DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, June 11, 2013

DBKL KUDA TUNGGANGAN UMNO/BN UNTUK KUKUHKAN KUASA



Himpunan 22 Jun: PKR dakwa DBKL tunduk pada BN

MP Pandan Rafizi Ramli mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terpaksa tunduk kepada tekanan Umno/BN kerana enggan memberi kebenaran kepada Pakatan Rakyat untuk menggunakan Padang Merbok bagi perhimpunan 'Black 505' pada 22 Jun.

Katanya, beliau mendakwa demikian kerana DBKL sehingga kini gagal memberi alasan jelas kepada keputusan untuk menolak permohonan tersebut.

Katanya, DBKL semalam menyatakan bahawa padang berkenaan digunakan untuk acara Larian Olimpik McDonalds anjuran Majlis Olimpik Malaysia – pada 23 Jun.

DBKL juga menyatakan bahawa pihak berkuasa berkenaan memerlukan tempoh sehari sebelum acara tersebut bagi membuat persiapan, katanya.

Namun acara tersebut tiada kena mengena dengan penggunaan padang berkenaan, kata Rafizi dalam kenyatannya hari ini.

Rajah laluan untuk acara larian tersebut, yang diedarkan Rafizi, menunjukkan bahawa para peserta akan melalui tiga jalan di sekeliling padang berkenaan.

Rafizi berkata semakannya di laman web MOM, Pacesetters Athletic Club Malaysia (PACM) dan laluan larian serta borang penyertaan acara itu mendapati larian itu bermula dan berakhir di Dataran Merdeka dan bukannya di Padang Merbok.

"Untuk memastikan acara ini benar-benar diadakan di Dataran Merdeka dan bukannya Padang Merbok, saya menyemak pula laman PACM yang turut sama akan terlibat di laman rasminya.

"Disahkan bahawa acara anjuran MOM ini akan diadakan di Dataran Merdeka, bukannya Padang Merbok.

"Maka tidak ada alasan untuk tidak membenarkan himpunan aman Black 505 berlangsung di Padang Merbok pada 22 Jun," katanya.

Semalam DBKL menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk mengadakan perhimpunan Black505 di padang tersebut antaranya MOM telah menempah tempat itu sejak tahun lalu lagi dan mereka harus membuat persediaan logistik sehari sebelumnya.

Malaysiakini

2 comments:

Anonymous said...

Hiiri on messuilta, 10, ja sill on hauskat venyvt
jalat, kuvassa lyhennettyin payday loans chicago 1000 dollar pay day loans, advance loan for people who have poor credit, instant approval loans without having faxing and also some lenders
offering online unemployed loans for folks without job.

Anonymous said...

Similarly a Repayment Plan is definitely a partnership that allows the delinquent payments to get paid over a few months and
permits you to again "get caught up" so you are able to stay within your home sbi personal loan have a family savings -
if your loan is approved, and also the approval rate for these loans is very high, you are going to should supply the lenders a present savings take into account these to transfer the amount of money.