DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, May 3, 2013

SHAHBUDIN HUSIN : JIKA SAYANGKAN NAJIB, UNDILAH BN TAPI JIKA SAYANGKAN DIRI SENDIRI DAN ANAK CUCU, UNDILAH SELAIN BN



Hari ini merupakan hari terakhir untuk berkempen sebelum pengundian esok. Baik PR mahupun BN, masing-masing sedang melipatgandakan usaha dan kekuatan bagi meraih kemenangan di saat-saat akhir ini. Secara umumnya, walaupun pengundi Cina lebih memihak kepada PR, kedudukan keseluruhannya masih lagi 50-50 kerana pengundi Melayu dan luar bandar masih lagi cenderung kepada BN.

Merdeka Center  dalam kajian terakhirnya meramalkan PR dijangka pasti memenangi 89 kerusi manakala BN 81 kerusi, sementara seelebihnya masih lagi merupakan kerusi yang dipersaingkan dengan hebat dan hanya akan diketahui setelah proses pengiraan undi berakhir.

BN, selain mengulang-ulang isu pembangunan, keharmonian serta menakut-nakutkan pengundi berkenaan dengan Pas yang didakwanya ekstrem dan DAP kononnya anti Melayu, turut menjaja nama Najib sebagai Perdana Menteri sebagai bahan untuk meraih undi. Bertaburan di mana-mana sekarang ini poster gambar Najib yang bertulis Undilah Perdana Menteri yang memberi gambaran bahawa memilih Najib sebagai Perdana Menteri merupakan keutamaan jika mengundi BN.

Sememangnya diakui BN agak tenggelam dengan idea-idea segar untuk membantu dan meringankan beban kehidupan rakyat berbanding PR.  Hanya BR1M yang dijaja siang dan malam sebagai modal kononnya BN mempunyai iltizam yang tinggi untuk mendahulukan rakyat.

Setelah 56 tahun berkuasa, BN sebenarnya hanya mampu menawarkan RM500 untuk menolong rakyat. Selainnya memilih BN hanyalah  untuk menjadikan Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri.

Berbeza dengan PR yang menawarkan penurunan harga minyak, penghapusan hutang PTPTN, pendidikan percuma, penurunan harga kereta, menaikkan royalti untuk negeri pengeluar minyak, penghapusan tol lebuhraya utara-selatan dan sebagainya, terlihat bahawa iltizam untuk mengagihkan kekayaan negara dengan rakyat begitu menyerlah.

Bimbang dengan idea-idea PR itu, BN dalam manifestonya telah menciplak sebahagian besar manifesto PR itu tetapi dengan sedikit pengubahsuaian. Tetapi dalam kempen-kempen yang dijalankan tetap disuarakan agar Najib terus diberi peluang sebagai Perdana Menteri kerana kononnya tempoh 4 tahun yang sudah dilaluinya masih tidak mencukupi.

Ditambah dengan semakin banyaknya poster gambar Najib yang bertulis Undilah Perdana Menteri, tergambar bahawa matlamat utama BN lebih untuk meletakkan Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri berbanding lain-lain kepentingan. Walaupun Najib dilihat gagal dalam tugasnya berikutan hutang negara yang semakin meningkat, pembaziran, ketirisan dan rasuah juga makin meningkat, selain pelbagai masalah lainnya yang wujud dalam negara yang secara langsung menggambarkan kegagalan beliau memimpin negara ini ke arah yang lebih baik, nama Najib terus dijaja ke seluruh negara.

Ini dilihat berbeza dengan PR yang mempunyai program yang banyak dan hampir menyeluruh untuk memberi kesejahteraan dan kehidupan yang lebih baik untuk rakyat. Bayangkan dalam tempoh lima tahun akan datang pelbagai manfaat bakal diperolehi jika peluang diberikan kepada mereka.

Hanya selepas 24 selepas menubuhkan kerajaan, harga minyak akan diturunkan, tarif letrik akan dikaji semula, anak-anak boleh menikmati pendidikan percuma tanpa terbeban lagi dengan hutang PTPTN, boleh memberi kereta dengan harga yang lebih murah apabila cukai eksais dikurangkan dan pemberian permit import tidak lagi seperti sekarang, tiada lagi tol di lebuhraya utara-selatan, negeri pengeluar minyak akan menikmati lebih kemakmuran dan pelbagai lagi.

Manifesto dan janji-janji PR bukan saja memberikan kita rakyat Malaysia kehidupan yang lebih baik, malah anak-anak dan cucu kita juga mempunyai jaminan yang lebih baik kehidupannya.

Berbanding  mengundi BN, mereka  hanya menawarkan Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri dan menjanjikan  bantuan RM500 melalui BR1M akan diteruskan. Tiada ada iltizam yang tinggi untuk memberi kehidupan yang lebih baik bagi rakyat dan generasi seterusnya, malah dengan hutang negara lebih RM500 billion sekarang dan dijangka akan terus meningkat jika BN dan Najib terus kekal, bermakna setiap kelahiran bayi akan segera dibebani hutang sebanyak RM20 ribu bersamanya.

Tiada pilihan yang banyak jika rakyat dan pengundi sayangkan diri sendiri dan anak cucu mereka selain memberi peluang kepada PR memerintah negara ini. 5 Mei adalah penentuannya.  Hanya dengan berakhirnya era BN dan pengundi dapat membuktikan bahawa rakyatlah sebenarnya yang paling berkuasa dalam negara ini, boleh menaik dan menjatuhkan kerajaan, maka kehidupan rakyat akan menjadi lebih baik akhirnya.

Tetapi jika masih ada yang terlalu sayangkan Najib, keluarga dan anak-anaknya yang sudah pun menikmati kehidupan selesa melebihi kasih sayang kepada diri dan anak cucu sendiri, silalah terus mengundi BN.

HARAM UNDI UMNO

No comments: