DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, July 22, 2013

ISU PIL KUDA: BEKAS CALON PKR MAHU SAMAN HADI (VIDEO DI DALAM)



Bekas calon PKR untuk kerusi DUN Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin berkata beliau serta dua lagi bakas calon parti itu dari Terengganu akan mengemukakan saman ke atas presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas tuduhan memfitnah.

Katanya, beliau serta Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (calon DUN Kota Putera) and Ahmad Nazri Mohd Yusof (calon DUN Seberang Takir) akan mengemukakan saman atas kenyataan Hadi pada April lalu.


Dalam kenyataan itu, Hadi menjelaskan mengenai tindakan PAS untuk meletakkan calon menentang calon PKR di tujuh kerusi pada pilihan raya umum 5 Mei, termasuk menentang tiga individu tersebut.

Hadi didakwa menyebut bahawa calon PKR dibimbangi menjual pil kuda dan menggantung potret pemimpin komunis di ibu pejabat mereka.

"Kesan daripada ucapan tersebut, saya sering dipulaukan dan dipersende oleh penduduk kampung saya.

"Ini menjejaskan nama baik saya. Nama keluarga dan parti saya terjejas dan perniagaan saya juga terjejas secara tidak langsung,” kata Shamsul yang teresak-esak ketika membacakan laporan polisnya.

Beliau bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media di Kuala Besut hari ini.

No comments: