KUALA LUMPUR 24 Mei - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Tian
Chua serta dua individu propembangkang, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim dan
Tamrin Abdul Ghafar hari ini dibebaskan selepas majistret (HAKIM PUN TAHU POLIS DIPERALATKAN DAN DIANJINGKAN OLEH REGIM NAJIB UNTUK MEMPERTAHANKAN KERJAAAN MAJORITI 46%) menolak permohonan
polis untuk mereman mereka.
Mereka ditahan ditahan polis tengah semalam kerana dipercayai
menghasut orang ramai bagi menggulingkan kerajaan.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata,
kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 berkaitan ucapan
ketiga-tiganya dalam satu forum mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)
anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) di Dewan Perhimpunan Cina di sini pada
13 Mei lalu.
"Tian Chua ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah
(LCCT), Sepang dekat sini, sementara Tamrin ditahan di Bangsar dan Haris pula
di Segambut," katanya.
Dalam perkembangan
yang lain,aktivis Mahasiswa Pro Pakatan Rakyat, Adam Adli Abdul Halim turut
dibebaskan semalam selepas Hakim Mahkamah Sesyen 1, Norshidah Awang membebaskan
beliau dengan jaminan RM 5,000 serta seorang penjamin.
Gambar terbaru Dato
Tamrin Ghafar di dalam tahanan.
Gambar terkini tahanan politik yang
ditahan dibawah akta hasutan Tamrim Ghafar serta YB Tian Chua di balai Polis
Jinjang ..
"Time aku duduk dalam
UMNO , buat jahat polis tak berani sentuh aku,bila aku bertaubat, berjuang
untuk hak rakyat,aku kena tangkap,baik jadi orang jahat di Malaysia ni baru
selamat." - Tamrin Ghafar:
No comments:
Post a Comment