ‘pertolongannya’ atau menumpang auranya, kekawan itu akhirnya menjadi jutawan.

Setengahnya sampai ada pejabat perdagangan di luar negara.Sementara semasa beliau di dalam penjara pula tidak kurang jumlahnya mereka yang tiba-tiba mendapat political mileage besar kerana memperjuangkannya. Apa yang tampak di luar, perjuangan itu seakan untuk membela nasib Anwar, tetapi dalam masa sama mereka mendapat manfaat mencipta nama dalam masyarakat. Sebelum Anwar di penjara tidak siapa pun mengenali nama mereka. Tetapi tiba-tiba mereka menjadi pahlawan yang dinobatkan apabila membela Anwar.Tidak hairan kalau kumpulan yang mencari kesempatan hidup semasa ketua pembangkan itu berkuasa atau diseksa di penjara atas nama perjuangan yang bermuka-muka.

Munasabahlah kalau dalam keadaan itu mereka mendapat keuntungan daripada aura kehebatan Anwar.Tetapi yang anihnya, hari ini dalam keadaan Anwar terlepas dari tirani kezaliman, tidak jadi menteri dan sedang berusaha untuk bangkit kembali, masih ada jenis manusia oportunis yang mengambil kesempatan atas nyawa Anwar. Mereka terus mempergunakan Anwar untuk mendapat laba dunia dengan mudah.

Mereka terus menggunakan Anwar untuk mencipta nama. Mereka telah mengadaikan nama Anwar demi mendapat sesuap nasi basi.Berbeza dengan dua keadaan lampau, mereka yang mengambil kesempatan di era Anwar bebas kini dengan menggunakan nama Anwar ialah dengan menghina Anwar. Mereka mendedah keburukan Anwar yang mereka cipta sendiri. Mereka bongkar dan menceritakan keadaan Anwar yang huduh dan busuk. Mereka mengutip apa saja bahan untuk dijadikan bukti bagi memburukkan Anwar.

Tujuan mereka lalukan ialah untuk menampakkan mereka adalah kumpulan manusia yang benar. Manusia yang tidak hipokrit. Manusia yang sanggup meninggalkan hero yang mereka julang lalu kononya kerana ingin menegakkan kebenaran baru?Manusia seperti ini adalah manusia yang tidak ada moral sama sekali, tidak ada kekuatan dalaman dan luaran. Mereka yang berjuang bagaikan lalang yang mengikut angin. Tidak ada apa-apa yang boleh diambil guna daripada mereka hatta najis mereka untuk dijadikan baja.

Mereka mengharap dengan melakukan pembantai moral dan maruah Anwar mereka akan menjadi hero. Mereka akan disanjung oleh masyarakt konon merekalah pemberani yang sebenarnya. Serentak dengan tindakan mereka itu mereka disanjung oleh media massa yang sudah lama membenci Anwar.


Gelagat dan realiti ini semua menjelaskan, Anwar dalam keadaan bagaimana sekalipun ia tetap menjadi modal dan diambil kesempatan oleh orang-orang baik yang datang kemudian atau yang dulunya adalah kawannya sendiri. Meskipun mereka mencemuh dan membenci Anwar tetapi mereka masih bergantung hidup kepada Anwar dan sejarah yang dilaluinya.Di sinila
h saya melihat Anwar benar-benar seorang pemimpin yang menempati falsafah pemimpin itu perubahan manusia, pemimpin pencipta sejarah dan pemimpin itu pembangun budaya.


Selamanya Anwar di mana saja beliau berada dan dalam keadaan apa jua, baik direndam atau digantung, di simpan dalam tembok besi ataupun dilepas atas padang luas beliau akan terus di manfaatkan baik oleh malaikat ataupun oleh iblis untuk kepentingan diri dan agenda puak masing-masing. Anwar adalah piala rebutan kepada semua orang yang menyimpan satu cita-cita yang sama, untuk berkuasa.

Catatan :

Yang pasti Anwar tidak ada bersama kita dalam PRU ke-13 nanti. Pihak Pakatan Rakyat wajib bersedia dari sekarang. Sementara Anwar masih berada di luar, masih boleh bergerak bebas, masih boleh berceramah dan boleh ke sana-ke mari dalam dan luar negeri, maka Pakatan wajib bersedia dari sekarang terutama dalam pembentukan kefahaman yang jitu di antara PAS dan DAP serta juga PKR sendiri perlu ada tokoh-tokoh yang berwibawa, berkarisma dan mempunyai komitmen yang tinggi dalam perjuangan [tidak mahu lagi ada tokoh-tokoh berwatakan dajal dan binatang yang mementingkan hawa nafsu]

Harapan Anwar sangat tipis untuk dilepaskan daripada tuduhan liwat. Susur-galur pengendalian kes ini sejak dari mula sampai sekarang ini menjadi penunjuk bahawa mahkamah [orang-orang yang terlibat dalam melaksanakan proses undang-undang seperti Peguam Negara dan hakim] tidak ada keazaman untuk mencipta 'keadilan' untuk Anwar, tetapi sebaliknya mereka berusaha untuk mensabitkan Anwar dengan kes tersebut. Sekali lagi kita akan melihat Anwar akan dihumban dalam penjara. Keputusan tersebut sudah dijangkakan oleh semua rakyat diberbagai peringkat. Proses undang-undang yang bakal dilalui oleh Anwar merupakan satu formulaliti sahaja. Keputusan sudah ada dalam tangan hakim menanti hari yang sesuai untuk diisytiharkan. Rakyat sudah bersedia.

Pandangan ini bukan unsur penghinaan [mendahului keputusan yang bakal dibuat oleh mahkamah] terhadap mahkamah yang boleh diambil tindakan, ianya hanya merupakan satu pandangan berdasarkan kes-kes Anwar terdahulu yang menjadi rujukan. Ia merupakan pandangan ramai rakyat, kalau kurang percaya turun ke padang buat satu kajian atau mengadakan pungutan suara. Itulah jawapannya yang bakal diterima.
“UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Saturday, January 23, 2010

DAP TERSALAH FAKTA

Oleh: Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt
,

YB M Kula Segaran, Naib Presiden DAP yang juga ahli parlimen Ipoh Barat dalam satu kenyataan akhbar menyebut bahawa kaum Cina [juga termasuk kaum Indaia] di Malaysia tidak layak mendapatkan pinjaman perniagaan daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun). Sila baca pertikan di bawah :


http://www.malaysiakini.com/news/122544


YB ini membuat satu kenyataan yang kurang tepat, apabila beliau menyatakan bahawa kaum Cina dan India dinafikan hak untuk mendapatkan pinjaman daripada TEKUN. Kenyataan ini sangat tidak molek kerana ia memberi peluang kepada pengikut-pengikut UMNO untuk menyerang balas


Pastinya UMNO akan berhujah bagi menarik perhatian kaum Melayu dengan sedikit ugutan yang kononnya DAP yang berjuang dalam Pakatan Rakyat [PR] akan mengenepikan kepentingan kaum Melayu, sekiranya DAP melalui PR berkuasa atau berkongsi kuasa memerintah Malaysia atau negeri. Jadi, adalah dikuatiri kaum Melayu tidak akan memberi undi kepada DAP lagi seperti PRU ke-12 lalu.


Sebagai YB, M Kula Segaran harus sedar bahawa bukan kaum Cina dan India sahaja yang dinafikan hak untuk mendapatkan bantuan, pinjaman dan sebagainya, malah majoriti kaum Melayu yang bukan pengikut UMNO juga turut menerima keadaan yang serupa.


Orang Melayu bukan UMNO turut dinafikan hak untuk mendapatkan berbagai bantuan daripada kerajaan, pinjaman, kemudahan infrastruktur seperti jalan, jalan-jalan pertanian yang dibina masuk ke kampung-kampung dan sebagainya.


Tahukah YB, orang Melayu hendakan rumah PPRT kena isi borang masuk UMNO. Hendakan program Rumah Mesra Rakyat juga perlu masuk UMNO.


Saya telah menghantar satu memorandum kepada YB Ketua Pembangkang melalui ahli parlimen kawasan saya untuk diperbincangan di parlimen bagi memperbetulakan keadaan yang tidak betul ini, tetapi sehingga ke hari tidak kedengaran khabar beritanya.


Oleh itu, YB perlu berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan. Semua kaum Melayu, Cina dan India telah didiskriminasikan oleh UMNO. Kecuali penyokong tegarnya yang menikmati kemudahan tersebut.


“UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

KETIDAKADILAN UMNO : KITA MULA MENUAINYA

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,


Saya tidak terkejut apabila membaca berita yang disiarkan oleh bloger amdang81[http://amdang81.blogspot.com/] mengenai kes perbicaraan Tragedi Berdarah Batu Buruk yang berlaku pada malam 8 September 2007 dulu, yang mana pegawai polis yang melepaskan tembakan itu tidak pernah sembahyang dan kaki botol [mungkin juga seorang penjudi]. Itulah hakikat kehidupan sebenarnya yang diamalkan oleh kebanyakan pemuda-pemudi Melayu yang beragama Islam yang bertugas dalam PDRM terutama dalam pasukan FRU.


Khabar sebegini telah lama saya dengar, tetapi dengan kenyataan tersebut, sahlah khabar yang diceritakan oleh rakan-rakan itu. Apa yang saya diberitahu sebelum ini, sebelum m
ereka diarah menyerbu atau menghalang sebarang aktiviti pembangkang seperti ceramah atau demontrasi [kecuali demontrasi yang dianjurkan oleh UMNO], dua atau tiga jam sebelum operasi bermula, mereka pekena dulu, supaya mereka mabuk baharulah mereka dapat menjalankan tugas dengan sempurna.


Mereka akan bertindak selalunya kita nampak ala-kebinatangan kerana ketika itu mereka berada di bawah kawalan alcohol dan tidak normal sebagai seorang manusia yang waras. Mereka bertindak dengan sewenang-wenangnya memukul, menumbuk, memijak, menyepak, membogelkan mangsa tidak kira sama ada lelaki atau wanita, melepaskan gas pemedih mata, menyembur air kimia dan sebagainya tanpa sebarang belas kasihan. Mungkin tindakan begini amat menyoronokkan kerana bertindak terhadap manusia yang tidak menyerang balas dan tidak bersenjata pula. Kebanyakan mereka [tidak dapat disahkan kebenarannya] khususnya anggota FRU direkrutkan dari sekolah-sekolah penempatan budak-budak nakal atau yang pernah disabitkan dengan kesalahan dan dihukum oleh mahkamah. Kebanyakan mereka berotak mereng dalam istilah tiga suku.


Berbalik kepada peristewa berdarah d
i Batu Buruk. Pada malam kejadian itu, Badan Gabungan Tuntutan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang menggabungkan parti-parti politik dan NGO merancang untuk mengadakan majlis perhimpunan aman berupa road show untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Batu Buruk, Kuala Terengganu. Sebelum itu, BERSIH telah mengadakan road show di beberapa buah negeri di seluruh Negara, kini tiba pula giliran Terangganu menjadi tuan rumah.


Program Bersih yang dianjurkan pada malam itu bertujuan mengajak rakyat menuntut dan memahami hak mereka dalam sebuah negara demokrasi untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan bersih., tetapi malangnya permit untuk program itu tidak diluluskan oleh pihak polis. Hal ini menimbulkan tidak puas di kalangan penyokong pembangkang. Pihak penganjur berkeras mahu mengadakan juga program tersebut kerana ia diadakan di kawsaan persendirian [yang tidak perlu kepada permit polis, malah banyak kes-kes yang di bawa ke mahkamah sebelum itu, pembangkang menang] dan telah mendirikan pentas program, namun pada jam 5 petang polis telah menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah yang digunakan pihak penganjur dan merobohkan pentas itu tanpa keizinan tuan rumah. Untuk mendapat cerita selanjutnya sila layari link di bawah ini :


http://tragedibatuburok.blogspot.com/2007/09/mengapa-polis-lepaskan-peluru-hidup-di.html


Yang menariknya kes ini ialah yang menembak itu [Lans Koperal Wan Aziz Wan Omar] tidak dikenakan apa-apa tindakan, malah diberi penghormatan dan penghargaan yang tinggi sebagai seorang wira yang disanjung, tetapi yang kena tembak Suwandi Abdul Ghani dan Muhamad Azman Aziz digambarkan seolah-olah penjenayah besar dan amat berbahaya kepada masyarakat. Kejahatan mereka ini digambarkan setanding dengan Kalimuthu atau Botak Chin. Mereka ditembak, ditangkap dan dibicarakan. Amat malang sekali mereka tidak dibenarkan diikat jamin. Merengkoklah mereka berdua dalam penjara atas kezaliman UMNO laknatullah itu.


Mereka dilayan seperti seorang penjenayah besar [penjenayah sebenar ialah para pemimpin UMNO yang merompak harta rakyat, menyalahguaan kuasa dan rasuah], mereka datang semata-mata untuk mendengar ceramah tanpa membawa sebarang senjata, mereka hanya membawa senjata asli ‘sepucuk pistol dengan dua biji peluru’. Kes ini amat istemewa kerana ia dikendali terus oleh Peguam Negara sendiri, Abdul Ghani Patail yang didatangkan khas dari Putrajaya [kes besar berprofail tinggi, kes pembunuhan Attantuya Shariibu, beliau tidak melibatkan diri pun].


Allah maha berkuasa, maha adil lagi maha penyayang, akibat kesibukan beliau mengendalikan kes-kes melibatkan UMNO [kes-kes yang berkaitan kepentingan politik UMNO], Allah menimpa bencana menyebabkan kita kehilangan Pulau Batu Putih. Keputusan Mahkamah Antarabangsa ICJ pada 23.5.2008 berpihak kepada Singapura dalam tuntutan bertindih olehnya dan Malaysia ke atas pulau tersebut. Dari segi nilai sejarah, kedaulatan dan moralnya kita sudah kehilangan sebahagian wilayah kita.


Pemangku Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh ketika membaca keputusan kes tuntutan bertindih itu berkata dari sudut sejarahnya adalah milik Kesultanan Johor berdasarkan kepada surat balasan pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953 yang menyebut Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pedra Branca, iaitu nama dalam bahasa Portugis bagi Pulau Batu Putih.


Sebenarnya kita kekurangan/kelemahan fakta untuk meyanggah dan mematahkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak Singapura. Untuk mendapatkan fakta-fakta yang betul dan tepat, kita perlu mengkaji secara lebih mendalam dari berbagai sudut, tetapi kerana Peguam Negara kita lebih sibuk dalam urusan untuk menjaga survival UMNO, maka beliau dan orang-orangnya tidak ada masa untuk membuat kajian bagi memperkuatkan hujah mencabar hujah Singapura. Itu balasannya ke atas UMNO yang terang-terang melakukan kezaliman. Kita juga turut terasa tempiasnya dengan kehilangan pulau tersebut.Maruah kita turut tercemar. Ingat Allah sendiri telah memaklumkan dalam kitab suciNya bahawa setiap bala yang diturunkanNya, semuanya terkena, tidak terkecuali, termasuk kanak-kanak kecil yang belum mengenal erti pahala-dosa.


Ianya merupakan satu peringkatan daripada Allah swt, sekiranya UMNO terus melakukan kezaliman demi kezaliman ke atas orang-orang yang tidak berdosa, nescaya dan tidak mustahil kuasa politik orang Melayu akan jatuh ke tangan bangsa asing. Tanda-tandanya sudah ada, SPR telah menyebut bahawa seramai 4.3 juta orang Melayu yang layak mengundi tidak mendaftar sebagai pemilih, berbanding bangsa lain merebut-rebut mendaftar, malah mereka berusaha meramaikan anak-beranak, memberi bantuan kepada golongan muda-mudinya supaya cepat berkahwin dalam usia muda dan mewujudkan institusi keluarga yang harmoni. Sekarang ini kita menghadapi keadaan ekonomi paling sukar dalam semua sektor. Kerajaan sudah kekurangan wang untuk berbelanja lebih seperti tgahun-tahun lalu. Kita terpaksa berjimat cermat dalam perbelanjaan sehingga menjejaskan kebajikan rakyat seperti dalam sektor pendidikan dan kesihatan. Ini satu pengajaran untuk UMNO supaya lebih berhati-hati, jangan terlalu sombong dan ego dengan kuasa yang ada. Semua ini adalah dengan kehendak Allah yang maha berkuasa. Kita merang, Allah juga merancang, tetapi perancangan Allah maha hebat. Kun Fa Ya Kun.


Kezaliman UMNO, cuba kita tenguk layanan yang diterima oleh Suwandi Abdul Ghani dan Muhamad Azman Aziz amat berbeza sekali dengan layanan yang diterima oleh penyokong Hindraf. Peguam Negera yang sama boleh menarik balik tuduhan cubaan membunuh terhadap 31 orang penyokong Hindraf berkaitan kecederaan seorang pegawai polis di Batu Caves pada 25 November 2007. Atas desakan berbagai pihak terutama dari MIC, Presidentnya S.Samy Vellu memohon PM ketika itu Abdullah Ahmad Badawi menarik balik tuduhan tersebut dan Abdullah mengarahkan Abdul Ghani Patail menarik balik pendakwaan tersebut [rujuk link ini:
http://malaysiakini.com/columns/76275]. Kalau berlaku hal seumpama itu kepada orang Melayu, terutama bukan dikalangan ahli atau kerabat UMNO, tidak ada menteri yang bersimpati seperti apa yang berlaku ke atas Suwandi dan Muhamad Azman. Malah akan menyumpah dan mencari peluang untuk memusnah kedua-dua remaja ini yang tidak membuat kesalahan apa-apa, cuma mereka bukan pendokong UMNO. UMNO merupakan parti yang jahat, UMNO mahukan semua rakyat Malaysia menyertai UMNO dan tinggalkan pembangkang. Sifir politik UMNO amat silap. Pembangkang amat perlu dalam setiap negara yang mengamalkan demokrasi yang boleh bertindak sebagai 'check and balance'.


Satu lagi kes, pada mulanya disyaki seorang wanita warga negara Cina dipercayai ditahan dalam lokap polis dibogel dan diseksa tok ketampi yang gambarnya diambil melalui kamera handphone dan disebarkan melalui internet. Kerajaan UMNO yang berada kedudukan tertekan memaksa PM Abdullah ketika itu mengarahkan seorang menteri terbang ke Cina untuk memohon maaf. Hasil penyiasatan yang dilakukan, dilaporkan bahawa wanita tersebut bukan warga Negara Cina, sebaliknya warga Negara Malaysia berbangsa Melayu. Kes ditutup dan senyap sepi sampai sekarang. Jadi, UMNO ini parti apa. Parti membela atau pengkianat bangsa? Merestui kezaliman dilakukan ke atas bangsanya sendiri demi menjaga kepentingan politik UMNO. Kepentingan agama dan bangsa sanggup dijual dengan harga yang begitu murah dan sanggup menjatuhkan maruah/imej bangsa Melayu itu sendiri.


Apa sebab proses undang-undang yang tidak adil ini boleh berlaku terhadap bangsa Melayu? Sebabnya mudah sahaja kerana kebanyakan orang Melayu yang beragama Islam merupakan bangsa haprak [bukan bermaksud menghina bangsa sendiri, saya juga adalah bangsa Melayu] kerana bangsa Melayu beragama Islam [hanya pada nama sahaja] menolak al-Quran dan al-Hadith sebagai panduan hidup. Lagi, orang Melayu merupakan bangsa yang sukakan 3K1W [kuasa, kedudukan, kekayaan dan wanita] yang boleh dijualbeli dan diperdagangkan [melalui amalan rasuah dan komisyen], lebih mementingkan diri sendiri, tamak, haloba, pengkianat bangsa, iri hati, hasad dengki, suka ‘cah geting’ kawan, suka berkelahi sesama sendiri. Degil dan ego untuk menerima wahyu Illahi yang terkandung dalam kitabNya.


Selain itu, sebahagian besar orang Melayu berfikiran cetek, sempit dan berpandangan jauh, hanya sekadar dicelah-celah kangkang sahaja [tenguk anu masing-masing] tidak seperti orang bukan Melayu. Mereka mmepunyai keazaman politik yang kuat untuk memperkuatkan kedudukan bangsa dan mereka mudah bersatu. Orang Melayu sukar melakukan perubahan politik. Mereka malas berfikir bagaikan seekur lembu pawah, hanya tunggu untuk disembelih. Orang Melayu meghalalkan semua tindakan mungkar UMNO. Bagi orang Melayu, UMNO buat apa, semuanya betul, tidak pernah mahu ambil peduli, hendak jual agama, bangsa dan negara ke, juallah, hendak rasuah besar mana pun, rasuahlah, hendak buat apa pun buatlah, tidak pedulikan kepentingan agama, bangsa dan Negara pada masa depan, asalkan mereka dapat makan, dapat buat anak dan merasa selamat. Orang Melayu berada dalam selesa.[Rujuk :http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=4491]


Tetapi bagi orang bukan Melayu, mereka bersatu dalam memperjuangkan sesuatu isu itu demi kepentingan bangsa mereka. Mereka tidak kianat kepada bangsa sendiri, mereka tidak ada penyakit dan tidak ada perasaan phd dalam diri masing-masing. Bantu membantu dan tolong menolong adalah budaya mereka. Mereka berjuang dan bersatu serta bersama dalam semua hal yang membabitkan budaya, pendidikan, ekonomi dan politik mereka.

Sebagai contoh, mereka bersatu menyebabkan UMNO sebagai kerajaan pening kepala dan sesak nafas bagi mempertahankan imej SPRM yang didakwa terlibat dalam kes kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik dan Pegawai Khas kepada Ean Yong Hian Wah salah seorang exco kerajaan negeri Selangor, dan Teo juga pernah menjadi pegawai khas kepada MP Petaling Jaya Utara iaitu Tony Pua. Kes ini telah berjalan berbulan-bulan lamanya, ia semakin berbelit-belit tidak nampak tanda-tanda yang ia boleh diselesaikan dalam masa yang terdekat. Pada pandangan saya kes ini amat sukar untuk UMNO untuk menutupnya kerana ia memberi implikasi yang amat besar terhadap masa depan politik UMNO dan BN. Kalaulah kes ini melibatkan orang Melayu, memudahkan UMNO menyelesaikannya dan sudah lama kes ini selesai dan ditutup fail. Sekarang UMNO telah bertemu buku dengan ruas. Padan dengan muka. Kelebihan UMNO kerana ia masih memegang kuasa.


Kita amat mengharapkan kali ini UMNO akan terkena jerat yang dipasangnya sendiri. Dalam kes rampasan kuasa di Perak, UMNO berjaya melepaskan diri dan berjaya mempertahankan kuasa kerana ia berjaya mempengaruhi dan mempergunakan hakim dan mahkamah untuk menghalalkan tindakan biadap dan kurang ajarnya itu.

Dalam kes kematian Teoh ini, kita berdoa dan mengharapkan sangat-sangat agar Allah swt membalas segala dosa-dosa yang UMNO pernah lakukan selama ini sama ada kecil atau besar. Allah tidak mengira sama ada seorang itu muslim atau bukan muslim. Kezaliman yang dilakukannya akan tetap akan dibalas oleh Allah di dunia ini lagi. Soal kepercayaan/iman terserah kepada Allah swt menentukannya.


Contohnya Lim Guan Eng yang pernah dihina, dikeji, dijatuhkan maruah dan dizalimi tanpa sebarang dosa yang telah dilakukannya. Lim Guan Eng tidak pernah merompak harta rakyat walau pun sesen pun, tidak melakukan pengkianatan, tidak rasuah dan mengambil komisyen telah dipenjarakan hanya sekadar bermotifkan politik sempit UMNO mengekalkan kuasa. Lim Guan Eng bukan seperti kebanyakan para pemimpin UMNO yang kaki rasuah [tetapi dapat diselamatkan kerana UMNO berkuasa], makan komisyen, gunakan kuasa untuk merompak khazanah negara untuk kepentingan peribadi, memiliki kekayan melimpah ruah hasil jadi pemimpin UMNO. Sekarang lihat, dengan kehendak Allah swt, Lim Guan Eng telah dinaikkan martabat dan darjathya. Dari seorang bekas banduan terus mendaki tangga sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, yang rakyat Melayunya hidup merempat anggara perbuatan para pemimpinnya kaki rasuah. dan lihat Rahim Tamby Chik dan rakan-rakan seangkatan dengannya yang dulunya ada kemuliaan, dipuja dan disanjung, kini sudah jadi kupang tembaga.
Kita harap agar UMNO cepat-cepat mampus kerana dosa-dosa yang pernah dilakukannya. InsyaAllah.


“UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”