DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, November 16, 2008

TANDA-TANDA DUNIA KITA MULA TERBALIK

Oleh : Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
Mufti Kerajaan Negeri Perlis

Ada beberapa perkara menarik berlaku dalam minggu ini. Kejadian itu semua bolehlah disenaraikan dalam tanda-tanda ‘dunia sudah terbalik’. Antaranya demonstrasi bantahan terhadap fatwa pengharaman pengkid.


Saya kurang pasti adakah dalam dunia ini mana-mana agama yang mengizinkan penganutnya yang perempuan menyerupai lelaki atau sebaliknya sehingga ‘fatwa’ tersebut dianggap menjejaskan hak mana-mana agama? Apatah lagi jika hukum tersebut hanya ditujukan kepada umat Islam semata. Atau mungkin mereka merasakan bahawa hukum itu menjejaskan hak asasi manusia.


Saya pun hairan apakah termasuk dalam hak manusia untuk menukar jantina? Ya, pada kaca mata aliran liberal tanpa sempadan keagamaan atau keinsanan, mungkin itu satu hak. Atau ia dianggap hak asasi bagi manusia yang menggunakan nama Tuhan menghalalkan apa yang bercanggah dengan ciptaan Tuhan.


Tetapi pada nilaian fitrah insani yang sejahtera perkara itu adalah satu pencemaran hak. Sama seperti jika ada kelompok yang menuntut hak untuk bertelanjang di jalanan atas alasan kebebasan. Hak yang seperti itu hanya mencemarkan hak orang lain yang akan terganggu dengan tindakan mereka dan merampas keselesaan ramai. Lebih daripada itu, ia terkeluar dari nilai insani yang normal.


Maka pemerintah di mana-mana negara pun jika membenarkan satu hak dalam masalah seperti ini, akan mencemarkan hak pihak yang lain. Sudah pasti neraca dalam masalah ini adalah nilaian agama dan fitrah insani yang lurus. Jika dibenarkan wanita menjadi lelaki atau lelaki menjadi wanita, maka hak kaum lelaki atau wanita yang normal akan tercemar. Akan berlaku kekeliruan gender yang meluas dalam masyarakat. Lalu lelaki atau wanita normal sukar mencari pasangan yang sebenar. Akan berlaku kecurangan yang luar biasa apabila ada kelompok manusia yang mencari pasangan sesama jantina.


Jika hal itu meluas, maka perkembangan masyarakat manusia juga akan tercemar disebabkan tidak mungkin ‘hubungan seks’ sesama jenis boleh melahirkan zuriat. Maka atas nama hak, apakah nanti kita mesti mengwujudkan tandas ‘pengkid’ atau ‘tandas saudarai’. Atau apakah pengkid boleh masuk ke tandas lelaki, atau ’saudarai’ boleh ke tandas perempuan? Dunia akan terbalik nanti dan banyak kekalutan akan berlaku.


Maka, tidak hairanlah jika Islam mengharamkan hal ini seperti hadis Ibn ‘Abbas yang saya sebutkan pada minggu lepas Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki (Riwayat al-Bukhari).


Cumanya, seperti yang saya nyatakan bahawa isu lelaki menyerupai perempuan tidak memerlukan sidang fatwa khas untuk mengeluarkan hukum mengenainya. Hukum yang seperti ini diketahui oleh sesiapa sahaja yang mempunyai walaupun sedikit asas pengetahuan agama Islam. Seperti yang saya nyatakan, yang agak peliknya, dalam fatwa yang dikeluarkan itu ditegaskan tentang haramnya wanita menyerupai lelaki, sedangkan fenomena yang bertebaran kelihatan di sana-sini adalah lelaki yang menyerupai perempuan. Sama ada pada gaya bahasa, gaya berjalan, atau lebih-lebih lagi ‘nafsu bercinta’.


Wanita tiruan ini kelihatan dan kedengaran bukan sahaja di jalanan, tetapi juga di media massa; radio, televisyen dan akhbar. Mereka kelihatan mendapat lesen yang besar tanpa dipertikaikan oleh sesiapa. Tiba-tiba muncul fatwa yang menegaskan tentang ‘haram pengkid’ dan tidak pula menonjolkan tentang haram lelaki cuba menjadi wanita. Perkara-perkara yang seperti inilah yang menjadikan manusia bersalah sangka lalu menganggap sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh ‘insan-insan berjawatan’ itu mengambil kira soal kedudukan dan ‘keselesaan kerusi’ masing-masing.


Ini semacam fatwa yang mengharamkan kanak-kanak bermain mercun kerana dikatakan membazir, tetapi dalam masa yang sama tidak pula mengharamkan mercun yang ratusan ribu ringgit yang dimainkan dalam berbagai-bagai keramaian atau tidak pula mengeluarkan fatwa mengharamkan pembaziran yang berlaku dalam pengurusan wang rakyat. Ini pun menunjukkan dunia kita memang nak terbalik..


Dalam celahan cerita wanita yang ingin menjadi lelaki, timbul pula kes kezaliman terhadap wanita di Kedah. Bagaimana seorang wanita mendakwa dirinya yang dizalimi oleh kecuaian Pejabat Agama. Dalam tempoh lapan tahun pihak Jabatan Agama tidak memberikan kepadanya surat cerai, tiba-tiba apabila beliau berkahwin dengan lelaki lain datang perintah mahkamah yang menyatakan perkahwinannya dengan suami yang kedua itu tidak sah dan dianggap ‘bersuami dua’.


Ketika beliau berulang-alik ke Pejabat Agama meminta surat pengesahan cerai, mereka gagal memberikan kepadanya. Malangnya, apabila beliau berkahwin dengan suami yang kedua dan mempunyai dua anak, datang pula surat mahkamah syariah yang membatalkan perkahwinan dan menyuruhnya kembali kepada suami yang pertama. Hari ini beliau hidup penuh tekanan dan penderitaan jiwa.


Jika benar dakwaan beliau, alangkah kejamnya pengurusan yang diberi nama agama ini. Dahulu saya pernah mencadangkan agar kita mengurus perkara-perkara halal dengan baik dan mudah serta membendung perkara- perkara haram agak menjadi rumit susah untuk mendapatkannya. Malangnya, hal ini tidak berlaku. Sehingga ada negeri yang memenjarakan sesiapa yang berkahwin di luar negerinya.


Begitulah urusan perkahwinan disulitkan dengan berbagai-bagai ‘karenah pengurusan’ yang pelbagai. Sebahagiannya dijadikan bisnes dengan yuran yang menguntungkan. Lihat sahaja apakah sukatan dalam sesetengah kursus perkahwinan. Sementara kes talak tertangguh begitu banyak yang memakan masa bertahun-tahun. Ia menghalang wanita untuk berkahwin semula sedang tuntutan jiwa dan nafsu wujud apatah lagi bagi wanita muda. Mahkamah dengan mudah menangguhkan kes hanya kerana suami tidak datang walaupun sudah berkali-kali. Wanita-wanita yang dianiayai lelaki sebegini didera perasaan dan nafsu kelaminnya. Ini adalah kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan terhadap wanita.


Malang sekali, kes-kes yang seperti ini tidak diselesaikan dengan kuasa hakim. Hakim sepatutnya boleh diberi kuasa fasakh yang lebih jelas dan tegas kepada suami zalim dan tidak bertanggungjawab. Keengganan hadir ke mahkamah tanpa alasan yang diterima boleh dianggap sebagai sebab untuk perkahwinan dibatalkan.


Dukacita, pihak pengurusan agama ini jika ditegur ada yang melenting. Padahal bukan sedikit kaum wanita yang menunggu bertahun-tahun untuk kesnya diselesaikan. Ini semua boleh menjadi faktor terdorongnya gejala maksiat akibat runtunan nafsu yang tidak dapat diluruskan secara yang kononnya dianggap ‘berdasarkan undang-undang syarak’. Di manakah keindahan syariat hendak dilihat jika dikendalikan seperti ini? Benarlah kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) yang selalu saya ulangi:


“Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia- sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).


Sebab itu saya pernah mencadangkan agar pihak berkuasa agama menumpukan kepada penyelesaian kes-kes yang seperti ini daripada menumpukan ‘operasi mengintip’ maksiat di dalam bilik-bilik hotel yang belum tentu ada. Selesaikanlah kes yang jelas wujud dari disibukkan diri dengan perkara yang tidak pasti. Namun dunia agaknya sudah terbalik..


Bercakap soal keadilan, ada yang bersungut dengan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis baru-baru ini yang memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibu bapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut; “Anak yang lahir kurang daripada enam bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami”. Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008.
Maksud fatwa ini adalah seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya kurang daripada tempoh enam bulan tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminya dengan syarat si suami tidak membantahnya. Sebabnya, di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islam secara di’bin’kan kepada bapanya jika tempoh perkahwinan mereka kurang daripada enam bulan. Dalam erti kata lain anak tersebut dianggap ‘anak luar nikah’.


Hasil daripada peraturan ini maka ramai anak yang tidak dibinkan kepada bapa mereka. Lebih menyedihkan apabila anak tersebut mendapati hanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-beradiknya yang lain berbinkan bapanya. Ini merupakan satu tekanan kepadanya yang tidak berdosa dalam perkara tersebut sepanjang hayatnya.


Pihak ibu bapa pula, amat sukar untuk menerangkan hakikat sebenar kepada anak berkenaan kerana itu akan membuka ‘aib yang telah cuba ditutup. Di samping boleh menghilangkan rasa hormat anak kepada ibu bapa yang telah insaf dan sedang membina dan mendidik keluarga. Atas keadaan tersebut maka, isu ini saya bincangkan dalam Fatwa Negeri Perlis.


Kita sedar, adanya perbezaan pendapat di kalangan sarjana fekah dalam hal ini. Namun, setelah meneliti dalil-dalil syarak dan alasan-alasan para sarjana yang berbagai-bagai, maka keputusan tersebut dibuat. Antara dalil yang dijadikan asas perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi saw:
“Anak itu (nasabnya) kepada suami menyetubuhinya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Hadis ini disebutkan oleh Nabi saw apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Abd bin Zam’ah. Sa’d membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa saudaranya ‘Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam’ah yang masih budak ketika itu sebenarnya adalah anaknya.


Namun ‘Abd bin Zam’ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam’ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa’d mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya ‘Utbah. Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi SAW, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai ‘Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa’d.


Namun baginda memutuskan anak itu ialah anak Zam’ah dengan bersabda: “Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut)”. Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah saw memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina.


Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi saw yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki maka sudah pasti pelbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga. Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan.


Bahkan di kalangan sarjana Islam ada yang berpegang bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada bapa zinanya sekalipun jika wanita berkenaan tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya. Namun syaratnya mestilah wanita tersebut juga tidak berkahwin dengan lelaki lain seperti dalam kes hadis di atas.


Kata Dr Yusuf al-Qaradawi:


“Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; ‘Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu). Pendapat ini disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim”. (lihat: islamonline.net).


Namun, keputusan Fatwa Perlis hanya membincangkan tentang keharusan menasabkan anak kepada suami sekalipun perkahwinan itu kurang daripada enam bulan. Dengan itu maka mereka yang terlibat dalam perzinaan lalu bertaubat dan berkahwin, anak yang dikandung bolehlah dinasabkan kepada si suami sekalipun baru berkahwin dengan syarat tiada bantahan daripada suami.


Antara kebaikan fatwa ini; ia menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat. Juga menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya disebabkan faktor kekurangan tempoh perkahwinan serta membantu ibu bapa yang terlanjur meneruskan kehidupan dan pembinaan keluarga.


Ada yang kata; fatwa ini menggalakkan orang berzina. Saya kata tidak sama sekali; ia memberi orang bertaubat dan menyelamatkan maruah anak yang tidak berdosa. Yang menggalakkan maksiat adalah adegan-adegan panas dalam media, juga pengurusan yang menyusahkan kahwin dan talak. Fikiran anda jangan terbalik!


Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi: http://demang.blogmas.com/


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian.Wassalam

Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih

DSAI BAKAL MENJADI MANGSA KONSPIRASI POLITIK KALI KEDUA

Oleh: Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,


Sesiapa yang membaca dua laporan Malaysiakini.com siaran 14 November lalu, sudah pastinya dapat menjangka apa yang bakal akan berlaku ke atas Ketua Pembangkang, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Laporan pertama, Malaysiakini.com [
http://www.malaysiakini.com/news/93054 ] melaporkan bahawa Abdul Gani Patail, Peguam Negara melalui Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Mohd Yusof Zainal Abiden telah memfailkan rayuan ke atas keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Seksyen, Hakim SM Komathy Suppiah yang menolak permohonan memindahkan kes liwat Anwar ke Mahkamah Tinggi. Penolakan tersebut disebabkan sijil yang ditangani oleh ‘dajal’ itu tidak sah. Si’dajal’ ini pada masa yang sama sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah [BPR] kerana menyalahgunaan kuasa dan rasuah.


Abdul Gani Patail ketika itu Timbalan Pendawaraya Kanan dituduh menyembunyikan fakta sebenar mengenai mata lebam Anwar Ibrahim. Gani pada malam 20 September 1998, iaitu malam Anwar ditangkap [Anwar dipecat oleh Mahathir Mohamad pada 2 September 1998], Gani berada di Bukit Aman. Selepas Anwar ditangkap oleh pasukan polis yang bertindak ala-mossad, Anwar dibawa ke Bukit Aman. Disinilah Anwar dibelasah secukup-cukupnya oleh Abdul Rahim Noor, ketika itu sebagai Ketua Polis Negara. Anwar hampir-hampir mati, dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya.


Oleh kerana sikap Gani ini enggan [menyembunyikan] mendedahkan fakta sebenar menyebabkan kerajaan telah membazirkan wang, masa dan tenaga menubuhkan Suruhanjaya DiRaja menyiasat mengenai mata lebam Anwar yang dipengerusikan oleh bekas Peguam Negara Abu Talib Othman. Melalui suruhanjaya inilah akhirnya rakyat mengetahui bahawa Rahim Noor yang menyebabkan mata Anwar menjadi lebam. Rahim Noor menumbuk Anwar sehingga pengsan dan hampir-hampir menemui ajalnya dalam tahanan polis. Sebelum itu satu badan penyiasatan yang ditubuhkan oleh polis sendiri gagal menemui orang yang menyebabkan Anwar bermata lebam.


Abdul Gani Patail ketika itu banyak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan peraturan walaupun ia tahu perkara berkenaan adalah salah dari segi perundangan seperti beliau mengugut K.S. Nallakarupan [Nalla didapati bersalah menyimpan senjata api tanpa lesen] supaya bersubahat dengan beliau menjadi saksi agar Anwar dan masa depan kerjaya politiknya dapat dimusnahkan, tetapi sampai kini beliau masih selamat kerana beliau dilindungi oleh ‘tuan besar’ taikun politik UMNO. Gani adalah perkakas dan kuda kayu untuk taikun-taikun UMNO dulu, kini dan selama-lamanya, selagi Pakatan Rakyat tidak mampu menyahkan UMNO daripada tampok kuasa.


Kini, Gani muncul kembali dengan misi yang sama untuk menyelamatkan riwayat politik tuannya itu dan dalam yang sama beliau dikehendaki memastikan Anwar Ibrahim masuk penjara sekali lagi seperti mana yang berlaku 10 tahun lalu. Kes rayuan ini akan didengar di Mahkamah Tinggi [siapa Hakimnya?] pada 20 November ini.


Gani hanyalah budak suruhan elit politik UMNO semata-mata dan beliau melaksanakan tugas seperti yang diarahkan sahaja. Persoalannya ialah : Arahan proses pemindahan kes ini datang daripada siapa-Abdullah Ahmad Badawi atau Najib Tun Razak?


Kalau tanpa arahan salah seorang daripada mereka, nescaya proses pembicaraan ini hanya akan berlaku di Mahkamah Seksyen sahaja, selepas keputusan telah dibuat oleh Hakim SM Komathy Suppiah. Pihak pendakwa tidak perlu bersusah payah membuang masa merayu untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi seperti yang berlaku ke atas diri Abdul Razak Abdullah Baginda. Laporan kedua Malaysiakini.com menyebut bahawa Razak Baginda yang dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya Shaariibuu dan pihak pendakwaan pula tidak mahu mengemukakan rayuan [sebab tidak ada arahan berbuat sedemikian bagi menjaga kepentingan politik orang-orang tertentu] terhadap pembebasan Razak Baginda itu atas alasan kononnya hakim yang memutuskan kes tersebut telah pun membuat penemuan fakta dalam membebaskan Razak Baginda [
http://www.malaysiakini.com/news/93116].


Peguam bagi pihak keluarga Altantuya telah menulis surat ke Jabatan Peguam Negara agar pihak pendakwa membuat rayuan terhadap pembebasan Razak Baginda di Mahkamah Rayuan, tetapi permohonan tersebut diketepikan kerana terpaksa menjaga kepentingan orang-orang tertentu, walaupun pihak pendakwaan terpaksa menutup sebelah mata mengorbankan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar yang didapati [ada prima facei] membunuh dan meletopkan mayat Altantuya Shaariibuu demi satu tugas yang diperintahkan oleh seseorang yang amat berkuasa.


Sementara itu, Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Timbalan Pendawaraya mengugut akan menggunakan seksyen 136 Akta Keterangan bagi menghalang pihak peguambela memanggil Raja Petra Kamaruddin dan Balasubramaniam sebagai saksi dengan menggunapakai afidavit yang difailkan dan kemukakan kepada umum oleh kedua-dua mereka yang melibatkan Najib Tun Razak, Timbalan PM yang bakal menjadi PM ke-6 pada Mac depan dan Rosmah isterinya. [
http://www.malaysiakini.com/news/92795]. Pihak pendakwaan menyedari hali ini, maka ia akan dihalang dengan berbagai cara, mungkin alasan yang diberikan oleh mahkamah afidivit ini tidak relevan dengan kes yang akan dibicarakan itu.


Sekiranya kes ini masih tidak mampu mencelikkan mata dan mengintelekkan pemikiran orang-orang yang bertugas dalam pasukan polis ketika melihat kedua-dua rakan mereka yang terjerat, sedangkan mereka berdua hanyalah sekadar melaksanakan satu perintah telah pun menjadi mangsa kerakusan orang-orang berkuasa, yang tamak dan haloba terhadap kekayaan serta kemewahan hidup yang melampau, maka mereka yang seperti ini adalah merupakan specis lembu bukan di kalangan manusia yang mempunyai fikiran dan perasaan. Sampai bila orang-orang dalam pasukan polis ini harus melaksanakan perintah yang menjeratkan leher mereka sendiri, sedangkan orang-orang yang benar-benar terlibat dibebaskan dan bebas bergerak ke sana ke mari, bergelak-ketawa, berhibur, berfoya-foya dan hidup dipenuhi dengan kemewahan. Mereka berkerja apabila diarah lebih kuah daripada sudu. Lebih UMNO daripada UMNO. Fikirkanlah kawan-kawan ku dalam pasukan polis. Gunakan fikiran anda secara matang apabila bertugas, jangan mudah diperalatkan bagi mencapai agenda pihak-pihak tertentu yang gilakan kuasa, kedudukan dan kekayaan.


Berbeza dengan kes Anwar Ibrahim dan kes pembebasan Raja Petra Kamaruddin yang dibebaskan daripada tahanan ISA oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 7 November lalu [
http://www.malaysiakini.com/news/92626], tetapi Pejabat Penasihat Undang-Undang Kementerian Dalam Negeri dalam notisnya bertarikh 11 November yang ditangani oleh si’dajal’ ini juga telah memfailkan notis rayuan untuk dimukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.


Rentetan peristewa ini mengambarkan pihak pendakwa telah diarahkan [?] bagi memastikan Anwar Ibrahim dengan apa cara sekali pun mesti disabitkan kesalahan tuduhan meliwat. Dengan cara itu sahaja pengaruh Anwar dapat dimatikan. Kaedah ini mengingatkan saya kisah Anwar 10 tahun lalu. Ketika itu Anwar mengadapi 10 tuduhan jenayah yang akan dibicarakan. Perbicaraan pertama melibat 4 pertuduhan rasuah tanpa melibatkan wang sesen pun yang dibicarakan secara serentak. Ia mula dibicarakan mulai 3 November 1998 dan hakim yang mendengar kes ini entah datang dari mana bernama Hakim S. Augustine Paul atau hakim coklat hack yang mempopularkan perkataan ‘tidak relevan’ untuk menolak hujah-hujah yang dibentangkan oleh pihak pembelaan. Perbicaraan ini memakan masa selama 78 hari dan pada 14 April 1998 mahkamah membuat keputusan mendapati Anwar Ibrahim didapati bersalah atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa. Dakwaan itu mengikut peruntukan Seksyen 2(1) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970. Anwar dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun bermula pada tarikh keputusan mahkamah dibacakan bukan bermula ia ditangkap sepertimana kebiasaannya.


Perbicaraan kedua melibatkan kes liwat dengan Azizan Abu Bakar. Perbicaraan kes ini memakan masa yang paling lama dalam sejarah iaitu selama 118 hari bermula 7 Jun 1999 dan berakhir pada 20 Julai 2000. Bagi memastikan Anwar bersalah, pihak pendakwa yang diketuai oleh Mokhtar Abdullah telah melakukan tiga kali pindaan terhadap butir-butir pertuduhan. Kalau mengikut norma-norma keadilan sejagat, kes ini dengan sendirinya ditolak oleh mahkamah kerana pihak pendakwaan gagal memberi butir-butir tuduhan spesifik yang tepat berkaitan masa dan tempat kejadian yang berlaku, tetapi ia lebih kepada konspirasi politik bagi membunuh kerjaya politik Anwar, maka mahlamah terpaksa menerimanya dengan hati terbuka.


Perbicaraan kes ini dihentikan banyak kali iaitu pada bulan Ogos dan September 1999 kerana isu racun arsenik dan masalah kesihatan Anwar, disambung semula dan dihentikan sekali lagi pada bulan November 1999 kerana PRU ke-10 akan diadakan pada bulan Disember tahun yang sama. Disambung semula selepas raya aidil fitri pada 22 Januari 2000 sehinggalah ia tamat dengan pihak pendakwa mengemukakan 9 saksi dan pihak pembelaan mengemukakan 31 saksi. Keputusan perbicaraan diumumkan oleh Hakim Ariffin Jaka pada 8 Ogos 2000 dan Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara 9 tahun. Jadi, keseluruhannya Anwar dihukum 15 tahun penjara. Hukuman ini hendaklah berjalan selepas hukuman 6 tahun penjara tamat, bukan dijalankan serentak.


Bagaimana pun Mahkamah Persekutuan pada tahun 2 September 2004 telah membebaskan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat kerana kekurangan bukti dan terdapat fakta-fakta yang meragukan.
Manakala 5 tuduhan jenayah terhadap Anwar, 4 kes melibatkan tuduhan meliwat dan 1 tuduhan melakukan amalan rasuah mengarahkan BPR menghentikan siasatan terhadap Mohd Azmin Ali, Setiausaha Politiknya ditarik balik oleh pendakwaraya melalui Timbaklan Pendakwaraya Azhar Abdul Hamid.


Tujuan saya mengimbaskan kembali kisah 10 tahun lalu adalah untuk memperingatkan para pemimpin Pakatan Rakyat agar bersiap sedia daripada sekarang. Oleh sebab itu tulisan saya dalam siri ke-2,
Layakkah Najib Tun Razak ke Seri Perdana menyarankan kepada Pakatan Rakyat menjadikan rancangan mengambilalih kuasa daripada tangan UMNO sebagai perjuangan di antara hidup dan mati.


Kesimpulannya, sekiranya kes liwat ini berjaya dibicarakan di Mahkamah Tinggi, maka nasib Anwar akan bertukar menjadi malang. Beliau akan kehilangan jawatan Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Perlu diingatkan bahawa Anwar adalah musuh ketat Najib. Najib akan mencari jalan untuk mematikan kerjaya politik Anwar kerana manusia yang bernama Anwar ini merupakan seorang manusia yang berani mencabar perlaksanaan dasar-dasar kerajaan yang merugikan rakyat, tetapi sebaliknya para pemimpin mendapat laba yang melimpah ruah hasil amalan rasuah dan menyalahgunaan kuasa. Harapan Najib ketika ia berkuasa kelak tidak ada manusia yang berani mencabar kepimpinannya. Ia boleh berbuat apa sahaja yang suka, termasuk Rosmah Mansor, isterinya. Mereka boleh jadikan Malaysia ini harta Tun Razak dan keluarga Sdn Bhd, tidak siapa yangb berani menghalang. Oleh itu, proses undang-undang adalah kaedah terbaik untuk melucutkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen.


Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan di blog saya satu lagi: http://demang.blogmas.com/


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Monday, November 10, 2008

LAYAKKAH NAJIB TUN RAZAK KE SERI PERDANA?-SIRI KE-2 [AKHIR]

Oleh : Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,


Saya memohon maaf kepada semua pelayar yang mengunjungi bolg saya : tuntelanai.blogspot.com yang lama tidak sempat di’update’kan kerana ketidaksempatan waktu disebabkan tugas-tugas rasmi di dalam dan di luar pejabat serta hal-hal peribadi sehingga perkembangan politik semasa pun tidak dapat mengikutinya secara tetap. Tulisan terakhir saya disiarkan di laman sahabat baik saya [
http://www.marhaendaily.net/v1/mar_a_tun_telanai066.html] pada 12 Oktober lalu.


Pada kesempatan ini saya akan menyambung tulisan saya sepertimana yang telah dijanjikan. Bagaimana kaedah terbaik untuk menyekat laluan Najib Tun Razak gagal ke Seri Perdana sebagai Perdana Menteri [PM] Malaysia ke-6?


Pada 3 November lalu secara rasmi Najib telah diisytiharkan sebagai Presiden UMNO yang baru bagi mengantikan Abdullah Ahmad Badawi yang akan melepaskan jawatan itu pada bulan Mac 2009. Najib memperolehi 141 pencalonan daripada 142 bahagian yang sempat mengadakan mesyuarat agung masing-masing daripada 191 bahagian seluruh negara yang belum lagi mengadakan mesyuarat, selebihnya akan mengadakan mesyuarat pada hari-hari berikutnya sehingga Ahad, 9 November 2008, tarikh terakhir setiap bahagian mesti mengadakan mesyuarat tahunan seperti yang ditetapkan. Pencabar Najib, Tengku Razaleigh Hamzah hanya berjaya mendapat satu pencalonan daripada bahagiannya sendiri, Gua Musang. Setelah tamat tempoh untuk bahagian-bahagian UMNO mengadakan mesyuarat agungnya kelmarin, keputusan menunjukkanan Najib memperolehi 177 pencalonan atau 92.7 peratus daripada seluruh negara.


Ikut tradisi yang diamalkan di negara ini, mana-mana orang yang menjadi ketua sesebuah parti yang memperolehi majoriti sokongan di Parlimen, maka orang itu akan dipilih sebagai Perdana Menteri. Jadi, Najib sudah pasti akan menjadi PM ke-6 pada bulan Mac nanti. Oleh itu, Pakatan Rakyat [PR] yang diketuai oleh Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang perlu bertindak segera sebelum kita melangkah kaki masuk ke tahun baru 2009. Apa cara sekali pun dan berapa kos yang perlu dibayar, PR perlu mengambil langkah-langkah yang paling drastik untuk menyekat kemaraan Najib ke Seri Perdana.


Kaedah pertama, Ketua Pembangkang dan juga Penasihat PKR Anwar Ibrahim perlu menjadikan perjuangan untuk mengambilalih kuasa daripada UMNO sebagai perjuangan di antara hidup dan mati. Anwar perlu menjadikan PR sebagai sebuah pasukan tentera. Misi pasukan tentera ialah menentang musuh-membunuh atau dibunuh [tafsirannya ialah peperangan dalam strategi berpolitik bukan penggunaan senjata sebenar]. Jika Anwar dan PR lambat bertindak dan membiarkan Najib berjaya memegang kuasa, maka masa depan Anwar dan PR berada kedudukan yang amat berbahaya.


Jawatan Ketua Pembangkang yang disandangkannya akan dilucutkan [disqualified] dan kerjaya politik Anwar akan dimatikan melalui proses perundangan sepertimana yang berlaku ke atas beliau 10 tahun lalu. Dua strategi telah diagendakan bagi bertujuan tersebut. Strategi pertama telah dilaksanakan. Abdul Gani Patail, Peguam Negara telah berusaha memindahkan perbicaraan kes liwat Anwar dari Mahkamah Seksyen ke Mahkamah Tinggi, tetapi percubaan tersebut telah gagal. Hakim SM Komathy Suppiah memutuskan bahawa Mahkamah Seksyen mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes itu dan tandatangan Abdul Gani Patail ke atas sijil pemindahan itu tidak sah kerana Abdul Gani sendiri terlibat dengan tuduhan salah laku rasuah yang sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah [BPR] dan Abdullah Ahmad Badawi sendiri telah memberi jaminan bahawa Abdul Gani Patail tidak akan dilibatkan dalam kes liwat ini. Tiba-tiba Abdul Gani Patail muncul mahu membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi. Agenda siapa disebalik percubaan yang gagal ini?


Saya rasa sebahagian besar rakyat di negara ini masih ingat diawal perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Majistret Aizatul Akmal Maharani mengeluarkan perintah supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi berikutan permohonan oleh Timbalan Pendakwa Raya Salehuddin Saidin. Kemudian diikuti tindakan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Kadir Musa pada mulanya membebaskan Abdul Razak Abdullah Baginda dengan bon RM1 juta dengan dua orang penjamin atas alasan masalah kesihatan tanpa sekuriti adalah kes pertama dalam sejarah perundangan di Malaysia.

Paling ganjil apabila Mahkamah membebaskan orang yang dituduh dalam kes bunuh dengan bon tanpa sekuriti pada hal kesalahan membunuh tidak boleh dijamin. Dalam keadaan biasa, mahkamah akan menetapkan jumlah jaminan dan jika tertuduh gagal hadir di mahkamah, mahkamah akan menghantar surat tunjuk sebab kepada penjamin bagi memberikan penjelasan bagi pihak tertuduh yang gagal hadir. Kemudian mahkamah akan menetapkan jumlah wang yang akan dirampas daripada penjamin jika tertuduh gagal hadir di mahkamah.

Langkah tersebut mendapat bantahan awam yang menyebabkan mahkamah terpaksak akur dengan desakan awam mengenakan syarat tambahan dengan mendepositkan wang tunai RM1 juta atau sekuriti yang setara dengannya selain melaporkan diri di balai polis seminggu sekali dan menyerahkan pas perjalanan ke mahkamah. Selepas tamat tempoh ikat jamin RM1 juta pada 5 Januari 2007, mahkamah tidak membenarkan disambung ikat jamin dan Razak Baginda disumbatkan ke dalam penjara Sungai Buluh.

Menjadi satu persoalan yang tidak ada jawapan sehingga kini yang mana pada mulanya Hakim Datuk K. N Segara yang sepatutnya mendengar kes tersebut, tetapi kemudian secara tiba-tiba Pesuruhjaya Kehakiman [kemudian dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi] Datuk Mohamed Zaki Mohamed Yassin diarah mengendalikan kes tersebut. Hasilnya pada 31 Oktober lalu, Razak Baginda dibebaskan dan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar daripada Unit Tindakan Khas [UTK] didapati ada prima facei dan diperintahkan untuk membela diri. Strategi yang serupa digunakan terhadap Anwar, tetapi setakat ini gagal.

Perlantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi sebagai Ketua Hakim Negara yang baru juga merupakan strategi kedua UMNO untuk membunuh kerjaya politik Anwar. Zaki menjadi orang pertama yang dilantik terus sebagai hakim Mahkamah Persekutuan dan tidak mengikuti urutan kebiasaannya di mana seseorang itu terlebih dahulu dilantik menjadi hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.


Zaki seorang manusia yang mempunyai pekerti yang buruk di kaca mata masyarakat yang responsive terhadap isu-isu semasa. Dengan kerana hendak berkahwin dengan wanita muda bagi memuaskan nafsu seksnya, Zaki sanggup berbohong dan menipu isteri pertama dan keluarganya sendiri. Zaki berkahwin dengan Nor Hayati Yahaya pada bulan Mei 2005 dan mereka berpisah selepas tiga bulan mendirikan rumahtangga. Mereka berkahwin menggunakan khidmat kadi dari Thailand dan kedua-duanya bersetuju untuk membakar sijil asal perkahwinan mereka bagi menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan isteri pertamanya. Perbuatan Zaki tidak mendaftar perkahwinan mereka di Malaysia adalah satu perbuatan yang biadap [kerana beliau adalah seorang peguam] dan melanggar undang-undang syariah [dalam bab nikah-cerai] yang digunapakai di negara ini. Disamping itu, beliau adalah seorang tokoh korperat, berdarah UMNO dan peguam untuk UMNO berabad lamanya. Berdasarkan itu, Zaki tidak layak dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Beliau tidak ada akhlak yang baik untuk mereformasikan sistem keadilan di negara ini dan sistem kehakiman kita akan dipersoalkan jika kes-kes yang melibatkan UMNO dan kerajaan.

Jadi, bagi menjamin survival kerjaya politik Anwar masa depan, maka Anwar dan PR perlu bergabung tenaga bagi memastikan Najib tidak berpeluang melangkah masuk ke Seri Perdana. Persiapa rapi perlu dibuat dari sekarang bagi menghadapi serangan dari sistem perundangan negara yang akan dimanipulasikan untuk mengnyahkan Anwar daripada arus politik dalam negara ini.


Kaedah kedua adalah melalui Pakatan Rakyat [PR]. PR mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka mempunyai kekuatan dan sokongan majoriti [termasuk Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN)]. Menunjukkan kekuatan bermaksud lima [5] buah kerajaan-kerajaan negeri [termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur] di bawah pemerintahan atau di bawah penguasaan PR perlu segera mengubal dasar dan perlaksanaan dasar menjurus menjaga kebajikan keseluruhan rakyat tanpa mengira agama dan kaum. Sekarang Dewan Undangan setiap negeri sedang sibuk dan membahaskan pembentangkan bajet masing-masing untuk tahun 2009, selepas Dewan Rakyat berbuat sedemikian pada 29 Ogos lalu.


Setiap kerajaan negeri di bawah tadbiran PR perlu memperbanyakkan peruntukan mengatasi kemaslahan rakyat bagi mengurangkan bebanan hidup yang semakin meningkat seiring kejatuhan harga komoditi utama seperti getah dan kelapa sawit. Menstabilkan harga dua komoditi utama ini adalah di bawah tanggungjawab kerajaan persekutuan, tetapi kerajaan negeri di bawah PR boleh membantu rakyat miskin melalui sumber yang ada seperti mengurangkan tarif air, bantuan penggunaan elektrik dan berbagai jenis cukai lagi yang dikutip oleh kerajaan negeri. Sungguh pun tindakan ini boleh mengurangkan pendapatan kerajaan, tetapi ia merupakan satu pengorbanan kerajaan kepada rakyat dalam keadaan ekonomi yang kritikal sekarang ini.


Sebagai contoh, menambah peruntukan dan berkerjasama dengan pihak swasta untuk membina lebih banyak rumah untuk rakyat yang tidak berumah perlu diberi perhatian serious. Pembinaannya dan peruntukan perlu ditambah dan dilaksanakan berdasarkan keperluan sebenar rakyat yang memerlukan rumah, bukan memberi peruntukan ala kadar seperti yang dilakukan oleh kerajaan UMNO. Setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan fahaman politik ada hak untuk mendapat kemudahan perumahan yang selesa. Dalam konteks ini, orang Melayulah yang banyak tidak berumah kerana mereka tidak mampu membeli rumah yang dibina oleh pemaju swasta yang bernilai ratusan ribu ringgit seunit, maka sewajarnya orang Melayu mendapat lebih kuota [tanpa menafikan hak kaum lain ] peruntukan bilangan perumahan yang dibina dengan harga yang mampu dimiliki seperti dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kedah.


Bajet kerajaan negeri di bawah PR perlu memenuhi keperluan lima [5] hak asasi [basic need] rakyat seperti makanan [termasuk air dan elektrik], pakaian, perumahan, pendidikan dan kesihatan. Lima perkara ini tidak boleh diperdagangkan untuk mencari keuntungan sepertimana peringatan Nabi Mohamad s.a.w kepada pemerintah yang mesti bertanggungjawab menjaga kebajikan keseluruhan rakyat di bawah pimpinannya.


Kerajaan diumpamakan seperti bapa dalam sesebuah keluarga. Bapa berkewajiban menjaga kebajikan anak-anaknya dengan tidak mengabaikan lima perkara asasi tadi. Bapa perlu menyediakan makan-minum secukupnya kepada seluruh anggota keluarga di bawah tanggongannya. Bapa mesti memastikan anak-anaknya berpakaian. Bapa juga perlu menyediaan kemudahan perumahan yang sesuai untuk berlindung daripada hujan dan panas. Bapa juga mesti memberi pendidikan [ilmu] untuk anak-anaknya bagi memboleh mereka meneruskan kehidupan apabila dewasa kelak dan apabila sakit mereka juga perlu menerima rawatan dengan sewajarnya. Jadi, bapa sebagai ketua keluarga perlu mengadakan kemudahan-kemudahan tersebut mengikut kemampuan masing-masing.


Kerajaan juga adalah ketua keluarga yang bertanggungjawap menjaga kebajikan rakyat di bawah pemerintahannya. Dalam konteks ini, kerajaan yang ada sekartang telah gagal melaksanakan tangungjawab ini dengan sempurna. Mereka memperdagangan keperluan asasi ini untuk mencari keuntungan yang maksima. Oleh itu, kehidupan rakyat semakin tertekan, mereka menjadi bertambah miskin.


Mereka perlu mengurangkan peruntukan untuk projek-projek yang tidak membawa faedah/keuntungan secara terus kepada rakyat seperti yang diamalkan oleh UMNO. UMNO yang berkuasa memfaraidkan kekayaan negara berdasarkan kelompok tertentu. Manusia yang berada dekat dengan pemimpin yang berkuasa dan menjadi sekutu mereka, maka mereka menjadi kaya-raya dengan merompak harta rakyat secara ‘legal’ berdasarkan undang-undang rimba [jungle law] yang reka-cipta untuk menjaga survival elit-elit politik kelompok berkuasa.


Kerajaan lima buah negeri ini hendaklah menjadikan pemimpinnya miskin [bersederhana dan jangan terlalu mewah mengikut style para pemimpin UMNO], tetapi rakyatnya kaya-raya. Lima kerajaan ini mesti bersih dan dilihat bersih dari semua aspek pentadbiran. Tidak ada tempat dan ruang untuk pemimpin yang tidak moral dan tidak berakhlak seperti yang berlaku di negari Perak baru-baru ini. Kerajaan PR perlu mencontohi teladan yang telah ditunjukkan oleh Musyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berjaya memerintah Kelantan lebih 18 tahun yang serba kesederhanaan berpandukan kepada al-Quran dan al-Sunnah.

Kaedah ketiga, para pimpinan PR perlu berusaha memadamkan api perkauman yang ditiupkan oleh UMNO. Pemimpinan PR jangan terikut-ikut api perkauman yang dimainkan oleh UMNO terutama dalam soal hak dan ketuanan Melayu. Isu ini nampaknya UMNO berjaya mempengaruhi sebahagian pimpinan PR terutama PAS. Contoh terbaru UMNO berjaya mengheret pimpinan PAS mempersoalkan perlantikan pemangku Pengurus Besar PKNS Low Siew Moi. Persoalannya apa salahnya Low dilantik memegang jawatan tersebut kerana walaupun beliau memegang jawatan tertinggi dalam agensi kerajaan, tetapi beliau tidak terlepas dari pemantauan dan terpaksa melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkan oleh kerajaan negeri. Selama 51 tahun orang Melayu diberi peluang menjadi ketua dikebanyakan agensi kerajaan, khususnya di PKNS sendiri, berapa banyak orang Melayu yang menguasai kekayaan hartanah dan bangunan-bangunan perniagaan di Selangor. Jawapannya kosong. Jadi, apa perlu diheboh-hebohkan. Perlantikan Low berdasarkan merit, tetapi perlantikan orang Melayu berdasarkan kepentingan politik. Oleh sebab itu keseluruhan agensi orang Melayu yang mengetuainya menemui kemusnahan.


Melalui isu perkauman ini juga UMNO telah berjaya mempengaruhi Raja-raja Melayu. Raja-Raja Melayu sekarang ini mulai bercakap mengenai ketuanan Melayu dan agama Islam. Orang Melayu dihasut jangan memberi sokongan kepada PKR yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim yang kononnya PKR dikuasai oleh orang bukan Melayu. Anwar dikatakan boneka yang akan dipengaruhi dan dikuasai oleh kuasa politik bukan Melayu yang akan menghancurkan ketuanan Melayu dan agama Islam atas kepentingan peribadi Anwar untuk mernjadi Perdana Menteri. Sekiranya, Anwar berjaya dalam misinya itu, kekuasan politik orang Melayu dalam negara ini akan hancur. Melayu akan musnah di tanah airnya sendiri. Persoalan ini saya akan jawab dalam tulisan yang lain bagi membuktikan bahawa UMNOlah merupakan parti dan pengkhianat terhadap bangsa dan agama, bukan parti lain kerana selama 51 tahun UMNO memerintah kedudukan orang Melayu dalam semua sektor semakin mengecil dan menuju jalan kehancuran.


Kaedah keempat ialah Anwar perlu mencari sebanyak mungkin kumpulan atau golongan yang anti Najib. Dalam UMNO sendiri yang tidak suka kepada Najib adalah ramai. Perkara ini pernah didedahkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tun berkata ada golongan tertentu yang cuba menghalang Najib menjadi PM ke-6. Kenyataan Tun ini perlu diberi perhatian khas dan berusaha mencari golongan tersebut. Persaingan hebat merebut jawatan dalam UMNO yang berakhir semalam [9 November 2008] mencerminkan UMNO sedang menghadapi perpecahan yang serious. UMNO sekarang telah membentuk kumpulan dan berpuak-puak di antara mereka sesama mereka. Jika kita perhatikan pencalonan yang diterima oleh calon, calon dari kumpulan Najib mendapat pencalonan yang tertinggi. Kumpulan Abdullah termasuk menantunya Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan yang rendah dan ada calon yang tidak memperolehi jumlah pencalonan yang cukup untuk menempatkan diri dalam heiraki UMNO. Dalam UMNO sekarang ini telah wujud sekurang-kurangnya empat kumpulan. Kumpulan Najib, kumpulan Abdullah, kumpulan Khiary dan kumpulan Tengku Razaleigh Hamzah. Carilah peluang yang terbuka luas ini untuk berkerjasama bagi menghalang Najib menjadi PM ke-6.

Kaedah kelima, latarbelakang Najib yang kotor yang dilanda dengan pelbagai skandal dan tuduhan rasuah serta isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu sangat baik bagi PR untuk membentuk satu persepsi rakyat terhadap imej Najib yang buruk itu. Gerakan ke arah tersebut perlu dimulakan sekarang. Kempen, ceramah, edaran poster disebarkan kepada umum, internet dan berbagai sumber yang ada perlu digembling bagi tujuan tersebut. Ia perlu diadakan secara bersitematik dan berorganisi supaya ia dapat mencapai matlamat yang diinginkan.


Sebagai kesimpulannya, saya berpendapat lima kaedah [mungkin para pembaca ada pendapat lain] tersebut wajar dilaksanakan secara bijaksana, cermat dan bertata tertib. Saya percaya ia berupaya mengagalkan hasrat Najib itu dan PR perlu berwaspada agar segala tindakan yang dilakukan itu tidak makan diri balik. Langkan-langkah ini mampu untuk menghalang Najib memegang kuasa dan beliau akan gagal ke Seri Perdana. InsayaAllah.


Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi: http://demang.blogmas.com/


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb
Wallahu'alam bishshawab.


Saturday, October 11, 2008

LAYAKKAH NAJIB TUN RAZAK KE SERI PERDANA?-SIRI 1

Oleh : Tun Telanai
Assala’mualaikum wm.wrt,

SAH pada 8 Oktober lalu, Abdullah Ahmad Badawi [Abdullah], Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri [PM] Malaysia ke-5 telah mengambil keputusan tidak akan mempertahankan jawatan presiden yang beliau menang tanpa bertanding pada tahun 2005. Beliau turut mengumumkan yang beliau juga akan melepaskan jawatan PM dan akan menyerahkan kuasa kepada timbalannya apabila Najib Tun Razak dipilih sebagai presiden baru parti itu [Rujuk :
http://www.malaysiakini.com/news/90860]


Sekiranya pelan kedua ini berjaya [pelan pertama peralihan kuasa pada Jun 2010 gagal] dan Najib ditabalkan sebagai PM ke-6, maka tunggu dan lihatlah sendiri bencana dan mala petaka amat dasyat akan melanda negara ini. Survival agama, bangsa dan negara akan musnah ditangan Najib dan isterinya Rosmah Mansor serta kuncu-kuncunya. Bak kata orang tua-tua : Keluar daripada mulut harimau masuk ke dalam mulut buaya. Najib adalah pelengkap kepada kemusnahan agama,bangsa dan negara. Percayalah.


Kita telah melalui pemerintahan di bawah 5 orang PM. PM pertama, Tunku Abdul Rahman Putra mempunyai personaliti yang baik dan dihormati oleh kawan dan lawan, walau pun sedikit sebanyak Tunku ada kelemahannya, majoriti rakyat dapat menerima pemerintahannya sehingga tercetusnya peristewa 13 Mei 1969. Diikuti oleh Tun Abdul Razak Dato’ Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Dr.Mahathir Mohamad. Mereka masing-masing membawa imej yang bersih tidak dikotori dengan berbagai tuduhan dan dakwaan yang mencemarkan nama baik agama, bangsa dan negara.


Mereka melangkah masuk dan duduk di kerusi PM tanpa ada sebarang isu kontroversi yang melibatkan moral dan akhlak apatah lagi untuk menuduh mereka mengamalkan rasuah jauh sekali. Mereka diterima oleh rakyat tanpa ada perasaan was-was, mereka yakin dan menaruh harapan yang tinggi agar nasib mereka akan lebih terbela. Malah, PM ke-5, Abdullah juga mempunyai personaliti dan imej yang baik daripada baka keturunan ulama sehinggakan ada setengah golongan memberi jolokan ‘Mr Clean’ kepadanya. Imej Abdullah menjadi buruk ketika ia mempunyai kuasa dan menggunakan kuasa tersebut untuk kepentingan keluarga dan kroni-kroninya.


Hal seumpama itu tidak wujud di dalam diri Najib. Persepsi rakyat terhadap Najib ialah beliau pembawa imej ‘kotor’ dalam sistem pentadbiran negara berlawanan dengan imej yang dibawa oleh Abdullah dan PM-PM yang lepas. Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 dan beliau muda 14 tahun daripada Abdullah, merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang dilantik sejak 7 Januari 2004 dan beliau ialah Ahli Parlimen Pekan, Pahang. Najib adalah anak lelaki sulung kepada bekas PM ke-2, Tun Razak.


Personaliti dan imej yang dibawanya itu sukar untuk diperbaiki kerana beliau menghadapi banyak dakwaan sama ada palsu atau benar yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang sudah melekat kukuh di minda rakyat. Rakyat mahukan imej seorang PM yang bersih dan kelihatan bersih menandingi imej yang dibawa oleh Abdullah. Najib tidak memenuhi kriteria tersebut. Di muka Najib terdapat banyak tombok-tombok jerawat yang besar yang berkerutu seperti katak puru, tetapi mukanya kelihatan lincin dan cantik kerana dilindungi oleh alat make-up yang mahal-mahal. Tanpa alat make-up tersebut, kita akan dapat melihat wajah sebenar Najib. Huduh dan berkerutu.


Akhlak dan moral Najib bukanlah baik sangat. Ia bukan menjadi satu rahsia umum lagi. Semua rakyat tahu bahawa Najib perosak kehidupan rumahtangga orang. Najib merampas Rosmah daripada tangan orang yang bergelar suami. Skandal ini menyebabkan rumahtangga Najib dengan kerabat Di Raja Kelantan musnah. Rosmah sendiri sanggup memusnahkan mahligai yang dibina bersama suami pertamanya kerana tergila-gilakan Najib. Rosmah berazam mahu menjadi ‘wanita pertama’ Malaysia kerana beliau amat yakin bahawa Najib akan menjadi PM pada suatu hari nanti.


Perangai yang dibawa Rosmah ini sangat merbahaya jika diaplikasikan ke atas sistem pentadbiran negara lebih merbahaya daripada apa yang dilakukan oleh Abdullah sekarang ini. Rosmah suka berbelanja besar setiap kali ke luar negara dengan menggunakan wang rakyat. Rosmah sesuai diberi jolokan sebagai ‘Imelda Marcos jr’. Peribadi Rosmah bukan orang yang kuat beragama. Beliau pernah berpelukan dan berciuman dengan pemain hoki negara dan pelakon Bolleywood di hadapan Najib. Rosmah adalah ‘Queen controll’. Beliau mengawal segala tingkah laku Najib. Najib tunduk dan patuh kepada segala arahan yang Rosmah keluarkan. Takut kepada bini bukan cerita bohong atau fitnah, tanyalah orang-orang yang rapat dengan Najib, semua mereka tahu hal Najib takutkan bini ini.


Najib juga pernah dituduh ditangkap khalwat dengan seorang penyanyi bernama Ziana Zain di Port Dickson, Negeri sembilan, tetapi kes tersebut diselesai melalui pintu belakang kerana ia melibatkan pembesar UMNO. Walaupun berita ini tidak dapat disahkan kebenarannya, tetapi di minda rakyat tetap menilai tahap akhlak dan moral yang dibawanya amat tidak sesuai sebagai bakal PM.


Najib juga dikaitkan dengan pelantikan syarikat bekas Menteri Penerangan, Adib Adam sebagai broker pembelian jet pejuang Sukhoi Russia yang melibatkan pembayaran komisyen berjumlah RM400 juta. Najib juga dengan kuasa yang dimilikinya telah melantik syarikat milik Abdul Razak Baginda [Perimekar Sdn. Bhd dimiliki oleh Ombak Laut] sebagai agen menguruskan pembelian kapal selam daripada Perancis. Pembelian kapal selam Scorpene dan Agosta dari Perancis itu oleh kerajaan Malaysia bernilai RM4.6 bilion dengan komisyen berjumlah RM520 juta.


Persepsi rakyat terhadap Najib ialah pemimpin yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan jika terus diberi berkuasa [walau pun dalam bentuk tuduhan tanpa bukti] akan memusnahkan negara dan sanggup menjual agama dan bangsa demi kepentingan peribadi.


Kes pembunuhan model berbangsa Mongolia, Altantuya Sharibuu akan tetap menghantui sepanjang tempoh pemerintahnya [jika diizinkan oleh Allah] sebagai PM ke-6 nanti. Walaupun secara konsisten dan sanggup bersumpah junjung al-Quran dalam kempen pilihan raya kecil di Permatang Pauh lalu, beliau menafikan penglibatan beliau dan isterinya dalam kes pembunuhan tersebut, namun majoriti rakyat tidak mempercayainya.


Persepsi rakyat kuat mengatakan beliau terlibat. Ini berlaku kerana beberapa faktor. Pertama, Abdul Razak Baginda yang diketahui umum sebagai ketua kumpulan pemikir adalah penasihat politik kepada Najib dihadapkan dengan pertuduhan bersubahat membunuh Altantuya Sharibuu. Andaian ramai bahawa Najib dan Razak pastinya merupakan kenalan rapat dan mesra. Kedua, pembabitan dua anggota Unit Tindakan Khas [UTK] yang bertugas di pejabat Timbalan Perdana Menteri. Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dituduh membunuh Altantuya Sharibuu. Persepsi rakyat Najib pasti tahu perkara ini, kalau tidak masakan mereka bertiga ini berani bertindak sedemikian rupa. Lebih kejam daripada harimau lapar kerana terpaksa melaksanakan arahan daripada siapa [?]. Ketiga, penggunaan bahan letupan C4 yang memerlukan kelulusan peringkat tertinggi dan keempat pertukaran hakim serta merta dari Hakim K.N Segara kepada hakim yang kurang pengalaman iaitu, Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Md Yasin. Tenguk dari sudut perbicaraannya sahaja sudah cukup memualkan dan memudahkan rakyat membuat kesimpulannya. Kes ini samalah apa yang yang dilakukan oleh sistem kehakiman kita terhadap kes Memali dan Kerpan sehingga kini kedua-dua kes itu tidak dapat diselesaikan, tersadai di mahkamah.


Ini diperkuatkan lagi dengan dakwaan melalui akuan berkanun yang dibuat oleh Raja Petra Kamruddin [kini ditahan di bawah ISA] pada 20 Jun dan oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam pada 3 Julai lalu. Sungguh pun, P Balasubramaniam menarik balik akuan berkanunnya itu pada keesukan hari tidak sampai 24 jam, kemudian terus lenyap hilang entah ke mana menimbulkan pelbagai spekulasi , maka ini memperkuatkan persepsi rakyat bahawa Najib terlibat dalam komplot pembunuhan itu yang dilakukan oleh dua orang pegawai polis tadi dan Abdul Razak Baginda bersubahat dalam pembunuhan tersebut.


Berlatarbelakang itulah, laluan Najib ke Seri Perdana mesti disekat dengan apa cara sekali pun demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Kita masih ada tempoh 6 bulan untuk tujuan tesebut. Dalam tempoh tersebut, nasib Najib untuk menjadi PM ke-6 masih samar-samar lagi.


Bagaimana caranya, bersambung pada siri ke-2 nanti. Insyaallah.


Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi: http://demang.blogmas.com/


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih

Sunday, October 5, 2008

MENCARI PENGGANTI YANG LEBIH BERWIBAWA

Oleh : SS Dr Mohd Asri Zainal Abidin_Mufti Kerajaan Negeri Perlis
http://drmaza.com/home/?p=438#more-438

Membaca surat Abu Bakr al-Siddiq tentang siapakah pengganti selepas kewafatannya sepatutnya membawa seseorang pemerintah insaf bahawa soal mencari pengganti ini adalah perkara besar yang akan mengundang samada redha atau murka Allah di akhirat nanti. Ia bukan soal melepaskan bebanan semata.


Jawatan pemerintahan pula, bukanlah harta rampasan perang yang boleh dibahagi-bahagikan begitu sahaja.Abu Bakr al-Siddiq pada penghujung hayatnya, menulis surat mencadangkan penggantinya. Dalam surat tersebut beliau menyatakan seperti berikut:


“Bismillah al-Rahman al-Rahim. Inilah apa yang dipesan oleh Abu Bakr bin Abu Quhafah di waktu akhir hayat di dunia ini, sedang keluar darinya, dan permulaan tempoh di Akhirat, sedang masuk ke dalamnya. Di kala seperti ini, seseorang yang kafir akan beriman, seseorang pendusta akan bercakap benar. Maka aku –dalam keadaan begini- melantik pemerintah kamu selepasku ini ‘Umar bin al-Khattab. Maka dengar dan taatlah kepadanya. Aku tidak akan mengurangkan sedikit kebaikan pun buat Allah, rasulNya, agamaNya, diriku dan kamu. Sekiranya ‘Umar berlaku ‘adil, maka itu sangkaan dan pengetahuanku mengenainya. Jika dia sebaliknya, maka setiap individu berdasarkan apa yang dikerjakan. Sedangkan aku inginkan kebaikan dan tidak pula aku tahu perkara yang ghaib. “Nanti orang-orang zalim akan mengetahui di mana kesudahan mereka” Wa al-Salam ‘alaikum wa rahmatulLah”. (al-Sayuti, Tarikh al-Khulafa, 32, Beirut: Dar al-Fikr).


Surat ini menggambarkan betapa Abu Bakr al-Siddiq membuat cadangan penggantinya atas asas tanggungjawab di hadapan Allah tanpa sebarang kepentingan diri. Beliau juga memikirkan masa depan umat di bawah penggantinya, juga perasaan gerunnya kepada Allah tentang apa yang akan dilakukan oleh penggantinya.


Padahal pengganti yang dicadangkan itu ialah insan yang terbaik bagi umat ini selepas dirinya. Pun begitu, ayat amarannya jelas agar keadilan mestilah ditegakkan dan dia memilih pengganti atas keyakinan bahawa penggantinya dapat menjamin perlaksanaan keadilan yang dikehendaki Allah, bukan menjamin kepentingan dirinya atau kelompoknya.


Politik pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah agak mencabar. Khalifah terpaksa mencadangkan penggantinya yang dapat memastikan perjalanan kerajaan terus stabil. Walaupun kelihatannya ada unsur meminggirkan suara syura rakyat dalam pemilihan khalifah sehingga menyebabkan jawatan itu diwarisi secara dinasti bagi keturunan Bani Umayyah dan dinasti-dinasti selepas itu juga melakukan hal yang sama.


Namun risiko membuka jawatan khalifah untuk dibuat pemilihan terbuka juga adalah besar. Pertarungan merebut jawatan numbor satu dalam sesebuah kerajaan jika tidak dikawal dengan penuh sistematik dan kemas akan menatijahkan ketidakstabilan negara yang tiada kesudahannya.


Di samping, kelemahan sistem pewarisan takhta juga jelas. Apatah lagi ia bercanggah dengan ruh Islam. Sementara, membuka peluang syura kepada semua rakyat atau Ahl al-Hal wa al-‘Aqd memerlukan negara yang stabil sistemnya untuk mengawal perjalanan pemilihan agar tidak menimbulkan huru hara. Syura itu untuk kemaslahatan rakyat dan negara. Apabila ia dilaksanakan, hendaklah dipastikan natijahnya membawa kepada kebaikan dan kemaslahatan.


Jika hanya membawa kepada kerosakan, seperti jika suara ramai dijadikan ukuran dalam menentukan kepimpinan dalam sesuatu komuniti yang rosak agama dan akhlaknya, kemungkinan besar kesan pemberian hak memilih itu tidak membawa kemaslahatan. Mungkin akan dipilih pemimpin yang buruk nilai agama dan akhlaknya. Suara ramai dihormati, namun jika suara ramai itu mengundang keburukan, maka ia tidak patut diterima pakai.


Antara keistimewaan yang Allah kurniakan kepada Kerajaan Bani Umayyah adalah wujud penasihat-penasihat yang terdiri daripada kalangan para ulama yang luas keilmuannya dan tajam serta tangkas pemikirannya.


Tokoh yang paling menonjol ialah Rajak bin Haywah. Beliaulah tokoh yang sering mendamping ‘Umar bin Abd al-‘Aziz dan memberikan pandangan-pandangan yang tangkas, bijak dan diredhai Allah dalam bidang politik dan kehidupan.


Sulaiman bin ‘Abd al-Malik merupakan khalifah sebelum ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Sebelum Sulaiman meninggal, dia telah meminta nasihat daripada Rajak bin Haywah tentang siapakah yang wajar menjadi penggantinya. Rajak bin Haywah menjawab:


“Antara yang dapat memelihara khalifah dalam kuburnya adalah apabila dia melantik orang yang soleh memerintah kaum muslimin”. Sulaiman sendiri akhirnya mencadangkan seorang yang bukan saudara kandung, juga buka anaknya tapi sepupunya ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Apabila Sulaiman bertanya pendapat Rajak bin Haywah, jawabnya: “Saya berpendapat dia seorang yang baik, muslim yang mulia, sukakan kebaikan dan sukakan orang-orang yang baik. Cuma aku bimbang saudara-saudaramu tidak bersetuju dengannya”. Kata Sulaiman: “Nampaknya begitulah”. Lalu Sulaiman bin ‘Abd al-Malik mengambil langkah politik agar cadangan itu mendapat sokongan kaum keluarganya yang mencengkam pemerintah Bani Umayyah ketika itu dengan mencadangkan ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz sebagai khalifah, sementara adik Sulaiman iaitu Yazid bin ‘Abd Malik sebagai timbalan (Waliy al-‘Ahd). Dia menulis surat rasminya seperti berikut: “Bismillah al-Rahman al-Rahim, ini surat Sulaiman bin ‘Abd al-Malik untuk ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Aku telah melantiknya menjadi khalifah selepasku, dan selepasnya Yazid bin ‘Abd al-Malik. Kamu semua dengar dan taatlah kepadanya (‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz). Jangan kamu berselisih pendapat nanti musuh-musuh akan bertindak ke atas kamu” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 9/207, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).


Walaupun apa yang dipertikaikan, Sulaiman bin ‘Abd al-Malik tetap berjasa dalam sejarah kerena tindakan berani yang mengenepikan kebiasaan dan melantik calon yang agak jauh menjadi khalifah telah membawa rahmat kepada Dunia Islam.


‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz telah menjadi khlaifah yang sangat adil dan soleh. Dalam tempoh dua tahun memerintah, dia telah mencatatkan sejarah pemerintahnya dengan tinta emas bertatah berlian.


Sulaiman bin ‘Abd Malik walaupun tidak setanding ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz, namun sejarah akan mengenangnya kerena dia yang memberi laluan tersebut kepada khalifah yang adil itu. Ini semua kerana dia menerima nasihat Rajak bin Haywah bahawa melantik pengganti yang soleh merupakan amalan yang dapat memelihara seorang khalifah apabila dia menemui Allah nanti.


Seseorang bapa yang ingin meninggalkan rumahnya akan memastikan isteri atau anaknya boleh diharapkan agar harta benda dan keselamatan rumah terjamin. Rakyat dan negara tentu lebih berharga dari rumah individu dan kemusnahan sebuah negara tentu lebih besar kesannya daripada kemusnahan sebuah rumah.


Memastikan agar negara yang diwarisi dalam keadaan sejahtera dan selamat adalah tanggungjawab yang penting. Kemusnahan sesuatu kaum atau masyarakat yang dirahmati Allah adalah disebabkan jenerasi yang mewarisi bangsa berkenaan menyeleweng dari landasan yang diredhai Allah. Allah mengingatkan kita mengenai hal ini dalam al-Quran dengan firmanNya:


(maksudnya) “ Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) dalam al-Kitab (Al-Quran) ini tentang (Nabi) Idris; sesungguhnya dia amat benar (tutur katanya dan imannya), serta seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya.Mereka itulah sebahagian daripada Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat kepada mereka daripada keturunan (Nabi) Adam, dan dari keturunan mereka yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama (Nabi) Nuh, dan daripada keturunan (Nabi) Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil (Nabi Ya’kub)- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis. Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun”. (Surah Maryam, ayat 56-60).


Seperti yang sering saya sebutkan, dalam Siyasah Syar’iyyah (Politik Islami) dua asas penting diambil kira dalam memberikan amanah atau tugasan khususnya politik kepada seseorang individu. Asas itu adalah al-Quwwah dan al-Amanah atau Kemampuan dan Amanah.


Kata Syeikhul-Islam Ibn Taimiyyah dalam kitabnya Al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`iy wa al-Ra`iyyah:


“Hendak dipastikan orang yang terbaik baik setiap jawatan, kerana sesungguhnya kepimpinan itu mempunyai dua rukun iaitu al-Quwwah dan al-Amanah.” Ini seperti yang Allah firmankan (maksudnya: “Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26) Kata Raja Mesir kepada Yusuf a.s : (maksudnya: ”Sesungguhnya kamu hari ini menjadi orang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai (Surah Yusuf: 54). Firman Allah dalam menyifatkan Jibril: (maksudnya) “Sesungguhnya al-Quran itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril). Yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi (Allah) yang mempunyai `arsy, yang ditaati lagi dipercayai (Surah al-Takwir ayat 19-21). Katanya Ibn Taimiyyah lagi: “Al-Quwwah dinilai pada setiap kepimpinan berdasarkan keadaannya. al-Quwwah dalam mengetuai peperangan merujuk kepada keberanian hati, pengalaman dalam peperangan, tipu daya peperangan kerana peperangan itu adalah tipu daya dan kepada kemampuan dalam berbagai jenis peperangan…al-Quwwah dalam kehakiman manusia merujuk kepada ilmu mengenai keadilan seperti yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah dan kepada kemampuan melaksanakan hukum. Dan amanah pula merujuk kepada perasaan takutkan Allah, tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah dan tidak takutkan manusia. Inilah tiga ciri amanah yang ditetapkan Allah bagi setiap yang memerintah manusia, firman Allah: (maksudnya): “Kerana itu janganlah kamu takutkan manusia (tetapi) takutlah Aku, jangan kamu membeli ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit. Barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah orang-orang kafir (Surah al-Maidah: ayat 44)”.


Krisis kepimpinan dalam masyarakat umat Islam hari ini adalah berpunca kerana ada pihak pihak yang hanya menumpukan di sudut al-Quwwah iaitu kemampuan atau kewibawaan atau karismatik seseorang tokoh dalam politik, tetapi melupakan sudut amanah yang membabit mengenai pegangan agama atau kesolehan seseorang pemimpin.


Sehingga akhirnya, ada yang memiliki kemampuan kepimpinan politik, tetapi kontang dari nilai-nilai takwa sehingga mudah terjerumus ke dalam kancah penyelewengan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.


Sementara, ada pihak yang lain begitu memberikan perhatian kepada soal kekuatan pegangan agama sehingga mengabaikan soal kemampuan dalam kepimpinan politik.


Ini juga menyebabkan ramai orang yang atas kepercayaan orang ramai tentang pegangan agama mereka lalu diberikan jawatan politik, akhirnya mereka gagal menguruskannya. Bukan kerana tidak amanah, atau tidak takutkan Allah, tetapi kerena tidak mempunyai ciri al-Quwwah atau kemampuan dalam menguruskan kepimpinan yang diamanahkan kepadanya.


Sebab itu Rasulullah s.a.w tidak memberikan jawatan kepada sahabah-sahabat yang tidak berkemampuan sekalipun dia seorang yang soleh. Seperti sabda baginda kepada Abu Zar r.a.:


“Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya. (Riwayat Muslim).


Dalam riwayat al-Imam Muslim yang lain Rasulullah s.a.w bersabda:


“Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa aku suka untuk diriku. Maka jangan engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan jangan engkau uruskan harta anak yatim”.


Walaupun Abu Zar terkenal baik dan soleh, namun itu belum cukup untuk melayakkannya memimpin.
Tanggungjawab rakyat dan kepimpinan yang memiliki kuasa untuk memastikan bahawa jawatan yang menentukan hala tuju masyarakat dan umat itu tidak akan jatuh melainkan ke tangan mereka yang benar-benar layak. Jangan jatuh ke tangan yang berkemampuan dan wibawa, tapi tidak amanah. Jangan juga jatuh ke tangan yang amanah, tapi tidak berkemampuan melaksanakan bebanan tugas.


Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi:
http://demang.blogmas.com/


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb
Wallahu'alam bishshawab

KERAJAAN BARU PAKATAN RAKYAT

Oleh : AlKundangi, 29.09.2008
Laman Marhaen : http://www.marhaendaily.net/v1/mar_a_alkundangi03.html


Antara yang menarik dalam lidah rasmi PAS, Harkah bil.1379 adalah ucapan TGH Hadi Awang bahawa PAS tidak akan menyertai kerajaan pakatan yang baru, sekiranya majoritinya adalah terdiri dari bukan Islam.Ini bermakna jika ahli-ahli parlimen yang beragama Islam mestilah lebih dari separuh bilangan ahli Parlimen, barulah PAS menyertai kerajaan baru yang bakal dibentuk itu,sesuai dengan hasrat dan impian DS Anwar Ibrahim dalam waktu terdekat ini. Sasaran DS Anwar supaya kerajaan baru itu dapat dibentuk pada 16 September berkecai apabila ahli-ahli Parlimen BN dibawa melawat ke Taiwan, di samping keengganan PM DS Abdullah Ahmad Badawi menemui Ketua Pembangkang itu serta mengadakan satu sidang khas Parlimen bagi mengusulkan undi tidak percaya kepadanya.


Tentu tiada siapa yang bersetuju terutama pemegang jawatan, mengadakan satu sidang khas untuk memecat dirinya sendiri. Ini adalah kebiasaan para pemimpin Asia. Pergolakan politik di Tahiland dan India misalnya memperlihatkan keadaan yang hampir serupa. Tidak ada orang yang suka dirinya dipecat. Begitulah juga PM. Lalu agenda selanjutnya, Anwar merancang untuk bertemu YDP Agong. Namun setakat ini belum ada berita tentang perkembangan ini sampai ke pengetahuan kita (penulis). Dan DS Anwar mensasarkan tarikh baru, pada bulan Oktober depan untuk membentuk kerajaan baru itu. Agak sukar untuk memperkatakan adakah DS Anwar berjaya atau sebaliknya. Walaupun Prof. Dr. Aziz ada memberikan pandangan bahawa jika DS Anwar telah mempunyai ahli parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan, DS Anwar boleh meminta YDP Agong menitahkan PM memanggil satu mensyuarat khas bagi proses peralihan kuasa itu. Bahkan selanjutnya Dr. Aziz Bari dalam satu temuramah menyatakan YDP Agong boleh memecat PM jika dakwaan DS Anwar itu betul dan melantik DS Anwar sebagai PM. Jika sekiranya ini tidak dapat dilaksanakan, tegas pakar perlembagaan itu lagi, kerajaan yang ada adalah tidak sah, kerana tidak mempunyai majoriti yang cukup untuk bertahan sebagai sebuah kerajaan.


Syarat kedua yang disebut oleh TGH Hadi Awang dalam satu ceramahnya di Surau Haji Zainal Abidin, Dungun baru-baru ini ialah kerajaan yang baru itu mestilah kukuh dan bukan kerajaan yang lemah.Kerajaan kukuh mestilah terdiri dari wakil-wakil rakyat yang konsisten dan bukan yang penakut.Jika wakil rakyat penakut, sebarang perubahan tidak akan dapat dilaksanakan.


Pendirian PAS ini bisa difahami kerana dasar PAS adalah Islam sepertimana yang disebut dalam perlembagaannya. Manakala seruan PAS adalah Allahu Akbar!. Ini bermaksud jika Islam tidak dijadikan asas pemerintahan negara, PAS tidak akan menyertai kerajaan baru itu. Kerajaan Malaysia pula adalah berasaskan sistem demokrasi, di mana suara majoriti menentukan sebarang keputusan. Jika ada keputusan atau cadangan pindaan undang-undang, PAS tidak akan dapat berbuat apa-apa jika majoriti ahli-ahli parlimen tidak menyokong pandangan dan pendapat PAS. Tentulah sukar bagi PAS untuk mendaulatkan Islam dan mencapai hasratnya untuk memenuhi seruan Allah sahaja yang lebih besar, samada secara rububiyah mahupun uluhiah. Dalam erti kata yang lain, tidak ada yang lebih besar dalam jiwa manusia,umpamanya pangkat dan harta, dan manusia tidak bertuhankan materialisme demi memenuhi idealisme PAS itu.


Bagi sikap ahli-ahli parlimen yang berani, tentu saja ini akan menjadi aset bagi PAS dan kerajaan baru itu untuk melaksanakan sebarang perubahan, khasnya yang menyalahi kebiasaan ,adat dan budaya yang diamalkan oleh rakyat Malaysia waktu ini. Dalam soal menutup aurat misalnya, rakyat bukan beragama Islam mestilah berpakaian sopan apabila keluar dari rumah, istimewa bagi kaum perempuan, dan tidaklah terjadi hal-hal yang dianggap kurang sopan, seperti apa yang terjadi terhadap ahli Parlimen Seputih yang memakai pakaian menjolok mata, walaupun majlis yang dihadirinya adalah majlis berbuka puasa dan tempatnya pula di sebuah masjid sebagaimana yang dilaporkan media. Hal-hal sebegini tidak harus berlaku,jika kita inginkan satu suasana dan iklim Islam mendasari gaya hidup dan kebudayaan yang sedang berlangsung. Walaupun ahli Parlimen Seputih itu mewakili kerajaan Pakatan Rakyat yang disertai PAS, dan dia dijangka memahami batas-batas yang digariskan Islam sepertimana yang diperjuangkan oleh PAS. Namun kegagalan mematuhi etika Islam tidak seharusnya berlaku, jika Islam ingin didaulatkan.


TGH Hadi Awang selanjutnya menegaskan bahawa beliau akan meneliti nama-nama ahli yang ingin melompat parti itu, samada majoritinya akan lebih ramai yang Islam dari bukan Islam. Ini penting sebagaimana yang disinggung di atas, bahawa keperluan majoriti akan menentukan sebarang keputusan negara dalam sistem demokrasi yang sedang diamalkan. Memang pernah dalam sejarah, orang-orang Islam yang minoriti memerintah bangsa yang majoritinya bukan Islam, bahkan mereka lebih suka Islam memerintah, melihat kepada keadilan sosial yang dilaksanakan oleh pemerintah Islam.
Tidak ada dalam sejarah, bangsa yang majoriti diperintah oleh mereka yang minoriti, kecuali ianya tercatat dalam sejarah Islam. Namun di sini sistem yang digunapakai adalah sitem Islam,bukan sistem demokrasi.


Untuk itu,TGH Hadi Awang menyatakan pendiriannya bahawa kerjasama dari UMNO adalah penting,seperti mana yang dilaporkan oleh lidah rasmi PAS itu, untuk mencapai jumlah majoriti yang lebih,suara yang lebih berkesan untuk menjadikan Islam sebagai dasar kepada satu sistem pemerintahan. Hal ini dapat difahami kerana ahli-ahli UMNO kesemuanya beragama Islam, kecuali sejak kebelakangan ini, dengan adanya penyertaan kaum bumiputra bukan Islam ke dalam UMNO, khasnya dari Sabah dan Sarawak.


Walau apa pun pendapat dan pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli politik Malaysia, kita terpaksa menunggu usaha-usaha selanjutnya dari DS Anwar untuk menubuhkan kerajaan itu, dan yang terpenting, kerjasama YDP Agong dalam usaha untuk mencapai hasrat DS Anwar, hasrat PAS, bahkan hasrat rakyat seluruhnya yang mahukan perubahan politik berlaku di negara ini, setelah lebih 50 tahun di bawah UMNO-BN. Kita juga percaya UMNO-BN suatu hari akan lupus, dan hal ini tidak dapat dihindarkan oleh mana-mana organisasi, kerana itulah keputusan para pengkaji organisasi, bahawa setiap oraganisasi mempunyai jangka-hayat tertentu. Apabila jangka-hayat itu berakhir, organisasi itu akan mati dan berkubur tanpa nisan. Tanda-tanda itu jelas terlihat dalam pergolakan politik UMNO-BN sejak akhir-akhir ini. Jika usaha DS Anwar tidak berjaya, kita akan terus berusaha menjelang PRU yang ke 13 pada tahun 2012 atau 2013 di mana pertukaran kerajaan lebih mudah untuk dilaksanakan jika sekiranya mendapat sokongan padu dari rakyat marhaen terutama golongan muda, kerana jumlah pengundi muda yang berdaftar pada waktu itu akan melebihi satu juta orang, sebagaimana yang disebuut oleh Dato’ Mukhriz Mahathir dalam wawancaranya dengan Mingguan Malaysia semalam. Pakatan Rakyat juga harus mengambil tindakan yang serius untuk mendekati golongan ini, yang akan menentukan hala-tuju negara di masa hadapan.


Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi:
http://demang.blogmas.com/


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb
Wallahu'alam bishshawab

WAWANCARA KHAS

UMMAHONLINE DENGAN YB SHAH ALAM
HAJI IR. KHALID SAMAD :
TIDAK SEBAB PAS TERANGGANU UNTUK KALAH .[ http://ummahonline.com/?p=1010]


Bahagian III


Ada yang keliru, bila khalayak ditontonkan dengan pemimpin PAS bangkang-membangkang secara terbuka. Tema 16 September gegeran Anwar Ibrahim memang berbisa. Tema ini bukan sahaja mengugat kestabilan Umno, malah turut dikatakan mengugah keharmonian PAS.

Ir. Hj. Khalid Abd Samad, selain Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, adalah antara yang kental membela 16 September. Manakala Dato’ Hj. Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu pula tampak begitu sinis dengan usaha tersebut. Sementara, Harakah pula menjadi medan seteru dialektik tersebut. Justeru, bagi mendapatkan keadaan sebenar dari satu sisi, Ummahonline.com berkesempatan mendapatkan penjelasan dari Ahli Parlimen Shah Alam tersebut.


Anda dan Dato’ Hj. Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu dilihat ada konflik pendapat sepertimana yang umum ketahui baru-baru ini. Dalam konflik tersebut, anda ada menggunakan frasa “bawah tempurung” ketika mengambarkan lingkungan pemikirannya. Sebenarnya, apa masalah PAS Terengganu berbanding dengan PAS di negeri-negeri yang lain?


Saya tidak boleh bercakap banyak pasal PAS Terengganu ini. Tapi apa yang kita nampak terdapat kecederungan di kalangan pimpinan PAS Terengganu yang terlalu khuatir tentang kemampuan kita untuk mempengaruhi dasar-dasar PR apabila kita berkongsi kuasa kelak.


Di sini, saya rasa mereka tidak ada keutamaan, iaitu yang mana yang mahu diutamakan dahulu. Soal itu mereka maseh tidak begitu jelas. Apa yang kita dapati, mereka mahu mengharamkan konsert, mahu mengharamkan minuman keras, mahu mengharamkan judi, mahu mengharamkan cara pemakaian, mahu mengharamkan pertunjukan dan sebagainya. Bagi saya, apa yang kita mahu utamakan sekarang ialah bagaimana untuk membentuk suatu kerajaan dan pentaadbiran yang lebih amanah, lebih telus, dan lebih adil. Ini yang penting sebenarnya. Walaupun mungkin dari segi amalan-amalan maksiat yang disebutkan tadi maseh berlaku pada tahap yang sama pada peringkat permulaannya, tapi bagi saya ianya merupakan suatu proses yang kita terpaksa lalui. Hal-hal itu tetap berlaku, dulu berlaku dan sekarang pun di bawah PR pun ia berlaku. Hal-hal tersebut tidaklah lebih teruk. Mungkin juga tidak kurang, atau mungkin tidak dapat dikurangkan, ataupun barangkali juga dapat dikurangkan sedikit.


Tetapi yang harus diberikan keutamaan ialah tentang pemerintahan serta pengisian progam-program yang kita mahu jalankan. Ini boleh dilakukan melalui program masjid kita, surau kita, dan sebagainya—yang akhirnya akan mendatangkan hasil di mana masyarakat ini dengan sendirinya akan menolak amalan-amalan yang seperti itu. Ini maknanya, bagi saya, amalan soleh itu akan berlaku bila manusia bergerak ke arah kefahaman yang soleh dan sebagainya. Maka, perubahan-perubahan ini tak perlu dipercepatkan lebih daripada proses yang biasa.


Dalam hal ini, bagaimana pula dengan PAS Terengganu?


Tapi bagi PAS Terengganu, mentaliti keutamaan mereka ialah bila mereka berkuasa dan mreka mahu mengharamkannya. Dan bagi saya di Selangor, itu sukar kerana kita kini hidup di dalam suasana yang berbeza. Di Terengganu suasananya lain, di Selangor suasananya pula lain. Kalau kita lihat PAS peringkat pusat dan negeri pun berbeza. Jadi, apa yang perlu kita lakukan ialah proses perubahan yang bermula daripada menyediakan suasana di mana maaruf. Ini penting supaya maaruf tersebut boleh berkembang tanpa dihalang, iaitu tanpa menyekat sangat serta tidak bertindak menggunakan kekuasaan untuk memaksa masyarakat yang belum bersedia untuk menerima apa yang kita inginkan. Maka, proses untuk menyediakan masyarakat sudah tentu memakan masa. Inilah yang saya rasa dari satu segi PAS Terengganu punya uslub dakwah berbeza, manhaj berbeza, dan mereka mempunyai fikrah yang tersendiri tertentu kerana mereka hidup di Terengganu.


Bagaimana pula dengan PAS di Kelantan?


Ya. Dalam masa yang sama, PAS di Kelantan juga hidup dalam hampir 100% orang Islam. Tetapi atas sebab-sebab pengalaman mereka, mungkin PAS Kelantan menyedari bahawa kaedah sepertimana yang saya sebutkan tadi adalah yang lebih praktikal dan lebih berkesan. Jadi, kita perlu tegakkan satu kepimpinan yang bertanggungjawab, yang bertaqwa dan membawa masyarakat ke arah Islam mengikut kadar yang mampu dilaksanakan dan dihayati oleh masyarakat.


Saya punya tanggapan bahawa kita akan sampai kepada keadaan di mana masyarakat itu sendiri yang akan meminta perkara tersebut diharamkan. Itu yang dikatakan sebagai masyarakat sivil. Jadi, pemaksaaan tersebut bukannya datang dari peringkat kerajaan.


Fikiran dalam generasi muda waktu ini nyata berbeza dengan sebelumnya. Malah, sangat ketara perbezaannya. Mungkinkah kita boleh katakan bahawa pemimpin PAS Terengganu tidak begitu memahami zaman?


Saya tidak mahulah memburuk-burukkan, serta memperkecil-kecilkan PAS Terengganu. Saya pun dalam blog saya telah pun menyebut yang pada hakikatnya PAS Terengganu itu jauh lebih kuat dari Selangor. Tetapi mungkin diperlukan sesuatu dari segi kaedah dan pendekatan supaya lebih sesuai dengan naluri masyarakat.


Kita cuba perhatikan, dengan majoriti Melayu muslim yang ramai, PAS Terengganu maseh tidak dapat menang dalam pilihanraya umum ke-12 Mac lalu. Jadi, kita perlu lihat kembalilah mengenai kaedah kita, daya penarik kita dan sebagainya. Ini kerana, kita tidak boleh terlalu keras, kerana akhirnya orang tidak akan beri kita sokongan. Jadi, apa maknanya? Sedangkan kalau kita ada kekuasaan, kita boleh gunakan untuk menyemarakkan lagi kesedaran di kalangan umat Islam berhubung dengan apa yang kita sedang kita perjuangan.


Dari sini, saya rasa mereka mungkin tidak memahami dan maseh tidak mahu cuba untuk memikirkan uslub dakwah yang lebih berkesan.


Mustafa Ali, atau Cikgu Pa ada menggunakan beberapa istilah seperti “mustahil”, “janji kosong”, “gimik” dan lain-lain lagi bagi merujuk kepada 16 September. Hari ini sudah 16 September. Dan, memang pada hari ini kita lihat tidak ada perubahan struktur dalam kerajaan. Adakah ini menunjukkan pandangan Cikgu Pa benar?


Pokoknya beginilah. Bila dikatakan “janji kosong” atau “gimik” dan sebagainya itu, ia seolah-olah satu benda yang macam Anwar Ibrahim pula yang membohongi rakyat. Sebenarnya agenda ini sedang diusahakan dan saya memyatakan bahawa dalam apa-apa usaha bila ditetapkan tarikh akhir dan diusahakan supaya ianya tercapai pada tarikh akhir tersebut, maka ia merupakan satu kaedah yang biasa. Sekiranya tidak kena pada tarikh tersebut, tidak bererti itu satu pembohongan. Itu hanya bererti bahawa mungkin ada tindakan-tindakan di pihak lawan yang kita tidak jangka, malah yang kita tidak ambil kira di peringkat awalnya. Sebagai contoh tindakan menghantar ahli-ahli parlimen BN ke Taiwan dan sebagainya. Kita pun tidak terfikir mereka akan lakukan sampai ke tahap itu. Tapi itu tidak bererti kita berbohong. Tapi itu semua merupakan satu perkara yang dinamik yang ada faktor push-pull. Jadi, sepatutnya semua orang harus berkerjasama untuk menjadikannya usaha ini satu realiti. Ini orang sedang berusaha, kita duduk tepi dan buat komen. Ini tidak begitu menariklah. Lebih baik kita sama-sama turun dan kita sama-sama usahakan. Itu adalah lebih baik.


Kalau kita lihat, Cikgu Pa menyatakan bahawa tindakan penyeberangan ini merupakan sesuatu tindakan yang “tidak bermoral” dan “tidak demokratik.” Itu memang merupakan nada dan hujah yang lazim digunakan oleh banyak pihak, termasuk di kalangan pembangkang yang tidak senang sekalipun. Sebenarnya bagaimana kita nak letakkan hukum pada penyeberangan ini?


Bagi pandangan saya, kalau penyeberangan ini dilakukan atas ugutan, atas tawaran, dibeli, maka ianya boleh dikatakan sebagai sesuatu tindakan yang tidak bermoral, di mana sebahagian wakil rakyat tersebut menjual dirinya untuk mendapatkan imbuhan dan sebagainya.


Tetapi dalam kes ini, apa yang kita lihat mereka tidak minta apa-apa, dan tidak dibeli oleh mana-mana pihak. Tetapi, oleh kerana suasana politik yang telah berubah di mana pilihanraya umum Mac 2008 lalu, mereka beranggapan bahawa sememangnya tidak ada satu parti yang selain dari BN yang boleh memerintah dan mereka tidak sanggup untuk duduk sebagai pembangkang. Oleh kerana fikiran begitu, maka mereka telah bertanding sebagai calon BN, sebab pada masa itu mereka menganggap kalau mereka bertanding sebagai calon parti lain, sekiranya mereka menang sekalipun, mereka akan jadi pembangkang. Tapi, mereka tidak mahu jadi sebagai pembangkang. Inilah yang pernah dilalui oleh ahli-ahli politik di Sabah dan mereka sudah cukup serik dengan pengalaman itu.


Tapi, kali ini mereka lihat suasana telah berubah, dan demi kepentingan rakyat, mereka pun memahami kehendak rakyat Sabah yang nampaknya pun mahukan perubahan. Maka mereka pun ingin bersama dengan arus perubahan ini. Lalu, saya rasa dalam keadaan yang seperti ini, jika mereka berhijrah atas atas keinsafan dan atas kesedaran, maka kita tidak bolehlah dikatakan tidak bermoral. Malahan, adalah lebih tidak bermoral untuk mereka kekal di situ, dalam keadaan mereka menyedari bahawa mereka tidak lagi disokong oleh rakyat. Jadi, itu adalah lebih tidak bermoral dalam mereka duduk dan sedangkan mereka memahami bahawa rakyat tidak menyokong mereka tapi mereka terus bersama BN.
Bukankah lebih baik kuasa ahli-ahli parlimen BN ini dipulangkan kembali kepada rakyat, dan disahkan semula apakah sememangnya benar kehendak rakyat yang diwakilinya begitu?


Kita memang kalau boleh, apa yang kita ingin adalah pilihanraya sekali lagi bagi mendapatkan mandat. Tapi, pilihanraya yang kita mahukan itu mestilah dilakukan dalam keadaan dan suasana yang betul-betul telus. Kerana, selama ini kita semua telah sebutkan—dan ini bukan gimik ataupun sandiwara—bahawa pilihanraya di Malaysia adalah tidak adil. Dan, hakikat kita mencapai kemenangan Mac 2008 adalah kerana pihak BN tidak sangka kita akan mendapat sokongan yang seperti itu. Maka, mereka tidak meningkatkan tahap penipuan dalam pilihanraya Mac 2008 itu.


Sekiranya mereka sedar bahawa kita adalah sekuat sepertimana yang telah terbukti ini, maka sudah pasti mereka bertindak untuk memintas keadaan itu, sama ada dengan persempadanan baru, dengan daftar pemilih yang lebih tercemar, sama ada dengan pengeluaran kad pengenalan yang palsu, atau sebagainya.


Jadi bagi kita, dan perkara ini telah pun disebut oleh pimpinan PR sendiri, sekiranya kita menang dan membentuk kerajaan sekalipun, kita akan membubarkan parlimen antara enam bulan hingga setahun. Namun, kalau menurut padangan saya, sewajarnya antara setahun hingga dua tahun. Kerana dalam tempoh tersebut diperlukan untuk kita membersihkan SPR, daftar pengundi, membetulkan proses undi pos bagi menjamin pilihanraya yang lebih adil. Kalau kita nak buat sekarang ini, orang-orang yang letak jawatan tersebut tidak boleh bertanding balek, melainkan seluruh parlimen dibubarkan.


Jadi, sekiranya seluruh parlimen dibubarkan, dalam keadaan sekarang SPR boleh menentukan lagi keputusan dengan kerjasama radio, tv, surat khabar, dll. Maka sudah tentu pilihanraya tersebut adalah pilihanraya yang terkotor. Jadi, kenapa kita mahu pertahankan mereka (BN) sangat?


Difahamkan Cikgu Pa telah menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah untuk memaksa Harakah menerbitkan pandangan peribadinya di muka surat hadapan dalam keluarannya baru-baru ini. Seperti yang kita sedia maklum, tindakan penyeberangan yang cuba dilakukan oleh PR telah dilihat oleh Cikgu Pa sebagai “tidak bermoral” dan “tidak demoktarik.” Tapi, apakah kita boleh juga katakan bahawa campur-tangan Cikgu Pa secara peribadi dalam Harakah ini juga merupakan sesuatu tindakan yang “tidak bermoral”, “tidak demoktarik”, malah barangkali seperti tampak seperti “diktator”?


Saya tidak mahulah menggunakan istilah-istilah itu. Tapi bagi saya ia tidak sepatutnya menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pandangan peribadinya disiarkan. Sama ada bermoral ataupun diktator, saya tidak mahu cakaplah. Tapi, memang tidak patutlah dia buat begitu. Dia sepatutnya menyedari bahawa Harakah sepatutnya digunakan untuk pandangan rasmi, ataupun untuk mana-mana pandangan-pandangan yang selari dengan pandangan yang rasmi.


Tapi, Cikgu Pa sendiri katakan itu pandangan peribadi. Masalahnya, kalau pandangan peribadi, kenapa siar di muka depan. Ini boleh menyebabkan satu gambaran seolah-olah itu pendirian PAS, kerana Harakah adalah lidah rasmi PAS. Itu yang tidak betul.


Saya rasa Cikgu Pas mungkin terlalu ghairah pada masa itu untuk melakukan apa yang dia sifatkan hendak menyelamatkan PAS. Tapi, saya rasa dari sudut setiakawannya, dari sudut kerjasamanya, dari sudut politiknya, maka saya rasa ia cukup merugikan.


Di Terengganu mungkin persepsinya berbeza. Dia mungkin akan turun dan berkata pada ahli-ahli PAS di Terengganu bahawa kita telah cakap benda ini, maka bila tidak berlaku 16 September, jadi kita pun selamatlah. Sepatutnya itu bukan mesejnya—untuk selamatkan diri kita seorang diri. Sepatutnya mesejnya ialah, memang kita sedang berusaha untuk mencapai matlamat 16 September, dan hampir tercapai pun. Tapi oleh kerana tindakan pihak lawan, ianya terganggu sedikit, namun itu tidak bererti gagal.


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ada mengeluarkan kenyataan yang membidas balek pandangan Cikgu Pa ini. Sayangnya, tidak disiarkan secara sewajarnya. Jadi, apakah kesan yang wujud ekoran pertelingkahan secara terbuka di kalangan pimpinan utama PAS ini?


Ini bukan benda yang kita banggakan. Malah ia adalah seauatu yang malang apabila perkara ini berlaku. Tapi, kesalahannya saya letakkan pada bahu Cikgu Pa kerana dia yang siarkan pendirian peribadinya yang bercanggah dengan pimpinan parti di muka depan dalam akhbar parti. Bagi saya, dialah puncanya. Saya rasa dengan keadaan begini, dan nampak gaya masing-masing, khususnya Cikgu Pa maseh mempertahankan tindakannya, maka kita macam menghadapi masa depan yang kurang baik, nauzubillah.


Kita sewajarnya mesti mampu berbincang dengan orang yang tidak setuju dengan kita. Bila Cikgu Pa mahu buat kenyataan itu, maka dia jangan bincang dengan orang yang di Terengganu. Dia kena bincang dengan orang yang di Selangor dan di negeri-negeri lain. Dan, tengoklah dulu maklum balas dari kami. Kalau bincang dengan orang-orang di Teregganu yang memang dah sealiran pemikirannya dengannya, maka tidak gunalah. Kerana, dia mesti tahu bahawa tindakannya itu adalah satu tindakan yang agak kontroversi. Tapi malangnya, dia tidak bincang dengan kami, sebaleknya bincang sesama mereka.


Akhirnya sekali, kalau kita melihat faktor Terengganu tersebut, sejauh mana pula Cikgu Pa dapat mempengaruhi presiden parti, Ustadh Hadi dalam merumuskan sebarang keputusan parti? Sebab, kita sering mendengar banyak dakwaan yang menyatakan bahawa Ustadh Hadi ini terlalu dipengaruhi oleh Cikgu Pa?


Saya rasa sedikit sebanyak mesti ada kebenaran. Saya tahu bahawa Ustadh Hadi menghormati Cikgu Pa dari segi bacaan politiknya. Namun, hakikatnya mereka dalam keadan yang jauh lebih kuat dari kami di Selangor, tetapi mereka tidak berjaya untuk menjatuhkan kerajaan BN Terengganu. Kami di Selangor yang jauh lebih lemah dari mereka, tapi kami berjaya.


Lalu apa yang perlu difikirkan ialah mungkin ada strategi dan kaedah mereka yang perlu diperbaiki. Kerana tidka ada sebab mereka harus kalah, sedangkan negeri-negeri lain yang yang lebih sukar kita boleh menang.


Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi: http://demang.blogmas.com/

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb
Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb