DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, June 14, 2013

ZAHID DISARAN CUTI HINGGA 2 KES MEMALUKAN BN SELESAI

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya bercuti daripada menjalankan tugasnya sehingga dua kes yang memalukan kerajaan Barisan Nasional (BN) selesai.

Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang berkata, dua kes yang memalukan BN itu kerana Ahmad Zahid dituduh mencederakan Amir Abdullah Bazli pada Januari 2006 dan didakwa melanggar undang-undang pilihan raya kerana berbelanja lebih RM2 juta, melebihi had RM200,000 yang dibenarkan ketika berkempen untuk kerusi Parlimen Bagan Datoh, Perak pada PRU13 lalu.


 SALAH LAKU ZAHID BERLAGAK SAMSENG BOLEH PUKUL ORANG SESUKA HATI DAN PIHAK TIDAK AMBIL APA-APA TINDAKAN

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, dalam sebuah video yang dipaparkan dalam laman webnya sendiri, Ahmad Zahid mengakui mengupah 24,000 penyokong BN Bagan Datoh yang juga pengundi tempatan sebagai pekerja kempen ketika beliau bertanding untuk memenangi kerusi Parlimen itu.


Katanya, dalam video terbabit, Zahid juga mengaku memberi setiap pekerja kempen RM100 dan 5 kilogram beras.

Menurutnya, selain politik wang pada pilihan raya, Ahmad Zahid mengupah 24,000 ‘pekerja pilihan raya’ sedangkan jumlah keseluruhan pengundi di Parlimen Bagan Datoh hanya 34,670 pengundi dan jumlah undi yang diraih Ahmad Zahid sendiri hanya 17,176 undi.

Ini bererti lebih daripada seorang ‘pekerja pilihan raya’ diperlukan Zahid untuk memenangi satu undi dan perkara itu boleh dianggap sebagai rekod tersendiri dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

 “Saya bersetuju dengan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ismail yang baru-baru ini menyatakan dalam surat terbuka bahawa keputusan Mahkamah Rayuan yang sebulat suara memerintahkan Ahmad Zahid menjawab tuduhan Amir Abdullah menunjukkan tuduhan itu kukuh dan menimbulkan pertikaian mengapa polis gagal mengambil tindakan terhadap Ahmad Zahid atas kesalahan itu,” kata Kit Siang dipetik Roketkini.

No comments: