DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, June 17, 2008

POLIS TUNGGU PENGANJUR POHON PERMIT

Abdul Rahim Sabri
http://www.malaysiakini.com/news/84606

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis akan menunggu untuk melihat sama ada penganjur satu lagi perhimpunan besar-besar membantah kenaikan minyak, yang dijadual diadakan pada 5 Julai depan, akan memohon permit atau tidak.Beliau menegaskan demikian ketika ditemui selepas majlis perasmikan mesyuarat peringkat pegawai-pegawai kanan negara-negara Asean (SOMTC), oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar di ibu negara pagi.


Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Perhimpunan besar-besaran membantah kenaikan harga minyak itu pada mulanya dirancang diadakan di ibu negara pada 12 Julai. Bagaimanapun, tarikh itu telah dipercepatkan kepada 5 Julai. Ia akan diadakan di KLCC.Kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen bagi petrol, menjadi RM2.70 seliter dan RM1 bagi diesel kepada RM2.58 sen, berkuatkuasa 6 Jun.

Pada hari berikutnya, Pemuda Pakatan Rakyat telah menganjurkan satu demonstrasi membantah kenaikan harga tersebut.Kira-kira 2,000 menyertai perarakan yang bermula dari Masjid Kampung Baru, menuju ke Kompleks Sogo di ibunegara, selepas pihak polis menutup laluan ke KLCC.Pagi tadi, Syed Hamid mempelawa pembangkang untuk bekerjasama dalam mencari jalan terbaik untuk mengatasi masalah kenaikan minyak dan mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat.


Beliau berkata, kenaikan harga minyak adalah fenomena antarabangsa dan tindakan berdemonstrasi tidak menyelesaikan masalah kenaikan harga minyak.

Ulasan :

Ini bukanlah kali pertama Musa Hassan bermain wayang kulit. Pada peristewa 10 November tahun lalu, pihak penganjur berulang kali menemui pihak polis khususnya Ketua Polis Kuala Lumpur dan Bukit Aman merayu agar permohonan mengadakan demontrasi 100 ribu mendesak SPR membuat reformasi dalam sistem pilihan raya di Malaysia supaya ianya lebih adil ditolak, walaupun pihak penganjur memberi jaminan perhimpuan itu akan diadakan secara aman dan bertatatertib dan mengikut apa sahaja nasihat polis bagi menjamin keselamatan, ketenteraman awam dan kebersihan. Perhimpuan tersebut tetap diteruskan mengikut jadual yang ditetapkan dan pihak polis mengerahkan beribu pasukan polis mengawal perhimpunan tersebut, yang sifatkan sebagai haram kerana permit tidak dibenarkan. Beberapa pemimpinan kanan parti pembangkang ditahan seperti Mohamad Sabu selepas perhimpunan itu diadakan berikutan tekanan daripada UMNO.

Yang terbaru, kejadian pasukan polis mengamok di Majlis Memperingati Kebebasan Anwar Ibrahim pada 14 April yang lalu. Permit dipohon, tetapi macam-macam alasan yang diberikan oleh pihak polis.

Jadi, tidak usahlah berangan untuk mendapat permit polis untuk mengadakan sebarang perhimpunan awam. Nak buat, buat sahajalah.

“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih.

No comments: