DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, June 17, 2008

Selangor tidak iktiraf JKKK lantikan pusat

Oleh : Jimadie Shah Othman [Malaysiakini.com]


Selangor tidak akan mengiktiraf ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Selangor yang dilantik oleh kerajaan persekutuan, kata menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim."Memang tidak boleh diiktiraf sebab yang melantik (ahli JKKK) adalah kerajaan negeri.

Jadi kalau kerajaan pusat melantik, dia (kerajaan pusat) kena juga meminta persetujuan kerajaan negeri. Bukan boleh dia (pusat) lantik orang itu dan kata ini ketua kampung yang disetujui oleh negeri. Tidak boleh."(Kalau berlaku) kita tidak panggil dia ketua kampung lagi. Kalau kerajaan pusat ambil (lantik) seorang ketualah, dia tidak boleh dipanggil ketua kampung. "Saya tak tahu apa nama yang dia... ketua bayaran pusat boleh jadi," kata Khalid, dengan nada menyindir sambil disambut ketawa kecil daripada pemberita di kediaman rasminya Sabtu lepas.

Dalam wawancara bersama beberapa media berbahasa Melayu bersempena sambutan ‘100 hari kerajaan baru Selangor’, Khalid berkata Selangor akan mengumumkan kumpulan baru jentera pentadbiran daerah melibatkan ketua-ketua kampung dan JKKK berikutan wujud sebahagian daripada kumpulan ini yang "berkiblatkan" kerajaan persekutuan."

Ada sesetengah ketua kampung, mereka mahu berkiblatkan kerajaan Persekutuan. Jadi, oleh sebab itu, saya pun minta pegawai daerah dan juga ahli parlimen daripada Pakatan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk berbincang bagaimana kita (dapat) mencari kumpulan-kumpulan dalam kampung tersebut untuk membuat satu jawatankuasa kampung yang baru," katanya.

Beliau menambah, penyusunan semula yang akan diumumkan bulan depan akan turut melibatkan struktur pentadbiran di perkampungan Cina yang mengalami kekosongan sekarang ini."Jadi, pada bulan Julai kita (akan) buat pengisytiharan kumpulan baru, bukan saja ketua kampung daripada kampung-kampung biasa tetapi juga perkampungan Cina sebab ramai wakil-wakil MCA yang duduk dalam JKKK kampung-kampung Cina awal-awal lagi telah berhenti," katanya.

Ditanya sama ada penyusunan itu akibat kontrak JKKK telah tamat ataupun mereka dipecat, Khalid berkata terdapat sesetengah ahli JKKK yang tidak memberikan kerjasama dengan kerajaan negeri, antaranya tidak hadir ketika dipanggil bermesyuarat dengan beliau.

"Kontrak ada setengahnya belum tamat. Cuma kita nak menyusun semula sebab kita dapati ada sesetengah ketua-ketua kampung tidak hendak hadir mesyuarat dengan menteri besar. Menteri besar panggil ketua-ketua kampung, suruh datang mendengar penerangan menteri besar, dia kata dia tak boleh sebab dia ahli Umno.

"Dan dia juga mendapat bayaran daripada kerajaan pusat. Jadi dia tak tahu mana muka hendak ditunjukkan. Kita pun tak tahu nak buat macam mana. Jadi dialah buat keputusan sendiri sama ada hendak bekerjasama dengan kerajaan negeri atau kerajaan pusat.Beliau bagaimanapun belum tahu peratusan JKKK sedia ada yang akan dikekalkan.

"Saya tak tahu lagi. Kita ada temuduga. Maknanya pegawai daerah panggil (ahli JKKK) dengan secara tertib sungguh. Panggil, tanya apakah keinginan beliau. Bagaimana cara beliau. Ada setengah tu berterus-terang, saya sanggup bekerja untuk masyarakat tidak kira siapa (kerajaan negeri).

"Ada setengah itu berterus-terang juga. Dia kata, 'saya ada kontrak'. Saya juga ketua bahagian Umno, jadi susahlah saya. Kalau saya tolong orang (parti) lain, tidak dapat ketua bahagian (Umno), saya tak dapat kontrak dan saya tak dapat apa-apa'. Jadi, macam mana nak buat. Barangkali dia cakap, nasib saya memang macam ni. Nasiblah," kata Khalid.

“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
"PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih.

POLIS TUNGGU PENGANJUR POHON PERMIT

Abdul Rahim Sabri
http://www.malaysiakini.com/news/84606

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis akan menunggu untuk melihat sama ada penganjur satu lagi perhimpunan besar-besar membantah kenaikan minyak, yang dijadual diadakan pada 5 Julai depan, akan memohon permit atau tidak.Beliau menegaskan demikian ketika ditemui selepas majlis perasmikan mesyuarat peringkat pegawai-pegawai kanan negara-negara Asean (SOMTC), oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar di ibu negara pagi.


Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Perhimpunan besar-besaran membantah kenaikan harga minyak itu pada mulanya dirancang diadakan di ibu negara pada 12 Julai. Bagaimanapun, tarikh itu telah dipercepatkan kepada 5 Julai. Ia akan diadakan di KLCC.Kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen bagi petrol, menjadi RM2.70 seliter dan RM1 bagi diesel kepada RM2.58 sen, berkuatkuasa 6 Jun.

Pada hari berikutnya, Pemuda Pakatan Rakyat telah menganjurkan satu demonstrasi membantah kenaikan harga tersebut.Kira-kira 2,000 menyertai perarakan yang bermula dari Masjid Kampung Baru, menuju ke Kompleks Sogo di ibunegara, selepas pihak polis menutup laluan ke KLCC.Pagi tadi, Syed Hamid mempelawa pembangkang untuk bekerjasama dalam mencari jalan terbaik untuk mengatasi masalah kenaikan minyak dan mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat.


Beliau berkata, kenaikan harga minyak adalah fenomena antarabangsa dan tindakan berdemonstrasi tidak menyelesaikan masalah kenaikan harga minyak.

Ulasan :

Ini bukanlah kali pertama Musa Hassan bermain wayang kulit. Pada peristewa 10 November tahun lalu, pihak penganjur berulang kali menemui pihak polis khususnya Ketua Polis Kuala Lumpur dan Bukit Aman merayu agar permohonan mengadakan demontrasi 100 ribu mendesak SPR membuat reformasi dalam sistem pilihan raya di Malaysia supaya ianya lebih adil ditolak, walaupun pihak penganjur memberi jaminan perhimpuan itu akan diadakan secara aman dan bertatatertib dan mengikut apa sahaja nasihat polis bagi menjamin keselamatan, ketenteraman awam dan kebersihan. Perhimpuan tersebut tetap diteruskan mengikut jadual yang ditetapkan dan pihak polis mengerahkan beribu pasukan polis mengawal perhimpunan tersebut, yang sifatkan sebagai haram kerana permit tidak dibenarkan. Beberapa pemimpinan kanan parti pembangkang ditahan seperti Mohamad Sabu selepas perhimpunan itu diadakan berikutan tekanan daripada UMNO.

Yang terbaru, kejadian pasukan polis mengamok di Majlis Memperingati Kebebasan Anwar Ibrahim pada 14 April yang lalu. Permit dipohon, tetapi macam-macam alasan yang diberikan oleh pihak polis.

Jadi, tidak usahlah berangan untuk mendapat permit polis untuk mengadakan sebarang perhimpunan awam. Nak buat, buat sahajalah.

“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih.

ORANG PERTAMA CIUM TANGAN DSAI

Oleh: Ulit Mayang
DiPetik Daripada Laman Marhaen :
http://www.marhaen.org/v1/mar_a_ulit_mayang44.html
Oleh : Tun Telanai

Assalamu'alaikum wm.wrt,

Menjelang 16 September 2008, tarikh keramat yang dinanti-nantikan oleh berjuta-juta rakyat Malaysia juga oleh masyarakat antarabangsa, khususnya pelabur-pelabur, terutamanya dari Timur Tengah, kita akan dapat perhatikan nanti siapakah orang pertama yang akan tunduk dan cium tangan DSAI .


Semuanya tidak sabar, sudah terlalu lama rakyat Malaysia menanti saat ini, iaitu kemerdekaan ke-2, dari penjajahan UMNO ke atas Negara ku Malaysia tercinta ini. UMNO benih sperma yang lahir dari tulang sulbi Inggeris, bertindak menjadi alat meneruskan dasar penjajah, dalam hampir seluruh kehidupan rakyat Negara ini, soal bahasa, pendidikan, sosial, ekonomi dan segala-galanya.


Manakala hampir tidak ada agensi dan badan kerajaan yang telah diperalatkan oleh pihak pemerintah dan regim UMNO, Polis, badan kehakiman, SPR, JKM, malah segala-galanya, guna bagi tujuan menekan dan menindas rakyat, ya rakyat yang telah memberikan amanah, melalui pilihan raya yang tidak adil.
Akhirnya rakyat terpaksa tunduk dengan kuasa kuku besi pemerintah dan regim UMNO, selama ini dan dulunya, tapi bukan lah untuk selama-salamanya, kerana ianya akan berakhir beberapa detik cuma lagi.


Rakyat tertunggu-tunggu yang beberapa ketika ini, bagi meraikan kemerdekaan kali ke -2 ini, dengan penuh sabar.


Selama ini, bukan sedikit yang sengsara dan merana dalam pemerintahan dan regim UMNO sejak tahun 1957 hingga kini.


Tidak ada permintaan yang sangat besar dari rakyat terbanyak, cuma cukup dengan sara hidup yang mencukupi dan tidak terlalu membebani, seperti yang dideritai sekarang ini. Bukan bunglow mewah menjadi tarikan rakyat, bukan wang berjuta menajdi idaman teramai, bukan kereta besar menjalar di jalan raya, atau pun premis dan gedung-gedung perniagaan yangmelimpah ruah, tetapi cukup dengan makan, minum, persekolahan anak-anak yang tidak terlalu dibebani, juga status kesihatan percuma untuk semua warganya, itu semua sudah lebih dari cukup.


Walaubagaimnanapun, ianya mungkin berbeza dari sekelompok manusia, yang sentiasa melihat dan mengintai peluang dan habuan . Mereka-mereka ini yang nanti akan berkejaran mencari dahan baru untuk berteduh, dalam usaha menambah isi katung dan tembolok masing-masing.


Peristiwa DSAI akan dikejar rapat oleh manusia-manusia ini akan dapat kita saksikan jua, siapakah mereka-mereka itu?


Mereka ini terdiri dari golongan yang menyayangi pangkat yang sedang dipegang, yang ingin menambah koleksi harta dan kekayaan dan yang mengekalkan gaya hidup mewah :



i. TDM


Sebenarnya tidak banyak pilihan yang ada pada TDM, melainkan datang dan mengucup tangan DSAI. Ini lah orang yang pertama disyakki akan datang, samada ke rumah DSAI atau Pejabat Perdana Menteri .


Terlalu banyak yang disimpan, segala jenis kejahatan dan hampir seluruh kekayaan berada di tangan TDM.


Dengan kesudian DSAI, untuk memaaf dan telah pun memaafkan TDM, maka manusia jenis TDM ini akan melakukan apa sahaja, asalkan harta dan kekayaan yang diambil, sepanjang 21 tahun memerintah, sentiasa selamat, samada dalam pegangannya, anak beranak, anak menantu atau kroni -kroninya.


Tetapi, adakah DSAI dan kerajaan Pakatan Rakyat akan bersedia memaafkan dan MENGHALALKAN semua kekayaan dan harta rakyat yang dirompak itu?


Rakyat terbanyak menuntut setiap sen, harta dan kekayaan tersebut dikembalikan.



ii. Pak Lah


Dengan tempohnya yang singkat, sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Cuma 5 tahun, bermula 2003 hingga akhir 2008, rasanya tidak lah banyak harta negara yang sempat dirompak dan dilarikan, bersama anak menantunya.


Kurang lebih, ianya mungkin sekitar 0.1% sahaja, berbanding dengan TDM yang melampaui masa selama 21 tahun. Sebenarnya sudah tidak banyak kontrak-kontrak besar di dalam atau luar negara yang masih tinggal, dan dana-dana yang masih tersimpan di Petronas, KWSP, Tabung Haji, dan lain-lain, hampir sudah kering kontang .


Namun begitu, hak rakyat dan harta negara walau sebesar mana pun, harus dikembalikan. Rakyat tetap menuntut hak yang perlu diberikan kepada yang terbanyak dan yang berhak.


iii. DS Najib


Tidak diketahui, sepanjang menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, banyak mana harta dan kekayaan yang sempat dikumpulkannya.


Tetapi, kalau berasaskan kepada beberapa isu semasa yang terjadi, yang dikaitkan dengan namanya, yang sekiranya terbukti betul dan benar oleh nanti, rasa-rasanya agak besar juga katung yang berjaya dibinanya.


Tetapi oleh kerana beliau tidak pernah diuji dalam pendakaian poltiiknya, seperti yang disebutnya di London beberapa hari lalu, iaitu beliau sanggup dan sabar menunggu hingga berlakunya peralihan kuasa secara tertib, dalam keadaan parti yang kukuh dan kuat, dan beliau berbangga menjadi anak kepada pemimpin yang menubuhkan partinya, maknanya beliau bukanlah boleh dikategorikan sabgai seorang pejuang, sudah tentu tidak ada jati diri dan kekuatan dari dalam, maka apa akan jadi padanya menjelang 16 September nanti?


Sudah barangkali ianya akan terjadi, mungkin beliau orang yang pertama akan tunduk dan mencium tangan DSAI, sebagai tanda hormat dan membina team politik barunya, demi menyelamatkan namanya, hartanya dan juga pangkatnya, semuanya serba mungkin.


iv. Datuk Ahmad Zahid Hamidi


Ini merupakan watak yang paling ingin lihat sendiri. Orang ini kalau tidak silap, ia akan berubah warna dan perangai mengikut keadaan dan tempat. Ianya pernah bersama-sama dengan DSAI, sewaktu dalam UMNO dulu, sebagai Ketua Pemuda, berapi-rapi mempertahankan DSAI. Lepas tu, bungkus sebaik saja dipinjamkan oleh Kem Kemunting, untuk beberapa waktu. Then, bingkas bangun menjadi Jebat menderhaka, menuduh DSAI dengan seribu satu dusta, pokoknya kerana nama, pangkat dan harta. Maka menjadilah ia seorang menteri di pejabat Perdana Menteri.


Tak taulah pulak bagaimana sandiwaranya selepas 16 September nanti. Bagaimana wataknya pula? Bagaimana lakonannya jadi nanti?


Lain-lain pembesar UMNO/BN tu ramai lagi menunggu, dan boleh dikatakan tidak dapat tidak semuanya tidak akan mengelak daripada berbuat demikian, selamatkan diri dulu, kemudian pangkat dan akhirnya harta yang sempat dikumpulkan, selama berkhidmat untuk agama, bangsa dan Negara.


Tidak dapat disenaraikan, ramai dan terlalu ramai, boleh kata semua sekalilah, termasuklah semua menteri seperti hishamudin, khalid, noh, semua menteri besar dan ketua menteri, seperti ghani, mat hasan dan lain-lain.


Selamat menyelamatkan diri, semoga selamat.


Alangkah ada baiknya, sekiranya petugas-petugas Pakatan Rakyat, bersiap sedia dengan tarikh itu, memperlengkapkan semua peralatan dan perkakasan perlu, khususnya video cam, kamera video bagi merakamkan detik-detik manis peristiwa tersebut nanti, bukan apa, Cuma sebagai satu pengajaran dan pedoman bagi 50 tahun akan datang, membawa Negara ini ke era baru, bebas dari semua jenis penjajahan.


ULASAN :



Tulisan ulit mayang cukup mengelikan hati saya. Ia umpama mimpi dalam mimpi. Peralihan kuasa seperti yang disebutkan itu bukan merupakan kerja mudah. Yang pastinya UMNO akan mempertahan kuasanya dengan menggunakan apa sahaja yang ada, lebih-lebih lagi ketika ia dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. UMNO masih lagi berkuasa. Ini bermakna UMNO masih ada ruang untuk menggunakan segala peruntukan perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada bagi mempertahankan kuasanya dari terlepas ke tangan DS Anwar Ibrahim.



Sekarang pun Abdullah Ahmad Badawi sering terbang ke Sabah dan Serawak bagi memujuk dan menjanjikan sesuatu yang belum pernah dibuat oleh UMNO selama ini.



Walau bagaimana pun politik tetap politik. Sifirnya tidak sama dengan sifir matematik. Kta tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya samapai ke saat itu. Saya secara peribadi sangat mengharapkan Pakatan Rakyat dapat mengambilalih kuasa negara ini daripada tangan UMNO/BN yang memerintah lebih daripada 50 tahun.



Kejayaan Pakatan Rakyat mengambilalih kuasa khususnya bergantung kepada banyak faktor di antaranya ialah sejauhmanakah ketidakpuas hati wakil-wakil rakyat BN di Serawak dan Sabah termasuk di Semanjung terhadap pemerintahan Abdullah. Kedua, adakah peluang mereka lebih baik kedudukannya apabila berada dalam Pakatan Rakyat. Ketiga, kesatuan dan perpaduan [parti-parti gabungan dan rakyat] yang tunjukkan oleh Pakatan Rakyat boleh melebihi apa yang telah dan sedang dilaksanakan oleh UMNO/BN dan keempat, adakah peluang-peluang ekonomi akan menjadi bertambah baik apabila Pakatan Rakyat mengambilalih kuasa nanti. Inilah faktor-faktor yang menjadi pertimbangan yang perlu dibuat oleh wakil-wakil rakyat yang terbabit.



“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih

Sunday, June 15, 2008

HIMPUNAN AMAN AMARAN AWAL RAKYAT PADA PM

DiPetik daripada Harakahdaily Oleh : Tun Telanai
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15126&Itemid=1


KUALA LUMPUR, 14 Jun (Hrkh) - Himpunan aman rakyat Malaysia yang membantah kenaikan harga minyak merupakan amaran awal kepada Perdana Menteri dan Timbalannya supaya menurunkan harga petrol dan diesel sebelum mereka melakukan perhimpunan lebih besar.


Perhimpunan aman pada awalnya dirancang petang semalam menuju ke Suria KLCC terpaksa dibatalkan disebabkan halangan daripada Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) di beberapa jalan utama menuju ke bangunan berkembar tersebut.


Perarakan yang bermula di Masjid Jamek Kampung Baru itu turut di halang oleh pihak Polis di Jalan Raja Muda dan mereka terpaksa melalui Jalan Raja Alang dan terus ke Jalan Raja Laut.


Lebih 3000 peserta yang berarak terpaksa berhenti di hadapan kompleks membeli belah Sogo kerana semua jalan disekat. Mereka melaungkan slogan 'Turun...turun...harga minyak, BN turun, Pak Lah turun, Najib turun'. Di tengah pancaran matahari, peserta duduk bersimpuh di jalan tar yang panas mendengar ucapan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan pimpinan PAS serta KeADILan.


Mohamad Sabu mengajukan persoalan kepada peserta perarakan, "Apakah kita mahu membayar makanan pagi RM10, tengahari RM10, petang RM10?"


Serentak kedengaran laungan "Tidak mahu" bergema di sepanjang Jalan Raja Laut.


Sehubungan itu Mohamad mengingatkan himpunan rakyat akan diteruskan sehingga pemerintah menurunkan harga minyak.


"Apakah mereka tidak ingat mereka dipilih oleh rakyat, mereka tidak insaf walaupun rakyat telah menolak mereka dalam pilihan raya umum lalu,"katanya di hadapan Sogo.


Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub memberi amaran kepada Perdana Menteri bahawa perarakan petang ini menunjukkan isyarat supaya Abdullah mesti berhenti.


Ini kerana katanya, rakyat menjadi mangsa di atas kezaliman pemerintahan beliau.


"Kita mesti meneruskan bantahan sampai mereka menurunkan harga minyak," tegasnya.


Ucapan pimpinan PAS Pusat dan KeADILan itu diselang selikan dengan laungan; "Turun-turun...harga minyak; Turun-turun BN; Turun-turun Pak Lah, Turun-turun Najib".


Sementara itu, AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Nawawi turut mengingatkan Perdana Menteri dan Timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa himpunan rakyat itu memberi mesej kepada Umno-BN agar jangan mempermainkan rakyat.


Katanya, jika pemerintah Umno-BN terus mempermainkan rakyat, mereka mempunyai kuasa untuk menurunkan Umno-BN.


"Amaran awal kita rejim Umno-BN kalau tidak turunkan minyak dan tol rakyat akan berhimpun lebih satu juta pada 5 Julai nanti," tegasnya.


Beliau melaungkan, pimpinan BN hidup kaya akibat meragut hasil kekayaan negara.


Sementara itu Ketua Angkatan Pemuda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin melaungkan, kerajaan Umno-BN sudah gila kerana telah menaikkan minyak sebanyak 78 sen.


"Ini orang gila punya kerajaan. Tidak tahu masalah rakyat. Kita akan kutip satu juta tandatangan sebelum 5 Julai ini," jelasnya.


Beliau menjelaskan, kutipan tandatangan itu merupakan protes rakyat yang terbesar tercatat dalam sejarah politik tanahair.


Ucapan beliau itu disambut laungan orang ramai; "Minyak naik, rakyat geram'.


Dalam pada itu, Timbalan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasharuddin Thantawi berkata, rakyat menghadapi pimpinan negara yang menipu.


Ini kerana katanya, sebelum pilihan raya Najib mengeluarkan kenyataan minyak tidak akan dinaikkan tetapi selepas pilihan raya minyak telah dinaikkan.


Beliau menjelaskan maksud hadis, 'mana-mana maruah pimpinan yang menipu rakyat mereka diharamkan Allah daripada masuk ke dalam Syurga'.


Tambah beliau, "Mana-mana pimpinan yang menyusahkan kehidupan rakyat mereka akan disusahkan kelak di akhirat."


Ucapan di hadapan Sogo itu diakhiri dengan bacaan doa oleh AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Peserta dan pimpinan PAS dan KeADILan meneruskan perarakan sehingga ke hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.


Ketika peserta demonstrasi berpusing balik ke Pejabat Agung PAS, semua kenderaan bas, kereta, motor yang berhenti di lampu isyarat membunyikan 'hon' tanda memberi sokongan.


Peserta perarakan yang berhimpun di pejabat Agung terpaksa bersurai kerana pihak polis berkawal di hadapan pejabat itu.


Bagaimana tidak ada sebarang tangkapan dan kekasaran yang berlaku di sepanjang perarakan petang ini. - mks. _


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian, Terima kasih.

DATA BUKTI KERAJAAN MEWAH, TETAPI TERUS ZALIMI RAKYAT

OLEH : KICKDEFELLA
DiPetik daripada Harakahdaily Oleh: Tun Telanai
[
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15149&Itemid=1]

Data daripada Bank Negara Malaysia dan Pembendaharaan Negara membuktikan bahawa Kerajaan sebenarnya selesa dan mewah akibat kesan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.


Data Pembedaharaan menunjukkan kenaikan pendapatan hasil kerajaan melonjak semenjak Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara dan lonjakan ini adalah disebabkan kenaikan hasil yang diperolehi kerajaan menerusi :


1. Cukai Langsung dari Cukai Pendapatan Syarikat Petroleum yang meningkat dari RM 11.5 B pada tahun 2004 kepada RM 20.7 B dalam tahun 2006.


2. Cukai Tak Langsung dari Duti Eksport Petroleum yang meningkat dari RM 1.5 B pada tahun 2004 kepada RM 2.3 B pada tahun 2006.


3.Hasil Bukan Cukai - Dividen Petronas daripada RM9.1 B dalam tahun kewangan 2004 yang melonjak 100% kepada RM18.0 B pada tahun berakhir 2006.


4. Hasil Bukan Cukai - Royalti Petroleum dan Gas yang meningkat dari RM2.5 B pada tahun 2004 kepada RM4.2 B pada tahun 2006.



(Data ini diperolehi dari sumber Perbendaharaan Negara dan boleh dilihat umum di treasury.gov.my).



Kenaikan pendapatan kerajaan ini adalah berkait rapat dengan keuntungan besar yang diperolehi oleh syarikat Petroleum terutamanya Petronas yang mengaut keuntungan terus daripada kenaikan harga pasaran minyak mentah dunia.


Bagaimanapun, Data daripada Bank Negara Malaysia menunjukkan perbelanjaan kerajaan untuk subsidi tidak melonjak dengan ketara akibat daripada kenaikan kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Data Bank Negara menafikan hakikat yang cuba diutarakan oleh kerajaan bagi menaikan harga bahan bakar untuk kenderaan di Malaysia.


(Walaupun data berakhir pada tahun 2006, tetapi kita boleh bayangkan trend di antara kenaikan harga minyak dan peningkatan perolehan kerajaan apabila pasaran minyak mentah dunia terus melonjak pada tahun 2007 dan 2008.)


Data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan pada tahun 2004, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM5.8 B untuk segala subsidi iaitu termasuk subsidi bahan bakar, subsidi bahan makanan dan lain-lain.


Pada tahun 2005, perbelanjaan kerajaan bagi tujuan subsidi bagaimanapun meningkat hampir 3 kali ganda kepada RM13.4 B tetapi perbelanjaan untuk subsidi bagaimanapun menurun semula pada tahun 2006 kepada hanya RM10.1 B sedangkan mulai 2006 desas-desus dalam kerajaan untuk menamatkan pemberian subsidi bahan bakar mula timbul.



Walaupun kenaikan pendapatan hasil kerajaan dari sumber Petroleum meningkat dengan mendadak yang membuktikan hasil kerajaan turut meningkat setiap kali harga minyak mentah dunia meningkat, tetapi subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak meningkat pada peratusan yang sama.


Kerajaan membiarkan rakyat menanggung beban kenaikan harga minyak mentah dunia sebaliknya kerajaan menikmati perolehan yang amat positif dari kenaikan itu.


Sebaliknya data-data dari kerajaan jelas menunjukkan kerajaan sebenarnya mampu dengan selesa menurunkan harga bahan bakar petrol dan diesel dengan meningkatkan subsidi setanding dengan peratusan kanaikan perolehan kerajaan.


Sebaliknya, kerajaan bertindak menaikan harga minyak. Rakyat dijanjikan dengan menanggung sendiri beban kenaikan harga minyak, kerajaan akan mempertingkatkan taraf hidup dan kualiti hidup penduduk menerusi pembiayaan projek-projek yang mampu meringankan beban rakyat.


Malangnya, walaupun terpaksa menanggung beban kenaikan harga minyak, rakyat tidak pula dapat menikmati janji-janji kerajaan itu. Projek-projek kerajaan yang diumumkan sering dibatalkan dan pembayar cukai dipaksa pula membayar ganti rugi akibat pembatalan kontrak-kontrak oleh kerajaan.


Apa yang jelas lagi bersuluh, beban rakyat bukanlah disebabkan kenaikan harga minyak tetapi disebabkan kebebalan dan sikap tidak bijak Kerajaan yang diterajui oleh Abdullah Haji Ahmad Badawi.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb

Wednesday, June 11, 2008

BERITA-BERITA BERGAMBAR

DiBawa Oleh : Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt,

Kata orang, gambar membawa seribu makna. Kali ini saya tertarik dengan gambar-gambar yang disiarkan oleh laman blog pinkturtle. Saya ambil daripada Laman Marhaen. Ikuti gelagat manusia dalam pelbagai watak dan gaya yang mengindahkan dunia ini.



“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih

Tuesday, June 10, 2008

RAKYAT MALAYSIA KENA TIPU LAGI

Oleh: Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt,

Seluruh rakyat Malaysia daripada berbagai peringkat mengeluh dengan kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh Abdullah Ahmad Badawi pada minggu lepas. Kadar kenaikan yang begitu tinggi sekali dalam sejarah kenaikan harga minyak di negara ini melambangkan kerajaan UMNO tidak prihatin langsung terhadap nasib yang menimpa rakyat yang miskin yang tinggal di kampung-kampung yang majoritinya menjadi penyokong kuat UMNO pada pilihan raya umum lepas.

Dalam konteks ini, kenaikan dari RM0.30 pada tahun 2006 kepada RM0.78 menjadikan harga minyak sekarang berubah dari RM1.92 selitar kepada RM2.70 memberi tamparan ke muka orang-orang yang memberi undi kepada UMNO khususnya bangsa Melayu di luar bandar. Memang Melayu tidak sedarkan diri. Pakatan Rakyat telah membuat janji bahawa sekiranya ia menang, harga minyak akan diturunkan ke paras yang munasabah bagi kepentingan semua pihak. Sekarang nah rasakan.

Seperkara yang mahu diingatkan disini, tidak ada gunanya kita membuat demontrasi yang dihadiri oleh sebilangan kecil yang ada sensiviti ke atas dasar kenaikan harga minyak yang melampau ini. Kalau sekitar puluhan ribuan sahaja yang hadir dalam demontrasi yang akan dianjurkan nanti, ia tidak akan meninggalkan sebarang kesan kepada kerajaan. Harga minyak tidak akan diturunkan dan para demontrasi akan dibaham oleh pasukan polis yang sudah pun bersiap saga untuk bertindak. Arahan, ancaman dan ugutan sudah pun dikeluarkan bagi menakut-nakutkan rakyat yang akan mengambil bahagian dalam siri-siri demontrasi yang bakal dianjurkan itu sepertimana yang kita tempohi selama ini.

Oleh itu, adalah dirayu pihak PROTES yang dipimpin oleh Dr Hatta Ramli, seorang Ahli Parlimen Malaysia perlu mengambil langkah berhati-hati, menyusun strategi dan taktik yang paling berkesan untuk mengumpul orang ramai sekurang-kurangnya 1 juta orang. Ia perlu melebihi angka apa yang telah dilakukan oleh pihak BERSIH pada 10 November tahun lepas.

Catu cara yang yang boleh dilakukan ialah menyusun gerakerja dan mengumpul orang ramai daripada negeri, daerah, cawangan dan kampung-kampung khususnya negeri-negerik yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Kita turun kali dengan dua matlamat : Pertama, harga minyak mesti diturunkan pada paras yang paling munasabah yang menguntungkan semua pihak. Kita tidak mahu lagi suara kita tidak diendahkan oleh pemerintah. Kedua, kalau harga minyak tidak diturunkan, maka kerajaan yang ada pada hari ini mesti diturunkan. Kalau tidak, jangan demontrasi kerana ia merugikan masa, tenaga dan wang ringgit, malah ia mendatangkan mala petaka kepada para demontrasi yang akan dipukul, diterajang, disepak, ditumbuk, diasidkan dan berbagai perlakuan ganas oleh pihak polis.

Disini saya petik poster protes daripada Laman Marhaen untuk renungan kita bersama:





“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih